Istilah ‘kapal karam’ ..

by - Khamis, November 12, 2015

 

Jam 12 tengah malam..

Hanya tinggal Qhaliff , menemani aku buat kerja. Zahra , dah masuk tidur dengan mak dia.. Kalau dua dua masih berjaya , memang aku tak leh buat apa apa pon. Jika nak buat kerja , salah seorang pasti sibuk nak buat kerja gak ! Satu laptop aku dah lingkup , maka sebaiknya elakkan yang baru beli ni mengalami nasib yang sama.. Hehehe..

Jam 11 pagi..

Dua dua dah bangun.. Maka bermulalah hari yang penuh kesibukan ! Walhal tak la sibuk mana pon.. tapi dua dua ni buat aku jadi sibuk tanpa henti.. mengemas , mengelap , mengambil makanan di peti ais dan ulang balik ! Sehinggalah Zahra tidur kembali .. keadaan jadi tenang semula.. Qhaliff , tak pe.. dia tu ikut telunjuk Zahra ! Tu masalahnya..

image

Rumah serupa kapal karam ! Memang pening tengok.. tu belum part makan bersepah sana sini.. Tapi tak pe la.. Anggap mereka dalam proses pembelajaran . Syukur Qhaliff dah boleh pikir dan tau apa betul dan tak. Cuma sesekali dia suka provoke aku ! Hurm.. nak perhatian la tu.. Petang , Zahra akan tidur.. Dan Qhaliff , tengok nasib la.. Hahaha..

Kul 630 petang..

Wife balik. Baca Bismillah dulu sebelum bukak pintu.. Hehehe.. Sendiri mau paham je la ! Dan aku baru leh tarik nafas lega ! Tapi sian kat para isteri kan ? Lepas kerja di pejabat , sambung di rumah.. Tengah malam baru dapat rehat.. Tu pon sambung menyusu anak.. Hurmm.

You May Also Like

2 comments

  1. tugas masing masing..masing masing laksanakan peranan in sha Allah ok..lillahitaala..
    "saya tidak sambung kontrak dan memilih bidang blogger setelah tahu isteri saya mengandung"...Bloger Ben Ashaari*dialog win*

    BalasPadam
  2. last last ayat tu sungguh nice...
    i like :)

    BalasPadam