Kenapa tidak ke Pusat Pakaian Hari Hari saja untuk membeli pakaian raya ?

by - April 17, 2022

Sana sini sesak dengan manusia. 2 tahun tak dapat bershopping raya ! Kali ni masing masing nak beraya sakan. Tapi SOP jangan dilupakan, yer ! Awalnya , aku malas nak membeli belah pakaian raya ni tapi wife kata bukan selalu pun. Betul gak. Lebih lebih lagi anak anak yang masih kecil ni. Sian lak lama tak belikan baju raya. 

Awalnya.. gi cari kat Alamanda. Harga dia... gulp ! Pastu ke Bazar Ramadan Putrajaya. Tak banyak pilihan. Sekali ternampak kawan update di Instagram ! 

PUSAT PAKAIAN HARI HARI kan ada !! 

Aiseyman.. camana aku boleh terlupa ! Padahal dekat je ngan rumah aku. Susah susah gi jauh jauh. Nak gi KL , tak mungkin sama sekali la. Giler apa nak redah jammed ! Ditambah lagi dengan betapa ramainya orang di situ.. gulp ! Aku tak sanggup. Kalau tak da virus pun aku tak nak apatah lagi sekarang ni.. kan kan ?

Maka awal pagi semalam... kejut anak anak awal pagi. Bersiap. Gerak ke Pusat Pakaian Hari Hari di Nilai. Dari rumah aku, 10 minit jer. Parking mudah. Luas. Dan paling best , staff mereka senantiasa membantu. Dulu beli pakain sekolah anak anak pun kat sini. Heee..

Masuk dalam. Terkejut gak aku. Banyak la baju raya. Dari yang kecil hinggalah ke besar ! Semua ada. Pelbagai warna. Pelbagai corak. Pelbagai rekaan. Pilih je mana nak. Haaa.. Aku kasi peluang pada anak anak untuk memilih apa mereka nak.. 

Alhamdulillah... mereka gembira dapat memilih pakaian mereka sendiri. Dah besar, kan ! Heeee. Sejam dalam tu, selesai. Atas bawah naik. Pakaian basahan harian pun beli gak. Murah jer. Ok la.. setakat pakai duduk rumah jer. Baju raya lak , memang harga mampu beli punya. Termasuklah untuk orang dewasa. Harga bawah RM100 !! 

Siap... balik dengan kepuasan ! Si Aariz dah tak sabar nak beraya. Huh.. puasa pun tidak ! Hahaha.. Terima kasih Pusat Pakaian Hari Hari kerana menjual pakaian yang mampu beli tapi berkualiti ! 




















- Nota untuk anda- 

 Tahu tak anda untuk Raya ini Hari-Hari ada bagi discount 10% untuk pemegang kad Watsons! 

Jom serbu ramai-ramai untuk FREEGIFT . Bagi pembelian RM100 keatas PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 keatas PERCUMA beg woven Hari-Hari. Bermula 9 April ini! Sementara stok masih ada tau! Ada lagi ... Rebat 10% untuk pembelian Online!

90 cawangan seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: www.ehari.com





You May Also Like

4 comments

  1. Wah ... Bestnya dah sesiap nak sambut Raya! Aahh .. Nina sekeluarga pun shopping Raya kat HARI-HARI. Murah dan berbaloi

    BalasPadam
  2. Kami pun teruja ke Hari-hari selepas baca page ben ni... habis kami borong !

    BalasPadam
  3. Harga berpatutan. Suka beli di sini

    BalasPadam
  4. Memang best shopping dekat Hari-Hari, macam2 pilihan boleh dapat

    BalasPadam