Tolong isteri tanda ‘takut bini’ ?

by - Rabu, November 11, 2015

 

Sekali lagi gambar aku sidai kain tersebar.. Seperti yang aku pernah bagitau , ni gambar aku dalam akhbar Kosmo yang diterbitkan beberapa tahun lepas.. Lama dah ni.. Masa ni rumah kat Putrajaya lag..

image

image

 

Macam macam komen aku baca.. Tersenyum jer aku. Bukan tersenyum bangga tapi tersenyum bila ada yang tagged suami mereka dan paling best ada yang kata suami gini adalah suami yang takutkan bini mereka !

Erk.. takutkah ?

Aku pandang muka wife aku .. Hurm… Tersenyum. Takde istilah takut dalam rumahtangga. Yang ada , cumalah hormat ! Sebagai seorang isteri , kena hormat suami. Manakala suami juga perlu hormat isterinya ! Barulah ada persefahaman. Perselisihan pendapat tu , biasa laa.. Manusia..kan ?

Tertanya.. apakah kerja kerja di rumah adalah kerja si isteri sepenuhnya ? Jadi kerja suami apa ? G kerja.. balik kerja.. G kerja.. balik kerja ? Rasanya , si isteri zaman sekarang ni pun dah buat gitu kan ? Malah , bila balik rumah.. si isteri siap masak lagi.. bersihkan rumah.. Pergi kerja tu , sebab nak bantu suami la kan ? Kalau tak , mana cukup gaji nak tanggung semua ! Dah la ni zaman CUKAI MEMANJANG ! Lagi la kena kerja keras !

Tapi ‘bagusnya’ masih ada laki berfikiran kolot ! Dia gi kerja.. abis kerja , lepak dulu.. ngan kawan kawan kat kedai mamak. Layan borak sampai Maghrib , baru nak balik.. Atau kalau balik awal pon .. sarung boot bola dan layan bola ! Malam , sambung lepak atau tidur awal.. penat ! Kerja rumah adalah tanggungjawab isteri ! Termasuk asuh anak anak.. Kerja dia , cari duit jer ! Huhuhuh..

Malang sungguhh !

Bagi aku… walaupun isteri adalah suri rumah sepenuh masa , suami tetap kena bantu mereka di rumah. Isteri kita tu bukanlah orang gaji atau hamba abdi kita ! Mereka manusia .. ada gak rasa penat atau letih !

Macam yang berlaku baru ni.. Wife aku takkan kasi orang lain gosok pakaian kecuali dia sendiri atau dobi. Tapi dia rela buat sendiri kalau dia berkesempatan.  Dan dia telah gosok pakaian kerja dan pakaian harian aku , anak anak dan dia sendiri ! Banyak tuuuuu ! Aku lak bukan jenis suka gosok baju melainkan kecuali nak g kerja saja ! Masa tu baru la nak gosok..

Disebabkan dia dah gosok semua baju dan terasa lenguh di badan.. aku ajak semua sekali keluar g mall dan belanja dia beg tangan yg dia nak sangat.. Walaupun harga tak beribu tapi sekurangnya , penat dia tu hilang la gak kan ?

Hargai orang tersayang sebelum kita kehilangan mereka.. Buat si suami yang rajin tolong isterinya , tahniah ! Teruskan.. Tunjuk contoh yang baik pada anak anak.. InshaAllah..

You May Also Like

9 comments

  1. Sunnah jugakan bila suami bantu isteri..

    BalasPadam
  2. sy setuju... sy pernah tengok dua watak dan dua situasi berbeza. family A dan family B. Family A ni bukan nak kata ap. Husband dia walaupun dilimpahi dengan kehidupan mewah. Sebuk je ngadap PC, HP, Kdang tu main Golf tak balik seharian. But bila masuk bab bini... dia sendiri akan pergi menghulurkan tangan dan membantu isteri dia. Bukan nak kata dia ni takut bini ke apa. even though bini dia tu garang tapi pada pendapat sy. he respect his wife dan dia tahu keadaan dan bebanan yang ditanggung oleh isterinya. Isterinya seorang officer yang sememangnya sibuk bekerja. Balik rumah pula rumah mcm tongkang pecah dan baju pun bertimbun tepi. Anak pulak masih kecil tiga orang. Yang sulung pule boboy but mcm perangai ayahnye juga suke membantu mak. Even kalau ad masa terluang husband dia sndiri akan tolong isterinya memasak atau baked kek ke kuih. Tapi sejujurnya cakap, bukan semua orang bernasib baik mcm tu. Kiranya isteri dia ni beruntung kerana dapat lelaki mcm ni yang amamt memahami dia.
    Mana kala untuk watak dan situasi kedua pula. Married and anak lima dan masih kecil. Dia bekerja juga. Balik rumah agak lewat sebab nak elak jammed dan mengambil anak di tempat pengasuh. Seyes anak lima berderet. Faham2 jela umur . Husband plak ad mcm syarikat kecil. Okay ini memang amat berbeza. Dan sgt menyakitkan hati kalau tengok. Anak sulung boy jugak tapi perangai mcm ayahnye.Time awal kawin ye gentle bile da anak berderet ni bru tau lah dia ni husband yang tergolong mcm orang2 yang berkata " Oi Takut bini keeee" mcm tu. tak de slera nak bercerita pasal watak kedua tp nak ckp watak kedua ni untung sebabnya wife dia sangat memahami dan sgt penyabar melayan kerenah anak2 dia yang agak "Buas" dan "Nakal" *maaf bhs kasar* bila balik je cube nak jadi wife yang terbaik dengan menyediakn makan dan pakaian untuk husband dia. So, husband yang dekat luar tu should be glad sbb dpat wife cm gini. Kalaulah dpt wife yang jenis sama lepas tgn aa jadi agknye yer? Hmmm..sorry abg ben..panjang lebar pulak ceritanyer.

    BalasPadam
  3. aida ada tgk viral gambo tu few days ago.
    pe ada hal suami bantu isteri.
    jiran depan rumah aida ~ askar da pencen.
    now bini dia aje keje, dia jadi mr.mama.
    2 org anak dia (no 4 dan no 5) dia jaga sepenuhnya sejak 4 thn lepas.
    cuci baju, masak, sidai baju, layan anak main basikal depan umah.
    termasukla join kami-kami mak-mak budak ni lepak gossip kat pangkin :)
    zaman skang tak sekolot zaman dulu, kan?
    anyway, congrats ye Ben sebab being a very good husband.

    BalasPadam
  4. xdinafikan laki2 ni liat skit pasal buat keje rumah n tlong2 mana yg patut...

    BalasPadam
  5. Boleh tak nak bagi 10 thumbsup kt ben...cm ni la power !
    yessssssssss nampak isteri dah penat buat keje rumah bagi something yg buat dia cergas kembali tu plg bijak sgt2....well done bro !

    BalasPadam
  6. Memang encik ialah suami yang baik... :)

    BalasPadam
  7. nak like 1000x boleh? hahahha. kan bagus semua laki pikir camni. huhu. Alhamdulillah laki saya kategori suka nak membantu. sesama lah urus rumah kann. hehe

    BalasPadam