Sapa nak Acar Buah Norley Asli yang sedap ? Percuma jer !!

Haaaa.. Aku ada order 10 balang yang baru lagi segar ! Aku bukanlah pengemar acar buah ni tapi baru baru ni , sahabat di Facebook saja la nak kasi test acar buah resepi arwah ibunya. Katanya , arwah ibunya dulu rajin amik tempahan catering dan pelanggan wajib..wajib akan tempah acar buahnya sekali ! Sedap banget la tu ! Aku pun angguk je la. Heee.. lom rasa lagi tapi dah dia kata sedap , aku akur je la.



Dan satu hari tu... dia pun hantar la.. Eh , aku rasa aku pernah cerita dah dalam blog kan ? Jap.. aku cari entri tu.. Betul daaaa ! Aku dah cerita. Boleh baca di entri Bahana makan buah acar ini ! Aku malas nak ulang cerita. Hahahahaha.. 

Ok... menda sedap , aku suka share ! Aku saja order lebih. Niat aku nak tolong la sahabat ni meniaga. Ditambah barang pun memang dah power , apa salahnya aku kasi korang rasa gak ... kan kan ? Makanya aku pun nak kasi la korang rasa tapi bersyarat !!! Haaaa... 

Apakah syaratnya ? Mula mula sekali , korang kena download aplikasi Oh ! Free Food . Kemudian akan nampak rakan rakan Oh! Free Food berkongsi makanan mereka di sana. Macam macam ada. Korang pun boleh gak berkongsi makanan. Tapi janganlah kasi saki baki yang korang dah telan. Kasi la yang elok elok dan baru. Hee.. Boleh tengok aktiviti ni di Facebook Oh! Free Food yer ! Macam macam ada dan menarik sangat ! 

Ok... dah download, kan ? Dah explore, kan ? Menarik , kan ? Haaa...Tak susah pon nak guna, kan ? Tak reti reti bagitau kawan kawan lain ? Leh share makanan korang tu ! Tak la berlaku pembaziran selepas ni dah kan ? Heee... 

Dan aku akan share lak makanan aku pasni. Haaa.. InshaAllah dalam minggu depan. Dan lokasinya adalah... Hee... Tunggu la yer ! Kena rajin la buka dan check. 

Sedap wooo Acar Buah Norley Asli ni ! Rugi tak nak. Lalalalaaaaa.. 


7 ulasan:

  1. Sedap acar buah..makan dengan nasi panas..terangkat !!

    BalasPadam
  2. Sedap acar buah..makan dengan nasi panas..terangkat !!

    BalasPadam
  3. Dah donlod pastu nak wat camne nak dpt.acar free ni ben....hihi...tq

    BalasPadam
  4. Nina tak reti makan acar buah tapi mama Nina memang peminat tegar acar buah. Kat mana nak bagi free minggu depan tu....?? Hehee. Nak request kat Oh Free Food

    BalasPadam
  5. Nak request lah acar buah ni guna apps OhFreeFood. Bila nak share ni Aben

    BalasPadam
  6. Kecik kecik dulu selalu tolong mak buat... Tgk acar ni teringat pulak arwah... Memang sedap mkn dengan nasi panas2

    BalasPadam
  7. ya allah.menitik ailio tengok acar nii.. nak request lah

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.