Apa korang nak buat bila alami kekejangan ?

by - Khamis, Ogos 22, 2019

Baru terjadi pada aku baru baru ni ! Aku punya mengelabah , Allah je la yang tahu. Apa kes ? Gini ceritanya.. Hehehe.. 2 hari aku cuti rehat. Pastu aku masuk gym di Kelantan. Disebabkan takda orang kat gym ketika tu, maka segala mesin yang ada aku layan. Dari free weight hingglah mesin. 2 jam jugak la dalam tu.

Nak dijadikan cerita jugak , malam tu wife aku sentap la ngan aku dek kerana salah gurau. Orang perempuan memang gitu eh ? Dia nak bergurau kasar tapi tak leh nak terima. Walhal dia yang mulakan dulu. Huhhh ! Bila dah sentap, apa nak jadi dengan kita, lantak ler ! Hahaha.. nasib badan la wahai lelaki ! 

Haa. sambung.. tiba tiba , kedua dua lengan aku 'bermasalah' ! Kejang di bahagian otot lengan atau bahasa kerajaan baru , Cramp ! Bahasa omputeh la maksud aku ! Perghhhh... tak leh bergerak tangan kanan aku. Yer, tangan kanan kena dulu. Nasib baik laaaa aku bawak Deep Heat Lotion dalam travel beg aku. Yer, memang aku bawak ke mana mana Deep Heat Lotion ni ! Serius banyak sangat kegunaan dia wooo terutama bila bersukan dan juga travel ! 

Terus aku sapu perlahan lahan di lengan (tricep) dan rehat sekejap.Tak payah urut. Sapu jer ! Dan seminit dua kemudian , boleh luruskan semula.. Ah, leganya ! Tiba tiba lengan kiri pulak diserang ! Cepat cepat aku sapu... 

Tersandar aku di dinding pastu. Sapu di perut dan betis selepas tu ! Takut kena jugak pastu sebab aku buat full body workout di gym sebelum tu ! Kena guna bahasa omputeh. Maklumlah , blog aku ni pun , orang Amerika pun baca ! Huhuh.. 

Lepas sapu tu, baru dapat tidur. Sebelum tidur , aku tengok wife ! Dia wat dek jer... lena dah tidur walhal sebelum tu dia nampak aku dalam 'kesakitan'. Mesti dia ingat aku saja saja nak meraih simpati. Nasib kau la Ben oiiii ! Sapa suruh cari pasal dengan orang perempuan ! 

Tu baru satu je bini. Kalau 4 ???? Haa... 



Di gym Nilai baru baru ni. Aku ni pun suka cari pasal ! Hahahaha.. Sendiri punya salah. Tapi nasib baik la ada Deep Heat Lotion yang aku bawa dalam beg gym. Cerita dia gini. Panjang ceritanya. Nak aku pendekkan ke ? Heheheh.. Gini gini... Aku dok sedap layan angkat besi. Maklumlah , baru lepas makan. Banyak la tenaga. Dan aku fokus pada bahagian atas badan. 

Entah camana.. dek kerana tak panaskan badan betul betul , leher aku tak leh nak digerakkan. Haaa ! Mengelupur aku jap. Ada juga jadi Robocop sehari dua ni. Aku tenangkan diri. Terus ke beg dan keluarkan Deep Heat Lotion. Sapu di bahagian leher. Terasa kepanasan buat sementara. Aku duduk di kerusi. Rehat jap...

Beberapa minit kemudian , kelegaan terpamer di muka aku. Cuba gerakkan perlahan lahan leher aku. Ok ngam ! Dah ok dah.. Heheheh.. Pastu sambung balik angkat besi ! Hahaha.. Balik ? Tak mungkin. Awal lagi kot. Rugi la.. Masuk gym bayar mahal ! 

Sebenarnya kan.. setiap kali aku nak mula bersenam , aku akan gunakan Deep Heat Lotion dulu. Sapu di seluruh tubuh badan dan terasa kepanasan buat seketika. Masa bersenam tu, aku punya peluh memang meleleh leleh la ! Ada kawan yang pernah guna kata, dia hilang beberapa inci di bahagian perut bila guna Deep Heat Lotion ni. Aku tak nak la kata produk ni bagus untuk hilangkan lemak tapi memang bagus untuk mereka yang nak bersenam.  Sapu sebelum tidur di kala kepenatan pon sangat sangat bagus. Korang akan tidur macam makan ubat tidur ! Nyenyak dan baru dalam keadaan sangat segar !

Satu lagi kelebihan Deep Heat Lotion ni , baunya ! Haaa.. baunya memang menyenangkan hidung. Aromaterapi gitu. Terasa cam... wanginya.. Terus mengantuk ! Hahahaha.. Bagi yang suka mengstresskan diri tu , aku galakkan letak satu unit di pejabat. Bila korang stress , sapu sedikit di bahagian leher.. Inshaallah akan hilang stress tu ! Hahahah.. Tu aku selalu buat la..

Ok.. aku tak jual Deep Heat Lotion ni walaupun ada kawan mintak aku jual kat dia. Hahaha. Aku suruh dia beli online jer kat Cosmoderm. Senang je pun. Pilih dan Bayar. Pastu tunggu beberapa hari dan sampailah di depan pintu rumah korang. 


Atau korang boleh beli di Shoppe je ! Tengah ada jualan murah skang.. Nasihat aku , kalau ada stok.. beli la banyak banyak sebab Deep Heat Lotion ni memang cepat laku ! Selalu kehabisan stok ! Heheheh... Aku sendiri akan borong dengan banyak bila beli online. 



Sebarang pertanyaan , boleh bertanya di Facebook Cosmoderm

You May Also Like

13 comments

  1. Wah tengah sale ea?? Ok nak belilah!!

    BalasPadam
  2. Krim fav huda juga ni.. best kesannya

    BalasPadam
  3. Itu namanya karma Ben. Sebab wife dah merajuk. Hahaha.. tapi seriusly, dah jatuh cintalah pula dengan lotion tu. Kena beli 1 lah. Nak pakai sebelum Konga nanti. Tapi tak pernah nampaklah kat Watson atau Guardian. Ke laku keras produk ni? Letak je... habis kena sambar.

    BalasPadam
  4. Itu namanya karma Ben. Sebab wife dah merajuk. Hahaha.. tapi seriusly, dah jatuh cintalah pula dengan lotion tu. Kena beli 1 lah. Nak pakai sebelum Konga nanti. Tapi tak pernah nampaklah kat Watson atau Guardian. Ke laku keras produk ni? Letak je... habis kena sambar.

    BalasPadam
  5. Wah bagus jugak deep heat lotion ni yer.. nnt nak masa training volleyball boleh pakai

    BalasPadam
  6. X pernah lg cuba lotion ni.Tp banyak dh dgr pasal ni...Kawan2 bgtau bagus utk kegunaan harian..Wajib beli ni..Sbb selalu jgk jadi mcm Ben ni bila buat kerja berat.

    BalasPadam
  7. Alaaa lama dah nak cari Deep Heat Lotion ni, tak terbeli². Memang bagus ada ni, kena cari jugak!

    BalasPadam
  8. Sejak bersalin Eicha dulu, Deep heat Cosmoderm memang sentiasa ada kat rumah. Pembantu di kala badan sakit atau sengal. Suka feel panas dia yang lama lasting tu... Bau pun sedap

    BalasPadam
  9. Haida sebelum ni setiap malam kejang kaki. Lepas tu baca entry Aben sblm ni. Terus Haida amalkan sblm tidur sapu dulu Deep Heat ni. Alhamdulillah skrg dh ok. Thanks share pasal deep heat ni

    BalasPadam
  10. Bestnya deep heat lotion ni... Belum pernah try produk Cosmoderm yg ni lg....

    BalasPadam
  11. Cosmoderm pon ada hot lotion ye. Lepas ni boleh guna cosmoderm punya plak

    BalasPadam
  12. ohh.. baru tau hebat juga deep heat lotion ni. Selalu juga kekejangan ni.

    BalasPadam
  13. Mmg pkai ni bila sakit sendi ke, urat ke.. Sapu ni lega terus

    BalasPadam