Kelebihan amalkan minyak zaitun ? Apa bagusnya jika minum sesudu setiap hari ?

Setiap pagi , aku akan pastikan amik sesudu minyak zaitun dan habbatus sauda. Kenapa ? Habbatus sauda , aku tau lama dah kebaikannya. Minyak zaitun ni , baru jer. Tu pun secara tak sengaja aku minum , terus aku dapati perubahan pada bahagian yang aku sakit selama ni ! Sejak tu aku amalkan minyak zaitun ni yang mana diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sejak 1400 tahun dahulu ! 

Dari sebuah blog , TigoSogo yang menceritakan akan kelebihan minyak zaitun ini 

" Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11) 

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 

Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.

Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala. " 




Dulu memang aku ada masalah dengan ingatan. Letak cermin mata , tak tau kat mana walhal baru je letak. Begitu juga dengan handphone. Mudah sangat terlupa. Malah kerja kerja aku yang perlu dibuat pon kena catit ! Kalau tak memang terlupa punya laaa.. 

Alhamdulillah, banyak perubahan sejak amalkan minyak zaitun ni. Dan perlu tahu juga , nak beli minyak zaitun ni kena ada ilmu gak. Maksud aku kena ada maklumat tepat mengenainya. Silap silap beli . boleh mudaratkan pulak ! 

Contohnya... kenapa aku punya botol minyak zaitun warna gelap ??? Dan jawapannya... 



Ramai kawan aku dah lama mengamalkanya. Katanya bagus untuk elakkan kena penyakit jantung yang mana kita tau... ramai kenalan kita punya masalah dengan jantung gara gara pemakanan yang tak seimbang , kan ? Haaa... bukan takut mati tapi sebaiknya elakkan dari punya penyakit melibatkan jantung...Kos rawatan tinggi weh ! 

Aku yang punya masalah dengan sakit di bahagian lutut , sebelum ni terasa lega selepas amalkan minyak zaitun. Awalnya aku tak percaya sama sekali tapi selepas seminggu amalkan , memang takda rasa sakit dah seperti sebelum sebelum tu. 

Cubalah. Dan pilih Al Ard. Minyak Zaitun asli dari bumi Palestin ! 



Facebook : www.facebook.com/alardmalaysiaHQ/
Web : www.alard.my

7 ulasan:

  1. Suami aku sampai sekarang amalkannya. Minum yang Virgin Oil punya, Tu pun Abang CM yang rekemen, sampai sekarang minum, bagusss...badan dan stamina jadi cergas. Kurang rasa penat..

    BalasPadam
  2. Bapak mertua saya pun amalkan minyak zaitun ni...

    BalasPadam
  3. Dah consume sepanjang mengandung .. memang minyak zaitun al ard terbaik dan selamat digunakan

    BalasPadam
  4. good sharing..kna amalkan jgk ni..:)

    BalasPadam
  5. mmg minyk zaitun lagi bgus..bukan utk kesihtn dlmn je, utk luaran pun sgt baik =)

    BalasPadam
  6. Bagus ni.. Boleh cari satu untuk kegunaan dalm rumah ni

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.