Apa yang korang nak tengok sebenarnya yer ?

by - Khamis, Mac 07, 2019

Seperti yang dijangka... Walaupun berkali post tapi mendapat 'sambutan hangat' ! Pelik tapi benar...  Bukanlah mendambakan pujian melangit dan taknak pun cuma yang aku peliknya , takkan tak nampak realitinya ? 

Benarkah aku boroi sekelip mata ? Hurm.. Cuma korang kembungkan pipi tu. Gitulah yang aku buat pun. Bukan susah nak kelihatan 'buncit' seperti tu. Cuma peliknya la kan , bila aku post gambar keadaan sekarang , takda la pulak bertanya camana aku buat dalam masa beberapa bulan atau melihat pada komitmen aku menghilangkan boroi. 

Amik semangat.. bukannya jatuhkan semangat ! Gitulah yang aku nampak di dunia media sosial ni. Cukup menakutkan bila ada posting posting tertentu. Tak kiralah apa juga isu sekali pun termasuklah bab agama. Fuh.... giler sungguh ! 


Namun aku berpandangan positif. Mereka sekadar nak bergurau jer. Begitu juga aku. Cuma bila post gambar yang 'tak boroi' , takda lak nak komen gitu.. Heee.. Aku tak kisah pun. Janji jangan amik gambar aku pastu buat fake acc dah la ! Dan kalau boleh , komen komen yang menaikkan semangat aku untuk beri posting yang lebih positif. Aku pon bukanlah nak tunjuk badan pon. Sekadar nak bagitau , kalau aku boleh buat.. korang pun boleh. Bukan mudah terutama part menjaga makanan tapi kecekalan mengatasi segalanya. 

Sejujurnya.. aku sendiri pun tak tau berapa lama boleh tahan. Semangat naik turun seperti menulis blog ni. Mengenangkan anak aku mungkin akan membacanya satu hari nanti , maka aku terus kuatkan semangat untuk menulis. Mana tau ada post post aku mampu memberi dia semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan dia nanti... sapa tau kan ? 


Di Facebook amnya , komen komen pada posting yang 'popular' memang cukup menakutkan .Dengan menggunakan topeng , lagi sedaplah melempar kata kata seolah olah Allah tidak melihat perbuatan tersebut. Dengan kata kata yang... wowwww ! Seolah dia malaikat yang tak pernah buat salah sama sekali , lantas memberikan komen komen yang begitu pedih untuk dibaca. Sakit mata dan sakit hati. Dia gembira ? Belum masa dia merasainya lagi mungkin. 

Akhir kata.. Apa yang kita nak tengok.. segalanya di hujung jari anda. Kata kata kita mampu memberi semangat atau memberikan dosa yang berat untuk dibawa di akhirat kelak. Jenuh nak mintak maaf nanti. Huhuh.. 

Nak boroi atau nak sado , terpulang pada niat kita. Aku , sekadar nak buat awareness pentingnya menjaga kesihatan. Maklumlah , aku ada hypertension. Kena amalkan gaya hidup yang sihat. Bukan sekadar bersenam malah kena jaga makanan dan juga stress ! Huhuhu..

You May Also Like

1 comments