Novel bakal berkubur?

by - Isnin, Ogos 19, 2019


Ada beberapa lagi novel di atas kabinet tv yang dibeli pada Pesta Buku yang lepas. Tak terusik ! Beberapa kali cubaan membawa bersama ketika travel atau pulang ke kampung. Rancangnya nak membaca ketika berehat di sana tapi segalanya menjadi debu ! 

Apa dah jadi ???? 

Budaya membaca bertukar ke budaya menonton?? Menonton gajet lebih menarik dari membaca? Jika ini berlaku , daya imaginasi anak anak kita akan berakhir ! Mereka lebih tertarik dengan realiti yang ada di depan mata. Membaca sekadar untuk mendapatkan info info jer. Selebihnya , tidak berminat ! Buang masa atau tidak lagi menarik ! 

Dicapainya telefon pintar dan buka Facebook , Twitter mahupun Instagram. 

Tersenyum di hadapan skrin yang merosakkan mata mereka. Yer..bakal merosakkan mata mereka di masa hadapan. Berapa ramai anak mudah dah berkaca mata di usia muda gara gara kerap melihat skrin gajet ?

Novelis menjual sendiri novel novel mereka ! 

Satu tika dulu , kedai kedai buku seperti MPH dan juga kedai kedai buku kecil di Jalan TAR senantiasa dipenuhi. Kelihatan ramai anak anak muda berdiri sambil membaca. Ada yang duduk. Buku yang di atas rak kelihatan dah rosak akibat dibelek dek entah berapa banyak tangan dah. 

Tapi sekarang.. buku di atas rak terkemas rapi. Dah jadi perhiasan ! Mereka yang masuk ke dalam kedai buku hanya mencari buku yang diperlukan untuk peperiksaan saja. Tiada lagi untuk 'berimaginasi' atau 'menakutkan diri' mahupun mengetahui sejarah dunia ! 

Teringat zaman sekolah dulu..

Wajib jadi ahli perpustakaan di sekolah. Rehat jer , singgah pilih buku. Antara buku yang jadi kegemaran ialah hikayat hikayat dongeng pelbagai negara. Seronok baca. Macam macam tau walaupun ianya sekadar cerita rakyat ! Membina imaginasi supaya lebih kreatif ! Kesan membaca hingga ke dalam kereta sewaktu pulang ke kampung. 

Namun segalanya tinggal kenangan. 

Nampaknya aku kena lakukan sesuatu sebelum terlambat ! Bukan aku tapi kita ! Bagaimana nak membudayakan membaca ? Berapa lama sangatkan kita boleh tinggalkan gajet dalam masa sehari untuk membaca ? 

Hurm.. sekarang ni , layan game lagi best. Tengok youtube lagi seronok. Membaca novel , tak da apa yang menarik pun ! Kata mereka.

Kesian mereka. Apa akan jadi bila dunia terputus bekalan elektrik ? Apa mereka nak buat ? Segalanya yang menyeronokkan , memerlukan elektrik ! Oh ya.. mereka tak mampu membayangkan kerana mereka hidup dengan realiti.

Sebenarnya bukan novel jer dalam keadaan nazak tapi suratkhabar dan juga majalah ! Apakah semua ini bakal berkubur di negara kita ?

You May Also Like

0 comments