Rancang nak kahwin tahun depan ? Meh ke BRIDAL SHOWCASE 2019 – FESTIVAL KAHWIN 2019 !

by - Ahad, Ogos 04, 2019

Nak mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna , bukanlah mudah ! Sempurna tu bukanlah maksud aku lengkap segalanya tapi nak segala perancangan berjalan dengan baik. Hadirin akan pulang dengan senyuman dan pengantin akan tersenyum bila mengenangkan majlisnya. Kan kan ? 

Yer.. Selain memerlukan kos yang tinggi dan perancang perkahwinan yang bagus , lokasi turut menjadi masalah utama ! Er , nak pilih butik pun satu masalah gak ! Banyak sekarang ni isu isu melibatkan penipuan berlaku ! Jika tiada pengalaman , mesti akan pening kepala punya , kan ? 

Nahh... Sila simpan tarikh ini dalam kalender korang ! Pada 16 Ogos 2019 hingga 18 Ogos 2019 , bertempat di The Regency Kuala Lumpur akan ada satu showcase khas buat mereka yang nak mengadakan perkahwinan di masa akan datang . Perancangan awal perlu dibuat terutamanya mereka yang tiada masa untuk melakukan sebarang persiapan ! Maka , di sinilah tempat dan masanya ! 



Penglibatan The Regency Kuala Lumpur event ni adalah sebahagian dari program “Tanggungjawab Khidmat Masyarakat” (CSR) mereka dalam membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan memberikan ruang dan peluang kepada pengusaha-pengusaha butik pengantin untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka di The Regency Hotel Kuala Lumpur secara PERCUMA.

Dengan tagline mereka sebagai hotel “Heritage of the Urban City” atau “Warisan di Bandaraya”, The Hotel Regency Kuala Lumpur turut menjalankan program bercorak kebudayaan di hujung minggu dengan menyediakan tempat latihan tarian tradisional secara PERCUMA kepada persatuan dan kumpulan tarian yang mana sedang berusaha untuk mendapatkan gelaran “Hotel Budaya Nombor 1 Malaysia” (Malaysia’s No. 1 Cultural Hotel) menjelang TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 dan pengistiharaan KUALA LUMPUR sebagai WORLD BOOK CAPITAL 2020 oleh UNESCO.

Ok... diulangi , sila pastikan tanda tarikh yang dinyatakan ! Datang cari pengalaman pon bagus gak. Tak semestinya nak kawin je kan ? Hehehhe.. Kalau aku datang , rasa-rasanya ada isu tak nanti ? 

"Ben Ashaari nak menikah lagi ke ??? " 


You May Also Like

1 comments