BEN ASHAARI




 

image

Buat pertama kalinya ! Kena pulak hari ni hari istimewa aku.. Dan aku saja nak bawak diorang berjalan jalan dan menonton movie best ! Heheheh.. Nak tengok apakah Qhaliff mampu duduk diam dan reaksi Zahra.. Maka aku pun tempah la tiket movie melalui aplikasi GSC. Suka tengok kat Alamanda di kala orang sibuk bekerja. Heheheh..

Hurmm… Camana? Diorang ok ke ? Tak buat perangai ke ?

image

image

Cerita best.. Qhaliff pada awalnya pon memberi kerjasama yang bagus. Duduk diam sambil kunyah pop corn. Sesekali gelak dan memandang aku . Tapi yang pastinya , aku nak tergelak bila melihat tangan dia tak lepas dari lengan aku ! Hahahaha..

image

Dan… tik tok , tik tok.. aku ketawa..

“ Daddy , diam la .. “

Adehhh..

Zahra ? Dia mula boring.. berjalan sana sini ! Panjat sana sini.. Huhuhu.. Dan abang dia pon mula ikut sama.. Aku tengok jam. Aku angkat beg sandang aku dan ajak wife keluar.. Cukup la setakat ni. Kang lama lama dalam tu , ada pulak buat drama. Tak pasal pasal daddy jadi dinasour yang garang ! Hahahaa..

Apa pun.. pasni boleh bawak Qhaliff tgk Angry Bird. Sebab masa trailer tu , baru dia tunjuk pulau Qhaliff dah tau tu cerita apa ! Hahaha.. Penangan youtube !

Hari ni , harijadi terbaik buat aku. Malam ni ada suprise lagi.. Apakah ??? Tungguuu.. Nak tau gak ke ??? Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ramai dah ‘tumbang’ disebabkan masalah jantung ! Muda muda lak tu ! Hurmm.. Ini memang merisaukan aku. Aku pun kalau tak jaga pemakanan , tak mustahil boleh tumbang jugak ! Faham faham je la orang sekarang punya makanan camana. Kena pulak tu , aku rajin buat food review! Hurmm.. main makan jer.. Adehh..

Antara cara aku nak cegah kolestrol dan tekanan darah  tinggi dalam badan aku ni , aku amik Jus Lega. Pada awal minum dulu , dia punya angin yang keluar..memang serius , melegakan ! Darah tinggi , aku tak sure la turun ke naik tapi yang pasti aku tak sakit kepala dah. Mau kena rajin minum la..

image

Baru-baru ni aku ada beli 2 botol lagi. Aku tak cukup rajin nak buat sendiri. Boleh je buat sendiri. Ada orang rajin buat.. Tapi orang tu bukanlah aku.. hehehe..

Satu botol bagi kat mak aku. Dia kongsi minum dengan ayah aku. Aku kongsi dengan wife. Menurut mak aku , dia terasa la gak perubahan seperti sebelum ni ada kebas kebas di hujung jari .. dah ok skit..

Dan tadi , mak aku call aku.. dia nak order lagi 3 botol. Katanya dah abis ! Huhhh.. Adik aku datang rumah mak aku semalam pon ada try. Baru masuk sesudu dah keluar angin ! Banyak lak tu .. mak aku cerita laaa ! Wallahualam..

Tapi yang pasti , jus lega ni aku kena amalkan setiap pagi dan malam ! Memang sesuai untuk aku. Namun begitu , aku kena tetap g buat pemeriksaan berkala untuk kesihatan aku ! Tak leh main OK jer !! Bahayaaa…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku dan rakan blogger di group Whatsapp dikhabarkan mengenai pemergian Yus. Terpinga pinga aku ! Takde angin , takde ribut tetiba viral cerita ni. Dah la sebelum ni kecoh pasal Ebby Yus ! Takkan kot ? Tapi kuasa Allah.. tak boleh kita nak nafikan terus..

Aku terus ke Twitter. Di sana, maklumat macam ni cepat sangat viral. Dan aku jumpa screen shot dari Tauke Jambu. Teman baik Yus Jambu..

Dan.. Aku terkedu. Terus aku baca bagaimana kisahnya.. Sesak nafas selepas show ! Hurmmmm…  Jantung ?

image

Jantung.. Ramai antara kita bermasalah dengan jantung tapi kita amik lekeh jer.. kan ? Sekali kena serang.. Hurmmm..

Yus Jambu.. antara pelawak yang mampu membuatkan aku tersenyum. Walaupun arwah punya lawak kita tau ianya bukanlah lawak cerdik tapi yang penting ianya mampu menghiburkan anda.

Senyum dan tawanya , akan kita rindui. InshaAllah , kita akan menyusul jua selepas ni. Masa dia , dah tiba. Janganlah kita lalai dan leka seperti kita akan hidup selamanya.

“ Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Muliakanlah kematiannya , lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.”

Al Fatihah..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Sekejap je masa berlalu.. Tahun depan , 40 dah usia aku . Walaupun  ada yang kata macam tak nampak je tapi aku senantiasa peringat diri yang kubur dah melambai lambai ! Huhuhuh.. Maka persiapkanlahh.. jangan leka dengan duniawi ! Huhuh..

image

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah , kerana panjangkan usia aku dan murahkan rezeki aku di kala usia begini. Walaupun tak bekerja di pejabat , namun rezeki aku di dalam dunia blog , murah. Berkat doa rakan rakan seperjuangan di dunia maya ini juga.

Banyak yang perlu aku perbaiki di usia 40 tahun nanti. Dah tak leh anggap diri ni muda belia. Terlalu banyak kerugian masa. Leka dan lalai .. huhu.. Semoga di usia 40 nanti , aku akan perbaiki diri.. InshaAllah.

Ahaa.. buat rakan rakan , jutaan terima kasih atas ucapan dan ingatan. Ada yang nak belanja makan.. aku segan nak terima woo ! Sebab harijadi mereka aku tak buat apa apa pun.. kan ? Memadai dengan ucapan dan doa kesejahteraan buat aku dan keluarga. Tu dah jauh lebih berharga !

Moga di usia 4o nanti , blog aku ni akan lebih mantap dari segi infomasi dan penyampaian. Maklumlah , anak-anak pon dah besar.. Zahra pon boleh adik sorang dah kan ? InshaAllah.. Bizi aku nanti.. huhu..

SELAMAT HARI LAHIR BEN ASHAARI !

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Hurmm… Buat pertama kali aku menyokong Haiza. Acong , Nassier dan Ezad tak beberapa ‘menjadi’ bagi aku malam ni. Bukan tak best tapi macam kata juri , tak beberapa nak ‘sampai’ . Jiwa tak de sangat kot ? Hehehe.. Maaf la yer.. aku bukan ‘ahli’ . Sekadar penonton jer..

Pilihan aku , Haiza dan Farahdhiya. Yang terkeluar ? Memula aku rasa Azian akan terkeluar tapi rasa macam payah jer sebab undian ! Orang perempuan ni , part ni diorang sepakat ! Hahahaha.. Orang perempuan kuat mengundi berbanding lelaki kan ? Haaaa..

Dan akhirnya… keputusan telah dibuat.. Acong terpilih untuk tidak layak ke pusingan seterusnya..

Namun begitu.. Acong dimasukkan kembali setelah Datuk Seri Vida menggunakan ‘kuasanya’..

image

image

Persoalannya , apakah Acong layak untuk dimasukkan kembali ?

image

Bagi aku ,dia layak ! Dia seorang yang bersemangat. Walaupun nampak dia agak sukar untuk menjuarai pertandingan ni tapi sapa tau kan ? Kita tak tau apa akan jadi di final nanti ? Hanya keunikan dan nasib akan menyebelahi mereka.

Setelah sampai ke pusingan ni , aku nampak Haiza dan Farahdhiya adalah saingant yang sengit. Siti Nordiana.. hurm… belum mampu pikat hati aku .. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Semalam , aku menginap di Resort Suites di Sunway . Beruntung aku sebab situ berhubung dengan Sunway Piramid. Lama sungguh aku tak bershopping di sini. Alang alang dah berada kat sini , merayau la kan ?

Tapi segalanya mula berubah bila Qhaliff nampak sesuatu ! Troli car !! Dia nak jugakk naik… Adoiyaiii.. Tak pasal pasal kena cari kat mana nak dapatkan troli tu..

Tak jumpa.. Dan hari ni , cari lagi ! Gagal jumpa gak… Pujuk dia belikan kereta kawalan radio. Terbanglah RM50..Huhu.. Dia cool je pastu..

Namun begitu , tetap tunaikan hasrat dia tu.. Balik rumah di Sepang , terus ke Giant Nilai. Kat sana ada.. Huhuhu.. Bila sampai sana , troli tu abis ! Berubah muka dia.. Aku suruh dia sabar dan tunggu. Tak sampai 10 minit , sampai dua unit troli tu.. Huhuh.. Alhamdulillah..

Tiba tiba  , ada yang baru datang,  terus nak amik troli tu.. Amboi.. Mana boleh bang… Kami tunggu dulu.. Wife dengan muka selamba , amik jer terus.. hahahaah…

Maaf la yer .. kami mengejar masa ! Dah lewat.. Nak masuk Maghrib.. huhu..

image

Happy dia dapat naik.. Adik dia , duduk atas dan daddy tukang tolang ! Belasah je la .. Asalkan anak anak gembira.

Bagus Qhaliff boleh bersabar.. Tak rela aku tengok dia bantai guling guling kat lantai mall tu.. hahaha .. Mau aku jadi hulk nanti !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Sunway Piramid.. Dah lama tak datang sini untuk shopping. Kat sini ada banyak kedai yang menarik sekali ! Dan , sememangnya aku mencari sesuatu di sini dan.. jumpa ! Lama dah aku cari jaket yang sesuai untuk aku pergi ke event event yang formal.. Heheheh..

Ternampak kedai ni sewaktu nak pulang ke bilik hotel. Jaket jaket yang dia jual memang cantik cantik ! Rambang kejap mata aku. Mana satu nak amik ? Aku cuma ada setengah jam je untuk pilih ! Dah masuk waktu maghrib wooo…

Satu satu aku test. Cari size dan warna yang sesuai.. Ada dua pilihan terakhir dan.. aku buat keputusan , aku nak amik yang ni jer !

image

image

image

image image

Harga ? Hurm.. murah jer.. dalam RM299 jer.  Ada beberapa lagi jaket yang bakal aku beli nanti ! Hehehehe.. Buat masa sekarang , cukuplah ada 4 pasang jaket yang boleh aku pakai bila ke event. Dah tua tua ni , kena la kemas skit , kan ! Hehehe..

Bila aku nak bayar , wife keluarkan kad dia. Aku dah boleh baca dah !

“ Ni kira hadiah besday abang kan ? “

Pandai dia.. cepat je dia beli yang ni sebelum aku mintak sesuatu yang lebih mahal ! Hahahaha.. Pasni , giliran dia lak aku kena belikan sesuatu untuk dia. Besday dia , tahun baru nanti ! Huhuhu.. Kena simpan duit dari sekarang ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Arghhhh.. Menyesal ! Nak cepat punya pasal !! Ingat lagi kes Sony Xperia Z3 aku yang bermasalah dengan air gara gara kecuaian aku tu ? Haaa.. Aku gi antar repair kat Low Yatt Plaza.. Zaasss.. kena dekat RM700 ! Aduh.. nak cepat baiki punya pasal.. aku on je la..

Biasanya , aku akan antar ke Sony Center. Tapi kena tunggu la lama skit baru siap. Biasanya 5 hari kerja dan satu lagi , harga dia.. hurmm.. Mau mau kena dekat RM800 untuk tukar skrin jer.. Aku rasa laa.. Tak sure pon.. Kalau dapat lagi murah . memang aku ngong !

Seminggu berlalu.. Tiba tiba aku perasan sesuatu.. Skrin Sony Xperia Z3 aku semacam jer..

image

Lekang ??? Arghhhhh.. Aku perhati betul betul.. Hurmm ..Takkan orang tu buat kerja macam.. aduhhhh.. Menyesal tul laa ! Terlalu banyak kecuaian aku ari tu.. Aku tak mintak skrin asal yang dikatakan rosak tu termasuk bateri yang dia kata kembang sebab dimasuki air.. Aduhhh.. Aku main angguk jer ! Malas nak bertanya punya pasal !

Apakah aku akan hantar repair semula ? Rasanya tak dah la kot.. Tunggu riwayatnya berakhir.. pastu simpan dalam almari ! huhuh.. Dah berjasa selama setahun lebih..

Dan.. tunggu satu lagi telefon pintar yang bakal aku dapat dan review pada korang. hehehe..

Rezeki seorang blogger.

Oh ya.. moralnya , hantar je ke center ! Senang citer.. Biar rugi skit tapi puashati !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

BUILT TO LAST !

Ramai tertanya tanya, camana rupa jam yang aku dapat tu ? Haaa.. Pastinya ianya istimewa dan paling penting apakah jam tangan tersebut menepati citarasa aku ?

image

image

Berjenama CATERPILLAR , sebuah jam tangan yang dah lama bertapak di Malaysia dan dunia yang mana Caterpillar baru saja menyambut ulangtahun yang ke 85 tahun dan berjaya menduduki rangking ke 61 dari 100 jenama popular di dunia !

CAT – SHOCKMASTER ni amat sesuai untuk mereka yang gemar travel , join aktiviti lasak bermula dari laut hinggalah ke udara termasuk di padang pasir , hutan mahupun untuk ke tempat kerja ! Tak kira la kerja camana pun.. ianya amat sesuai ! Sekalipun kerja di kilang besi !! Ianya mampu menahan segala tekanan termasuk disejukbekukan ! Fuh !! Menarik kooooo !

Berdiameter 48mm dan ketebalan 14mm  , badan jam ini dilengkapi dengan stainless steel yang lebih kukuh serta dikelilingi getah yang mampu menyerap tekanan apabila terjatuh mahupun terkena hentakan ! Malah cerminnya adalah diperbuat dari mineral yang diperkukuhkan lagi ketahanannya.

image

image

image

SHOCKMASTER mampu masuk sehingga 200 meter ke dalam air. Dengan menggunakan movement Citizen 2117 dan didatangkan dalam 5 warna yang cukup menggoda jiwa aku ! Huhuh..

image image image image

image

 

Manakala tali jam SHOCKMASTER adalah diperbuat dari silikon. Ini bermakna ,ianya tahan lasak , ringan , lembut dan paling penting , tahan lama !

image

image

image

image

image

 

SHOCKMASTER ni sesuai untuk golongan remaja dan orang dewasa macam aku. Tak perlu risau bab calar seperti mana jam yang aku pakai , tak sampai seminggu dah calar ! Maklumlah , lasak ! Dengan SHOCKMASTER , aku tak perlu risau dah !

Dengan harga mampu milik mana mana jam tangan berjenama CAT pastinya sangat menawan ! Dicipta untuk tahan lebih lama , dan menepati citarasa orang muda mahupun dewasa..

CAT mudah didapati di mana mana wakil penjual jam berdaftar di dalam negara mahupun luar negara.. heheee..

image

image

Untuk maklumat lebih lanjut , sila ke Facebook CAT Watches Malaysia atau ke www.catwatches.com dan boleh tengok lagi koleksi koleksi CAT di sana !

Jangan lupa tonton video mengenai SHOCKMASTER di bawah ni.

image

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku sakit kepala hari ni. Tak leh nak jaga dua dua. Kena pisahkan sementara salah seorang. Maklumlah , dua dua dah pandai bergocoh !

Maka , lepas solat Jumaat tadi , wife tanya keadaan aku. Aku kata aku nak tidur sebentar. Tapi tau Qhaliff takkan nak tidur. Zahra memang dah mengantuk. Aku cuma perlu mandikan dia dan dia akan ditidurkan dalam buaian nanti..

Dan wife pon bawa ke pejabat.. Kebetulan pulak ramai kena kerja luar dan masa di pejabat cuma tingga 2 jam jer berbaki.. Ok la kan ? Lagi pun , Qhaliff takkan ganggu dah. Dah besar la katakan.. Ditambah lagi dengan aku bagi dia bawak Samsung Galaxy Tab S2 tu sekali ngan dia ..

Dalam kereta.. Tak sampai seminit ! Nampak sangat nak recharge tenaga tu ! Kang kat pejabat, aktif la tuuu.. Tau sangat aku .

image

Dan jangkaan aku tepat !

image

“ Ada aku kisah ? “

Hurmm…. Seronok la dia ! Balik , di tangan dia ada macam macam ! Kena pow la tuuuu ! Heheheh.. Alhamdulillah.. aku dapat tidur lena setelah hampir seminggu tak cukup tidur !

Sejak dua menjak nak cecah usia Kilauan Emas ni , badan cepat benar letih ! Walaupun rupa aku tak seperti Kilauan Emas tetapi kita tau.. tahap keupayaan fizikal camana.. Maka , sila jaga kesihatan yer !

Nasib baik Qhaliff tak buat hal kat pejabat.. Wife kata dia ok jer. Huhuh.. Tak leh buat kerap menda gini.. Emergency je ni.. Terpaksa !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Cuti sekolah telah bermula.. Ramai mula bercuti bersama sama keluarga. Aku pun plan nak bercuti gak.. kali ni bersama sama keluarga. Wife pon dah lama nak bercuti. Stress ngan kerja di tempat baru ni.. Huhuh..

Destinasi ? Langkawi ! Lama dah dia nak gi.. Bukannya tak pernah pergi pun cuma kali ni pergi , ada misi ! Nak shopping katanya.. Hurmm.. Ikut je laaa.. Sampai sana , sure jadi cerita lain.. Hehehe.. Jimat jimat !

Penginapan ? Hurmm.. ni masalahnya.. Aku nak cari tempat yang best dan selesa. Sebelum ni aku pernah menginap di beberapa hotel dan ianya memang memuaskan hati.

Tapi kali ni aku nak kelainan skit..

image

Telaga Terrace Boutique Hotel !

Apa yang menariknya di sini ? Melihat pada gambar di Facebook Telaga Terrace Boutique Hotel, Langkawi ni , ianya amat sesuai untuk aku sekeluarga.

Biliknya camana lak ?

image

image

Menarik ? Kan ? Haaaa…

image

image

image

Perghhh… Mabeles ! Hahahaha.. Mantap sehhhh… Memang tak keluar shopping kalau aku menginap di bilik ni !

Ada kolam mandi tak ? Tentulah adaaaa !

image

Fuh.. Memang puashati duduk semalam dua kat sini.. Mesti selesa punya !

View malam camana ? Tu diaa ! Hahahaha.. Adeh ! Mantap sekali dong !

image

Ok.. berapa harganya untuk semalam ? Mengikut dari apa yang aku tahu , semalam RM800 jer.. Jer ! Hehehehe.. tengok tempat la bang ! Sesekali untuk keluarga tercinta , apa salahnya kan ? Hehehe..

Sekarang jugak aku nak ke kebun ! Nak kerja keras.. InshaAllah , aku ke sini jugak nanti..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Isu vape tu , aku sokong la.. Kecuali vaper ni sepakat layan vape di tempat dikhaskan seperti semalam , aku tengok di Bandar Baru Nilai , ada satu kedai vape ni.. geng geng vaper layan dalam tu jer ! Respek aku tgk diorang ! Maknanya , diorang tak ganggu orang ramai apatah lagi berhampiran diorang tu ada food court ! Diorang layan dalam kedai tu gak.. Haaa.. camtu , aku tak kisah. Yang aku kisah , jenis main hembus di tempat terbuka dan ada orang awam.. Hurmm..

Ok… Semalam , terbaca satu artikal dari sebuah blog ni. Terkedu jap aku ! Sememangnya dari dulu aku dah nampak masalah keselamatan ni tapi kenapa sekarang baru nak ‘berbunyi’ ???

image

Terus terang aku bagitau , aku bergantung pada waze setiap kali memandu jauh ! Banyak kebaikannya yang aku dapat. Contoh pemberitahuan mengenai kemalangan jalanraya , kereta rosak , kehadiran polis ( jangan ingat semua orang nak lari dari polis ! ) , kesesakkan lalu lintas , tanah runtuh dan macam macam lagi !

Dah kenapa sekarang baru kaitkan dengan isu keselamatan negara lak ? Camana pulak dengan negara lain ? Apakah mereka juga berfikiran seperti dua ahli Parlimen BN tu ?? Adoiyaiii…

Bayangkan bila teknologi ni diharamkan.. Kita kembali menggunakan papan tanda sebagai pemandu arah.. Fuhhh ! Jenuh woiiii !! Diorang yang bagi cadangan ni senang laa.. Ada driver ! Ada polis dok escort.. Bila lalu , abis pengguna jalanraya ‘ditolak ketepi’ tanpa kira situasi pemandu tu ! Bayangkan ada yang tak perasan .. haaa ! Mau kelam kabut woooo ! Kalau tak jadi apa apa , ok la.. Kalau berlaku sesuatu yang tak disangka ? Haaaa…

Kalau waze diharampkan , aku mintak diorang yang bergelar menteri ni jugak memandu sendiri ke tempat tugasan mereka tanpa guna escort.. Haa ! Rasa la camana rakyat biasa ni rasa ! Ingat , rakyat biasa ni bayar cukai setiap kali bergerak ! Huhhhh !

Banyak isu penting lagi boleh difikirkan.. kenapa laa isu gini gak dibangkitkan ! Sedih tengok wakil wakil rakyat negara ni.. Ada yang bijak , tapi tutup mulut.. Yang kurang bijak , berlagak bijak ! Yang jadi mangsa , rakyat jugakkkkk !

Kalau waze diharamkan , sila haramkan terus telefon pintar ! Sebab boleh mengancam keselamatan negara gak ..satu hari nanti ! Kot ? Entah la labuuuu…

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Semalam , secara rasminya YEO HIAP SENG ( Malaysia ) Berhad atau lebih dikenal sebagai YEO’s telah ‘menukar’ wajahnya kepada wajah yang lebih segar dan menarik !

Membawa tema ‘ Pelangi Hijau ‘ , YEO’s yang juga sebuah syarikat peneraju minuman dan makanan berhasrat mencapai segmen populasi yang lebih besar terutamanya kepada golongan yang lebih muda.

Menurut Naib Presiden Kumpulan YEO’s – Malaysia dan Indonesia , Encik Ong Chay Seng , YEO’s merupakan jenama yang kaya dengan tradisinya dan senantiasa menghasilkan produk yang terjamin halal dan lagi berkualiti kepada pengguna.Minuman utama YEO’s seperti susu soya , krisantimun , teh kundur , laici , teh hijau , tebu , teh ais limau dan banyak lagi adalah merupakan hidangan yang digemari oleh warga Malaysia sejak sekian lama. Beliau berharap dengan penampilan baru ini , ianya mampu menyasarkan lebih meluas kepada pengguna dari gologan generasi muda.

image

2

Simbolik disebalik PELANGI HIJAU membawa maksud Kebaikan Semulajadi , Segar dan Keharmonian.

image

4

Cabaran Amal

Seiring dengan pelancaran ini , YEO’s turut melancarkan sebuah cabaran amal  iaitu ‘ Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’ yang bertujuan untuk mengumpul dana sehingga RM100,000 yang mana duit tersebut akan diserahkan kepada 6 buah rumah kebajikan terpilih di Malaysia. Setiap gambar dan video yang diterima daripada penyertaan cabaran amal ini , YEO’s akan menyumbangkan RM1 dan RM10 !

Caranya mudah jer.. Mereka yang berminat boleh menyertai cabaran ini dengan menghasilkan sebuah video berdurasi 30 saat dengan lagu YEO’s atau mengambil gambar bersama rangkaian minuman YEO’s dengan menggunakan telefon pintar dan muat turun ke laman sosial media dan hastag #yeoscharitychallenge. Peserta turut berpeluang memenangi hadiah mingguan sejumlah RM1,000 selama 14 minggu ! Mudah je kan 

Untuk lebih lanjut , sila ke www.yeos,com.my

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Entri Pilihan

Kedai cermin mata viral di Sungei Wang jadi pilihan kawan kawan..

Cuaca panas. Nak memandu , terganggu dek silauan matahari atau mata berair dan penat dok mengadap gajet lama sangat. Tak bagus untuk ma...

Blog Archive

  • ►  2021 (23)
    • ►  Januari 2021 (23)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (408)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (43)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ▼  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ▼  November 2015 (78)
      • Layan The Good Dinasour dengan anak anak !
      • Cegah kolestrol dan darah tinggi !
      • Yus Jambu meninggal dunia..
      • Selamat Hari Lahir yang ke 39 !
      • Gegar Vaganza : Dangdut Rock !
      • Berkat kesabarannya !
      • Hadiah harijadi dari wife..
      • Biar rugi sedikit !
      • CAT – SHOCKMASTER untuk golongan lasak !
      • Ikut ibu pergi kerja !
      • Telaga Terrace Boutique Resort , Langkawi
      • Vape sudah , waze pulak ??
      • Yeo’s berwajah baru !
      • Satay apakah itu ?
      • Bila mereka bergaduh !
      • Hadiah harijadi aku ?
      • Kursus Pengetahuan Asas Kereta di TOC
      • Qhaliff Iman bakal berlakon iklan tv ?
      • Sinus telinga rupanya !
      • Selamat tinggal Android ?
      • Nasib anak ke dua ..
      • Cafe Cerita Kambing di Shah Alam !
      • Gegar Vaganza 2015 penuh drama..
      • Nyaris bertembung !
      • Ulangtahun perkahwinan ke 7 !
      • Tertekan tengok semut api !
      • Obama dan hujan !
      • Tak bawak dah kamera !
      • Bila Sony Xperia Z3 ‘tenggalam ‘ ..
      • Tiada lagi ‘ malam ‘ buat ku !
      • Pengalaman bersama Discover Scuba Diving !
      • Jenayah tak kira tempat dan mangsa !
      • Akulah Balqis , pengganti Hello , Mr.Perfect
      • Bila Samsung Galaxy Tab S2 bergabung..
      • Risau Qhaliff ‘hantu game’ ?
      • Bila keputusan UPSR keluar..
      • Makan di rumah..
      • Zahra bakal pelari negara ?
      • Perlukan perancangan untuk maju !
      • Sarapan pagi di..
      • Selamat tinggal GEGAR VAGANZA !
      • Kelihatan comel..
      • Speaker untuk telefon pintar anda !
      • Warung Kita , Kampung Melayu Sg Buloh
      • Nutella merbahaya untuk kanak kanak ?
      • Gunakan earphone ketika memandu !
      • Berbaloi pakai ‘ Burung Hantu ‘ ?
      • Rezeki dunia blogging !
      • Kalau tak sado jugak tak tau la !
      • Sapa nak tiket konsert Hi-5 ?
      • Berita baik buat para isteri ?
      • Istilah ‘kapal karam’ ..
      • Jangan lupa esok !
      • Bukan hanya cuci muka..
      • Tolong isteri tanda ‘takut bini’ ?
      • Berakhirnya era jam tangan ?
      • ASSAM HOUSE PUTRAJAYA
      • Bila Qhaliff dan Zahra berborak..
      • DRB-HICOM AUTOFEST 2015
      • Gegar Vaganza 2015 makin best ?
      • Ada pencuri di rumah aku ?
      • Kamera , telefon atau ?
      • Perlu ke aku masuk kelas ?
      • Menjemput ‘demam’ ?
      • Bila Ambi Pur dan FC Barcelona bekerjasama !
      • Tips dapat ramai ‘reshared’ di Google + ?
      • Akhirnya , Ambi Pur jugak !
      • Jom ke DRB-HICOM AUTOFEST 2015 !
      • Membahagikan kasih sayang..
      • Samsung Tab S2 patut jadi pilihan.
      • Keluar awal kalau tak mahu bayar tol !
      • Onde-Onde Cafe
      • Penangan jerebu !
      • Kerja gila di subuh hari !
      • Merehatkan minda di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
      • Sekarang aku memahaminya !
      • Makanan Jepun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
      • KUALA LUMPUR dari Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4968)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (490)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (168)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (28)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Catatan Popular

  • Alhamdulillah. Aku sembuh dari virus Covid 19 Stage 5 !
    Sejujurnya aku terkejut bila tengok postingnya di Instagram. Seorang yang cukup happy go lucky dan meriah serta aktif. Tiba tiba tengok terd...
  • Nak kurus ! Tapi makan sedap sedap ! Camana tu ?
    Ini antara masalah mereka , yang suka makan nasi ! Tak boleh tak makan nasi. Mengigil kepala lutut katanya kalau tak dapat nasi sehari. Dah ...
  • Kenapa korang perlu pakai cermin mata ?
    Lama dah aku sarankan kawan kawan untuk buat cermin mata kat sini.. Er , kat mana tu ? Kat kedai cermin mata viral yang cukup friendly lagi ...
  • Dalam keadaan sekarang ini, jangan percaya sesiapa sekali pun !
    Insiden lepas banyak menyedarkan aku dan wife ! Selama ni , aku agak pandang enteng bab SOP Covid 19 ni. Aku  rasakan aku dah cukup jaga abi...
  • Apa perlu anda buat jika anda 'contact rapat ' positif Covid 19 ?
    Satu perkongsian hebat yang aku amik di Twitter. Boleh dijadikan rujukan andai kita terlibat dalam rantaian Covid 19 di negara kita. Tak per...

Memuatkan ...

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes