Maut ketika bersukan !

by - Jumaat, Ogos 30, 2019

Hurmm.. banyak kes kebelakangan ni mati ketika mereka yang bersukan , meninggal dunia ! Kenapa semua ini boleh berlaku ? Hurmm... Apakah puncanya ? Tiba tiba aku lak yang cuak ! Bukan sebab takut mati tapi takut menyusahkan keluarga dan kawan kawan. Huhu..


Sebahagian kes mangsa mati mengejut dan apa yang membimbangkan adalah kebanyakan mereka masih muda dan berusia lingkungan bawah 50 tahun. Berlaku juga pada salah seorang sahabat aku yang ketika tu dia sedang berjogging.

Daripada info Utusan , pada awal Mac 2018, seorang guru lelaki berusia 39 tahun dilaporkan maut ketika bermain badminton di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, Balik Pulau akibat serangan jantung.  Masih dalam bulan sama, hasrat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mahu menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak kesampaian apabila disahkan meninggal dunia ketika bermain futsal di Taman Cahaya, Sabak Bernam.

Punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga emas yang bersukan adalah disebabkan oleh serangan jantung akibat daripada penyumbatan salur darah koronari jantung. Keadaan ini dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan doktor dan ujian jantung yang teliti sebelum giat bersukan untuk mencegah kematian di gelanggang sukan.

Ok... itu intro ! Bayangkan jika rajin bersukan pun boleh mati , ni kan pulak mereka yang rajin makan tapi malas bersukan ! Eh... camana tu pulak ? Yer.. Gaya hidup ! Makan makanan yang kandungannya banyak gula dan garam , merokok , minum alkohol walaupun bersukan ! Adeh..camana tu ? 

Selain jantung , antara penyebabnya ialah tekanan darah tinggi dan hypertensi ! Mereka bersenam tapi dalam pada masa sama , mereka stress! Dok fikir masalah kerja dan peribadi. Tidak enjoy ketika bersukan. Bersukan ni kena relaks jer. Happy happy gitu. Senyum , ketawa.. tinggalkan segala masalah buat sementara waktu ! 

Bagi korang yang baru nak bersukan , dan usia pun dah lebih 30 tahun.. dinasihati jumpa doktor terlebih dahulu untuk pastikan kemampuan tubuh badan kita. Jangan main redah jer , ok ! Dan mereka yang ada masalah dengan tekanan darah tinggi. ni ada tips pemakanan untuk korang! 

1. Elakkan garam
Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, doktor akan mengesyorkan diet yang mengandungi kurang daripada 1500 miligram natrium sehari (tidak lebih daripada satu sudu teh). Elakkan menggunakan garam sebaliknya tambah perasa makanan menggunakan bawang putih, halia, oregano, jintan atau rosemary, dan lain-lain. Makanan daripada restoran mungkin melibatkan penggunaan garam lebih daripada biasa. Oleh itu, luangkan masa untuk memasak di rumah apabila anda mengalami keadaan ini.

2. Tambah bijirin dalam diet
Makanan dengan bijirin penuh adalah bekalan serat dan nutrien banyak yang dapat mengawal tahap gula darah dan membantu anda kekal kenyang untuk lebih lama. Pastikan anda makan tiga hingga lima bahagian bijirin yang separuh daripadanya adalah bijirin penuh.

3. Amalkan pengambilan pisang
Pisang kaya dengan potasium yang dapat membantu menguruskan tekanan darah dengan mengurangkan kesan natrium (garam). Melainkan orang yang mempunyai masalah dengan buah pinggang, semua orang yang mempunyai diabetes dan tekanan darah tinggi perlu menambah kalium dalam diet mereka.

4. Hindari alkohol
Minuman mengandungi alkohol akan meningkatkan paras gula darah. Ia juga boleh membuat orang makan lebih banyak kerana merangsang selera makan mereka.

5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sejumlah besar mineral, vitamin, antioksidan, dan serat. Ramai saintis telah membuktikan bahawa pemakanan sebegini mempunyai kesan ke atas paras gula darah dan mengawal tekanan darah.

6. Kurangkan kebiasaan minum kopi
Cuba untuk menghadkan jumlah kafein yananda ambil sehari kepada 200 miligram sahaja. Banyak kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan paras gula darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

7. Berhati-hati dengan lemak
Mereka yang mengalami kedua-dua keadaan ini harus mengelakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan panggang dan goreng. Mereka juga dinasihatkan untuk mengehadkan lemak tepu yang banyak ditemui dalam potongan daging berlemak kerana lemak ini dapat meningkatkan kolesterol yang membawa kepada masalah jantung. Sebaliknya, banyakkan pengambilan lemak daripada tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun, dll.

8. Makan protein rendah lemak
Sumber protein rendah lemak dapat mengawal tahap gula darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama dan menjaga kesihatan jantung.

9. Kawal pemakanan setiap hari
Kawal diabetes dan hipertensi dengan menulis tabiat makan anda pada komputer riba atau telefon pintar anda.

Info : HelloDoktor

Moga bermanfaat

You May Also Like

1 comments