Tinggal satu bar, dah cukup ngeri bagi aku!!

by - Isnin, Ogos 05, 2019

" Bang , minyak tinggal satu bar jer. Sempat tak sampai opis esok pagi ? " tanya wife.

Wife aku punya yang kerap terlepas pandang part petrol ni !

What ??????? Satu bar ???? Huk aloh weyyyy.. Aku geleng kepala. Terus amik kunci dan keluar malam tu gak ke stesen petrol berhampiran ! Baik aku susah malam ni daripada aku susah esok pagi. Yelah , walaupun dia yang pandu kereta tu gi kerja tapi di dalam tu ada anak anak dan mana la tau ada kemalangan di jalan dia biasa guna untuk ke pejabat , pastinya akan tersangkut paling singkat pun 15 minit di atas jalan raya ! Dan tiada stesen minyak berhampiran ! Jika kereta kehabisan petrol , korang rasa rasa la kan.. sapa dia akan call ??? 

Laki diaaa woiiii ! Laki diaaaa ! Laki dia ada sorang. Lom bermadu lagi aku haa ! 

Yer.. ramai perangai begini ! Suka tunggu merah atau 'hujung nyawa' baru nak isi. Tak kira la lelaki atau perempuan ( sebenarnya aku nak cakap perempuan paling ramai buat perangai gini ) , sama je perangainya. 

Tak elok tau buat gitu. Terutama bila nak berjalan jauh. Sekarang ni mudah nak berlakuknya jammed. Dan biasanya akan amik masa yang lama wooo ! Bahaya ! Kita bukan apa yang ada di depan sana tu. Memang la plan nak isi dalam perjalanan tapi mana tau dalam perjalanan tu ada kemalangan yang membuatkan kita tersangkut lama ? Haaa.. Tak ke naya dah kat situ ? Nasihat, jumpa je stesen petrol..terus isi ! Jangan berkira jenama apa pun. Huhuh..


Aku punya. 3 bar tu pun dah bahaya untuk aku  yang selalu ulang alik ke rumah mak aku.


Adalah berbahaya membiarkan aras minyak terlalu rendah, contohnya apabila kenderaan terhenti di jalanraya yang sibuk dan berkenderaan laju. Aras minyak yang rendah di dalam tangki juga mendatangkan risiko mendapan atau kotoran disedut dan dipindahkan ke enjin, yang boleh merosakkan 'fuel pump', 'fuel line' dan malahan enjin. Ramai pakar automotif menyarankan memastikan sekurang-kurangnya 1/4 tangki penuh pada setiap masa.

Mengikut saranan, sebagai pemandu perhatikanlah 'fuel gauge' itu dengan kerap, dan isi semula SEBELUM ia 'E', bukan tunggu ia 'E', apatah lagi tunggu lampu amaran menyala. Anggaplah 'E' itu (hampir) 'empty', bukan 'enough'. Jadilah pemandu yang bijak dan proaktif, bukan acah-acah bijak dan reaktif.

Faham tak ? Haaa... tak paham kalu , kasi try abis petrol dalam tank tu dulu. Nanti tau la camana rasanya.

You May Also Like

0 comments