Bagi je hon pada pemandu pemandu kereta yang kurang ajar !

Sejujurnya aku sekarang ni malas nak kasi muka dah. Banyak kali berlaku dan nyaris nyaris mengakibatkan kemalangan pada aku ! Bukan pada kereta tersebut gara gara nak mengelak dari bertembung dengan kenderaan yang dipandu mereka. 

Contohnya , kereta dari belakang aku tiba tiba memotong dan memangkah walaupun dalam keadaan yang tidak bersesuaian serta tidak mempunyai ruang yang cukup untuk memastikan dia kembali ke kedudukan yang selamat dan menyebabkan kita terpaksa pulak brek emergency supaya dia dapat ruang selesa untuk masuk kembali je laluan yang sebenar. Celaka tak ? Celaka kan orang gini ! 

Contoh lain , kereta yang ikut rapat kita dari belakang. Ni satu lagi contoh perangai pemandu yang celaka ! Apakah dia sedar kenderaan di hadapan dia tu mempunyai anak kecil atau keluarga di dalamnya ? Kau nak bawak ala ala Fast N Furious pastu nak membontoti orang supaya orang tu cuak la kononnya ? Memang wujud spesis pemandu perangai gini. Kononnya nampak dia bagus la dan kereta dia sempurna ! Malang tak berbau woi ! Kalau kenderaan depan bercermin gelap dan tiba tiba brek emergency disebabkan ada lori atau kenderaan rosak di hadapan sana, kau rasa camana ? Haishh...

Dan satu lagi contoh yang cukup celaka. Ni la punca kepada kesesakkan lalu lintas. Seboleh boleh dia nak mencelah masuk jugak. Rasanya PDRM atau JPJ boleh je saman terus spesis gini. Kalau alasan dah tersalah jalan , teruskan je ke hadapan dan buat je U Turn atau masuk je jalan lain . Biar la jauh skit tapi tidak menyusahkan orang lain.




Semalam.. terbaca satu artikal kemalangan jalan raya berhampiran tempat aku. Mangsa , tinggal di kawasan kediaman aku.. cuma tak tau taman mana jer.. 


“Ketika kejadian, kenderaan mangsa dari arah Putrajaya ke Bandar Baru Salak Tinggi dan dalam masa sama serta dari arah yang sama, datang sebuah PERODUA Alza hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang PERODUA Kancil berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, PERODUA Kancil terbalik lalu terlanggar penghadang besi jalan kiri menyebabkan pemandunya tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,”. 

Memandulah dalam jarak yang selamat. Kau nak kejar masa ke ... dah terlambat ke.. biarlah. Yang penting , dalam kita memandu tu , orang lain selamat dan kita sendiri pun selamat ! Bila dah berlaku kemalangan, walaupun takda yang mati tapi kita akan menyusahkan orang lain termasuk diri sendiri! 

Sebelum nak mulakan pemanduan , tenangkan diri dan memandulah dengan kebijaksaan. Tak payah nak berlumba atau nak tunjuk bagus ! Dan aku cadangkan... jika jumpa pemandu kurang ajar gini , kasi je hon panjang panjang ! 

2 ulasan:

  1. Betul.. saya pun pernah kena dengan situasi macam tu.
    Pasal kemalangan tu, sungguh teruk pada keadaan kereta tu.
    Al-Fatihah buat arwah.

    BalasPadam
  2. Ye even saya duduk kat bandar kecil ni pon kadang geram je .

    https://miss-nadya.blogspot.com/2019/02/contest-anniversary-7-year-miss-nadya.html

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.