Rumah korang ada banyak barangan terpakai ? Meh kita kitar semula !

by - Selasa, Ogos 06, 2019

Dulu aku tak endah atau amik kisah sangat semua ni ! Bukan urusan aku ! Mereka yang 'digajikan' , akan uruskan semua ni. Termasuklah pejuang pejuang alam semulajadi ! Ah, lantak laaa..  Aku bukan hidup lama pun. Esok lusa mati ! 

Tapi kejahilan aku tu terlerai bila aku melihat sendiri lautan di negara kita ini , penuh dengan sampah sarap.. penuh dengan botol botol plastik ! Paya bakau , hutan hutan malah di sekeliling aku penuh dengan sampah sarap ! Negara yang bersih kononnya.. eksport sampah sarap mereka ke negara tercinta aku ni ! Sampah tul ! 

Wife aku yang dah lama sedar akan masalah ni , membuat inisiatifnya sendiri. Dia mengumpulkan segala sampah sampah yang boleh dikitar semula dan menjualnya di Pusat Kitar Semula Presint 9 di Putrajaya.

Malah ketika aku sampai di pusat tu dalam jam 4 petang , banyak kenderaan kenderaan diletakkan di situ. Rupanya ramai rakyat Malaysia yang peka akan masalah ni dan membantu membersihkan bumi dengan cara yang sebetulnya. Tahniah ! 

Nahhh.. sekarang aku ajak korang lak ! Jangan tunggu sampah sarap melepasi KLCC seperti mana di India yang mana sampah sarap di negara tu dah melebihi Taj Mahal tingginya ! Gulp.. 

Berikut adalah senarai barangan yang boleh korang jual dan dapat duit ! Haaa, kiranya untuk dikitar semula la. 








Jom Rakyat Malaysia, Kitar Semula!

♻ Bersempena Bulan Kemerdekaan tahun ini, Yayasan Inovasi Malaysia bersama- sama iCYCLE (M) Sdn Bhd dan Pan Pacific South East Asia Women Association (PPSEAWA) akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik antaranya;

🏃 Plogathon (Plog, Run, Win) #Clean Up Fun Run
🎤 ChitChat:Inovasi
🤹‍♂ Zon Interaktif
🔍 Pencarian Perintis iCYCLE

Jadi RAMAI-RAMAI kita bersama mengindahkan Malaysia yang tercinta❤ dengan menyertai program seperti tentatif berikut :
🗓 Tarikh : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
🕖 Masa : 7.30 pagi
📌 Tempat : Pusat Komuniti, KRT Taman Seri Rembau Fasa 2


Ahahaa ! 50 YANG TERAWAL MENDAFTAR AKAN MEMILIKI T-SHIRT DAN KIT PROGRAM YANG MENARIK !!!

You May Also Like

2 comments

  1. Pernah buat bisnes barang recycle.. Memang berbaloi.

    BalasPadam
  2. Terima kasih bang sudi share maklumat pasal barang recycle ni. dah lama saya tertanya berapa harga barang recycle ni. takut tertipu dengan penjual.

    BalasPadam