Asyik Ebit Liew jer.. Mana jutawan jutawan Malaysia ?

by - Isnin, November 16, 2020



Orang kata.. kalau nak tambah lagi kekayaan.. banyakkan lagi bersedekah ! Takkan abis punya harta nanti. Sampai ke mati harta bertambah.. Tengok je la Ebit Liew ni.. Tak berhenti henti memberikan sumbangan. Tak kira dalam bentuk tenaga dan juga wang. Cemburu tul aku ! Cemburu sebab kebaikan yang dia lakukan tu. Sedikit sebanyak turut mempengaruhi aku juga. Alhamdulillah..

Kalau korang rajin Google, kita akan jumpa senarai senarai jutawan di Malaysia. Nah, bayangkan jika insan insan ni rajin turun padang bantu rakyat Malaysia yang terjejas dalam kehidupan mereka. Fuh, inshaAllah Malaysia aman damai ! 

Semalam saja , aku terima beberapa video yang menunjukkan kes kes ragut sekitar tanah air kita. Hurm.. Kesan dari Covid 19 dah mula nampak. Ramai yang kehilangan punca. Masalah hutang. Masalah nak teruskan kehidupan. Desakan hidup dah mula mengubah sikap diri. Ada yang mula panas baran. Menyendiri... dan tak mustahil ada yang hilang kawalan..

Apa kata.. kita yang tak jutawan ni rajin rajinkan diri bantu. Bersedekah.. beri sumbangan.. bantu peniaga peniaga kecil tepi jalan tu.. sokong kawan kawan yang meniaga kecil kecilan. Dari kita shopping bukan bukan di Lazada.. Shopee tu.. baik kita perbanyakkan saham akhirat ! Yang mana boleh kita skip dari membeli dan bantu mereka yang memerlukan , lebih mulia gitu. 

Takda la asyik asyik Ebit Liew jer.. kan ? Haaa.. kita amik peluang ni. Contohi dia. Tak perlu tunggu kaya raya. Yang memerlukan ni pun bukanlah nak banyak pun duit.. asal ada je dah ! Dapat teruskan kehidupan. 

Bayangkan mereka yang terkesan ni, anak anak muda. Hurm... takkan nak tengok kes jenayah mula naik di tempat korang ? Nanti nak keluar rumah pun takut ! Berilah sokongan... berilah semangat buat mereka... Hari ni , hari mereka.. 

You May Also Like

0 comments