Boleh jer hidup tanpa television !

by - Isnin, Ogos 26, 2019

Dulu... bila ada kawan aku cerita mengenai kejayaan anak anaknya hingga ke menara gading dan antara faktornya ialah tiada television di rumahnya , aku rasa cam.. Woww , camana dia boleh lakukan eh ?? Tak boring ke hidupnya ? Namun hasilnya begitu lumayan ! Anak anak dia pun tak kisah ada ke takda television. Tiada masa dibazirkan dengan begitu saja. Segalanya dimanfaatkan dengan begitu baik.

Aku tak boleh hidup tanpa tv, satu tika dulu. Nak kena tengok jer setiap hari. Tak kisah la apa rancangan sekali pun. Dan anak anak aku pun begitu gak. Tapi selepas tv Malaysia dok berpolitik tanpa henti. minat aku terhadap tv dah takda. Kalau nak tengok pun, lebih pada filem filem menarik dan juga Gegar Vaganza. Hehehe.. lain , tarak ! 



Semalam , aku singgah rumah mak aku. Diorang dok layan rancangan nyayian. Aku tengok jap. Rasa loya lain macam jer ! Hahahaha.. Aku tak pasti la samada puncanya aku dah semakin tua atau dah tak boleh nak masuk dengan rancangan hiburan masa kita. Bukan apa... antara yang buat aku rasa cam meluat tu ialah asal boleh nyanyi jer , terus amik jadi artis buat album ! Asal boleh pegang mic ! Artis dulu nak jadi penyanyi, sikit punya susah ! Tu belum lagi kena belajar pasal simbol simbol muzik ! Haaa.. 

Dan di rumah aku... tiada lagi ASTRO ! Mungkin kalau nak pasang balik pun Njoi je la. Tu pun sebab nak ada berita. Nak layan rancangan tv, rasanya takda dah la kot. Tapi aku tak sangka aku boleh lakukan.. Hidup tanpa tv ! Heheeee..Nak layan movie sangat pon , streaming je  dari internet. Layan sebelum tidur jer... 

You May Also Like

3 comments

  1. kalau ada smartphone, xyah tv pon takpe

    BalasPadam
  2. sy pun lama juga tak de tv kat rumah.... anak-anak pun dah biasa, tp bila mak ayah sy dtg xde tv kat rumah diorg boring then mereka tolong belikan tv tuk kami.. huhu... so, edisi bertv kembali semula.... hehehe

    BalasPadam
  3. alaaa beben kan ada iflix...hahahhaha

    BalasPadam