Bila si isteri antar mesej suruh berpisah !

Wife antar satu link pada aku di Whatsapp. Terasa dihantuk hantuk kepala aku ni ke dinding. Kenapa aku tak teringat langsung akan hal ni ? Sebenar dulu lagi nak buat tapi atas soal keselamaan , aku lengahkan lagi. Kawasan perumahan aku ni belum sepenuhnya selamat. Tapi nak diikutkan , dah boleh dah ni sebenarnya. 

Artikal yang bertajuk 'Sebab Itulah Kena Asingkan Bilik Tidur Anak Sekitar 5-6 Tahun', membuatkan aku terus rasa nak cari katil katil buat anak anak. Dan deco deco bilik mereka untuk membuatkan lebih menarik dan teruja tidur di bilik mereka sendiri.

Sebelum ni aku tak buat sebab banyak kes pecah masuk rumah di sekitar taman perumahan aku ni tapi sejak ada RELA bertugas , Alhamdulillah... tiada kes lagi di malam hari. Siang ada tapi jarang sangat berlaku. 

Rumah aku ada 3 bilik. Dulu 4 tapi aku dah pecahkan satu untuk dijadikan ruangan khas fitness. Hee.. Anak anak leh guna gak nanti tu. Tak payah diorang nak ke gym dah. Jimat tu ! Kan kan ? Hee. Aariz masih menyusu. Apakah perlu tidur asing ngan mak dia ? Qhaliff dan Zahra. Perlu sorang sebilik atau berkongsi lagi ? Hurmmm...Sebaiknya kena asing la kan ? Tak susah dah nanti..Kalau nak asing , fuh... kos kewangan di situ. Perghhh... 

Gambar Hiasan : Jika tidak asing anak anak , kena buat gini ?

Kena bagi aku kumpul duit dulu ni. Huhuhuh.. Nak buat mendadak , rasanya aku bukanlah founder produk yang kaya raya. Hee.. Produk pun takda .. acaner nak kaya raya kan ? Hahaha.. InshaAllah... kena simpan duit lebih skit untuk part ni. 

" Eric , u tak mau deco deco rumah saya ka ??? ". Jerit kecil hati ku ini. Hee.. Mana la tau rezeki , kan?  Hahahaha..

2 ulasan:

  1. Seorang anak satu bilik..itu yang terbaik..untuk sekarang dan masa depan.

    BalasPadam
  2. TGH berusaha ke arah itu berjaya juga lah sehari dua lepas tu semua larikan masuk 1 bilik je🤣

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.