Dapat juga waterjet Karcher idaman hati !!

by - November 24, 2020


Alhamdulillah.. Punya banyak kali survey waterjet kat kedai hardware dan juga online selepas aku melihat bagaimana waterjet 'menghalau' semua lumut lumut di longkang surau taman perumahan aku tinggal, baru baru ni. Tapi macam tak puashati je yang ada. Yang gempak pun , harga dia WOW ! Dan payah sangat nak tanya kat pekedai dek kerana SOP yang ada. 

Akhirnya, aku suruh wife aku gi je tengok kat SenHeng jer. Ada jenama yang aku nak dan yakini akan kelasakannya selepas membaca review mengenai jenama ni.. Karcher ni jenama dari Germany yang mana kita tau, negara ni bab barangan macam ni memang tak perlu nak dipertikaikan lagi kebagusannya. Maka , aku tolak tepi bab harga ! Suruh je wife amik. Aku tak nak ada masalah bila guna nanti. Alang alang membeli, beli yang elok dan selamat ! Kalau guna yang jenama X atau cetak rompak ni , risau aku guna lama guna yakni ketika menembak air tu.. risau meletup lak. Huhuh..  dek kerana kepanasan enjin motornya. 



Harga , RM754 di SenHeng. Kalau di Shopee boleh dapat dalam RM700.

Nak setup washer ni tak susah pon. Ikut je manual yang dia beri. Sekejap je settle. Pastu part paling penting.. tekanan air di rumah kena tinggi ! Kalau rendah , memang bermasalah la dia nak tarik air. Huhuh.. Kalau nak sedap lagi , amik yang fully automatik control. Harga RM1K+ .. Heee.. 

Dan aku test power ! Lega betul aku tengok hasilnya. Lama dah aku berdendam dengan lumut lumut tu. Puas aku sental.. payah nak hilang ! 




Amacam ?  Hasilnya memberansangkan kan ? Hahahaha.. Aku tak abis cuci lagi tu. Saja aku simpan untuk ari minggu nanti. Nak basuh kereta sekali. Baru syiokk ! Oh ya... hati hati guna.. Jangan sampai kena kaki... Sakit wooo ! Dan jangan halakan pada orang. Merbahaya ! 







 

You May Also Like

6 comments

  1. Ya allah puasnya tengok lumut tu tertanggal...

    BalasPadam
  2. Puas hati tgk hasil yg video abg ben share tu.. fuh xyah susah myental lantai.. 👏👏

    BalasPadam
  3. memang bagus jenama ni jadi idaman lama dah,dulu time keje tgk staf guna mmg terbaikkkk....

    BalasPadam
  4. Woww kena cari gak la satu .. blh buat basuh kat belakang umah pon da ada lumut2 ijau. Ni blh jadi senjata jugak ni . Lau org jahat dtg umah sembur jer ngan bendalah ni

    BalasPadam
  5. Tengah survey2 juga nak beli waterjet ni.

    BalasPadam