Kerana Yantzen , aku kehilangan jam G-Shock di harijadi ku !

by - Isnin, November 30, 2020


Gegar Vaganza 2020.. aku layan dengan wife. Satu satunya rancangan TV yang aku buka dan tengok bersama dengan wife.. Tu pun sebab ada otai otai rock seperti Muss dan Yantzen. Kalau takda diorang ni , maaf la aku nak tengok haaa ! 

Konsert semalam... Hurm... aku dah terbau bau yang akan keluar adalah perempuan. Tapi bila ketika part penyingkiran , lagu lagu yang disediakan untuk peserta peserta ke separuh akhir seperti memang dah cam khas untuk diorang. Takda cam.. Woww ! Lagu yang sesuai dengan suara. Alaaa.. bosannya ! Dah boleh tau sapa yang bakal terkeluar tapi aku masih lagi cuba menafikan syak wasangka aku tu. 

Bila tinggal dua peserta terakhir... Yantzen dengan Cliff.. hurm.. aku rasa Yantzen akan ke separuh akhir walaupun lagu yang disediakan tu macam lebih pada Cliff. Wife bersuara..

" Bang.. bet ! Sapa keluar. Zila amik Cliff... Kalau menang , abang belikan cincin emas eh ! " katanya.

Aku pandang dia. Aku cam.. hurm.. 

" Ok... kalau abang menang , kasi jam G-Shock ! " aku pulak meletakkan pertaruhan ! 

Dan pengacara menyebut Cliff Umar. Wife menjerit kegembiraan. Aku cam... Hurm... Patut dua dua ni ke separuh akhir tapi bagi aku mungkin Yantzen pernah tak hadir satu konsert , maka tak adil untuk dia ke separuh akhir. Pujuk hati aku la. Kalau ikutkan dari konsert tu, ada yang lebih layak terkeluar ! 

Oh ya.. Juri pun cam ada peserta kegemaran jer. Bosan nak layan ! Ketara sangat dari konsert ke berapa gitu. Aku pun tengok dah macam endah tak endah. Takda macam pertandingan yang adil ! 

Separuh akhir ? Neh.. malas nak tengok. Harap pada Muss. Oja ? Nasib baik rambut panjang. Cer rambut cam Ronaldo. Tak de punya nak ke sampai situ ! Dan aku rasa pun.. peserta yang bakal juara nanti pun , akan hilang macam tu jer. Takda yang bakal up semula. Takda WOW factor gitu. 

Wife dapat cincin ? Yelah.. masa besday dia nanti la ! Hahahahaah.. Kira hadiah besday. Tak baik berjudi tau ! 

You May Also Like

5 comments

  1. haa... yeyy women always right..hahahaha cincin yg 6-8gm baru sedap pakai tau. :) nampak tgk tgh cucuk ni ..haha beli yang tebal berbaloi ..hehehe

    BalasPadam
  2. Hahaha. Ala tak dapat la jam tu. Rezeki isteri, ye dak?

    BalasPadam
  3. kan, dah tau sapa yang feveret juri tu

    BalasPadam
  4. aku pun sama kalau x ada 2 otai ni ngan cliff umar...comfirm aku X layan GV...
    time pandemic ni must banyak kan rancangan bab2 agama....
    aiyooooo....

    BalasPadam