Bunyi guli atas rumah setiap malam... hantukah ?

by - November 17, 2020




Aku duduk rumah dua tingkat. Kalau duduk apartment atau kondominium , memang ramai kerap dengar bunyi guli tu. Dulu memang akan aku cuak la. Sebab tak faham bila mereka yang mahir bab bangunan ni , kata tu bunyi 'air masuk' ! Takkan bunyi air masuk macam tu kan ? Huhuh.. 

Nah... sejak berkongsi beli rumah dengan wife ni , tanggungjawab maintenance bab rumah automatik jatuh ke tangan aku. Huhuh... Apa yang rosak , aku kena cari jalan penyelesaian. Dan bab bunyi air ni , memang terjadi sejak sejak jembalang air menganggu bekalan air di taman perumahan aku. Huhuh.. 

Bila panggil plumber.. katanya bunyi angin. Dek kerana bekalan air kerap terputus , maka angin ( air dalam bahasa omputeh.. air gak masuk kan ? ) , yang masuk menyebabkan jadi begitu. Begitulah secara kasarnya penerangan buat aku yang dungu bab ni. Hahahaha.. Aku iyekan je la. Malas nak pening kepala..

Aku google. Macam ni ke ??


" Berapa kalau abang buat ni ? " tanya aku. Dia pun kasi la hargaya. Aku suruh buat je la. Aku tak nak ada masalah di masa hadapan seperti paip pecah bagai. Huhuh.. Dan siaplah. Bunyi tu tiada lagi. Aman damailah aku... 

Tapi tak lama.. baru baru ni , ada kebocoran di bahangian atas. Huhuh.. Aku minta plumber lain tolong buatkan. Settle.. Tapi bunyi tu ada kembali. Serius sangat menganggu tiap kali aku masuk tandas. Yelah  bila guna air... maka air yang masuk membuatkan getaran atau gegaran yang kuat. Takda dah bunyi guli tapi cam raksasa nak runtuhkan bumbung jer ! Huhuh.. Menakutkan tul la.. Terbayang la keruntuhan rumah jika aku tak baiki segera. 

Dia pun kasi satu solusi. Aku tanya bajet. Dan ok la harganya. Katanya , dia pun sedang buat di beberapa buah rumah di taman perumahan aku ni. Banyak yang bermasalah seperti rumah aku ni. Maka terpaksa tunggu giliran aku. Huhuh... 

Bunyi hantu tarik kerusi ? Hahahaha.. aku punya rasa takut serupa raksasa dok hentak kepala dek kerana sakit kepala tak dapat keluarkan duit KWSP ! 

Dan siap buat dah.. tiada lagi angin dalam tangki !!



 

You May Also Like

2 comments

  1. Memang bunyi guli kat dinding tu. Kalau dok sorg memalam seram

    BalasPadam
  2. Apa kena mengenda dgn KWSP hahahahaha ada ja idea

    BalasPadam