BEN ASHAARI



Smart giler  ! Pertama kali aku tengok beg Gaston Luga di Instagram dan website , itulah yang aku rasa. Ada banyak pilihan yang menarik dan aku memilih Classic Black & Brown ni. Tempahan terus aku buat di website Gaston Luga dan beberapa hari saja terus sampai ke tangan aku ! Oh ya, pilihan shipping pon ada. Nak cepat atau nak biasa biasa jer. 

Beg jenama Gaston Luga yang berpejabat di Sweden ni memang ikut trend masa kini namun tidak melupakan gaya klasik. Aku memilih gaya klasik yang sesuai dengan citarasa aku. Heee.. Camana dalam gambar , itulah yang aku terima ! 

Design moden pun menarik ! Sesuai untuk mereka yang berjiwa muda..cam aku tapi aku suka klasik. Er, apakah aku sudah tua ? Heee... Tak gak. Ramai je orang muda  amik design klasik. Boleh tengok di Instagram Gaston Luga. 

Jika korang travel ke luar negara , beg ni mudah saja dilipat masuk masuk lugage. Kat sana boleh je guna ! Bila nak bergambar bergaya , beg Gaston Luga ni memang tidak menghampakan sama sekali. Menarik seperti orangnya. Eh.. 



Materialnya sangatlah bagus. Kain di belah dalamnya lembut dan luas sekali. Ada beberapa poket kecil yang boleh memuatkan passport , power bank , telefon pintar , tablet manakala ruangan utama boleh memuatkan laptop , kamera ... baju dan macam macam lagi la ! 




Guna butang magnetik.

Kukuh sama sekali ! 

Bahagian belakang , ada poket kecil dan boleh masukkan segala yang kecil ! Hee..


Menarik kan ? Haaa... Macam aku ni sesuai la digunakan terutamanya keluar gi event. Maklumlah , usung laptop , powerbank , kamera dan juga buku. Berbaloi la gunakan dengan lasak. 

Kalau korang berminat nak membeli satu atau nak hadiahkan pada yang tersayang , korang boleh buat pembelian terus di web Gaston Luga  sekarang ni. Aku kasi kod diskaun kat korang. Dapat 15% tu. Disamping tu akan dapat juga tote beg yang menarik. 
Sehingga 3hb Jun 2019, tawaran tote beg yer. 

Web : https://gastonluga.com/
Diskaun kod : benashaari

Selamat berGaston Luga !
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Wife antar satu link pada aku di Whatsapp. Terasa dihantuk hantuk kepala aku ni ke dinding. Kenapa aku tak teringat langsung akan hal ni ? Sebenar dulu lagi nak buat tapi atas soal keselamaan , aku lengahkan lagi. Kawasan perumahan aku ni belum sepenuhnya selamat. Tapi nak diikutkan , dah boleh dah ni sebenarnya. 

Artikal yang bertajuk 'Sebab Itulah Kena Asingkan Bilik Tidur Anak Sekitar 5-6 Tahun', membuatkan aku terus rasa nak cari katil katil buat anak anak. Dan deco deco bilik mereka untuk membuatkan lebih menarik dan teruja tidur di bilik mereka sendiri.

Sebelum ni aku tak buat sebab banyak kes pecah masuk rumah di sekitar taman perumahan aku ni tapi sejak ada RELA bertugas , Alhamdulillah... tiada kes lagi di malam hari. Siang ada tapi jarang sangat berlaku. 

Rumah aku ada 3 bilik. Dulu 4 tapi aku dah pecahkan satu untuk dijadikan ruangan khas fitness. Hee.. Anak anak leh guna gak nanti tu. Tak payah diorang nak ke gym dah. Jimat tu ! Kan kan ? Hee. Aariz masih menyusu. Apakah perlu tidur asing ngan mak dia ? Qhaliff dan Zahra. Perlu sorang sebilik atau berkongsi lagi ? Hurmmm...Sebaiknya kena asing la kan ? Tak susah dah nanti..Kalau nak asing , fuh... kos kewangan di situ. Perghhh... 

Gambar Hiasan : Jika tidak asing anak anak , kena buat gini ?

Kena bagi aku kumpul duit dulu ni. Huhuhuh.. Nak buat mendadak , rasanya aku bukanlah founder produk yang kaya raya. Hee.. Produk pun takda .. acaner nak kaya raya kan ? Hahaha.. InshaAllah... kena simpan duit lebih skit untuk part ni. 

" Eric , u tak mau deco deco rumah saya ka ??? ". Jerit kecil hati ku ini. Hee.. Mana la tau rezeki , kan?  Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Haaaa.. Aku ada order 10 balang yang baru lagi segar ! Aku bukanlah pengemar acar buah ni tapi baru baru ni , sahabat di Facebook saja la nak kasi test acar buah resepi arwah ibunya. Katanya , arwah ibunya dulu rajin amik tempahan catering dan pelanggan wajib..wajib akan tempah acar buahnya sekali ! Sedap banget la tu ! Aku pun angguk je la. Heee.. lom rasa lagi tapi dah dia kata sedap , aku akur je la.



Dan satu hari tu... dia pun hantar la.. Eh , aku rasa aku pernah cerita dah dalam blog kan ? Jap.. aku cari entri tu.. Betul daaaa ! Aku dah cerita. Boleh baca di entri Bahana makan buah acar ini ! Aku malas nak ulang cerita. Hahahahaha.. 

Ok... menda sedap , aku suka share ! Aku saja order lebih. Niat aku nak tolong la sahabat ni meniaga. Ditambah barang pun memang dah power , apa salahnya aku kasi korang rasa gak ... kan kan ? Makanya aku pun nak kasi la korang rasa tapi bersyarat !!! Haaaa... 

Apakah syaratnya ? Mula mula sekali , korang kena download aplikasi Oh ! Free Food . Kemudian akan nampak rakan rakan Oh! Free Food berkongsi makanan mereka di sana. Macam macam ada. Korang pun boleh gak berkongsi makanan. Tapi janganlah kasi saki baki yang korang dah telan. Kasi la yang elok elok dan baru. Hee.. Boleh tengok aktiviti ni di Facebook Oh! Free Food yer ! Macam macam ada dan menarik sangat ! 

Ok... dah download, kan ? Dah explore, kan ? Menarik , kan ? Haaa...Tak susah pon nak guna, kan ? Tak reti reti bagitau kawan kawan lain ? Leh share makanan korang tu ! Tak la berlaku pembaziran selepas ni dah kan ? Heee... 

Dan aku akan share lak makanan aku pasni. Haaa.. InshaAllah dalam minggu depan. Dan lokasinya adalah... Hee... Tunggu la yer ! Kena rajin la buka dan check. 

Sedap wooo Acar Buah Norley Asli ni ! Rugi tak nak. Lalalalaaaaa.. 


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Masih mengekalkan identitinya setiap tahun iaitu mengutamakan masakan tradsional mengikut citarasa masyarakat majmuk , namun Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur membuat perubahan kali ni dengan mengubah lokasi bufet Ramadan ke tingkat atas yang supaya lebih menarik dan terbuka. Dengan ini pelanggan akan menikmati juadah dengan lebih rileks dan santai. 

Dengan konsep 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman ' yang disediakan oleh chef chef berpengalaman yang dikepalai oleh Chef Eksekutif Steven Gdan Chef Saad dari dapur sajian Melayu , menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut negeri negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Antara hidangan wajib ada ialah Sup Gear Box , Sup Ekor Bakar , Kambing Bakar  Abang Burn , Warong Mee Padang Tembak , Shell In Pantai Remis , Nasi Daun Pisang Uncle Chandra , Hinava Ginapan dan Umai Ikan Mrah.

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempamerkan sajian dengan konsep gerai gerai yang beratapkan nipah utuk menambahkan lagi keserian dan menaikan mood suasana kampung. Selain daripada masakan melayu, turut ada masakan seperti pasta , pizza dan sushi.

Tak perlu risau soal surau dan parking. Segalanya tersedia dengan selesanya ! 






Harga Bufet , ada dua. Satu sebelum 15hb April 2019. Harga bersih untuk dewasa ialah RM90 dan kanak kanak yang berusia antara 5-12 tahun , cuma RM45.  Selepas 15hb April 2019 , harga dewasa ialah RM120 dan kanak kanak ialah RM60. 

Maklumat lanjut , sila hubungi +603 4042 5555 atau layari web , www.seripacifichotel.com .
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Menarik dan menyelerakan ! Bauan makanan begitu menyerlah. Tak tau nak makan mana satu. Segalanya kelihatan begitu sedap. Menu tahun ini  yang bakal di sajikan di Kuala Lumpur Convention Centre akan merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan. Ini termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.

Konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif sajian pelbagai sajian lazat yang disediakan khusus oleh pasukan 52 chef terbaik mereka yang memenangi anugerah. Suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’ digemari ramai menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan kami pada bulan Ramadan ini. Chef mereka akan memasak makanan ‘jalanan’ kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng Pulau Pinang dan sate ayam dan daging.”

Kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu Pusat Konvensyen disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Korang boleh menikmati makanan tanpa waswas yang mana 70% bekalan bahan masakan dan keperluan dari sumber tempatan.





Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa disediakan untuk orang ramai pada harga RM150 bersih seorang, yang boleh didapati untuk tempahan pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019. Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Di samping itu, Pusat Konvensyen menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat (untuk 100 orang dan ke atas), yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga serendah RM128 bersih seorang. Dengan dua pilihan menu yang disediakan khusus – Ramadan Al-Mubarak dan Ramadan Al-Kareem – pelanggan mempunyai pilihan untuk memberikan sentuhan peribadi dengan tambahan pelbagai ‘Chef Action Station’.

Tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat manakala untuk majlis korporat, Sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com.





Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
'Memberitahu' seseorang itu gemuk bukanlah sesuatu yang enak ! Ianya mampu menghiris perasaan seseorang. Titik ! Tak sepatutnya kita bagitau orang tu gemuk hakikatnya memang dia gemuk ! Berbeza dengan aku... Heee.. aku suka cakap kawan yang rapat dengan aku , andai dia memang gemuk ! Kenapa ??? 

Gemuk ni ada dua. Satu memang dia berbadan besar. Satu lagi boroi dek kerana makanan ! Berbadan besar ni , lain skit la. Rangka dia memang dah besar. Maka akan kelihatan gemuk. Takda isu la bagi aku. Yang isunya ialah kaki makan pastu malas bersenam !

Dulu... zaman sekolah , aku memang kurus kering. Terasa sado dah masa tu ! Heeee... Bila aku berhenti main bolasepak dan sibuk dengan dunia IT Tanpa Sempadan ni , berat badan aku mula naik. Aku tak sedar pada awalnya. Hinggalah satu hari tu, aku nak sarungkan baju melayu, jadi sendat ! Baju raya tahun lepas kot ? Dah tak muat nak pakai ???? Ketika tu terasa macam baru terantuk pada dinding. Terus tengok cermin. Hurmmm... 


Badan aku naik dek kerana hari hari makan nasi kandar , ayam masak madu atau ayam masak merah. Heeee.. Pagi dan malam ! Selepas tu aku mula bersenam. Masuk gym dan berusaha mengurangkan berat badan. Dari 100+ turun ke 90+ . Namun tersekat kat situ jer. Gagal nak turun ke berat ideal. Kenapa ? Banyak puncanya. Satu , faktor melepak di malam hari. Tidak cukup tidur dan pengawalan pengambilan makanan. Haaaa... 

Bila kita , orang kata gemuk.. janganlah sentap. Amik cabaran untuk turunkan berat badan. Yang nak marah dia kenapa ? Sekurangnya berterima kasih sebab dia jujur bagitau keadaan badan kita. Jika kita tidak berhati hati dan mengurangkan berat badan , pelbagai penyakit boleh singgah !

Contohnya aku.. ketika dalam berat 90kg , aku ada tekanan darah tinggi tapi belum lagi tahap kena amik ubat. Doktor suruh tapi aku tak nak ! Cara terbaik untuk aku mengawal tekanan darah tinggi ialah dengan menurunkan berat badan. 

Ada banyak cara nak turunkan berat badan ni. Jangan guna jalan singkat ! Teknik terbaru sekarang ni yag popular ialah IF ! Yang ni memang ramai berjaya lakukan sebab mudah. Tak payah bersenam pon jadi dah. Tapi kalau bersenam , lagi cantik badan kita. Auw... Hee..


Aku suka amik cabaran bila orang gelakkan aku sebab boroi dan buktikan aku mampu buang boroi aku ni ! Seronok sahut cabaran orang ni ! Bila dah berjaya, tersenyap diorang . Haaa.. masa ni sengih la balik kat mereka. Tapi yang penting ialah kesihatan kita. Kalau kita tak jaga , sapa nak jaga ? Makan tu boleh.. tapi berpada pada. 


Satu je nasihat aku... Walaupun ada yang melenting bila orang kata kita gemuk , kita kena amik positif. Orang tu cakap sebab dia tahu kita camana satu tika dulu. Apa yang kita kena buat ialah ubah. Jika kita nak melenting dan tolak tepi 'teguran sinis' kawan kita tu , maka kita sendiri yang menyusahkan diri kita sendiri. Mulakan dengan mengawal pemakanan dan ubah gaya hidup. Contohnya jika suka lepak malam di kedai mamak , kurangkan. Jika suka makan malam yang berat berat , kurangkan. InshaAllah , akan nampak perubahan dan kita sendiri pun akan selesa selepas itu. 

Cari aktiviti yang mengeluarkan peluh setiap hujung minggu. Tak semestinya kena gi gym atau berlari !  Ingat , badan kita.. kita sendiri jaga ! Duit banyak pun tak guna jika tubuh badan kita tidak dijaga dengan baik ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sedih. Tapi itulah realitinya. Segalanya berakhir jua. Bukan dipinta atau memaksa namun itulah kesudahan yang tidak dipinta. Maafkan tuan mu ini. Pergorbanan selama ini , berhujan berpanas akhirnya ke 'butik' kitar semula. Berbakti hingga ke tulang temulang gitu !

Antara aksi yang jadi kenangan. Heee...



Tragedi yang tidak disangka. Ketika menolaknya waktu hujan lebat membasahi bumi , si dia turun menyembam ke bumi ! Memaksa aku mencari penganti baru yang perlu lebih gagah tapi murah dari dia ! Apakah ada  ???

Kelam kabut mencari di malam hari ! Nasib baik ada kedai perabot bangla bukak lagi. Dan dapat la gak harga masuk akal. Nak mintak murah lagi, tak sampai hati lak. Aku ni bukan spesis kejam sampai orang lain nak dapat untung skit pon tak boleh. Huhuhuh... Kena berhati perut la gak kan ? 

Dari RM150 dapat la RM130. Ikutkan boleh mintak RM100 jer tapi nanti dia lak tak berkomisien. Hahahah.. Sian tunggu pelanggan hingga malam hari. 


Penyidai baju ni nampak gagah la gak. Warna coklat putih.  Smart skit bila nak beraksi di hadapan kamera. Hahahaha... Cuma tertanya je la.. Mampu berkhidmat untuk berapa lama lak kali ni ? Huhuhu.. Sebab batang tu nampak tak sepower yang lama. Hurmm.. 


Gitulah kehidupan suri rumah. Segalanya kena pikir dengan pantas. Nasib baik aku dah pasang cip maps dan google dalam otak. Cepat skit cari alternatif. Kalau tidak , tergaru kepala camana nak sidai baju pagi tu ! Huhuuh.. 



Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Mula mula macam tak percaya la gak sebab bila mencari kenyataan asal , tak jumpa ! Maklumlah , sekarang ni kan kaki fitnah bersepah sepah ! Tapi bila terjumpa satu statement di Facebook , barulah aku faham kenapa tak jumpa ! Dan semua akhbar rasmi mengeluarkan cerita yang sama ! Abis la kau nak.. Letak la jawatan. Bikin malu jer keluarkan statement gitu ! Aparaaaaaa ! Tak belajar dari kesilapan lalu. Patutnya kau tu berkecuali ! 

Mula mula terjumpa keratan begini viral di Facebook. Aku tak percaya ! Mana buktinya ??? Aku google. Takda kenyataan terutama di FMT ! Pelik. Aku cari video , takda tapi yang jumpa dia bercakap pasal Hudud ! Erk... biar betul ??? Adoiyai... Teruknya cara dia berfikir. 



Nah.... Rupanya Bossku dah 'sound' rupanya. Patutlahh dah 'hilang' kenyataan tu ! Kikiki.. Tapi sayangnya , dah kena screen shot artikal tu. Masaklah nak... Masak....



Dan .. dan... pagi ni ! Walawei !




Oh man ! Sapa dia Pengerusi SPR ni ? Kenapa lain macam bunyi dia ? Bercakap pasal hudud lagi. Adehhh.. Aku mencari cerita ni lagi dan lagi. Terjumpa sekeping gambar..


Oh... geng bijak pandai Malaysia. Patutlah. Kikiki.. Nak gi workout la. Cuma satu je persoalan. Apakah dia akan letak jawatan ? Tak mungkin terutamanya di kerajaan baru ini. Segalanya , boleh jer. Tapi aku harap letak la jawatan. Hilang dah kredibiliti ko nak. 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Bila seorang rakan di Facebook share akan artikal ni , aku tersenyum. Sememangnya benar ramai penjawat awam alami masalah tekanan perasaan tanpa kira pangkat ! Yearghhh.. Aku sendiri pernah alaminya satu tika dulu ketika bergelar guru sandaran dan juga pegawai kontrak di kementerian. Boleh dikatakan setiap minggu aku 'wajib' amik MC ! Potong gaji pun dah sanggup dah. Level hypertension dah woiii ! Maka sebab itu aku amik keputusan untuk mengepit di rumah jer... jadi suri rumah sambil membelah kayu api untuk dijual di pasar malam. Cari duit poket untuk terus hidup gitu..

Ketika menjawat jawatan guru sandaran , aku sendiri tengok betapa ramai guru stress dengan bahagian pentadbiran.  Mereka tak amik kisah pun part cikgu nak stress atau tidak ! Yang penting KPI tercapai.  Ini serius mematikan semangat aku ingin menjadi guru tetap. 


Kemudian masuk ke kementerian yang mengira duit. Dari luar nampak gah ! Tapi di dalamnya , siannya penjawat awam. Gi kerja muka dengan muka stress. Walaupun kerja senang tapi tekanan yang dihadapi tidak terluah ! Tekanan bukanlah saja datang dari pegawai atasan tapi turut dari rakan sekerja. Malah pegawai atasan pun stress dengan orang bawahan ! Hahahah. Serius ! Masing masing stress gitu. 

Bila aku tanya, kenapa tak berhenti kerja je ? Jawapan mereka ,hutang banyak. Sebab tu ada antara mereka sanggup buat bisnes sambilan untuk menampung kehidupan. Sayangnya ada juga lahanat lahanat yang amik kesempatan terhadap mereka dengan mengajak serta bisnes bisnes yang memberi pulangan yang berganda ! Sapa tak kelabu mata kan? Hutang dah banyak. Gaji kecik. Kos sara hidup terutama di Putrajaya tu bukanlah seperti kita nampak ! Sarapan pagi je dah berapa ringgit ! Andai anak bersekolah... fuh ! Panjang citer ni. Hahahah.. 

Ok..artikal yang aku baca pagi ni menarik perhatian aku ! 


Teringat baru baru ni , ada sorang kawan aku bercerita. Katanya boss dia berikan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ( LNPT ) yang tidak sepatutnya. Bossnya dari swasta yang dipinjamkan ke jabatan itu tidak tahu akan selok belok  cara pemberian markah tu membuatkan staff di bawahnya geleng kepala. Jika dia tak suka , markah rendah diberinya. Nak kena ikut cakap dia bulat bulat baru dia suka ! Ingkar , siap la ! Menurutnya , ramai yang sudah mintak tukar ke bahagian lain termasuk juga kawan aku. Nak kena jadi macam dia baru ok kot ? Kena kuat 'menjilat' ! 

Artikal yang dikeluarkan pada tahun 2017 tu menyebut , kumpulan pekerja bawahan kebiasaannya dipantau habis-habisan. Pihak atasan tetap tidak kira susah payah pekerja bawahan. Kadangkala pihak atasan atau pegawai buat silap lagi teruk tapi tidak diambil tindakan. Ini penderaan mental kepada penjawat awam, Budaya seumpama itu tidak dapat mewujudkan keharomonian antara pegawai dan pekerja bawahan. Kerajaan patut ambil tindakan terhadap pegawai yang memberikan markah prestasi rendah kepada kakitangan tanpa alasan kukuh.Manakala pekerja yang diberikan penilaian rendah perlu dinilai semula oleh pegawai penilai baharu,


Pegawai atasan sepatutnya turut dinilai oleh orang bawahannya terutama yang kaki culas dan kaki jilat ! Barulah win win gitu ! Tun Mahathir perlu berjumpa dengan orang bawahan untuk mendengar masalah mereka jika ingin melihat pentadbiran kerajaan berjalan dengan lebih lancar. Jangan sekadar jumpa orang atasan jer yang kononnya mewakili pejawat awam yang berpangkat rendah ! 


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Ramai kawan tertanya tanya... Apa jadi si terusnya ? Korang rasa mana yang best ?

  • Si Perokok disamankah ?
  • Pekerja restoran menegur perbuatan dia tu ? 
  • Pelanggan menegur ? 
  • Atau pelanggan bangun dari situ , mencari tempat duduk lain ?
  • Si terbatuk batuk lalu mati kat situ. Pelanggan bangun dan buat tak tau. Matilah kau di situ !
  • Si kawan menasihati dia. Padamkan rokok dan hormati pelanggan lain termasuk dia.
  • Pegawai Kesihatan muncul depan dia dan dia terbatuk batuk ! Surat amaran diberi ! 
  • Kawan dia kasi pelempang atau penerajang tepat pada paru paru dia sebab bongkak !
Semakin ramai aku nampak menidakkan arahan terbaru kerajaan ni. Apakah sebab sekarang ni tempoh percubaan dan tak nak amik pusing? Jangan la begitu. Jika kita nak orang hormat kita, kita kena mulakan dengan menghormati orang lain. Tau la awak besar dan kuat.. Kalau orang tegur awak merokok , kasi sound tepat ! Tapi takkan dengan rokok pun kalah ? 

Rokok ni merbahaya. Kalau tak tau , sila la amik tahu.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Set temujanji dengan seorang kawan Facebook. Lama dah berkawan tapi lom pernah jumpa. Dari dia gemuk hinggalah takda isi. Haaa.. Lama tak ? Lama kan ? Aku ni suka berkawan tapi kena tengok gak kawan tu sapa. Bukan jenis 'mengunyit' atau mengada ngada ! Jenis ni , aku blocked je terus. Tak nak susahkan hari hari aku dengan insan sebegini rupa.

Kawan aku ni , nak mula bisnis yang dia idamkan la. Dulu meniaga bundle jer. Tapi takda feel sangat. Dengan latar belakangnya yang bagus , dia mulakan bisnes ni dengan langkah kanan. Ayahnya membantu. Resepi arwah ibunya menjadi pertaruhan. Menurutnya , inilah 'killer' setiap kali ada tempahan catering. 

Sampai masa yang dijanjikan , jumpa di restoran mamak. Saja nak makan kat situ. Teringin maggie sup. Heee..Aku sampai di lokasi terlebih dahulu dan order maggie sup serta kopi kosong ais. Cuaca panas , asik nak pekena ais jer. Heee.. 

Makanan dah sampai. 5 minit kemudian dia pun sampai. Salam diberi. Duduk dan dia suakan acar buah yang baru dia buat. Segar dari ladang. Aku bukak penutupnya. Bau naik semacam jer ke hidung aku. Terus aku letakkan dalam mangkuk. Gaul dan.. Bismillah. Hirup kuah dulu.. 




Tau apa rasanya? Sebelum dia sampai , aku dah bedal 4-5 suap maggie tu. Rasanya , rasa maggie la kan ? Hahahha..  Tapi bila aku gaul dengan acar buah tu , ko tau apa rasanya ? Rasanya aku kena tambah semangkuk lagi maggie sup ! Nah... hancur diet aku ! Tak kira dah. Sedap punya pasal..

Sekarang ni dia target untuk jualan di area Putrajaya. Memandangkan dia tinggal area Seremban , maka belum boleh nak pergi jauh sasarannya. Tapi aku percaya boleh pergi jauh sebab sedap ! Segala rasa ada dalam tu. Manis , masam dan pahit. Haaa.. Tiada guna gula atau pun garam. Sekadar buah dan sedikit minyak. Tu jer ! Rasa manis dari buah. Begitu juga rasa masam tu. Gabungan sempurnakan hari anda ! Hahahahah.. 

Terus aku kata kat dia.. 

" Aku nak jadi stokis kau la.. Boleh ? " . Hahahah.. Sapa nak order , meh... Tapi bukan sekarang la ! Kalau ada yang berminat juga nak jadi stokis atau agen , bagitau aku. Serius berbaloi. Nak rasa dulu? Fuh.. jangan.. menyesal nanti ! Macam aku. Hahahaha.. Terus stim weh !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Baca artikal tulisan pelajar Tahun 3 USIM ni sepatutnya memang aku bersetuju jika dipandang dari satu sudut tetapi jika mereka yang bergelumang dalam dunia media sosial ni , pastinya akan geleng kepala sama sekali ! 

Camana Malaysia nak jadi pembimbing jika dalam negara sendiri bermasalah ! Sebut je ISLAM , ada yang dah cuak walaupun dikalangan mereka yang taraf pemimpin ! Camana tu ? Cuba baca komentar komentar di MalaysiaKini dan beberapa lagi akhbar online yang bukan berbahasa Malaysia. Dari situ boleh saja nilaikan sendiri !

Kerajaan Malaysia perlu kembalikan semula semangat MALAYSIA dalam masa yang segera. Jangan dok sibuk nak buat kereta terbang sedangkan rakyat dalam keadaan kecelaruan. Semangat cintakan negara semakin ke laut. Masing masing dok dengan 'pendirian' masing masing. Ini amatlah bahaya !

Menteri Perpaduan sendiri kecelaruan ! Apakah peranan dia ? Apa yang dia buat ? Huhuhu... Apa dah jadi Malaysia Baru ???? Tempoh 5 tahun amatlah singkat . Nampak panjang tapi singkat sebenarnya. Masih ada masa perbaiki atau sejarah mungkin sekali lagi terjadi. 

Rindukan suasana keharmonian berbilang bangsa seperti dulu ! Tahniah kepada parti parti politik di negara ini.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Baca artikal sebuah akhbar online..Di Malaysia ada salji ! Boleh gi sana dan menikmati 'suasana'  bersalji. Bagi mereka yang tak mampu ke luar negara, ini sajalah yang ada untuk menikmati 'kesaljian' itu. Yang mampu , beruntunglah ! Nanti kirim salji eh ? Aku tak mampu lagi ni. Hehehhee..

Itu salji. Negara kita ni , sebenarnya ada harta karun ! Ramai tak sedar tapi dalam diam , penyangak penyangak sedang mengebaskan di depan mata kita secara terang terangan. Apa tindakan kita ? Lantak kau la. Ni semua salah kerajaan sebab tak bendung ! Huhuhuh..  NGO seperti PEKA dah puas 'berkempen' mengenai isu ini tapi apa tindakan ? Hurmm.. 

Bila terlihat satu posting seorang kawan di Facebook , aku geleng kepala. Tak tau nak tuding pada sapa. Katanya sebab kemarau. Dan kata seorang lagi , ni la antara kesan daripada pembalakan tidak terkawal . Dunia semakin panas dan kita menambahkannya lagi. Peningkatan suhu secara ekstrim. peningkatan kes pencemaran alam sekitar , peningkatan kejadian banjir kilat , kejadian hakisan dan tanah runtuh semakin berleluasa , kemusnahan habitan (flora dan fauna ).

Gambar bawah ni... Sungai Pahang. Taman Negara. Yalah yalah yalah... Kemarau punya pasal ! Bukan pembalakan ! Hehehehe.. Tak pe la.. Tebang semua.. kasi licin ! Ramai dah amik gambar hutan hutan ni. Nanti bila dah licin , kita naikkan je poster atau lukisan besar besar. Datang melancong sini , bergambar dengan khazanah alam.. bersama gambar je ! Hutan dah abis ditebang. Kalau ada pun , nak masuk kena bayar ! 




Itu satu hal. Dek kerana pembalakan tak terkawal. Yang bawah ni , satu hal lagi ! Haish.. apa punya manusia pun aku tak tau nak kata. Gi beriadah nak hirup udara segar. Nak mandi sungai bersih. Tapi kalau dengan perangai serupa manusia tak berpendidikan , letih la gini ! Apa susah sangat nak bawak balik segala sampah yang korang bawak datang tu ? Ni main tinggal je kat sana.. ko pikir ada orang nak kutipkan ke ? Sedar la sikit. Nanti anak cucu kita pun nak datang gak beriadah. 


Teringat ketika aku gi New Zealand.. Kat sana ada sungai yag cantik cantik ! Bersih. Jernih. Dalam hati aku , kat Malaysia pun banyak sungai cantik cantik gak ! Tapi sayangnya , aku kena tarik balik dah kata kata aku tu. Sungai kat Malaysia sekarang ni penuh dengan sisa buangan jer... 

Akan datang nanti , jika nak tengok sungai yang bersih dan cantik... kena gi melancong ke luar negara. Kalau dalam negara , kita gi Muzium Warisan Khazanah Alam ( yang bakal diwujudkan ). Ketika tu , dengar la bunyi unggas dan deruman air terjun yang dimainkan oleh radio dan anggaplah kita di tepi sungai.




Menakutkan ! Tapi inilah realiti yang perlu kita hadapi. Kerajaan baru. Negara baru tapi apakah perubahan yang baru ? Salahkan kerajaan ? Dah tu ? Tindakan tegas di mana ? Jika ada tindakan tegas , diorang takut la nak melakukan kesalahan ! 

Sungai sungai yang aku pergi ketika kecil dulu , dah pun berubah wajah. Apakah nasib cucu cicit aku nanti ? Mandi kolam renang je la dan berwallpaperkan permandangan hutan !
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (40)
    • ►  Jun 2025 (3)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ▼  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ▼  Mac 2019 (43)
      • Mudah kembara dengan beg Gaston Luga ni !
      • Bila si isteri antar mesej suruh berpisah !
      • Sapa nak Acar Buah Norley Asli yang sedap ? Percum...
      • Buka Puasa 2019 : Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur...
      • Buka Puasa 2019: Kuala Lumpur Convention Centre de...
      • Bila aku kata kau gemuk !
      • Terima kasih atas perkhidmatan selama 8 tahun !
      • Pengerusi SPR wajar letak jawatan !
      • Penderaan pegawai atasan terhadap penjawat awam !
      • Apa jadi dengan si perokok tu eh ?
      • Bahana makan acar buah ni !
      • Apa dah jadi dengan Malaysia Baru ?
      • Nanti kita selfie dengan gambar je , ye nak ?
      • Restoran di Putrajaya , diarah tutup kerana kotor !
      • Bila wife sediakan ikan patin masak tempoyak !
      • Bila larangan merokok di premis makanan tidak dipa...
      • Berjaya hilangkan 20kg akhirnya aku !
      • Restoran Utan Cafe dengan menu Mee Bandung Laut Da...
      • Apa la yang kau takut sangat dengan ISLAM ?
      • BioUsahawan 2019 akhirnya tiba ! Kenapa korang ke...
      • Aku benci sungguh la kereta yang berlampu tinggi m...
      • Kelebihan amalkan minyak zaitun ? Apa bagusnya jik...
      • Blogger kecilan serta peniaga online perlu bayar c...
      • #PrayForPasirGudang , 13 buah sekolah terlibat
      • Benarkah rakyat Malaysia pemalas ? Bukan melayu sa...
      • JomStudi beramai ramai !
      • Risau aku dituduh dera Zahra !
      • Bakso Beranak Utan Cafe , Sepang memang bikin aku ...
      • Pemilik sebenar kisah ' Perempuan Berjubah Hitam d...
      • Pahang oh Pahang ! Apa dah jadi ???
      • Apa yang korang nak tengok sebenarnya yer ?
      • Oh no.... Aku kena ulser lagi !
      • Nak aku kepit lagi tak ?
      • Bagi je hon pada pemandu pemandu kereta yang kuran...
      • Selamat Tinggal Legend Cherating Beach Resort !
      • Baju baju gym dari NF Fitness Apparel , best !
      • Bina keyakinan Qhaliff !
      • Salah si ayah kah ?
      • " Uncle , tadi Qhaliff pukul kitorang.. "
      • Kesimpulan dari 'Manipulasi Suplemen'
      • Tun M tak perlu 'sibuk' hal BOSSKU !
      • Analisis Bersama Finaz Yunus semakin panas ! Suple...
      • Bukan mudah jadi suri rumah berkerjaya ni !
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes