Selamat tinggal GEGAR VAGANZA !

by - Isnin, November 16, 2015

 

image

Selalu tertulis GEGAR AVANZA.. Hehehee..

Ok.. malam tadi , satu lagi pusingan Gegar Vaganza yang menyaksikan penyanyi yang cukup gah di zaman aku , Amir Ukays terkeluar.. Aku sempat layan dia nyanyi sebelum terlena di buai mimpi hinggalah di kejutkan dek kehadiran seekor kucing hitam yang aku tak tau dari mana muncul ! Huhuhuh..

image

Gambar yang aku amik dari page Gegar Vaganza ini sememangnya bukti pada terkeluarnya abang Amir Ukays.. Aku dapatkan info ni dari wife..

Haih… Antara sebab aku tonton Gegar Vaganza ni , dia laaa.. dan Ezad Exist. Dia takde kalu.. hurmm.. krik krik…

Oh ya.. semalam.. hahaha.. camana aku leh tertidur ?? Iklan Qu Puteh dan keboringan aku melihat reaksi spontan dari pemilik penaja terbesar Gegar Vaganza  menyaksikan aku terlena terus tanpa bagi sebarang isyarat !

Yelah , tau la jadi penaja tapi jangan la buat rancangan ni macam awak je yang tonton.. Ramai yang mula keboringan. Produk bagus dah.. tapi cuba buat gaya yang lebih rileks , santai dan nampak profesional !

Serius.. aku respek dia sebagai usahawanita yang berjaya ! Cuma part tu jer bagi aku mencalarkan imej dia.. sedikit ! Nak tunjuk sporting tu , boleh.. nak nampak santai tu boleh.. tapi jangan keterlaluan.. sesekali boleh la.. selalu sangat , orang menyampah dan akan tukar channel ! Bila terlalu kerap menyampah , orang mengumpat.. camana tu ? Tak pasal pasal dosa..

Hurmmm .. dengarnya Nabil dan Jihan pon melabuhkan tirai ? Tak sure part ni. Sebenarnya Nabil dan Jihan serasi tapi Nabil perlu belajar dimana dia patut ‘berhenti bercakap’ dan berfikir sebelum berkata kata seperti Jihan.. Jihan , aku nampak dia semakin pandai jadi pengacara.. Nabil , baiki ‘mulut’ dan inshaAllah akan jadi seperti Aznil.. jangan jadi macam AC Mizal.. 2x5 je cam dia ! Nasib baik dia menang sebab pakaian dia yang mcm.. hurmm..

Apa pun.. tahniah buat semua peserta yang berjaya layak ke pusingan seterusnya.. Memang anda semua layak dan saya antara jutaan peminat anda ! Teruskan beri yang terbaik !

Buat Qu Puteh.. cuba cool skit.. Ni bukan channel youtube anda. Kami bayar untuk tonton rancangan ni .. Bukan free tau.. Siap kena GST lagi.. Jangan nak suruh tukar channel lain kalau tak suka ! Haaa.. Teguran ikhlas ni !

You May Also Like

4 comments

  1. Banyak kejutan..sebenarnya penonton nak tengok bakat..

    BalasPadam
  2. sokong 100%. tu yg slalu sya pikirkan..sikap penaja yg mnggedik2 tu buat produk kluaran dia mcm murah sgt..umur pn bkn mda sgt nk mggedik2 mcm tu..

    BalasPadam