Amacam ? Cantik tak ? Ada dua bentuk.. satu petak.. satu lagi bujur skit .. Color ? Aku tak pasti lak . Nanti aku bagitau lagi warna apa ada eh..
Kalu ada yang berminat nak menda ni , boleh email kat aku.. Kena check stok.. ok ? Makasihh ya pak…
Amacam ? Cantik tak ? Ada dua bentuk.. satu petak.. satu lagi bujur skit .. Color ? Aku tak pasti lak . Nanti aku bagitau lagi warna apa ada eh..
Kalu ada yang berminat nak menda ni , boleh email kat aku.. Kena check stok.. ok ? Makasihh ya pak…
Sapa yang ok sebenarnya ? Pemangkah atau yang dipangkah ni ?? Aiyooo …
Teringat iklan TMNET … Tanpa penyokong , ahli sukan tiada makna .. Tanpa pengundi , ahli politik ??
Rujuk entri Sebelum dan selepas pilihanraya ..
Cakap je la apa pun .. Mintak la apa pon .. Angguk .. Senyum .. Bersalaman .. Semua ok .. Confirm dapat ..
Selepas menang pilihanraya ..
Macam terlupa pulak sapa yang undi mereka ? Seolah mereka pulak yang perlu kita tunduk hormat .. Wah… Apa dah jadi ni ??? Terlupakah siapa mereka tanpa jawatan itu ???
Cepat benar manusia terlupa …
Bermula tepat detik 12 malam .. Wife tersengih.. Dia kata baby dalam perut menendang nendang pada kul 11 lebih malam untuk kejutkan dia dari tidur .. Hehe.. Kalau tak ??? Ada yang majuk ehh ?? Hahaha ..
Disusuli entri ucapan harijadi dari Mat Gebu , dari sedikit demi sedikit tiga wall Facebook aku ( BEN ASHAARI , BEN ASHAARI II dan BEN ASHAARI Jr. ) mula dibanjiri ucapan selamat harijadi beserta doa-doa dari rakan rakan.. Terima kasih !! Tak terbalas aku !! Malah ramai jugak rakan blogger yang buat entri khas sempena ulangtahun harijadi aku ni .. Huhu … Terharu aku ..
Hadiah ? Koranglah hadiah aku tak ternilai ! Setiap kali korang singgah membaca blog dan meninggalkan komen , maka itulah hadiah yang tak terperi dari korang ..
Hadiah dari wife ? Tuuuu.. dalam peruuttt tuuu … Nanti 1hb Januari ni , aku kasi hadiah yang sama gak.. Tuuu dalam perut tuuu.. Selagi ‘tak keluar’ , selagi tu la hadiah yer .. Hahahah..
InsyaAllah … ada la nanti … hehe.. Sekali lagi , jutaan terima kasih buat semuaaaaa sahabat sahabat di dalam dunia maya mahupun luar maaya ni atas ingatan korang pada aku .. Huhuh…
Doakan yang terbaik buat aku , keluarga aku dan juga rakan rakan kita semua .. Aminnn…
Yang ni satu .. dan lagi lebih 100 buah blog … Hehehe.. Tak larat punya korang nak g geledah .. Hehehe ..
Apa apa pun Ana Huriya dan rakan rakan lain ( sini ) , selamat datang ke dunia blog yang penuh dengan pancaroba ..
OK.. aku nak tidur awal.. Malas nak update entri serius .. Nak dating ganti Aaron Aziz dalam movie novel akan datang .. Tsunami Rindu Banget !
Kalau nak join , tinggalkanlah url dan sedikit promosi mengenai blog korang .. Jangan lupa klik LIKE sekali … OKeh ? Selamat malam dan … doakan yang terbaik buat aku dan keluarga aku , sempena ulangtahun aku yang ke 35 , tepat jam 12 malam .. hehehe..
Pst.. hadiah ???
Bukan tak nak cerita yang benar … Boleh je.. Tapi masalahnya di negara kita ni , boleh ke terima kebenaran ? Tak kira dari ‘ awan sampai ke akar ‘ , kebenaran jika dibongkar maka akan ada laaaa yang jadi cam kat bawah ni ..
Cuba bagitau .. Camana nak berkata benar ? Heh .. Yang jadi mangsa nanti , ikan bilis gak !! Jaws dan dinasour terus bermaharaja sehingga menjadi fosil !
Sehari lagi , akan genap umur aku 35 tahun ..
Hurm .. Sapa sangka , masa berjalan seperti angin .. Terasa baru menyapu tubuh lalu terus menghilang pergi .. Namun kedinginan masih terasa dan akan tetap diingati ..
Hidup ini satu perjalanan yang punya tujuan satu utama .. Menghambakan diri pada Allah dan tiada yang lain selain itu sahaja .. Apa saja yang kita buat , hanya kerana Allah..
Namun berapa ramai antara kita yang sedar akan tujuan ini ? Benar .. hari ini kita sedar .. Sebentar tadi kita sedar .. Sekarang ?
Kita nampak seolah perjalanan ini tiada penghujung .. Cerah dan mengasyikan .. Leka dibuai dunia ..
Siang berganti malam.. Malam berganti siang .. Kita tidur dan jaga .. Baca doa tetapi tidak menghayatinya .. Bagaimana tidur kita itu adalah yang terakhir dan kita akan ‘jaga’ selamanya sehingga kiamat menjelang ?
Dalam memandu tadi , aku terkhayal sejenak .. Ayah dan ibu aku yang masih hidup hingga kini dan aku masih berpeluang menagih kasih sayang darinya .. Melihat senyum tawanya .. Apakah aku akan dapat lihatnya lagi nanti ? Masa akan terus bergerak dan kita akan meniti usia .. Mati kita tiada kenal masa ..
Sekurang-kurangnya ayah dan ibu aku bernasib baik dapat melihat anak anaknya membesar .. Berpeluang bermanja dengan anak cucunya dan sedang menanti seorang lagi yang bakal lahir ke dunia ini.. InsyaAllah .. Aku ? Apakah aku berpeluang sebagaimana mereka ??
Aku pandang wajah isteri ku .. Hurm .. Sungguhpun belum lahir ke dunia , dia begitu gembira berbual dengan anaknya .. Apakah aku akan menjadi seorang ayah yang baik buat anaknya itu nanti ? Apakah aku bisa menjadi pemimpin untuk keluarga ku itu nanti ?
Entahlah .. Hanya mampu aku berdoa .. Agar umur aku panjang untuk melihat dunia ini lagi .. Sesungguhnya mati itu pasti dan ianya akan mendatangi semua makhluk yang bernyawa .. Persoalannya , bersediakah kita dengan segala janji-janjiNya nanti ?
Pandanglah kehidupan lampau kita .. Apakah yang telah kita lakukan .. Apakah sudah kita bertaubat ? Apakah sudah kita memohon keampunan ? Apakah kita benar-benar insaf ?
Hanya Allah Maha Mengetahui ..
“ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit “
Walaupun dah 2 minggu aku kembali ke gym dan bersenam dengan agak heavy la gak , namun bila aku berjogging kat luar , ternyata dugaan aku meleset ! Berat gilaaaa badan ! Memang tak larat weh … Tapi tak la termengah atau berenti sekerat jalan .. Masih mampu berlari n berjalan hampir sejam gak la.. Siap sambung ‘ membesikan ‘ diri kat rumah yer !
Alhamdulillah .. Cuaca mmg best lepas hujan tadi.. Sambil sambil berlari tu , curi curi menghirup udara segar .. Hehehe.. Mulai hari ni , kena selang seli g gym n berjogging .. Nak kasi fit kembali .. Maklumlah , nak jaga anak pasni memerlukan kecerdasan fizikal dan mental .. Eceh !
Di samping bersenam , penjagaan makanan juga penting ..
Wife dah mula masak kembali dan ini bermakna tak perlu sangat dah makan kat kedai ! Chaiyookk.. Aku suka masakan dia berbanding masakan aku sendiri .. Ok tak alasan aku ( padahal malas masak .. Ok , bukan malas tapi tak tau reti.. Ok laa.. bukan tak reti tapi malas nak belajar ! Puas ???? )
Aku nak kena mula kembali makan oats untuk mengembalikan kesegaran badan seperti 20 tahun dulu.. Waaaaaa.. hahahah.. Hampeehh..
Betul la kata orang .. Bila dah tua tua gini , perasan nak muda kembali ! Caittt…
Nasihat aku .. bawa bawa bersenam.. Jangan asik dok diet ( tak makan dengan betul ! ) atau makan ubat tapi tak bersenam.. Bersenam dan membuat kerja rumah tu lain .. Tu cuma membakar kalori… Bersenam ni sambil mengerakkan tubuh badan , otak pon rehat dari memikirkan masalah masalah dunia sebentar..
Dan tolong jgn merokok selepas bersenam .. Jangan kata dah tabiat .. Yang suka kata tu adalah tabiat , maka orang tu buang tebiat ! Segalanya boleh diubah jika ada usaha dan semangat …
Segmen ke Ben ?? Tak laa… Ni saja je aku nak buat ‘jambatan tanpa tol ‘ untuk mereka yang inginkan kenalan baru dalam dunia blog ni ..
Camana nak join ? Mudah je … Kat ruangan komen ni , korang tinggalkan url blog , ceritakan sedikit mengenai blog korang dan jugak latar belakang korang ( keje , tinggal mana atau pon masih belajar ) ..
OK ? Senang je kan ? Mana la tau kot ada yang rajin nak blogwalking .. ni la masa dia kan ? Heheh.. Tu je la.. OK.. aku nak g jogging sat..
Tunggu apa lagi ? Tinggalkan la komen kat ruangan komen ni.. Jgn lupa ! Url , latar belakang korang dan citer skit pasal blog korang..
Sewaktu kali pertama Malaysia menang AFF Suzuki Cup dan seterusnya menjulang nama Khairul Fahmi dan beberapa rakan yang lain , aku dapat jangkakan akan berlaku ‘isu-isu ‘ panas bakal melanda terutama pada Khairul Fahmi Che Mat ..
Apek .. lengkap ciri ciri kegilaan wanita … Nama ada , duit ada .. Sapa tak nak ngorat dia kan kalau dah depan mata ? Bujang beb !! Apek yang aku rasa berjaya digoda dek syaitan akibat terbuta mata dan hati dengan dunia glamer , telah mencetus beberapa isu kontroversi.
Putus tunang , arak dan perempuan seksi .. Satu pencapaian yang mmg boleh dijangka selepas bergelar penjaga gol terbaik di Asia Tenggara ..
5 keping gambar sebagai bukti Khairul Fahmi bersama Shida Harmi .. Nak kata apa dah ? Prestasi pasni pasti merundum kalau dia tak cepat cepat dapatkan ‘rawatan’ . Kesan psikologi yang pastinya makan masa yang lama…
Ada baiknya Ong Kim Swee rehatkan dia buat sementara waktu .. Dan terima kasih pada blog hiburan tersebut kerana pendedahan ini .. Seronok ke dedahkan menda gini ? Aib beb kawan tu.. Cukup dengan artikal sudah.. Letak gambar tu mmg menjatuhkan maruah dia dan mematahkan hati peminat-peminat bola tanah air !
Sekali lagi tahniah .. pada sapa ? Fikir la sendiri ..
3 gol dalam masa 5 minit .. Hurm… Tak sepatutnya berlaku .. Alasan pemain masih kepenatan dan ada yang cedera bukan satu alasan yang boleh dipakai lagi .. Bayangkan kita mampu mendahului 2-0 dan akhirnya kecundang .. Apakah itu tanda pemain kita masih lagi kepenatan ?
Aku tetap sokong negara aku walaupun kalah .. Takkan aku nak sokong negara lain pulak kan ? Haa.. Tapi aku berpegang pada kenyataan .. Bila menang , aku bagi pujian .. Bila kalah , aku kecewa .. Takkan aku nak jerit , ‘Tak peeee.. cuba lagiii .. ‘ .. Sampai bila aku nak tengok negara kita bermain di peringkat antarabangsa kalau asik dengan ‘ tak pe jer dan cuba lagi ?? ‘ ..
Apa yang tak cukup lagi di negara kita ? Makan ? Kemudahan ? Gaji ? Semua cukup dah ! Malah negara yang sedang bergolak dengan peperangan pon kita tak leh nak menang mahupun seri ..
Tempohari Harimau Muda menang , aku bagi pujian melambung .. Cukup adil la kan ? Aku bukan keji .. Aku bukan kutuk .. Tapi jangan asik dengan alasan yang dah boleh dijangkakan ..
Aku hidup dengan bolasepak sejak pasukan Projek Barcelona lagi yg mana ada kawan aku terlibat sama waktu tu .. Kemudian , dengan team pasukan Piala Dunia Remaja yang mana kita tuan rumah waktu tu .. Pon bungkus gak !
Apakah kita mengharapkan tuah saja dalam gelanggang ?? Satu persatu aku kecewa .. Pencapaian terbaik kita , dalam Asia Tenggara jer.. Ok la kan , dari takde langsung ! Tapi sampai bila dok tahap ni kan ?
Sekadar pendapat seorang rakyat Malaysia yang dah meleleh air liur nak tengok negara kita beraksi di pentas luar .. Hurm .. Seorang ayah pasti akan marah anaknya bila gagal tapi tak bererti dia membenci anaknya bukan ? Marah marah sayang .. Dalam marah galakan terus diberi..
Malaysia Boleh !! Aku tahu kamu boleh !! Ayuh !! Bangkit !! Buktikan kata-kata aku ini salah !!
Lama aku tak pilih blog-blog baru kan ? Hehe.. ok .. aku nak pilih malam ni .. Jom g berkenalanan dengan mereka ..
OK.. 10 dulu … Rindukan segmen ? InsyaAllah aku plan nak buat satu segmen ringkas je esok.. ok ? Hehe.. tungguuuuu ….. Terima kasih kerana sudi singgah sat blog ini …
Aku dah tak percaya mana mana pertandingan yang diadakan dalam Malaysia ni.. Segalanya dikuasai oleh mereka yang punya pengaruh .. Bak kata orang , punya agenda tersendiri ..
Marah ? Eh apa lak… ni pendapat aku .. Memang betul apa ?? Tak caya ? G la tanya ‘mereka’ sendiri .. Jauh sekali bab amanah dan jujur .. Yang penting , perut memasing bertambah buncit ..
Marah ? Eh .. tak la.. nasihat .. Akhirat kelak , ada la nanti bab soalan amanah tu ..
“Abang , tolong amik serai kat belakang rumah .. “
Aiseyman .. ni yg aku boring ni .. Biasanya beli jer padahal kat belakang rumah ada .. Huhu ..
Setelah dibekalkan pisau dan gunting , maka dengan baju tanpa lengan ( kot ada jiran usha.. nampak la cam Gladiator kan ? Hehe ) , aku pon ke belakang rumah .. Huh ..
Cari la yang hijau skit Ben oiii !!!
Setelah tebas yang dah layu tu , barulah amik yang hijau .. Hehehe ..
Amacam ?? Ok tak tutorial ni ? Hahahaha … Adeh … Jgn gelak weh ! Ni kali pertama aku tebas serai ! Huhuh… Abis gatal badan.. nak p mandi sekali lagi !!
Mana satu kaca dan mana satu berlian ? Mudah saja untuk mengenalinya jika kita punya pengalaman .. Bagaimana pula jika tiada pengalaman ??
Tanyalah pada yang berpengalaman !! Kenapa sombong sangat ?? Nanti bila dah kerugian , baru nak tepuk dahi ??? Pelik betul aku dengan manusia yang sombong bodoh ni …
Haih.. Bila nanti yang berlian ni blah , tinggal yang kaca , baru nak garu lubang hidung .. Adoi…. Hampeh la spesis manusia gini ..
Aku bukan marah.. Tapi pelik sikap manusia yang rasa punya kuasa tapi tak tau apa apa .. Jangan fikir punya ilmu dah mencukupi… Buka buka la minda tu ..
Kalau sampai nak korek dalam dalam tu , tak payah la.. Bikin malu jer ! Takat ‘main luar luar ‘ dah la… Ini sampai boleh meruntuhkan kebahagiaan orang lain , rasanya tak payah la .. Selagi takde bukti kukuh , simpan je isu tu.. Buat je draft ! Haih…
Kot ya nak jadi ‘media hiburan’ sekali pon , buat yang elok .. Sampaikan isu yang berguna pada pembaca .. Ini yang tak sahih gak laaa nak dijadikan hal .. Hurm..
Bayangkan , seorang wanita melayu berbaju kurung begini .. Berjalan di khalayak ramai dengan baju yang boleh nampak dalam dia la..
Seksikah ? Seksakah ? Bodohkah ? Atau lantak pi lah ?? Hurm …
Aku syorkan kalau nak pakai gini , gunakan bra yg macam kat bawah ni ..
Baru laaa sekssiiii …. kan ? Betui tak ? Bengong kan ? Murah benor maruah mereka .. Kasi free orang tengok .. Yang suami lak , senyum.. Maklumlah , berkongsi ..
Bila aku tak sukakan sesuatu , maka aku bagitau aku tidak menyukainya .. Tidak menyukainya bukan bererti aku membenci dan memusuhinya ..
Tak mustahil satu hari nanti aku boleh menyukainya tetapi buat masa ini , aku tidak menyukainya .. Maka terus terang aku katakan , aku bukan hipokrit ..
Adalah lebih baik dia mengetahuinya dari aku bermuka muka .. Mengutuk mahupun mengeji tatkala dia menganggap kita kawannya sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya..
Perbuatan aku ini berdosa namun aku tak sanggup jadi gunting dalam lipatan..
“ Awat la pendek sangat entri abang ben neh ??? “
Ada orang tanya gitu kat aku .. Heh .. nak jawab lagu mana ya ?? Nak jawab lagu tu ka.. lagu ni ??
Bagi yang dah lama ‘kenal aku ‘ , entri aku ni mengikut keadaan semasa .. Ada kalanya perlu panjang , maka berjelalah .. Kalau pendek tu , dalam erti kata lain silalah fikir sendiri .. Sbb yang pendek itu memerlukan pemahaman tersendiri dan yang panjang tu , aku dok puas terangkan la tu.. hehe..
Tak kisah panjang atau pendek , yang penting tercapai apa yang nak disampaikan tu .. Kalau tak tercapai tu , mesti ada something wrong somewhere lah .. Samada aku yang gagal atau yang baca tu yang gagal .. Hehehe..
InsyaAllah .. untuk akan datang ni , aku akan terus perbaiki mutu tulisan aku .. Maklumlah , yang baca blog ni pelbagai golongan dah .. Cam majalah gossip je skang ni.. Nak beli majalah pon tak laku dah .. Semua carik dalam blog je !! Kan kan ?