BEN ASHAARI



" Ben , saya beminat la nak sponsor anak yatim cermin mata. You tolong I cari ,boleh tak ? " kata Mr. Jun pada aku. Dia orang kuat Eyes Smart Group yang mana aku baru je kenal dalam tahun lepas tapi memang sangat baik orangnya.

Aku pernah berbual dengan ayahnya yang juga selalu ada di kedai milik keluarga mereka ( ada hampir 8 buah kedai cermin mata di Sungei Wang ) mengenai masa silamnya. Dia bercerita mengenai kawan baiknya yang berbangsa melayu yang juga anak yatim. Katanya kawan tu hanya diberikan RM2 untuk belanja selama sebulan. Ketika tu tahun 80an jika tak silap aku. Nasi lemak masa tu pun baru 20 sen sebungkus. Ceritanya lagi , dia sanggup berkongsi duit belanja dengan kawannya tu bila dia dapat tahu kawannya takda duit. Mengharukan aku ketika dengar dia bercerita. 

Aku usahakan. Update di Facebook mencari pusat pusat atau rumah anak yatim yang berminat. Alhamdulillah.. Dapat 2. Tiada had untuk tajaan. Berapa ramai sekali pun , bawa je ! Dan semalam, seramai 10 orang anak yatim dan asnaf dari Rumah Sentuhan Budi , Selangor telah ke Sungei Wang, Bukit Bintang selepas tamat persekolahan. 

Dalam jam 3 petang , mereka tiba. Aku gi sambut di depan bangunan Sungei Wang Plaza. Alhamdulillah. Kelihatan begitu teruja. Pelajar pelajar tu pun sangat berdisiplin dan berbudi bahasa. Mudah nak diuruskan. 

Dibawa terus ke Level G dan berjumpa dengan Mr. Jun untuk berkenalan. Hehehe.. Suka Mr.Jun. Rasanya ni program pertama mereka melibatkan anak yatim. Terus dia suruh staffnya buat pemeriksaan mata pada semua anak murid dan guru terlibat. 

Nasib baik aku dibantu Puan UmmiNani. Aku terus terang tak berapa pandai sangat bab bab gini sebenarnya. Hahaha.. kekok skit.





Lepas check mata , diorang diberi peluang untuk pilih mana mana bingkai yang mereka nak ! Haaa.. pilih jer ! Hehehe.. Seronok masing masing ! Bukan senang nak dapat peluang gini kan ? Rezeki mereka dah.. 

Dah pilih bingkai , sekali lagi test mata untuk pastikan power mereka. Walaupun mereka ramai , tapi prosedur ni sekejap je sebab staff mereka dah berpengalama. Sekejap jer selesai ! 











Selesai dah check mata ..pilih bingkai. Masa untuk siapkan kerja. Sementara tu , anak anak yatim tu di bawak surau untuk bersolat Asar. Seusai solat Asar , mereka kembali ke kedai untuk amik cermin mata masing masing ! Tadaaa... Hensem dah memasing gitu ! Alhamdulillah. Wajah kegembiraan terpamir !

Bergambar kenangan ! Aku rasa aku kena belajar senyum kasi nampak gigi la ! Adeh..



Sebelum pulang, Mr. Jun dan Mr. Willian Chai belanja makan ! Takkan nak kasi balik dengan perut kosong kan ? Hehehe.. Terbaek ! Sila pilih nak makan apa ! 




Duit petrol dan driver pun mereka kasi ! Alhamdulillah. Berbaloi mereka datang ! Minggu depan , satu lagi projek ! InshaAllah. 

Buat Eyes Smart Group dan Eyes Vision Optical , semoga dimurahkan lagi rezeki dan lebih berjaya ! Tahniah atas kebaikan anda.. 

Untuk pengetahuan anda semua . Rumah Sentuhan Budi memerlukan sumbangan orang ramai bagi untuk anak anak yatim dan asnaf di bawah jagaan mereka terutama untuk sewaaan rumah baru mereka di Petaling Jaya. Moga ada yang sudi membantu. 





Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hurmm.. banyak kes kebelakangan ni mati ketika mereka yang bersukan , meninggal dunia ! Kenapa semua ini boleh berlaku ? Hurmm... Apakah puncanya ? Tiba tiba aku lak yang cuak ! Bukan sebab takut mati tapi takut menyusahkan keluarga dan kawan kawan. Huhu..


Sebahagian kes mangsa mati mengejut dan apa yang membimbangkan adalah kebanyakan mereka masih muda dan berusia lingkungan bawah 50 tahun. Berlaku juga pada salah seorang sahabat aku yang ketika tu dia sedang berjogging.

Daripada info Utusan , pada awal Mac 2018, seorang guru lelaki berusia 39 tahun dilaporkan maut ketika bermain badminton di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, Balik Pulau akibat serangan jantung.  Masih dalam bulan sama, hasrat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mahu menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak kesampaian apabila disahkan meninggal dunia ketika bermain futsal di Taman Cahaya, Sabak Bernam.

Punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga emas yang bersukan adalah disebabkan oleh serangan jantung akibat daripada penyumbatan salur darah koronari jantung. Keadaan ini dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan doktor dan ujian jantung yang teliti sebelum giat bersukan untuk mencegah kematian di gelanggang sukan.

Ok... itu intro ! Bayangkan jika rajin bersukan pun boleh mati , ni kan pulak mereka yang rajin makan tapi malas bersukan ! Eh... camana tu pulak ? Yer.. Gaya hidup ! Makan makanan yang kandungannya banyak gula dan garam , merokok , minum alkohol walaupun bersukan ! Adeh..camana tu ? 

Selain jantung , antara penyebabnya ialah tekanan darah tinggi dan hypertensi ! Mereka bersenam tapi dalam pada masa sama , mereka stress! Dok fikir masalah kerja dan peribadi. Tidak enjoy ketika bersukan. Bersukan ni kena relaks jer. Happy happy gitu. Senyum , ketawa.. tinggalkan segala masalah buat sementara waktu ! 

Bagi korang yang baru nak bersukan , dan usia pun dah lebih 30 tahun.. dinasihati jumpa doktor terlebih dahulu untuk pastikan kemampuan tubuh badan kita. Jangan main redah jer , ok ! Dan mereka yang ada masalah dengan tekanan darah tinggi. ni ada tips pemakanan untuk korang! 

1. Elakkan garam
Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, doktor akan mengesyorkan diet yang mengandungi kurang daripada 1500 miligram natrium sehari (tidak lebih daripada satu sudu teh). Elakkan menggunakan garam sebaliknya tambah perasa makanan menggunakan bawang putih, halia, oregano, jintan atau rosemary, dan lain-lain. Makanan daripada restoran mungkin melibatkan penggunaan garam lebih daripada biasa. Oleh itu, luangkan masa untuk memasak di rumah apabila anda mengalami keadaan ini.

2. Tambah bijirin dalam diet
Makanan dengan bijirin penuh adalah bekalan serat dan nutrien banyak yang dapat mengawal tahap gula darah dan membantu anda kekal kenyang untuk lebih lama. Pastikan anda makan tiga hingga lima bahagian bijirin yang separuh daripadanya adalah bijirin penuh.

3. Amalkan pengambilan pisang
Pisang kaya dengan potasium yang dapat membantu menguruskan tekanan darah dengan mengurangkan kesan natrium (garam). Melainkan orang yang mempunyai masalah dengan buah pinggang, semua orang yang mempunyai diabetes dan tekanan darah tinggi perlu menambah kalium dalam diet mereka.

4. Hindari alkohol
Minuman mengandungi alkohol akan meningkatkan paras gula darah. Ia juga boleh membuat orang makan lebih banyak kerana merangsang selera makan mereka.

5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sejumlah besar mineral, vitamin, antioksidan, dan serat. Ramai saintis telah membuktikan bahawa pemakanan sebegini mempunyai kesan ke atas paras gula darah dan mengawal tekanan darah.

6. Kurangkan kebiasaan minum kopi
Cuba untuk menghadkan jumlah kafein yananda ambil sehari kepada 200 miligram sahaja. Banyak kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan paras gula darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

7. Berhati-hati dengan lemak
Mereka yang mengalami kedua-dua keadaan ini harus mengelakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan panggang dan goreng. Mereka juga dinasihatkan untuk mengehadkan lemak tepu yang banyak ditemui dalam potongan daging berlemak kerana lemak ini dapat meningkatkan kolesterol yang membawa kepada masalah jantung. Sebaliknya, banyakkan pengambilan lemak daripada tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun, dll.

8. Makan protein rendah lemak
Sumber protein rendah lemak dapat mengawal tahap gula darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama dan menjaga kesihatan jantung.

9. Kawal pemakanan setiap hari
Kawal diabetes dan hipertensi dengan menulis tabiat makan anda pada komputer riba atau telefon pintar anda.

Info : HelloDoktor

Moga bermanfaat

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Aku suka cuka epal ! Kalau dapat jenama yang ni , memang boleh seminggu je abis ! Hahahaa... Khasiat cuka epal ni banyak. Kenapa nak diamalkan ? Apakah kelebihannya ?  Hurm.. Kalau dibuat carian di Google, akan jumpa hadis berkaitan cuka ni. Bukanlah cuka epal tapi mengenai cuka. 

Apa itu cuka epal ? Cuka epal diperbuat daripada buah epal segar yang mana ianya mengandungi vitamin , pectin , potassum , sodium , magnesium , kalsium , fosforus dan zat besi. Juga mengandungi sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang berkeupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dimana boleh melemahkan sistem imunisasi. 

Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah , melambatkan pengosongan gastrik dan merendahkan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik , cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi. 

Sementara itu pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri ciri pembersih , ianya juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral ! 

Ada kawan tanya.. Apakah sesuai perempuan mengandung mengambil cuka epal ni ? Nah.. aku bukanlah doktor yang layak untuk memberikan jawapan. Tak berani aihh ! Kang salah info , naya jer. Tapi Google kan ada. Mereka yang ada info mengenainya pasti akan menulis di laman web mereka. 

Dan carian aku menemukan HelloDoktor.Com yang ada info untuk segala persoalan aku. Eh , satu jer persoalan aku tu. Hehehe.. Menurut HelloDoktor , cuka epal ni ada dua jenis  iaitu cuka epal organik dan dipasteur. 

Cuka epal organik mentah

Cuka epal dihasilkan oleh penapaian gula dari epal yang secara keseluruhan dihancur secara organik oleh yis dan bakteria. Dalam yang mentah, bentuk yang tidak ditapis, ia mengandungi kesan “ibu”– satu bahan berserabut yang bergelatin yang secara semula jadi membentuk semasa proses penapaian yang termasuk enzim-enzim semula jadi dan bakteria baik yang diketahui untuk menggalakkan kesihatan.

Cuka epal dipasteur

Pasteurisasi mendedahkan bahan makanan ke paras suhu yang lebih tinggi, memusnahkan mikrob tertentu yang boleh menyebabkan penyakit, penapaian yang tidak baik atau merosakkan. Sama ada mentah atau pasteur, asid asetik kekal sebagai bahan aktif utama dalam cuka epal dengan kepekatan minimum sebanyak empat peratus untuk memastikan penggunaan yang selamat dalam pengawet makanan dan pembersih.

Ok.. sebelum tu kita perlu tahu juga yer.. kita  tidak sepatutnya mengambil cuka epal dalam bentuk paling mentah atau tidak sepatutnya. Berikut senarai beberapa sebab penting yang perlu kita tahu : 

1) Masalah pergigian: Oleh kerana sifat cuka epal mentah yang sangat berasid, meminumnya boleh menyebabkan pelbagai masalah pergigian, yang paling serius yang secara beransur-ansur merosakkan enamel gigi kita 

2) Kerengsaan: Ia juga kerana sifatnya yang sangat berasid, meminum cuka epal dengan bentuknya paling mentah akan menyebabkan kerengsaan di dalam perut dan tekak kita

Cuka epal sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami pelbagai keadaan kesihatan yang tidak menyenangkan dalam kehidupan seharian mereka. Persoalannya; Adakah cuka epal selamat untuk ibu hamil?

Wanita hamil hanya perlu menggunakan cuka epal tidak dipasteurkan dengan penuh berhati-hati dan mempunyai pengetahuan tentang risikonya terlebih dahulu. Apa-apa pun, berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan cuka tanpa dipasteurkan semasa hamil.

Namun begitu, wanita hamil boleh menggunakan cuka epal yang dipasteur dengan selamat dan tanpa kebimbangan. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak mendapat manfaat kesihatan yang anda cari, terutamanya faedah probiotiknya. Pun begitu, perlu diingatkan bahawa terdapat suplemen probiotik yang lebih selamat, yang tidak membawa potensi risiko ini.

Berikut manfaat pengambilan ACV ( Apple cider vinegar ) bagi wanita hamil. Jom baca :

Manfaat mengamalkan ACV

1. Morning sickness

Jika terdapat apa-apa yang berkesan dalam memerangi keadaan ini, terutamanya semasa trimester pertama anda, ia adalah cuka epal. Ia boleh membantu mengawal asid perut yang bertanggungjawab terhadap rasa mual kerana ia mempunyai tahap pH neutral sendiri. Satu dos umum yang baik untuk diikuti dalam melawan keadaan ini adalah mencampurkan dua sudu ACV dengan satu cawan air, dan minum pada waktu awal pagi.

2. Meningkatkan pencernaan

Sejumlah cuka epal sehari akan sangat membantu pencernaan anda, terutamanya untuk wanita hamil. Hal ini adalah kerana selalunya mereka cenderung mengalami ketidakteraturan dan sembelit semasa kehamilan.

Kadang-kadang bakteria berbahaya di dalam perut menyebabkan masalah pencernaan, tetapi cuka epal mengandungi sifat antibiotik yang dikenali untuk melawan bakteria berbahaya ini memihak kepada bakteria yang baik yang membantu pencernaan.

3. Mengelakkan jangkitan saluran air kencing

Oleh kerana semua perubahan saluran kencing anda semasa kehamilan, anda lebih cenderung mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) sepanjang tempoh ini. Sekiranya anda dengan kerap melihat urin anda keruh, itu adalah salah satu tanda yang paling penting bahawa anda mempunyai UTI.

Alternatif penggunaan cuka epal boleh melambatkan pertumbuhan jangkitan saluran kencing kerana enzim dan mineral yang berguna mengandungi bakteria yang berkaitan bakteria UTI.

4. Mengawal kandungan gula dalam darah

Cuka epal sangat baik untuk individu yang menderita diabetes kerana kebolehannya mengawal paras gula dalam darah. Ini sering dikreditkan kepada asid asetik yang terdapat dalam ACV. Bagaimanapun, bagi yang mempunyai keadaan berkait dengan diabetes, anda perlu merujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil ACV ini.

5. Melancarkan peredaran darah

Peredaran darah yang betul dan cekap juga sangat penting semasa kehamilan. Ini kerana ia akan memastikan bayi anda mendapat semua oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan.

Wanita hamil cenderung mengalami peredaran darah yang lemah berbanding wanita yang tidak hamil, yang menunjukkan apabila aduan dibuat dan soalan-soalan ditanya tentang mengapa tangan dan kaki mereka bengkak.

Oleh kerana cuka epal mengandungi sifat-sifat yang membuatkan aliran darah anda lancar, ini mengurangkan peluang anda mengalami pembengkakan.

6. Kekejangan kaki

Semasa kehamilan, anda mungkin mengalami kekejangan kaki yang menyakitkan pada satu-satu masa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kadar kalium yang rendah dalam tubuh anda. Sesetengah wanita mengalami kekejangan kecil atau ringan, sementara yang lain mungkin mengalami keadaan yang sangat menyakitkan yang mana tidak tertanggung.

Seolah-olah kesakitan itu sendiri tidak mencukupi, kekejangan ini juga akan memberi kesan kepada keseluruhan hari anda, menjadikan anda kurang produktif jika anda mempunyai apa-apa pekerjaan fizikal dan menyebabkan tidur anda lebih teruk daripada biasanya.

Jadi, cuka epal boleh membantu melegakan anda dari kekejangan kaki ini kerana ia mengandungi kadar kalium yang tinggi.

7. Tidur yang lebih baik

Cuka epal boleh membantu anda tidur lebih baik semasa hamil. Ini adalah benar terutamanya bagi mereka yang mengalami peningkatan rembesan dan lendir yang berlebihan di bahagian hidung yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas melalui hidung, yang seterusnya menyebabkan penurunan tidur yang berkualiti.

Oleh kerana cuka epal kaya dengan ciri anti-radang, ia berfungsi untuk menipiskan lendir dan mengurangkan pembengkakan sinus.

8. Masalah kulit

Sama ada anda bakal ibu atau tidak, larutan cuka epal yang digunakan secara topikal boleh membantu dengan pelbagai masalah kulit kerana ciri-ciri anti-bakteria dan anti -radang yang terkandung di dalamnya. Keadaan ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) ketuat, jerawat dan ekzema.

Ibu hamil cenderung mengalami pelbagai perubahan hormon sepanjang kehamilan mereka, jadi keadaan kulit mereka juga terlibat. Oleh itu, cuka epal dapat merawat keadaan ini dengan mengimbangi tahap pH kulit anda.


9. Membantu masalah pedih ulu hati
Walaupun tidak jelas jika cuka epal membantu keadaan morning sickness, ia mungkin membantu dengan pedih ulu hati. Wanita hamil kadang-kadang mengalami pedih ulu hati semasa trimester kedua mereka.

Ramai wanita hamil cenderung mengalami masalah pencernaan atau pedih ulu hati ini pada masa yang berlainan sepanjang kehamilan mereka, dengan masa yang paling biasa semasa trimester kedua.

Ketika ini, bayi anda berkembang dengan pesat dan memberi tekanan berterusan pada saluran pencernaan anda, yang membawa kepada makanan di dalam perut anda bergerak ke kerongkong anda.

Satu kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa cuka epal boleh membantu orang yang pedih ulu hati yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap antasid bukan preskripsi. Jenis yang tidak dipasteurikan telah diuji secara khusus.

10. Mengawal tekanan darah

Ia tidak mengatakan bahawa anda harus berhati-hati tentang tahap tekanan darah semasa kehamilan, baik untuk diri sendiri dan bayi anda. Asid asetik yang terdapat pada cuka epal mengandungi enzim di dalam tubuh yang dikenali sebagai rennin, yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tekanan darah.

11. Jangkitan yis

Menggunakan cuka epal topikal juga membantu merawat jangkitan yis seperti jangkitan candida. Dengan mencairkan cuka epal dan menyapunya di atas kawasan yang dijangkiti pada kulit anda, ia mempunyai peluang yang baik yang mana jangkitan akan mati dan simptomnya akan berkurang. Tetapi ia juga bergantung kepada keterukan jangkitan yis dan tahapnya sekarang.

Bagi ibu mengandung , cara pengambilannya begini : 

1) Campurkan dengan air: Kaedah yang paling popular yang diutamakan oleh kebanyakan ibu-ibu adalah mencampurkan cuka epal dengan air dan meminumnya. Bagaimanapun, berhati-hati sebelum anda melakukannya, malah ia akan mempunyai rasa pahit. Itu mungkin satu-satunya kelemahan untuk minum cuka epal dengan campuran air.

2) Minum menggunakan penyedut minuman: Apabila mencampurkan cuka epal dengan air dan minum menggunakan penyedut minuman kerana ia juga akan menjadi lebih baik. Kaedah ini akan meminimumkan sentuhan antara cuka epal dengan gigi anda, dan mengurangkan kemungkinan berlaku masalah pergigian.

3) Bilas: Hanya untuk memastikan gigi anda dilindungi secepat mungkin dari sebarang bahaya, bilas mulut anda setelah minum cecair yang mengandungi cuka epal.


Untuk info lebih lengkap , korang boleh baca di HelloDoktor atau rujuk pada doktor masing masing.. jangan main telan je yer ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Apa korang nak buat bila ternampak pengemis atau sekeluarga dalam kesusahan ? Ambil gambar dan viralkan dengan ayat ayat yang menghadirkan komen komen negatif dari pengguna pengguna media sosial. Kemudian gembira sebab 'anda viral' ! Wajarkah buat begitu ? Tidak sama sekali kan ! Silap silap anda kena hentam semula !!

Dah tu nak buat apa ? Paling mudah ialah gi dapatkan maklumat dengan bertanya sendiri atau mereka yang berada di kawasan berhampiran. Dengan maklumat yang diperolehi tu, sila salurkan ke jabatan jabatan berkaitan. Jika mereka itu beragama Islam dan berada di Selangor , maka salurkan maklumat yang diperolehi ke Lembaga Zakat Selangor melalui Facebook rasmi mereka iaitu Lembaga Zakat Selangor. 

Dalam satu kes , sahabat media online Lembaga Zakat Selangor mendapat maklumat dan terus salurkan maklumat dengan segera. Maklumat diproses dan terus tindakan diambil.




Tidak sampai 24 jam , tindakan dibuat. Alhamdulillah ! Terbaik. Beginilah yang sepatutnya. Masing masing mainkan peranan terutamanya masyarakat setempat yang peka dengan kejiranan mereka. Bantu untuk dapatkan bantuan. Bukan sekadar ambil gambar dan viralkan ! 



Tahniah buat team LZS yang bersungguh sungguh membantu mereka yang memerlukan ! Rajin rajinlah singgah ke Facebook Lembaga Zakat Selangor untuk dapatkan info info terkini lagi berfaedah. Pelbagai ilmu berkenaan zakat dan Islam boleh didapati di sana. Sebarang pertanyaan pon boleh diajukan di situ. Jangan mencari salah , sudahlah ! 

Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dulu aku tak ambil kisah bab bab makanan yang menjadi darah daging. Bagi aku nampak pekerja melayu Islam , ok dah ! Tak kisah latar belakang ayam tu dari mana. Halal dah tentu ! Tapi sejak menikahi satu satunya isteri aku ni, aku pelajari banyak perkara. Antaranya mencari makanan yang Halal lagi diberkati Allah ! Haaaa.... Malas nak cerita lebih bab ni. Kang kata aku nak up bini lak ! Hahaha.. 

Bila lahirnya si Qhaliff, wife cukup berhati hati bab makan. Nak masuk ke restoran yang takda tanda Halal pun dia berat kaki. Memang dah sebati dengan diri dia berbanding aku. Ikhlas cerita ni ! Haaa.. Selepas aku terlibat dengan isu Cadburry beberapa tahun lepas , barulah aku sedar akan kepentingan HALAL ni ! Nak dapatkan cop HALAL pun susah wooo ! Bukan sebab birokrasi atau guna banyak duit tapi prosedur yang perlu dilalui itu rumit tapi kita sebagai pengguna boleh makan tanpa was was dah ! Bukan saja bersih dari segi pembuatan malah lebih terjamin mutu serta kualitinya ! 

" Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. "

(Surah 6 – Al An’nam : Ayat 121)


Nak beli di pasaraya , aku tak kisah tapi wife yang kisah ! Tak tau latar belakang ayam yang nak dibeli tu. Bukanlah dia nak kira sapa pengeluarnya tapi cara sembelihan, apa ayam tu diberi makan , rebannya camana.. Haa , semua tu kena amik kira woo ! Bukan apaaa... kan ada viral bab bab ayam ni. Korang boleh Google sendiri la. Aku malas nak taruk gambar gambar tu dalam artikal ni. Hahaha.. 

Baru-baru ni aku diperkenalkan oleh seorang sahabat di Facebook. Mudah sangat cara dia ! Order je dari dia dan ayam tu akan sampai esok di depan pintu rumah ! Tak perlu nak keluar rumah dah. Jimat masa dan juga petrol ! Tak payah nak pening pasal parking atau kena langgar !!! Huhuhuhh..

Ok.. jom tonton video berkenaan Ayam Bismi. Sebelum tu ,sedikit latar belakang mengenai Ayam Bismi. Untuk pengetahuan korang , Ayam Bismi adalah sebuah jenama AYAM HALAL tanpa ragu-ragu dan was-was untuk dimakan. Dengan mempercayai Ayam Bismi kepada konsep Halal Muslim 100%  dimana ayam dijaga dari peringkat ternakan, sembelihan dan edaran. 

Ibupejabat Ayam Bismi terletak di Alor Setar , Kedah. Sudah pun mempunyai banyak cawangan dan juga agen berdaftar lagi boleh dipercayai. Konsep jualan yang cukup menarik iaitu dari ladang terus ke dapur korang. Daya saing Ayam Bismi ialah mereka mempunyai KEPRIHATINAN yang sangat tinggi dalam memastikan ternakan, sembelihan dan edaran kami PATUH SYARIAH.
  • Diiktiraf Halal oleh Jakim.
  • Mendapat Persijilan MeSTI dari KKM.
  • Tanpa suntikan.
  • Tanpa hormon.
  • Bebas dari antibiotik merbahaya yang diharamkan oleh KKM.
  • Makanan ayam disahkan bebas dari sisa khinzir.
  • In house Dr Veterinar khusus untuk menjaga kesihatan Ayam Bismi.
  • Pasukan Teknikal Ladang yang mahir dan berpengalaman.
  • Visiting Dr Veterinar yang berpengalaman sebagai Konsultant Ladang Ayam Bismi.
  • Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam menternak, memproses dan menjual ayam.
  • Ayam Bismi memproses ayam dari ladang ternakan kami.
  • Kilang penyembelihan yang telus.
  • Pemilik dan Pekerja 100% Muslim.
  • Pemotongan percuma.
  • Penghantaran percuma (t&c applied)
  • Segar,halal,berkualiti dan selamat dimakan.













Amacam ? Nak cerita lebih panjang pun , aku tau korang nak tau camana nak order kan ? Nah... Senang je caranya. Whatsapp trus ke : Klik  Nak Order Ayam Bismi !
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Alhamdulillah... sekarang aku ada satu rutin baru ! Selain dari mencukupkan 10 ribu langkah sehari yang mana mustahil bagi aku sebab duduk rumah dan ianya cuma boleh dilaksana jika aku ada kerja di luar tetapii.. tetapi aku mengantikan dengan senaman di rumah ! Senaman apakah itu ?

Ada banyak tapi aku buat ...


Lompat bintang ! Dan juga lompat tangga !! Haaaa... Lompat bintang ni , aku mulakan dengan sehari 100 kali. Maksudnya , tak kira la bila masanya tapi mesti cukup 100 . Minggu depan akan dinaikkan jadi 110 kali dan begitulah seterusnya. Bila nak naik tangga , aku akan memilih lompat dari anak tangga ke anak tangga. Sehari 3 kali dah memadai. Itu untuk bakar kalori la.. 

Manakala untuk pemakanan pula.. Nah , sarapan pagi dan makan malam aku jaga. Makan tengahari ni bergantung pada apa yang ada di atas dapur tapi minggu ni , aku gila makan telur goreng yang digoreng setengah masak jer.. Aku panaskan kuali pastu matikan api.. Minyak sekadar diratakan keseluruh kuali pastu keluarkan..Masukkan 3 biji telur. Tak sampai 10 saat , keluarkan ! Tadaaa.. siap ! Makan dengan nasi putih segenggam. Dah.. asal kenyang ! 

Untuk sarapan pagi , aku akan mulakan dengan Bismillah. Hehehe.. Air lemon dan epal. Begitu juga dengan makan malam... sebelum tidur , epal sebijik dua. Jika aku bersenam di gym malam tu, mungin akan ambil sedikit nasi untuk pastikan ada tenaga. Takda tenaga , tak leh tidur lak aku. Bahaya gak tidur dalam kelaparan ! Oh ya, jangan lupa air lemon sebelum tidur ! 

Dan buat masa ni , untuk makan malam, aku akan makan sebelum jam 7 malam. Dan ianya memberi pulangan yang lumayan pada badan aku. Terasa lebih segar dan kelihatan muda. Ehhh ! Hahahaa.. 


Ok.. ada orang berpegang cara begini dalam kehidupan dia... “sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera dan makan malam seperti pengemis”. Atau dia makan je semua tapi mengamalkan senaman atau bersukan . Betul atau salah cara begini ? 

Jika korang dalam pelan perancangan nak turunkan berat badan , sebaiknya perlu ada peraturan dan disiplin. Perlu ada fokus dan tujuan. Jika sekadar nak dapatkan badan lentik dan tunjuk pada orang yang badan anda langsing bak dewi remaja , sebaiknya tukarkanlah niat tu ! Fokus pada kesihatan dan juga stamina. 

Nah.. ada kawan bertanya... dia nak bersenam. Apakah dia perlu bersarapan terlebih dahulu atau bersenam dahulu pastu baru makan ? Korang rasa ? Nak tau jawapannya ? Aku cadangkan korang baca artikal Sarapan Pagi Bak Raja, Adakah Berkesan Menurunkan Berat Badan?

Dan jika korang nak turunkan berat badan tapi memerlukan seseorang yang berkelayakan serta tempat untuk bertanya , aku leh cadangkan coach Shaz_Myla. Apa ? Nak aku ajar ? Heheheh... aku ajar boleh tapi risau korang pengsan nanti ! Hahahaha.. Cari yang lebih berkelayakan yer...


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Bilik kelahiran Aariz nun di Prince Court. Teringat detik detik dia dilahirkan. Selepas selamat dilarhirkan, wife kena 'marah' ngan doktor ! Aku dengar apa yang dia kena tegur tu ! Dan memang patut pun sebab wife tak dengar cakap doktor ! Apakah puncanya ?

Wife tak patuhi part makan ubat tambah darah ! Kalau tak silap aku la.. Hahaha.. tapi memang dia kena tegur sangat la masa tu. Sangat merbahaya ok ! Boleh kehilangan nyawa. Sepatutnya kena patuhi arahan doktor. Jangan memandai mandai walaupun dah berkali beranak haa ! 

Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh wanita mengandung ialah Anemia atau kekurangan zat besi. Wahai bakal bapa bapa sekalian alam.. rajin rajin amik tau perihal isteri anda yer ! Apa itu Anemia Kurang Zat Besi ?  Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis namun anemia kekurangan zat besi (iron deficiency) adalah yang paling kerap dihidapi oleh individu terutamanya wanita hamil dan juga kanak-kanak.

Maklumat yang aku amik dari HelloDoktor ni boleh membantu korang. InshaAllah. Maka sila baca dan hadamkan yer ! 

Anemia akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan individu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Apa gejala anemia kekurangan zat besi?
Kondisi ini seterusnya akan mengakibatkan tubuh badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami pelbagai gejala yang agak membimbangkan seperti:
  • Kerap letih
  • Mudah marah
  • Pening kepala
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Kurang selera makan
  • Keinginan untuk makan ais atau yang bahan bukan makanan
  • Mata putih kelihatan kebiruan
  • Kuku rapuh dan senang patah
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kulit pucat
  • Lidah pedih
  • Berasa pusing kepala apabila berdiri dari posisi duduk
  • Degupan jantung menjadi cepat
  • Sesak nafas

Pada awalnya, anemia kekurangan zat besi boleh jadi terlalu sederhana dan boleh hilang secara sendiri tanpa disedari oleh anda. Tetapi apabila tubuh badan anda mengalami kekurangan zat besi yang melampau dan anemia bertambah teruk, tanda dan simptom anemia akan menjadi semakin kuat.

Ok... korang kena baca maklumat maklumat tu yer. Jangan pandang ringan. Bukan apaa.. nanti kesannya pada isteri dan anak korang gak ! Haaa.. masa tu tak berguna dah ! Ada paham ? 

Ini menarik perhatian aku.. 

Antara makanan tambah darah ialah  madu, kurma & kismis. Doktor menegaskan bahawa individu yang menghidapi anemia perlu menggantikan gula dengan madu dalam makanan dan minuman mereka. Di samping itu, ambil kurma dan kismis kerana ia mampu membantu meningkatkan sel darah merah dan memberi tenaga tambahan buat wanita yang sedang hamil.

Eh... gi sambung baca sendiri kat Makanan Tambah Darah Untuk Ibu Hamil Cegah Anemia


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
3 kali jaga wife ketika mengandung. Part makan tu antara yang susah. Maklumlah , dia ada masalah dengan darah rendah. Kalau tak silap aku , masa mengandungkan Aariz , dia terpaksa cuti berbulan lamanya untuk elakkan kandung bermasalah gara gara tekanan darah rendah ! 

Ok.. mula mula aku nak cerita pasal pemakanan. Benarkah si baby dalam perut tu selalu 'teringin' ? Atau sebenarnya si isteri tu yang nak ? Apakah patut tunaikan walaupun kita tau akan memudaratkan mereka ? Masalah juga kan ? Hurmm... Alhamdulillah , masa aku mengandung.. eh wife aku mengandung , dia punya teringin tu tak la melampau sangat. Aku yang banyak teringin ! Tu pun lebih pada makanan segera jer. Hehehee.. Tapi tak bagus ok ! 

Aku tak mengandung tapi suka amalkan.

Mula mula.. kena tau 3 perkara yang mana sering aku dapat pertanyaan , satu tika dulu. Buah buahan apa yang bagus untuk wanita mengandung ? Haaa.. Berdasarkan dari web HelloDoktor , disenaraikan beberapa jenis buah buahan yang bagus untuk dimakan.. Aku rasa yang tak mengandung pun bagus untuk makan. Heeee..

Antara buah-buahan terbaik sepanjang tempoh kehamilan adalah :

  • Oren  -  Merupakan sumber yang baik untuk folat- vitamin B yang membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang, vitamin C- mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel, dan membantu badan menyerap zat besi dan air. Buah dari kumpulan sitrus ini dapat membantu anda kekal hidrasi. Oren turut mempunyai folat dan kandungan air yang tinggi. Oren adalah baik untuk memastikan seseorang individu kekal terhidrat dan sihat. Vitamin C boleh membantu mencegah kerosakan sel dan membantu penyerapan zat besi. Folat pula boleh membantu mencegah kecacatan tiub neural, yang boleh menyebabkan keabnormalan otak dan tulang belakang pada bayi. Kecacatan tiub saraf boleh menyebabkan keadaan seperti spina bifida, di mana saraf tunjang tidak berkembang dengan baik, dan anencephaly, di mana sebahagian besar otak dan tengkorak hilang.
  • Mangga - Kaya dengan vitamin A dan C. Secawan potongan buah mangga memberikan 100% daripada keperluan harian vitamin C dan lebih daripada satu pertiga jumlah keperluan vitamin A yang disyorkan RDA (Recommended  Dietry Allowance). Bayi yang lahir dengan kekurangan vitamin A berkemungkinan untuk mengalami masalah imun yang rendah dan berisiko untuk menghadapi komplikasi selepas bersalin, seperti jangkitan pernafasan. Mangga adalah buah yang terbaik untuk diambil ketika hamil, tetapi pastikan anda juga mengambil buah-buahan lain.
  • Delima - Buah delima merupakan sumber buah-buahan yang padat dengan sumber tenaga yang baik. Ia boleh memenuhi keperluan vitamin K – penting untuk mengekalkan tulang yang sihat, kalsium, folat, zat besi, protein, serat – bantu mengatasi kesakitan akibat sembelit, tenaga dan pelbagai nutrien lain yang diperlukan wanita hamil. Kajian turut mencadangkan, mengambil jus delima berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada plasenta
Haaa.. ada banyak lagi buah buahan yang bagus untuk dimakan. Contohnya pir , avocado , epal ,anggur dan banyak lagi.. Korang boleh rujuk di. artikal Buah-Buahan Terbaik Ketika Hamil 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Ke gym pun bergaya. Ikut sapa pun tak tau la aku !

"Daddy , bosan la " katanya.

Ok... aku ajak dia gi gym. Seronok tak terkata dia. Biasanya abang dia yang ikut. Senang nak bawa Qhaliff sebab dia takkan buat gym tu macam dia punya. Zahra ? Aariz ? Huhuh... Memang aku sempat sejam jer berbanding dengan Qhaliff , dapat la 2 jam lebih dalam gym tu ! 

Tapi bagusnya bila bawak Zahra ni ialah dia prihatin ! Peluh aku , dia lap kan.. Baju aku basah , dia betulkan. Siap puji lagi.. 

" Daddy tak busuk pun. Apa la ibu tuuu.. Wangi je Aara bauuu.. kan ? " katanya. Tak tau la ikhlas atau nak bodek aku. Kang kat bawah gym tu ada 7 Eleven. Abis gym kang , mau dia singgah sana dan pelbagai barang boleh dia borong ! 


Pantang nampak cermin

Di gym.. memang dia tak dengar kata dah. Abis dia bikin gym tu serupa dia punya rumah. Nasib baik aku bawak time orang takda. Tak kisah la aku. Cuma aku tak kasi dia usik mesin mesin kat situ untuk elakkan kecederaan.

Sementara anak nak membesar. Dah besar nanti, jangan mimpi la diorang nak ikut kita. Sibuk dengan kawan kawan dia je.. Huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hurm... di Jepun , sukar nak jumpa  tong sampah. Percaya tak ? Yang pernah sampai mesti tau kan ?  Dan rakyat Jepun menyimpan sampah sampah di dalam poket atau beg mereka terlebih dahulu dan membuangnya di rumah atau tong sampah yang berada di kawasan kawasan tertentu. Disiplin begitu kan ?

Di Malaysia ? Sampah dibuang bila takda orang melihatnya. Begitu disiplin sekali , kan ? Alasan mereka , tong sampah tidak disediakan ! Ehhh... boleh pulak gitu yer ? Apa susahnya simpan dulu sampah sampah tu dan kemudiannya buang di tempat tempat yang disediakan... bersepah tong sampah di Malaysia. Antara terjaga atau tidak jer. Heee..

Untuk pengetahuan korang , setiap hari sebanyak 37,000 tan sampah dihasilkan di negara ini. Ini bermakna, kira-kira 13.5 juta tan sampah terhasil setiap tahun!. Jumlah itu sama besar dengan 30,000 buah kapal terbang Airbus A380 yang diletakkan di sebuah kawasan luas. Manakala 1,050 tan beg plastik dihasilkan dalam sehari  dan kita tahu yang plastik mengambil masa 100-500 tahun untuk lupus secara semula jadi !!!


Bayangkan apa akan jadi jika keseluruhan sampah yang terhasil selama setahun itu memenuhi ruang yang kita ada tanpa diurus dengan baik. Bagaimana agaknya kita mahu meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa?



Ok... Baru baru ni ada satu kempen kesedaran yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi dengan kerjasama iCYCLE Malaysia dan Pan Pacific South East Asia Women Association ( PPSEAWA ) telah berjaya menganjurkan program JOM RAKYAT MALAYSIA , KITAR SEMULA bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertempat di Rembau. 

Kempen JOM RAKYAT MALAYSIA, KITAR SEMULA sebagai satu platform untuk menggalakkan rakyat Malaysia tak kira tempat dan lokasi  untuk terus mengamalkan kitar semula. Di lokasi pertama ini , iCYCLE Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan sistem kitar semula berasaskan sistem barcode berserta ganjaran kepada komuniti yang menjalankan kitar semula. Lokasi berikutnya di  Tanjung Malim, Perak, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Cyberjaya & Subang Jaya, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan antaranya ialah PLOGATHON (Plog, Run, Win), Chit Chat : Inovasi, Zon Interaktif dan Pencarian Perintis iCYCLE.















Semoga langkah pertama yang diperkanalkan ini akan memberi kesedaran buat kita semua. Jika kempen kesedaran ini tidak mendapat sambutan , rasanya anak cucu kita bakal menghadapi segala masalah yang ditimbulkan oleh tok nenek mereka !

Bayangkan dunia kita begini..



Jom kitar semula ! 



Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (36)
    • ►  Mei 2025 (4)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ▼  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ▼  Ogos 2019 (48)
      • Sumbangan cermin mata buat anak yatim dari Eyes Vi...
      • Maut ketika bersukan !
      • Perempuan mengandung boleh minum cuka epal ke ?
      • Salurkan maklumat yang lengkap, Lembaga Zakat Sela...
      • Kenapa AYAM BISMI jadi pilihan anda ? Segar , Suci...
      • Sarapan pagi... perlu banyak atau sekadar alas per...
      • Makanan si ibu mengandung untuk tambah darah !
      • Bila isteri anda mengandung , apakah makanan yang ...
      • Bila Zahra nak ikut pergi gym..
      • Rakyat Malaysia malas jaga kebersihan atau tiada k...
      • Boleh jer hidup tanpa television !
      • Sony Xperia 1 atau Samsung Galaxy Note 10 ? Piliha...
      • Netflix atau iflix ?
      • Wajar kita sokong buatan Malaysia dan MyCar pinta ...
      • Nasi Ayam Mafia Chef Joe maju setapak lagi !
      • Apa korang nak buat bila alami kekejangan ?
      • Kerajaan Malaysia Baru malu dengan bahasa kebangsa...
      • Drama Korea yang terkini patut korang tonton ! Tak...
      • Sampai di sini saja pembelajaran Zahra di tadikany...
      • Himalaya Wellness : Men's Wellness dan Joint Welln...
      • Ramai sokong aku kawin lain !
      • Perempuan dan 'sentimental value' mereka!
      • Dilema mereka yang 'ada kuasa' ..
      • Novel bakal berkubur?
      • Askhay Kumar bikin aku terharu..
      • Badan kembali berisi. Takpe! Tapi pinggang pun nai...
      • Kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan ! Teri...
      • Designated Survivor 60 Days lagi best dari yang or...
      • Tangan apakah yang keluar dari kereta dalam gaung ...
      • Anak kedua menagih kasih sayang ?
      • Kerana 'kereta Ferrari' , aku takkan singgah dah S...
      • Tahniah PDRM daerah Sepang !
      • Best tak Boboiboy Movie 2?
      • Bila mak minta minyak Aromaterapi Saffron Najehah !
      • Peluklah anak tu sebelum ..
      • Servis di luar atau ?
      • Rumah korang ada banyak barangan terpakai ? Meh ki...
      • Terliur tengok mee segera !
      • Tinggal satu bar, dah cukup ngeri bagi aku!!
      • Anak selsema. Wajarkah hantar juga ke tadika ?
      • Bila Qhaliff kesakitan nak buang air kecil !
      • Punca bil elektrik tinggi di rumah ? Ini cara yang...
      • Rancang nak kahwin tahun depan ? Meh ke BRIDAL SH...
      • Masalah payah nak membuang air besar ? Meh aku kas...
      • Sedap ke Green Chili Crunch KFC tu?
      • Dah jumpa penyelesai kepada masalah bau ketiak aku...
      • XTVT, aplikasi menarik untuk mereka yang kaki mela...
      • Fast & Furious : Hobbs & Shaw
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes