Ingat mati sementara hidup
Sehari lagi , akan genap umur aku 35 tahun ..
Hurm .. Sapa sangka , masa berjalan seperti angin .. Terasa baru menyapu tubuh lalu terus menghilang pergi .. Namun kedinginan masih terasa dan akan tetap diingati ..
Hidup ini satu perjalanan yang punya tujuan satu utama .. Menghambakan diri pada Allah dan tiada yang lain selain itu sahaja .. Apa saja yang kita buat , hanya kerana Allah..
Namun berapa ramai antara kita yang sedar akan tujuan ini ? Benar .. hari ini kita sedar .. Sebentar tadi kita sedar .. Sekarang ?
Kita nampak seolah perjalanan ini tiada penghujung .. Cerah dan mengasyikan .. Leka dibuai dunia ..
Siang berganti malam.. Malam berganti siang .. Kita tidur dan jaga .. Baca doa tetapi tidak menghayatinya .. Bagaimana tidur kita itu adalah yang terakhir dan kita akan ‘jaga’ selamanya sehingga kiamat menjelang ?
Dalam memandu tadi , aku terkhayal sejenak .. Ayah dan ibu aku yang masih hidup hingga kini dan aku masih berpeluang menagih kasih sayang darinya .. Melihat senyum tawanya .. Apakah aku akan dapat lihatnya lagi nanti ? Masa akan terus bergerak dan kita akan meniti usia .. Mati kita tiada kenal masa ..
Sekurang-kurangnya ayah dan ibu aku bernasib baik dapat melihat anak anaknya membesar .. Berpeluang bermanja dengan anak cucunya dan sedang menanti seorang lagi yang bakal lahir ke dunia ini.. InsyaAllah .. Aku ? Apakah aku berpeluang sebagaimana mereka ??
Aku pandang wajah isteri ku .. Hurm .. Sungguhpun belum lahir ke dunia , dia begitu gembira berbual dengan anaknya .. Apakah aku akan menjadi seorang ayah yang baik buat anaknya itu nanti ? Apakah aku bisa menjadi pemimpin untuk keluarga ku itu nanti ?
Entahlah .. Hanya mampu aku berdoa .. Agar umur aku panjang untuk melihat dunia ini lagi .. Sesungguhnya mati itu pasti dan ianya akan mendatangi semua makhluk yang bernyawa .. Persoalannya , bersediakah kita dengan segala janji-janjiNya nanti ?
Pandanglah kehidupan lampau kita .. Apakah yang telah kita lakukan .. Apakah sudah kita bertaubat ? Apakah sudah kita memohon keampunan ? Apakah kita benar-benar insaf ?
Hanya Allah Maha Mengetahui ..
“ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit “
25 comments
hidup nie sementara..sebab 2la kita sebagai manusia kena hargainya dengan sebaik baiknya.kalau dengan orang tua,kita syg mereka seperti mereka tidak ada lagi besok...nice entry abg ben !
BalasPadaminsya Allah,, boleh jd ayah yg baik..mula2 mgkn jggl, tp kna usaha la hari2, n jadikan pglmn kgkawan sbg panduan jgk..=D
BalasPadamselamat hari lahir abang ben..semoga murah rezeki selalu..
BalasPadamjgn jd mcm ni okeh!
BalasPadamhttp://ibusayangcomel.blogspot.com/2011/11/pak-pandir-vs-luncai.html
Selamat hari lahir Abg Ben ..
BalasPadamsemoga murah rezeki n panjang umo .
this is the best entry for me from Mr. Ben Ashaari, .. . . . . .
BalasPadamHiDuP SeBuaH PeRjaLaNan MeNuJu ke AKhiRaT, . . . .
SeMoGa PeRJaLaNan HiDuP KiTa BeraKhir dengan Kesudahan yang baik, khusnul-khatimah, . . . . . .
hepy bufdayz 2 u..
BalasPadamhepy bufdayz 2 u..
hepy bufdayz..
hepy bufdayz..
hepy bufdayz 2 u..abg ben..!
moga d pnjgkan umo n d murh rezeki d smping bahgea bsma kluarga tcyunk n tcinta.. InsyaAllah~
hidup satu perjuangan..perjuangan menegak kebenaran.
BalasPadameh sebaya lah kita..keh keh
happy beday....semoga abg ben sentiasa ceria and berjaya selalu k...
BalasPadamjemput la tgok blog...^^
Bila bercakap akan kematian aku sering terfikir ... setelah aku mati berapa lama aku akan diingati dan doa untuk aku meniti di bibir orang yang hidup ?? Sering bertanya selepas aku mati dan selepas ibu bapa ku mati dan selepas adik beradik ku mati andai kata aku ada isteri dan anak-anak selepas mereka mati siapa lagi yang akan mengingati ku dan mendoakan ku ?? Tanya pada diri selain nenek dan datuk dan mungkin moyang apakah kita tahu siapa mereka yang telah pergi dulu ?? dan aku sering terfikir begitu ... ah inilah kehidupan sementara ...... Happy Birthday dan kalau Ben sambut jangan tiup lilin sebab meniup api umpama membakar nafas dan roh sendiri ....
BalasPadamada kehidupan pasti akan ada kematian
BalasPadamada pertemuan pasti akan ada perpisahan
semuanya saling melengkapi
sering main ke blog q ya gan
http://4kopisusu.blogspot.com/2011/10/secuil-nikmat-tuhan.html
.....sentiasa ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...
BalasPadambest sangat entry ni.... banyak yg kita boleh fikirkan dengan apa yang encik ben katakan.
BalasPadamApa apa pon bor ben.. selamat Hari Lahir (inadvance) - kita sebaya kan.. just saya lewat beberapa hari jer... next month saya pulak..
BalasPadamYA ALLAH berikanlah lindungan & Rahmat MU YA ALLAH kepada sahabatku ini, permudahkanlah rezeki untuk sahabatku ini, Kurniakanlah kesihatan yang baik serta umur yang panjang agar sahabatku ini dapat terus beribadat kepada MU Ya ALLAH.. serta berikanlah kejayaan di dunia hingga ke syurga bersama keluarga tersayang... amin, amin., amin Ya Rabalamin.....
hepi bday bro..moga diberkati Allah selalu :)
BalasPadamhappy birthday in advance..
BalasPadamnice entry :)
Happy Birthday..
BalasPadamMay Allah bless you always..
salam ben..moga panjang umur. nak masuk umur baru esok dah ye.
BalasPadamwahh baby semakin berkembang sihat di rahin ibu.pasti ben pun sama tak sabar nak tgu anak lahir kan.moga selamat semuanya
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN ABG BEN.....
BalasPadamN KELAHIRAN BABY....:)
sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..
BalasPadamben,.. tahniah
ben,.. selamat hari lahir sahabat..
tak sabar nak tunggu esok, nak wish.. hehehhe
http://abyazree.blogspot.com/2011/11/selamat-hari-lahir-abang-ben-ashaari.html
BalasPadamSelamat ulangtahun abang ben!
BalasPadamsemoga menjadi ayah yang dapat membimbing keluarga, dunia akhirat..
TAHNIAH!
fuhh..insaf seketika..renungan yang baik.. selamat hari lahir sifu :)
BalasPadamselamat hari ulangtahun ketibaan ke dunia, . . . . . :D may Allah bless you, . . .
BalasPadamhepi besday abg ben... tak sangka pulak kita sama tarikhnya...
BalasPadam