Dilema mereka yang 'ada kuasa' ..

by - Isnin, Ogos 19, 2019


Hurm... akhirnya Tun Mahathir bersuara seperti yang diminta ! Aku mampu senyum jer. Apakah ini akibat desakan atau pendirian ? Entah... aku pun malas dah nak amik tahu ! Kenapa aku amik tahu pun , aku jugak yang sakit hati dan panas hati ! Nak bersuara kang , kena tangkap lak ! Hahaha..

Tapi yang bakal dibenci ialah Tun Mahathir. Diluah mati bapak. Ditelan mati mak ! Anak anak tunggu je apa tindakan dan ada yang bakal bersorak. Yer , yang menangis pun ada juga nanti ! Yang bersorak ni seronok sebab kata mereka diikuti. Memuji menggunung pada mak pak mereka ! Yang menangis tu, mula menyimpan rasa benci dan dendam !  Persoalannya , yang seronok ni.. sampai bila kata mereka nak dituruti ? Jika satu hari nanti , tidak lagi dituruti maka mereka akan join group pembenci tadi ! Segala apa yang dilakukan satu tika dulu, tidak lagi dihargai ! Yang lepas tu , lepaslah. Nak yang sekarang ! 

Yer.. yang berkuasa tu sebenarnya SENDIRIAN ! Hanya sebab ada KUASA , anda disukai ! 

Begitu juga aku yang mana selaku  founder sebuah kelab komuniti blogger yang ditubuhkan semata mata untuk membantu rakan rakan blogger yang baru , akhirnya menjadi kebencian bekas bekas blogger yang satu tika dulu , memuji muji aku setinggi gunung. 

Aku tak salahkan mereka. 

Cuma takda siapa berminat nak tau kenapa dan mengapa ! Aku terima aduan. Melihat sikap dan perangai mereka yang dah mula menempa nama. Si pengadu nak aku amik tindakan. Jika tiada tindakan, maka ramai akan berperangai begitu. 

Apa yang perlu dilakukan  demi keharmonian dan keutuhan komuniti ? 

Beri kata dua ? Telah dilakukan. Singkir ? Yer.. singkir ! Dan yang dibenci adalah aku. Bukan si pengadu. Dan yang seronok ialah , si pengadu dan yang disingkir berkawan baik di luar. Dan aku adalah insan yang dibenci. 

Yer.. aku mampu tersenyum. Adakalanya aku nak mengiyakan kata kata seorang blogger ..

" Blogger baru ni , tak payah ditolong. Biar mereka rasa susah payah sendiri untuk berjaya " 

Tapi aku tak sampai hati. Tak pe la... Biarlah aku dibenci. Aku cuba ikhlaskan hati lakukan semua ini kerana Allah. Tak pe... Setakat manalah kita nak hidup atas dunia ni , kan ? Risiko memang ada bila kita cuba membantu insan lain.. 

Redha.

You May Also Like

3 comments

  1. Bak kata Prof Dr Muhaya dalam Buku Jom Audit Kekal Positif, "Jangan harap pujian manusia, harapkan pandangan kasih sayang dan rezeki dari Allah".

    Mendalam maksudnya untuk kita berfikir, teruskan sahaja kita bergaul dengan orang yang baik, benar menulis dan berkata itu lebih mudah daripada bertindak, tetapi itulah satu-satunya pilihan yang ada iaitu bertindak. Betulkan diri kita dan insyaAllah kita mampu mencipta bahagia kita sendiri.

    Keep it up bro, move forward.

    BalasPadam
  2. betul.. kadang buat salah xbuat salah bang ben.. diam pun salah haha

    BalasPadam
  3. Saya kagum dengan pendirian Abang Ben Ashaari yang ikhlas membantu Blogger baru. Jika tergerak hati pada masa akan datang, saya mungkin akan menghubungi Abang Ben Ashaari untuk belajar teknik menyelam yang betul dalam dunia Blogger sebab selalunya saya asyik tenggelam bila nak menyelam. Hehehe.

    BalasPadam