Sapa nak tiket konsert Hi-5 ?

by - Khamis, November 12, 2015

 

Korang pernah tonton rancangan Hi-5 di tv kan ? Teringin nak tengok konsertnya secara langsung di depan mata , bersama sama anak anak korang ? Fuh.. mesti seronok punya kan ? Hehehehe..

Bagi yang kenal Hi-5 ni , ini peluang korang nak tonton konsert ‘Hi-5 House of Dreams Tour in Malaysia 2015’ di Istana Budaya secara percuma ! Tapi.. tapi.. Haa !

image

Bagi yang berminat nak dapatkan tiket free , korang kena join pertandingan ni ! Ala.. senang jer ! Berbaloi ok !! Setiap pemenang akan dapat 4 keping tiket VIP yang mana harganya RM1,216 ! 5 pemenang akan dipilih pihak penaja yang mana program ni ditaja oleh Enrich Junior Programme by Malaysia Airlines.

Untuk mereka yang segan join , boleh je beli tiket terus. Manakala bagi pemegang kad keahlian  Enrich , ada 10% diskaun yer.. Sila guna kod – enrich10.

 

Ok… Bagi yang nak tiket free ! Jom ikut langkah langkah yang aku bagi ni..

  1. Rakam video anak korang sedang menari atau menyanyi salah satu lagiu dari Hi-5 atau hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak korang suka di Facebook atau Instagram.
  2. Lengkapkan ayat .. "Saya layak untuk memenangi tiket ini kerana..." (20 patah perkataan atau kurang) - Bahasa Melayu. atau dalam Bahasa Inggeris , "I deserve to win these tickets because..." (in 20 words or less).
  3. Bagi yang ada BLOG.. sila update mengenai penyertaan anda dan jika tiada , update je di Facebook dan Instagram dan pastikan status korang tu di set "PUBLIC" dan wajib guna "hashtag" #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior !!! Ok.. Korang TIDAK DIWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada. Mana yang ada jer . Tak kira la dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
  4. Siap ? Ok.. seterusnya .. Sila hantarkan link url  penyertaan korang  seperti URL BLOG, URL FACEBOOK, URL INSTAGRAM atau TWITTER di ruangan KOMEN di bawah entri ini. Tak hantar , jangan salahkan aku kalau juri tak tengok yer..

 

Itu sahaja!!! Mudah kan? Tak mudah ? Cer baca balik sampai paham ! Mudah je pon !! Adoiyai.. Berbaloi la bagi yang minat Hi-5 ni !

Tunggu apa lagi ? Tarikh akhir penyertaan ialah 23 November 2015 dan pemenang akan diumumkan pada 28 November 2015 dan tiket tiket boleh diambil pada 30 November hingga 9 Disember !

 

image[11]

Terima kasih pada yang sudi join contest ni ! Dan semoga berjaya ! Kalau menang . leh kita lepak sama sama nanti ? InshaAllah..

You May Also Like

4 comments

  1. nak join tapi xde anak nak rekod video :( boleh pinjam anak orang lain tak? haha

    BalasPadam
  2. nak join..tapi anak saya mana la reti nyanyi lagu ni lagi...hihihi..... sebab dia tak biasa tengok, mak dia je yang suka,....haha

    BalasPadam
  3. @Farah Dafri Haaa, sama saya juga nak join tapi belom ada anak ....... heeee

    BalasPadam