Salurkan maklumat yang lengkap, Lembaga Zakat Selangor jalankan siasatan!

by - Rabu, Ogos 28, 2019

Apa korang nak buat bila ternampak pengemis atau sekeluarga dalam kesusahan ? Ambil gambar dan viralkan dengan ayat ayat yang menghadirkan komen komen negatif dari pengguna pengguna media sosial. Kemudian gembira sebab 'anda viral' ! Wajarkah buat begitu ? Tidak sama sekali kan ! Silap silap anda kena hentam semula !!

Dah tu nak buat apa ? Paling mudah ialah gi dapatkan maklumat dengan bertanya sendiri atau mereka yang berada di kawasan berhampiran. Dengan maklumat yang diperolehi tu, sila salurkan ke jabatan jabatan berkaitan. Jika mereka itu beragama Islam dan berada di Selangor , maka salurkan maklumat yang diperolehi ke Lembaga Zakat Selangor melalui Facebook rasmi mereka iaitu Lembaga Zakat Selangor

Dalam satu kes , sahabat media online Lembaga Zakat Selangor mendapat maklumat dan terus salurkan maklumat dengan segera. Maklumat diproses dan terus tindakan diambil.




Tidak sampai 24 jam , tindakan dibuat. Alhamdulillah ! Terbaik. Beginilah yang sepatutnya. Masing masing mainkan peranan terutamanya masyarakat setempat yang peka dengan kejiranan mereka. Bantu untuk dapatkan bantuan. Bukan sekadar ambil gambar dan viralkan ! 



Tahniah buat team LZS yang bersungguh sungguh membantu mereka yang memerlukan ! Rajin rajinlah singgah ke Facebook Lembaga Zakat Selangor untuk dapatkan info info terkini lagi berfaedah. Pelbagai ilmu berkenaan zakat dan Islam boleh didapati di sana. Sebarang pertanyaan pon boleh diajukan di situ. Jangan mencari salah , sudahlah ! 

You May Also Like

0 comments