Keluar awal kalau tak mahu bayar tol !

by - Rabu, November 04, 2015

 

Terkedu !

Kenapa makin berani mereka mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati ?

Apakah ini jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat yang mana sebelum mereka menang pilihanraya yang lepas , mereka janjikan pelbagai kemanisan termasuk tiada kenaikan tol ?

image

Keluar awal ? Nak keluar pukul berapa ? Pastu balik ? Pastu nak balik kampung terutama ke utara atau selatan .. nak ikut jalan jauh ? Kiranya lebuh raya ni dibina untuk orang orang berkemampuan je la yer ? Itukah ??

Hurm.. aku risau satu je nanti.. Bila rakyat akan buat dan mula selesa , akan timbul isu seperti Vape ! Bila rokok diketepikan , dan vape jadi tarikan maka … maklumlah , tak kena cukai ! Serupa jalanraya la nanti.. Haaa ! Faham tak ? Lebuhraya tak ramai guna.. pulangan takde , camana nak dapat income ? Turunkan harga ? Pastu bila dah ramai guna .. naikkan balik ? Hek eleee…

Aku nak tulis lebih lebih , kang ada yang sentap…  Tapi sampai bila aku nak kena kerja , kerja , kerja ! Anak dibesarkan pon semata mata untuk cari kerja yang bagus bagus..bergaji besar supaya dapat teruskan kehidupan ! Jadi hamba ? Hurmm..

Yang kaya , terus kaya.. Yang miskin , maintainkan walaupun diorang kata dah makin kurang rakyat miskin ! Fuh… cer tanya berapa hutang dalam poket mereka dan gaji bersih mereka tiap bulan !

Aku tahu.. mesti nak salahkan balik rakyat ! Sapa suruh tak berjimat cermat dan boros ! Rakyat jugak kenaaa..

You May Also Like

14 comments

  1. Sakitnya hati ini. Nampaknya aku kena keluar jam 5AM pula kali ini. Jam 6AM, ketuk pintu rumah pengasuh. Buang tebiat, kata pengasuh..

    BalasPadam
  2. Menteri Malaysia makin lama makin kecut otak mereka...tu yang keluar jawapan gini ni...

    BalasPadam
  3. ade yg sentap ke?ramai yg sentap sebab tol naik ade laaa...ni tambang lrt, komuter plak naik...haihhhh..diam je laaa..kang bising die suruh kluar dr malaysia pulakk..huhhh..

    BalasPadam
  4. Otak menteri sekarang otak semua kendur :((

    BalasPadam
  5. Mana ada tol yang tak kena bayar walaupun pukul 4 pagi..Bodo punya menteri..Nak ikut jalan lama boleh..tapi kalau jadi apa2 tengah jalan..kita gak disalahkan!! apa guna buat lebuhraya kalau nak suruh orang guna jalan biasa..Nak balik Kelantan pun nak kena lalu tol..nak balik Penang pun nak guna tol..bodo punya menteri..habislah korang PRU akan datang...Aku pangkah diri sendiri je pasni

    BalasPadam
  6. menteri skang makin 'cerdik'..menteri maner pakcik tu?menteri pasola ker aper?pasir bedengung

    BalasPadam
  7. banyak menyakitkan hati je sekarang ni..sabar je la..tak tau nak buat camne..

    BalasPadam
  8. Rakyat jadi mangsa. Nampaknya nanti kena naik moto semua orang nak pergi kerja, redah hujan panas. Apa mereka susah, naikkan tol bukan mereka susah kena bayar. Kalau bayar pun nanti boleh klim balik.

    BalasPadam
  9. Setuju dengan ekjoz buluh.. aje gile pukul 6am nak ketuk pintu rumah pengasuh.
    Menteri ni hanya pandai berkata-kata.. tak fikir kesan yang bukan sedikit pada rakyat yang duitnya tak banyak mana ni?
    Kalau pergi kerja awal pagi, balik kerja hazabedah hadap jalan sesak..
    Sekarang pun keluar awal dah sesak teruk, berapa awal lagi nak kena keluar?
    Eh!Geramlah dengan menteri yang macam ni, dia sedar tak yang dia bukan tengah bercakap depan budak2 sekolah rendah..?!

    BalasPadam
  10. Fikir dulu sebelum cakap..atau diam..lebih banyak luka dihati orang lebih banyak dosa.ermmm..

    BalasPadam
  11. Seyesss tak paham ngan menteri ni haaa..hadoilaaa kan komen lbh2 kan ada plak yg sentap hehee...aloha macam macam hal..Malaysia oh Malaysia

    BalasPadam
  12. kena berkampung kat opis la jawabnye....hujung minggu baru balik rumah jumpa anak bini...giler betul...silap2 ada yang buat...semua menteri punya pasal...

    BalasPadam
  13. menteri2 ni semua cakap ikut suka hati atau lebih ikut kepala lutut jer ni..mmg saja buat kita rakyat marah..apa diaorg ni tak kaji dulu atau fikir dulu kot sebelum buat kenyataan...mmg menunjukkan mereka ni bendul ke bebal...oppss

    BalasPadam