Salah si ayah kah ? - BEN ASHAARI

Salah si ayah kah ?


Zahra keluar dari bilik air sambil teresak esak. Turun ke bilik bawah untuk mencari pakaianya. Wife sedang solat Maghrib. Perbualan mereka didengari oleh ibu mereka.

"Kenapa Aara nangis ". Tanya Qhaliff.

" Zahra : Daddy pukul ". Jawab Zahra.

Sambil mencari pakaian Qhaliff menjawab, " Daddy memang macam tu..". Ringkas tapi padat ! Menurut wife , dia sendiri nak tergelak kuat tapi tahan.

Kenapa daddy pukul ? Aku jentik telinga dia sebab tak dengar cakap.Berulang kali aku cakap tapi tidak diendahkan oleh Zahra. Nak sebelum Zahra menyalahkan aku di kemudian hari , maka aku kena tegas ! Taknak jadi cam Sazali menyalahkan bapaknya kerana terlalu manjakan dia. 

Apa yang Zahra buat ? Tak perlu la kot aku nak cerita tapi ianya patut bagi aku. Lagi pun bukanlah jentik yang menyakitkan. Lebih pada menakutkan jer. Diorang ni tau , aku manjakan mereka. Sebab tu ngan aku , diorang boleh ayam ayamkan jer. Tapi ngan mak diorang , tak berani. Maka aku kena lebih tegas supaya mereka tidak melakukan kesilapan lagi. Dan ianya penting untuk mereka jugak. 

Payah sebenarnya. Qhaliff dah cop aku ' daddy suka marah marah '. Sedangkan aku lebih suka cakap baik baik memandangkan aku ni ada tekanan darah tinggi. Kena jaga amarah. Tapi... budak budak kan ? Paham je la. Sekali dua cakap mana nak dengar. Kena keras dan tegas , baru takut. Cuma 'kesan sampingan'nya , seperti aku kata tadi la.. di cop negatif walhal aku la paling manjaka mereka. 

Hurmm.. Harap mereka faham satu hari nanti.. kenapa dan mengapa. Seperti mana aku dulu yang anggap ayah aku berat sebelah.. manjakan adik perempuan berbanding lelaki. Sekarang dah tau kenapa.


4 ulasan:

  1. ehehe,gitulah. Mak-mak ada super power,anak-anak memang takut.Tpi sekali kalau ayah dah marah,ketakutan yea si Zahra dan Qhalif

    BalasPadam
  2. Huhuhu.. nak tergelak jugak qalif ckp mcm tu hahaha

    BalasPadam
  3. Hehehehehe. Seiring waktu mereka berterima kasih daddy garang.

    BalasPadam
  4. Biar macam tu Ben dari kita menyesal di kemudian hari..Eirna pun dicop mak yang suka membebal dan tak sayang anak...Eirna biarkan ja asal anak-anak tak menyusahkan org di kemudian hari..Eirna siap kena halau lagi dari rumah..Hahahaha...Masa tu mmg gelak kaw-kaw la sbb anak sendiri halau dari rumah...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.