BEN ASHAARI




Gegar Vaganza 2020.. aku layan dengan wife. Satu satunya rancangan TV yang aku buka dan tengok bersama dengan wife.. Tu pun sebab ada otai otai rock seperti Muss dan Yantzen. Kalau takda diorang ni , maaf la aku nak tengok haaa ! 

Konsert semalam... Hurm... aku dah terbau bau yang akan keluar adalah perempuan. Tapi bila ketika part penyingkiran , lagu lagu yang disediakan untuk peserta peserta ke separuh akhir seperti memang dah cam khas untuk diorang. Takda cam.. Woww ! Lagu yang sesuai dengan suara. Alaaa.. bosannya ! Dah boleh tau sapa yang bakal terkeluar tapi aku masih lagi cuba menafikan syak wasangka aku tu. 

Bila tinggal dua peserta terakhir... Yantzen dengan Cliff.. hurm.. aku rasa Yantzen akan ke separuh akhir walaupun lagu yang disediakan tu macam lebih pada Cliff. Wife bersuara..

" Bang.. bet ! Sapa keluar. Zila amik Cliff... Kalau menang , abang belikan cincin emas eh ! " katanya.

Aku pandang dia. Aku cam.. hurm.. 

" Ok... kalau abang menang , kasi jam G-Shock ! " aku pulak meletakkan pertaruhan ! 

Dan pengacara menyebut Cliff Umar. Wife menjerit kegembiraan. Aku cam... Hurm... Patut dua dua ni ke separuh akhir tapi bagi aku mungkin Yantzen pernah tak hadir satu konsert , maka tak adil untuk dia ke separuh akhir. Pujuk hati aku la. Kalau ikutkan dari konsert tu, ada yang lebih layak terkeluar ! 

Oh ya.. Juri pun cam ada peserta kegemaran jer. Bosan nak layan ! Ketara sangat dari konsert ke berapa gitu. Aku pun tengok dah macam endah tak endah. Takda macam pertandingan yang adil ! 

Separuh akhir ? Neh.. malas nak tengok. Harap pada Muss. Oja ? Nasib baik rambut panjang. Cer rambut cam Ronaldo. Tak de punya nak ke sampai situ ! Dan aku rasa pun.. peserta yang bakal juara nanti pun , akan hilang macam tu jer. Takda yang bakal up semula. Takda WOW factor gitu. 

Wife dapat cincin ? Yelah.. masa besday dia nanti la ! Hahahahaah.. Kira hadiah besday. Tak baik berjudi tau ! 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Bila ke Kelantan , adalah wajib singgah pasar malam Wakaf Che Yeh ! Itu aku la.. Hahahaha.. Tapi bila aku tanya orang lain yang pernah melancong ke Kelantan, jawapan dia sama gak cam aku ! Hehehe.. Maka betullah aku kata tu.. Wajib ke Wakaf Che Yeh ! 

Kenapa Wakaf Che Yeh ? Haaaa.. Bagi aku la.. Kat sini kalau datang , pasti takkan pulang dengan tangan kosong ! Kalau tak membeli pun, perut mesti penuh ! Hahahahah.. Macam macam ada wooo ! Tu menariknya Wakaf Che Yeh. Maka nak puashati, terus cari hotel yang betul betul depan Wakaf Che Yeh ! Tu impian aku dari dulu la.. Hahahaa.. Nak puas makan dan shopping wooo ! Baru syiokkk.. 

Menariknya Wakaf Che Yeh ni bagi aku macam tengah tengah pusat ! Nak ke lokasi lain sangatlah mudah.  Kalau duduk kat area tengah bandar , awal pagi dah payah nak keluar. Bagi aku laa... Kalau kat sini , mudah jer. Sebelum masuk ke jalan utama , korang boleh lari ke jalan lain. Maka tak de la nak redah kesesakkan lalu lintas. Maklumlah , Kelantan ni bukan calang calang negeri ! Haaa.. Popular dengan pelancong tempatan dan juga luar negara..

Dan kat area ni macam macam dah ada. Nak makan mudah , nak parking kenderaan mudah.. Shopping pun mudah haaa... Kira boleh la jalan kaki ke sana sini kalau rajin. Hahaha.. Eh , serba serbi mudah la senang citer. 

Ok.. penginapan bajet tapi berbaloi di Wakaf Che Yeh ? Hehehe.. Ridel Boutique Hotel. Mereka yang pernah menginap sini memang kasi review yang gempak. Puashati. Takda yang mati kelaparan kat sini. Hahahaha.

Dari lapangan terbang , jaraknya cuma 15km jer. Hotel ni sesuai untuk mereka yang datang ke Kelantan untuk melancong ke sana sini. Dalam erti kata lain , senantiasa bergerak. Bukan abiskan masa dalam hotel gitu. Mandi , solat , makan , rehat... Pastu jalan jalan ! 

Kereta , boleh parking depan hotel terus. RM2 semalam. Tempat lain , RM5 ! Ok la kan ? Ok.. jom tengok hotel ni... Rate hotel ni memang ok sangat. Sesuai untuk mereka yang nak sekadar menginap beberapa hari. 




Kaunter Pendaftaran Hotel

Tangga dan ruang legar

Bilik Air
 
Bilik Deluxe Queen

Bilik Deluxe Twin

Bilik Standard Queen 


Bilik Standard Twin


Bilik Suite Family



Bilik Suite Triple


Harga bilik antara RM120 - RM190. Buat masa ni la yer.. Untuk lebih lanjut korang boleh hubungi mereka terus. Lagi senang. Haaa, takda la. 

Jika berminat , korang boleh menempah terus menerusi :
Whatsapp : https://wa.me/c/60139024492 
Facebook : https://web.facebook.com/ridelboutiquehotel/
Tel : 09-7434888 / 019-9320773
Alamat : Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 




Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Dia punya harga...bukan calang calang punya harga haa ! Yang aku kenal beberapa jenis je dan yang lain tak tau sangat. No 10 tu, memang aku tau jenis manja. Adik aku ada beberapa ekor. Sekarang ni si ibu tengah menanti masa untuk beranak lagi. Kalau cun , aku nak sekor ! Cuma kali ni dia dah dikawinkan dengan spesis lain, yakni parsi. Takda la orginal British Shorthair dah. Teringin pulak nak bela kucing. Huhuhu.. 

Tapi masalah nak bela kucing mahal mahal ni ialah modal dia ! Hahahaha.. Sekali masuk wad , pergh... Pastu kalau nak balik kampung. Nak kena usung pulak. Adoi la..Makanan ? Gulpppp.. Hahahaa.. Tapi bela kucing ni bagus.. boleh kasi hilang stress ! Jauh lebih bagus dari bela 'anak ikan' ! Hahahaa... Jangan cari pasal bela ' anak ikan ' yer.. 

Nah... dalam 10 spesis ni, mana satu korang berkenan nak andai kata diberi percuma seekor ? Aku tahu... korang berkenan yang takda bulu tu kan ! Hahahaha... Aku tengok cam alien jer.. Nak belai pun risau. Tengok dia punya takda bulu tu pastu nak belai ??? Gulp... lain maciam.. 

Spesis 3,2 dan 1 tu , kalau nak bela.. kena ada permit eh ? Maklumlah haiwan dilindungi gitu. Tak yah la nak sibuk sibuk bela... hahaha... Bela aku je dah. Eh... hahaa.. bela yang biasa biasa dah. Asalkan boleh jaga rumah dan reti nak cari makan sendiri kat dapur ! Hancur.. Hahahaa.. 












 

Yang bawah ni , kucing rare ! Tak dijual dah. Tunggu baka dia jer. Ada 3. Katanya nak datang lagi satu. Gulp... kembali berkerja keras tukar diapers juga 'bapak kucing' ni nanti..


Share
Tweet
Pin
Share
12 comments


Ramai yang tegur pasal gambar ni ! Beria aku tahan penat pegang kotak protein tu. Berat 4 kilo lebih tuu ! Tapi yang diorang nampak , kemudaan muka kacak aku tu ! Haahaha.. Adoi laa.. Aku sendiri tengok pun ngeri. Gambar ni Qhaliff yang tolong amikkan. Tak tau la sebab tangan ke atau setting phone tapi yang pasti , SAMSUNG GALAXY NOTE 9 aku sejak keluarnya SAMSUNG GALAXY NOTE 20 , dia punya kualiti kamera cam celaka 

Cam celaka ? Betul ke ? Entah la.. tapi bila selfie , gambar out ! Bila buat video , bergoyang goyang.. tak stabil seperti sebelum sebelum ni ! Kenapa boleh begitu ? Aku syak.. aku syak je eh.. Dia tiru style iPhone ! Dulu pernah viral gak citer iPhone ni, yang turunkan kualitinya selepas update sistem. Tujuan? Untuk pengguna tukar ke phone yang baru ! Nah.. aku rasa cam tu gak laaaa.. Dia nak aku guna Note 20 ke ????

Kalau ikut hati aku, aku nak tukar ke phone LG atau Sony. Jika dua dua phone ada keluarkan versi seperti Note.. siap ada S Pen ! Terus terang aku kata , Samsung Galaxy Note ni memang best sangat. Aplikasi dia gempak. Sangat mudah nak buat kerja terutama melibatkan gambar dan dokumen. 

Tukar ? Belum masanya lagi. Buat masa ni, biarlah guna je Note 9. Kena sabar je dulu. Tunggu berduit skit lagi dan keluar Note terkini yakni tahun hadapan , baru tukar. Tu pun kalau spec dia menarik. Dan juga design body dia. Heheheh.. Buat masa ni, kamera kat belakang dia buruk ! Huhh.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Bukan mudah tapi tak mustahil pun. Anak anak aku pun aku dah latih mereka sejak dua menjak ni. Dan boleh je diorang ikut. Si Qhaliff tu memula , payah sekali. Nak tunggu 5 minit macam nak mati. Tapi akhirnya dia terlupa masa bergerak begitu saja.. Hinggakan aku pulak yang ingatkan dia untuk minum air. 

Banyak manfaatnya sebenarnya jika diamalkan gaya hidup begini. Paling ketara , perut tak buncit. Kedua , pencernaan. Ketiga , pernafasan. Keempat , awet muda ! Nahh... paling utama , dijauhi penyakit merbahaya ! Gituuu.. Banyakkan membaca yer.. 

Aku dah amalkan dua minggu. Alhamdulillah , sangat sangat lain rasa badan. Kalau tidak , aku dok pelik je apasal aku punya perut boroi ni tak surut surut ! Maunya tak.. masa makan , disulami air sejuk. Tau tau dah mengah dah ! Tak bagus gitu.. 

Macam anak anak aku, sebelum diorang aku nak suap makan.. aku suruh diorang pergi minum dulu. Sapa tak minum , kang masa makan tak boleh minum dah ! Kena tunggu setengah jam hingga sejam baru boleh minum. Heeee... 

Mula mula tu , Qhaliff cam tak percaya boleh buat.. Tapi dah masuk hari ke dua , dia pulak tegur ibu dia.. Jangan minum air lepas makan. Tunggu satu jam ! Nah... dia pun dah pandai. Bab kunyah lama lama ni , budak budak memang kunyah lama punya. Bagus la.. Kita orang tua kena ikut part ni. Jangan telan makan terus gitu jer. Tak bagus.. Kasi pecah lunyai baru telan. Senang nak  perut nak lakukan proses penghadaman.

Dah siap makan. Masing masing menanti untuk minum air.
 

Seperkara lagi.. tengok anak anak kita. Kalau yang obesiti tu, apakah punca jadi begitu. Cute ? Comel ? Sian diorang nanti. Kawal pemakanan dan berikanlah makanan yang berzat dan berkhasiat. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Di SenHeng , wife bagi aku beberapa pilihan jenama mesin basuh. Aku saja suruh dia pergi sorang diri. Kasi dia pilih ikut mana dia suka tanpa gangguan aku ! Huhuhu. Aku tau.. mesti perempuan suka diberi pelepasan begini kan ? Hahaha.. Tapi bab bab gini, adalah sukar untuk membuat keputusan. 

Awalnya.. dia nak amik siap sekali dengan dryer. Tapi aku tak nak. Hahaha.. Kalau dia amik sekali dengan dryer, camana aku nak berposing ketika menyidai ?? Dah takda bahan untuk dapat LIKE yang beratus dari teman teman seberang tu.. Hahahaha.. 

Akhirnya keputusan dia buat.. Aku ok jer. Dan sehari jer , barang sampai rumah selepas membuat bayaran. Harga, aku kata terserah pada dia. Huhuh.. Tapi aku kata aku nak LG saja. Jenama lain , tak nak. Aku lebih yakin dengan LG sebab aku ada dua pasang smart tv jenama LG di rumah.Usia dah lebih 7 tahun. Dan masih elok hingga ke hari ini. TV Sony yang aku ada sebelum tu, rosak dah. Tak lama pun. 2 tahun je guna. Huhuh.. 

Dan sampailah mesin basuh tu ke rumah aku , petang tadi. Teruja wife aku walaupun dia di pejabat. Aku yang sambut orang SenHeng datang. Cepat diorang buata kerja. Pasang dan bawa balik. Tapi aku mintak tolong bawakan mesin basuh aku tu. Buang ke tempat yang dibenarkan. Katanya ada stor untuk barangan elektrik tu Aku kasi la upah kat diorang. Huhuh.. Aku tak suka orang buat kerja kosong. 









Kelebihan mesin basuh LG ni ? Ada banyak. Ada Smart Laundry yang boleh dikawal dengan menggunakan WiFi. Bagi mereka yang amik kisah mengenai bil elektrik mereka, bolehlah download aplikasi ni. 

Eh.. banyak lagi la kelebihan dia. Korang boleh baca dan tengok sendiri di SINI. Confirm puashati. Pakaian yang dibasuh pun , lebih bersih berbanding sebelum ni. Dah test cucian pertama. Leganya telinga. Takda dah bunyi mesin basuh bergaduh dengan pakaian ! 

Pasni.. peti ais lak ! Hahahaha..


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Alhamdulillah.. Punya banyak kali survey waterjet kat kedai hardware dan juga online selepas aku melihat bagaimana waterjet 'menghalau' semua lumut lumut di longkang surau taman perumahan aku tinggal, baru baru ni. Tapi macam tak puashati je yang ada. Yang gempak pun , harga dia WOW ! Dan payah sangat nak tanya kat pekedai dek kerana SOP yang ada. 

Akhirnya, aku suruh wife aku gi je tengok kat SenHeng jer. Ada jenama yang aku nak dan yakini akan kelasakannya selepas membaca review mengenai jenama ni.. Karcher ni jenama dari Germany yang mana kita tau, negara ni bab barangan macam ni memang tak perlu nak dipertikaikan lagi kebagusannya. Maka , aku tolak tepi bab harga ! Suruh je wife amik. Aku tak nak ada masalah bila guna nanti. Alang alang membeli, beli yang elok dan selamat ! Kalau guna yang jenama X atau cetak rompak ni , risau aku guna lama guna yakni ketika menembak air tu.. risau meletup lak. Huhuh..  dek kerana kepanasan enjin motornya. 



Harga , RM754 di SenHeng. Kalau di Shopee boleh dapat dalam RM700.

Nak setup washer ni tak susah pon. Ikut je manual yang dia beri. Sekejap je settle. Pastu part paling penting.. tekanan air di rumah kena tinggi ! Kalau rendah , memang bermasalah la dia nak tarik air. Huhuh.. Kalau nak sedap lagi , amik yang fully automatik control. Harga RM1K+ .. Heee.. 

Dan aku test power ! Lega betul aku tengok hasilnya. Lama dah aku berdendam dengan lumut lumut tu. Puas aku sental.. payah nak hilang ! 




Amacam ?  Hasilnya memberansangkan kan ? Hahahaha.. Aku tak abis cuci lagi tu. Saja aku simpan untuk ari minggu nanti. Nak basuh kereta sekali. Baru syiokk ! Oh ya... hati hati guna.. Jangan sampai kena kaki... Sakit wooo ! Dan jangan halakan pada orang. Merbahaya ! 







 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Cuti masih panjang lagi ! Pembelajaran masih secara online. Bukan mudah untuk mak bapak kendalikan apatah lagi anaknya ramai !  Dan semuanya dah kena 'pegang buku' atau mereka akan ketinggalan. 

Qhaliff.. tahun 2. Zahra akan masuk tahun 1 tahun depan. Aariz , 5 tahun.. pra tadika tapi aku tak cadang hantar lagi. Belajar di rumah je. 6 tahun nanti baru hantar ke tadika. Kenapa ? Korang pun tau buat masa ni , sekolah on off kan ? Aku punya pendapatan pun tergugat la juga sebenarnya. Banyak projek tergantung ! Huhuh... 

Awal awal dulu, nak mengajar anak anak di rumah , memang susah ! Dengan godaan tv , gajet dan adik adik kecil Memang payah laa nak ajar diorang. Kena pulak , yang mak atau suri rumah cam aku kena ajar diorang. Nak cari makan satu hal.. nak ajar anak anak satu hal lagi ! Camana nak fokus ?

Aariz punya akal satu hal. Qhaliff punya tangisan satu hal. Zahra , punya rajuk satu hal. Satu hari 3 orang ni mencabar bagi aku. Mak dia , takda hal ! Itu hal kecik jer. Nanti 'kasi' senyap la.. Memang mencabar ni. Dan akhirnya aku dah tau camana nak 'tewaskan' diorang.. 

Camana ? 

Mudah jer.. Kita kena beralah ! Jangan keras dengan diorang. Kalau diorang suka main game, kasi je diorang main. Tapi bersyarat.. Berapa minit pastu kena duduk atas meja.. belajar ! Belajar pulak jangan lama sangat.. nanti diorang stress dan mula buat muka.

Rehat.. kasi diorang main apa diorang nak main.  Pastu panggil diorang balik.. elok elok.. Mesti datang dengan happy punya.  Di usia begini , tak boleh tegas sangat dengan diorang. Budak budak zaman ni bukan macam dulu. Diorang dah terdedah dengan kematangan yang cukup pantas. Tak boleh nak jerkah atau tinggi suara. Nanti dia lak tegur kita.. 

"Daddy... tak baik marah marah. "  atau akan dibawangkan bersama ibunya.. " Kenapa daddy suka marah marah ye ibu ?" . Best part.. ibu punya marah , diorang boleh terima. Aku punya tak leh terima. Amacam ? Hahahaha.. 

Maka aku buat gitu je la sekarang. Diorang stress.. 4 minggu PKPB , diorang cuma boleh ke depan rumah jer. Nak keluar , memang tak boleh. Kesian kat diorang. Tu je la boleh kasi diorang enjoy. Dan nampaknya berkesan. Aku panggil Aariz sekali dua je.. terus berlari untuk belajar berbanding sebelum ni, aku sampai bertukar warna ! Masih jugak gagal. Bila buat cara lembut begini. ternyata sangat ok keputusannya. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kesian Kak Aishah. Aku pernah lalui. 'Mereka' menyorok di balik identiti yang tidak dapat dikesan. Bijak memaki hamun , menjatuhkan maruah orang mereka ni. Fuh... tapi guna identiti palsu. Pelik betul. Boleh pulak mereka hidup begini yer ? 

Aku kena ketika awal awal berblog dulu. Fuh, macam macam orang la yang kutuk , kritik aku.  Ada yang siap buat blog palsu dan tiru entri entri aku pastu diedit dalam bentuk jenaka. Ketika tu , aku dan isteri bercuti di Pulau Pangkor. Dia baru jalani pembedahan. Saja bawak dia bercuti sana. Tapi badan je dapat cuti. Mental down abis ! Terasa nak bersara terus dari dunia media sosial. Tapi nasiblah ada rakan rakan seperjuangan dan Facebook yang memberi kata kata semangat.

Dunia media sosial ni tak pernah berubah. Walaupun orang kata, kalau takut dilambung ombak , jangan berubah di tepi pantai.. itu bukanlah lesen besar untuk kita jatuhkan maruah orang lain ! Apa hak kita nak kutuk orang ? Kalau nak kritik , berilah kritikan terhadap apa yang dia buat. Bukanlah libatkan fizikal atau keluarganya. 

Melibatkan keluarga.. tu satu hal ! Abis kena korek !! Segalanya. Orang yang kutuk , maki hamun orang di media sosial ni agaknya jenis ahli syurga? Atau pun sebenarnya hidup dia sengsara di dunia. Dia lepaskan amarah di dunia orang yang tak kenal dia.. tak nampak dia ! 

Twitter , Facebook , Instagram.. aduh... kecam berjemaah ! Kalau kita tak suka, diam diam dah la. Atau komenlah yang berilmiah. Ni tidak, tunjuk lagak.. hero.. beri komen yang dahagakan LIKE ! Jika dapat 'sokongan' makin menjadi jadi. Giler publisiti murahan ke apa ? 

Bawa bawa sedar diri. Insaf. Hari ni mungkin kita tak kena.. Atau kita mungkin tak kena.. Tapi kita ada adik beradik... anak cucu.. Segalanya berputar ! 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


 A ! Bukan sebab kalut tapi pengalaman aku sendiri berdepan dengan saat saat yang mendebarkan. Huhuh.. Pertama , masih aku teringat lagi ketika tu.. petrol tinggal 2 bar. Aku dalam bandar je. Maka tak kisah la sangat. Ada banyak stesen minyak. Dan plan nak berhenti dalam perjalanan pulang dari rumah mak aku ke Putrajaya, ketika tu. 

Sekali.. amik kau !!! Hujan turun dengan lebat sangat. Sungai Besi dan Balakong ketika tu naik air. Banjir ! Dan jalan jammed. Aku berada di situ ! Petrol dah tinggal satu bar ! Nak syok lagi.. ketika tu aku dengan Qhaliff yang masih baby. 

Aku punya perasaan gementar ketika tu.. Allah je tahu ! Takut mati tengah jalan ketika hujan lebat dan air sedang naik. Dengan anak sekali ! Cukup menginsafkan situasi tu. Memang serik dah nak buat perangai macam ni.. Huhhu..

Kedua.. ketika tu nak balik Kelantan. Ikut lebuhraya baru. Petrol dah kurang dari setengah tangki. Malam. Cadangnya nak berhenti di RNR je untuk isi petrol. Redah je la. Dan nak dijadikan cerita.. highway baru ! Tiada stesen minyak lagi dibuka. RNR pun baru nak buat. Huhuhu.. Aku ingatkan semua dah ada. Amik kaauuu ! Aku terpaksa cari jalan keluar ke bandar berdekatan untuk isi petrol. Tengah malam , di kawasan yang aku tak tau pulak tu. Memang berpeluh la ketiak. 

Kedua dua pengalaman ni aku sering ingatkan pada wife. Dia keluar gi kerja, jangan sesekali biarkan petrol di 'red zone' ! Kenapa ? Laluan rumah aku ni , petrol station takda. Dan pulak , bila berlaku kemalangan, nak keluar dari situ memang mintak maaf la nak oiiii ! Tak dapek nak ditolong. Maka elakkan la dari buat perangai isi petrol last minit ni.. Nasihat aku pada wife ! 

Dan satu lagi... bila malam , andai kecemasan belaku.. kereta kena ready ! Kalau minyak pun dah hujung nyawa.. camana  ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments



Minggu ni punya konsert ok ok je la bagi aku. Dah boleh jangka sapa keluar. Macam aku kata la sebelum ni.. yang popular dan ramai peminat akan ke final. Tu jer..Dah boleh baca cara buat duit Astro ni.. Huhuh.. kena pulak dengan situasi sekarang ni. Nak main kontroversi , sangatlah berisiko. Huhuh.. 

Tapi tu bukanlah isu dalam entri aku kali ni. Yang isunya ialah babak babak artis kena jawab soalan dengan jujur atau mereka akan terkena renjatan elektrik ! Hahahaha... Adoi laa... Si Qhaliff boleh pulak tengok babak ni dan bersuara.. 

" Ibu.. kita beli alat pengesan kejujuran ni nak tak ? Kita test kat daddy ! " aku jeling kat Qhaliff. Amboi amboi.. boleh pulak dia nak test kat bapak dia. Sesedap rasa jer.. Tapi ada jual ke ? Macam menarik jer.. Huhuhu..

Aku terus bukak Lazada.. Eh ada.. Tiba tiba ada suara di belakang aku.. 

" Ibu.. kat Lazada ada jual. Beli la ibu. Kita buat kat daddy ! " jerit Qhaliff..  Haish.. budak ni ! Nak tidur luar rumah ke malam ni ???

Wife pandang aku semacam. Sengih. Tengok apa ????? 
 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Setiap kali masuk bulan November, aku akan pening.. Kenapa ? Aku keliru. Aku nikah 20 ke 21hb eh ?? Apa yang aku boleh buat ialah.. buka kalendar tahun 2008. Tapi aku ada satu lagi masalah iaitu aku nikah 2008 ke 2009 ? Adui laaa..masalah tul aku ngan tarikh ni ! Nasib baik la harijadi wife senang nak ingat... awal tahun ! Huhuh..

Maka aku pun belek la handphone. Senang nak tau.. antara 2008 dan 2009.. mana satu tarikhnya jatuh pada hari Jumaat yakni hari cuti di Kelantan.. Dan aku dapat dah jawapan. Hehehehe.. Aku tenang dan diam. Nak tengok wife ingat ke tak lak. Biasanya dia yang lebih menjeling pada aku. Kononnya aku terlupa atau tak amik tahu la tu. Huhu.. 

Petang semalam yakni 20hb November 2020.. 

Jam 6,30 petang . Wife balik kerja.. Pastu sengih sengih tengok aku yang terbaring layan handphone. Aku saja wat gitu gitu jer.. Kononnya tak kisah la.. Eceh.. 

"Supriseeeeeeee" . Dia tunjuk kek dia beli !! Anak anak serbu ke arah dia. Aku masih lagi terbaring. 

" Tadaaa.. ibu beli kek ! " kaanya. Aku wat muka seposen..

"Suprise kenapa ?? Enibersi ke ??" tanya aku.

"Eh..ingat abang ? Ingatkan tak ingat..." kata dia.

"Ingat..tapi bukan hari ni.. esok haa.. (21hb) ." aku jelaskan pada dia.

"Apa lak 21hb..20hb laa..." dia mula bantah. Aku tau dah perkara ini akan berlaku. Awal awal lagi aku dah buat ulangkaji.

"Bukak phone.Tengok kalender. Tahun 2008 , 21hb November.. Hari Jumaat kita akad nikah." Yer... aku ingat hari je sebab hari Jumaat tu , Kelantan cuti. Hahahaa..

Dia pun bukak..

"Bang..kita nikah 2008 ke 2009..? " tanya dia..

Aku dah tau dah. Dia pun sama cam aku. Memang keliru pun tarikh pernikahan kitorang. Hahahaha.. 21hb tu akad nikah, 22, bersanding di Kelantan dan 29hb tu pulak majlis di sebelah lelaki dan 30hb , harijadi aku.. heee..

Tak kisah la.. janji dia dah beli kek dan aiskrim kegemaran aku. Yang memang akan aku cair punya bila tengok walaupun aku tengah diet ! Hahahaha... Ais Krim Durian ! Dan pertama kali aku makan dari jenama Hadji Ice Cream ni. Tempatan punya buatan. Dan memang sedap ! Hancur diet aku. Durian dia memang terasa laa... Harga pun berbaloi jer. 

Anak anak berebut makan kek. Aku tengok je la. Senyum. Alhamdulillah.. 12 tahun dah perkahwinan kami. Pejam celik pejam celik jer.. Hidup dalam keadaan sederhana. Bertolak ansur. Terutama dalam keadaan sekarang ni , sangatlah getir. Perlu ada persefahaman dan bijak dalam mengatur pelan perancangan masa hadapan. 


Sedap aiskrim dia. Dan kesedapan ais krim tu membuatkan aku terlupa.. aku dah kawin 10 tahun ke 12 tahun ? Huhuh... 

 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (13)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ▼  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ▼  November 2020 (36)
      • Kerana Yantzen , aku kehilangan jam G-Shock di har...
      • Ridel Boutique Hotel Wakaf Che Yeh , hotel bajet a...
      • 10 spesis kucing termahal di dunia !
      • Samsung dah ikut perangai iPhone ke ?
      • Didik anak anak bermula sekarang !
      • LG punya mesin basuh memang terbaik ahhh !!
      • Dapat juga waterjet Karcher idaman hati !!
      • Fahami anak anak , barulah tak perlu jadi HULK di ...
      • Media sosial, dunia yang cukup menakutkan !
      • Aku pilih A sebab..
      • Ni semua salah Gegar Vaganza !
      • Sambut ulangtahun perkahwinan dengan Hadji Ice Cre...
      • Bikin stim tengok waterjet ni !
      • Tekanan darah naik, bagaimana nak turunkan dengan ...
      • Siapa sangka bermula dari blogger , akhirnya mempu...
      • Cara mudah hilangkan perut buncit!
      • Bunyi guli atas rumah setiap malam... hantukah ?
      • Mereka meng'idola' kita secara senyap !
      • Rutin anak anak merisaukan aku !
      • Asyik Ebit Liew jer.. Mana jutawan jutawan Malaysia ?
      • Tolong benarkan kami sekeluarga menaiki kereta di ...
      • Hilang pekerjaan ? Jom jana pendapatan sehingga R...
      • " Maaf bang , masak ni je ari ni ! " kata wife..
      • Bandar Baru Salak Tinggi ( BBST) lak PKPD !
      • Exco, Adun Kelantan naik gaji ! Weeeee...
      • Saman RM1ribu jika tak scan MySejahtera ketika isi...
      • Apa dah jadi , YB Young Syefura ?
      • Aku takkan maafkan korang !
      • Perlukah aku berbunyi udang untuk dapatkan bantuan...
      • Belanjawan 2021 : Apa yang anda harapkan ?
      • Kena kencing pontianakkah aku ?
      • Tips turunkan tekanan darah tinggi yang aku amalkan !
      • SOP aktiviti sosial dan sukan akan diperketatkan l...
      • Peluang pekerjaan untuk anda. Kursus akan diberikan !
      • Baru aku tahu kenapa si ayah boleh cair dengan an...
      • Pusat rehabilitasi , iRehab berikan diskaun menari...
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi - Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi Korang tengok atok yang... The post Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY...
    2 jam yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    2 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes