Masalah payah nak membuang air besar ? Meh aku kasi tips mudah !


Sebelum ni , terus terang aku nak kasi tau korang... perut aku memang tak begitu cemerlang part part membuang air besar. Maka sebab tu kerap kelihatan seperti keboroian ! Haaa ! Serius wooo ! Bukan sebab boroi tapi sebab banyak hampas dalam usus tak dikeluarkan dengan begitu baik. 

Pelbagai cara aku buat dan produk aku amik. Bagus tu memang bagus tapi komitmen nak amik mengikut masa yang ditetapkan tu , payah ! Dan sememangnya orang kata , cara terbaik ialah makan buah ! Betul dan tepat ! Antara buahnya ialah pisang. Tapi bosan gak asyik makan pisang , kan ?

Entah camana satu hari tu , aku beli epal hijau ketika di AEON Nilai. Cantik buahnya. Terpikat tengok kemerahannya. Sebelum sebelum ni , aku pengemar epal hijau. Entah kali ni aku nak makan epal merah yang rangup gitu ! Pilihan aku biasanya Epal Washington. Heee.. 

Kesannya ? Lepas makan sebijik dua tu.. terus rasa memulas perut. Aku rasa cam.. Woww ! Pastu membuang pun dengan selesanya. Tak perlu nak buat muka Jason King pun ! Haaa.. Sedap jee perut pas membuang. Dan sejak tu , pagi pagi pun mudah nak membuang. Aku cuma perlu makan sebiji sebelum tidur dan sebiji sebelum sarapan. Alhamdulillah.. Berkesan ! 

Ok... buah epal merah memang sedap ! Tapi masalahnya ialah.. tak semua epal merah tu sedap dan rangup ! Awal dulu kerap dapat epal yang gebu dan aku tak suka yang gebu ! Aku suka yang padat dan rangup. Dan biasanya aku akan amik epal yang bersaiz kecil dan merahnya agak pekat. Setakat ni, dapat la yang aku suka tu ! Hehehee.. Tu sekali makan , dua biji jalan !

Meh aku kongsi khasiat dan kebaikan buah epal merah ni.


10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Epal

1) Baik untuk kesihatan

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit
Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

3) Risiko kanser rendah
Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.

4) Mengandungi serat yang tinggi 
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.


5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan

Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.


6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser

Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.


7) Membantu proses mengawal berat badan.
Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.

8) Bebas kolestrol dan lemak
kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan


9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

Tiada ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.