Sedap ke Green Chili Crunch KFC tu?

by - Sabtu, Ogos 03, 2019


Tak plan pun nak gi makan Green Chili Crunch ni pun. Pergi KFC pun malas ikutkan sebab teringatkan staff mereka yang kurang meriah tu ! Tapi sebab dah boring dan malas nak beratur panjang di McD  maka kawan aku ajak ke KFC jer. 

Di KFC Nilai, ternyata di situ staff mereka ok sangat. Alhamdulillah  Bagusss.. Dan aku ternampak laa gambar ayam bersalut cili hijau tu !! Terus terliur. Aku tak suka makanan viral ni tapi sebab baru lepas workout . Lapar wehh.. Terus mintak setnya dalam harga RM18. 90.



Dan aku berjaya habiskan 5  ketul.. Nasib baik duit tunai abis dah dalam poket. Kalau tak, aku nak lagi 3 ketul woiii !!! Biasanya 2 ketul pun dah muak dah. Tapi kali ni... tu dia !  Pedas sangat ke  ? Pastikan korang dapat ayam yang panas panas. Yang tu aku confirm sedap. Pedasnya  bagi aku ok jer. Tak nak terlalu pedas. Tak elok untuk perut. Heheee..

Nanti nak gi lagi... Layan gakkk ayam KFC kali ni. Berbaloi bagi tekak aku. Heee..

You May Also Like

6 comments

  1. wahhhhhhhhhh. dah try gak haritu, memang power

    BalasPadam
  2. https://www.sislin76.com/2019/08/usia-blog-aku-dah-cecah-11-tahun.html?showComment=1564804100168#c7364281804507464465

    BalasPadam
  3. warna tak best..rasa mesti best gituu

    BalasPadam
  4. Tengok entri En Ben ni macam terbuka hati lak nak try.

    BalasPadam