Makan di rumah.. - BEN ASHAARI

Makan di rumah..

 

Alhamdulillah… Sampai je rumah , wife tanya..

“Abang nak makan kat luar atau nak saya masak ?

“Ikutlah mana senang.. Kalau larat , masak.. tak larat , jom makan kat luar.. “. Jawapan mudah aku. Saja tak nak bebankan dia.

Dia mintak aku order dua bungkus cendawan sisir dari jiran. Jiran aku tokey besar cendawan.. kira pengeluar cendawan la.. Hehehe.. Untung berjirankan tokey besar..

Whatsapp si jiran.. Ada stok 2 bungkus je lagi.. Aku nak 4. Mak aku nak juga. Hurm.. amik je la.. Satu bungkus , RM5. Ada rezeki nak makan cendawan malam ni.. hehe..

image

Dan wife mulakan pertarungan di dapur. Dengan bekalan air yang terganggu.. terpaksa berjimat cermat.. Nasib baik ada bekalan air yang disimpan.. Huhuh..

Sejam kemudian..

image

image

image

Alhamdulillah… siap ! Dan aku kena jaga selera makan aku ! Sekali makan je dah.. tak leh tambah ! Huhuhu.. Nasib baik wife kasi ratah cendawan goreng telur tu.. huhu.. Rasa cam daging cincang jer.. sedap ! Aku memang hantu cendawan dari dulu..

Bila dah mula berdiet dan bersenam ni , sebenarnya aku lebih suka makan di rumah berbanding di luar. Leh kawal sukatan dan sebagainya. Part kebersihan pon satu hal lagi.. Dan GST ! Penjimatan perlu diambil kira ..

Sedap makan malam ni.. terima kasih sayang kerana sudi masak !

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.