Bagi korang yang tiba tiba kena pakai cermin mata , mesti kalut atau mengelabah nak pakai cermin mata camana punya kan ? Bila gi kedai cermin mata , tengok harga.. tu dia ! Berpeluh ketiak. Aduh.. Tu baru bingkai. Belum masuk cermin dan power dia.
Ya.. aku dah lalui. Kena kencing pun ada. Beribu. Beli tapi tak leh pakai sebab power dia tak kena ngan mata. Kita pulak dipersalahkan. Tu masa aku remaja dulu la. Insaf terus sejak tu. Aku tak tengok brand dah selepas kena scam tu. Hahahaha.. Kedai gempak tapi dia punya servis tu cam.. huh !
Bila dah berumur ni barulah aku faham dan akur. Bila nak beli cermin mata tu, kena tau tujuan kita. Kalau sekadar untuk membaca buku, bentuk dia camana ? Kalau nak mengadap komputer saja.. camana. Kalau nak bersukan , camana ! Kalau nak satu dalam semua , camana lak ! Haaa.. kan ?
Bajet satu hal lagi. Mau cecah beribu ? Hahaha.. Ada je yang murah tapi kualiti dia ok ok la. Kita kena jaga la spek tu. Jangan main campak merata rata. Kang anak anak terpijak , satu hal lak. Ini beberapa tips dan kesilapan yang boleh korang elakkan yang baru nak dapatkan cermin mata..
Beli Ikut Rupa, Bukan Ikut Kesesuaian
Ramai pilih sebab "nampak lawa", tapi tak sesuai dengan bentuk muka atau gaya hidup.
Contoh: Bingkai besar tak sesuai muka kecil, atau bingkai plastik tebal tak selesa untuk aktiviti luar.
Tak Tahu Ukuran Pupillary Distance (PD)
PD penting supaya pusat lens selari dengan anak mata.
Kalau salah, boleh buat penglihatan kabur atau pening kepala, walaupun power betul.
Pilih Lens Murah Tanpa Perlindungan Tambahan
Lens biasa mungkin tak tahan calar, silau, atau sinaran UV.
Tambah sikit bajet untuk lens anti-reflective, blue light filter, atau photochromic (yang gelap bila kena matahari).
Tak Cuba Betul-Betul Sebelum Beli
Ada yang pakai sekejap je masa cuba, lepas tu menyesal sebab tak selesa – tercucuk tepi telinga, cepat tergelincir, atau berat.
Tip: Cuba pakai lama sikit, tunduk, senyum, gerak kepala masa fitting.
Terlalu Fokus Pada Harga Murah
Cermin mata murah kadang-kadang tak tahan lama – skru longgar, lens calar, bingkai cepat rosak.
Lagi parah kalau lens tak ikut ukuran betul – boleh rosakkan mata dalam jangka panjang.
Aku cadangkan ke sini :
Eyes Vision Group
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group
Facebook : Eyes Vision Group