Servis di luar atau ?

by - Rabu, Ogos 07, 2019

Nissan Livina dah capai tarikh matang untuk maintenance service. Usia kereta dah pun nak cecah 7 tahun. Ikutkan hati , nak tukar kereta baru. Tak nak guna kereta yang dah cecah 7 tahun dan tak berminat untuk dijadikan aset. Ada orang tak nak berhutang tapi bagi aku , keselamatan adalah keutamaan. Bukan apa, kereta dah tua ni kang... ada je ragamnya nanti terutama bila berjalan jauh. Risau je sebab anak anak ada dalam kereta. Kalau kita je tak pe laaa.. kan kan ?

Hurm.. persoalannya , nak hantar servis di mana ? Hurm.. ramai orang kata, bila dah lepas jaminan tu, gi je hantar kat luar. Bengkel luar lagi murah berbanding service center ? Untuk kes aku ni , Tan Choong Motor la. Aku setakat ni tak pernah lagi buat di luar kecuali tukar bateri dan juga tayar. 

Kenapa aku tak pergi bengkel luar ? Bukanlah aku ni kaya sangat sampai tak nak guna bengkel luar atau tak percaya pada mekanik luar tapi bagi aku... aku lebih suka gi tempat yang mana jika ada masalah berbangkit , aku mudah nak rujuk. Tak perlu banyak cerita. Contohnya ada sekali tu, aku dapati cermin depan kereta aku ada retak skit. Aku terus buat call ke Nissan dan bagitau. Sebelum tu , aku hantar kereta aku servis kat situ. Terus mereka suruh aku ke center untuk diperiksa. Takpa banyak cerita , mereka perbaiki. Tapi difikir fikir semula , rasanya retak tu macam dah wujud sebelum tu lagi. Seingat aku laaa.. Saja aku nak test diorang. Apakah respon diorang? Maka aku dah tau la..

Mahal ? Hurm... terpaksa la. Kereta nak pakai lama. Dan Alhamdulillah... setakat ni tak pernah ada hal lagi si Livina tu buat. Cuma sekarang ni nak kena servis aircond jer. Tu aku rasa kena buat kat luar je la. Staff diorang pun syor gitu sebab mahal buat kat Tan Choong. Mungkin diorang pun hantar  ke luar gak kot ? Heheheh.. tunggu ada duit lebih baru nak buat. Kensel trip melancong tahun ni. Radio pon dah buat hal ! Huhuh.. Aku dah matikan. Nak beli radio baru yang lagi best. Ada duit , buat baru semua ! Hahahaa..

Dan aku kena pastikan Livina ni tip top terutamanya di bahagian enjin sebab wife guna gi ke pejabat. Termasuk amik hantar si Qhaliff dan Zahra. Maka kena pastikan segalanya dalam keadaan baik. Kalau berkira kira , letih laaaa. Lain la kalau duit takda... yang ni kena ubah la plannya. Huhuh.. Kena guna bengkel luar yang bajet skit. Hurm..









Selesa. Ada sarapan pagi dah. Sebelum ni diletakkan biskut kering dan cicah dengan milo panas jer. Hahaha.. Ada peningkatan dah. Ok la kan ? Ruang buat kerja ada. Internet ada. Tv ada. Aircond ada. Sofa selesa. Nak berdengkur pun takda sapa nak marah. Hahahaha.. Kena sediakan duit jer. 

Walaupun dah servis , aku masih berkira kira nak guna kereta Livina aku ni untuk pulang beraya di Kelantan. Huhuh.. Guna untuk gi kerja je la. Jimat Kilometer untuk servis akan datang. Hehehe.. Dapat la bertahan untuk 3 bulan... 

You May Also Like

2 comments

  1. pusat servis dia lagi hebat dari toyota...siap ada sarapan lagi

    BalasPadam
  2. samalah..walau dah habis tempoh servis kat proton..tetap hantar kat sana...biar terpaksa bayar lebih pun...sayang kat kereta...

    BalasPadam