BEN ASHAARI



Sejak abis belajar dulu , kerja aku tak pernah tetap. Aku pernah tidak bekerja bertahun tahun lamanya. Mencari kerja di zaman ekonomi meleset. Penghujung tahun 90an. Sedih. Tiada yang sudi membantu. Terasa diri cam sampah masyarakat jer. Orang pandang kita cam... hurm.. 

Sayangnya zaman tu ada internet. Tapi ramai tak tau manfaatkannya lagi. Dan sekarang , internet di hujung jari 24 jam ! Tak perlu on komputer untuk melayari internet dah. Pelbagai gajet dah ada internet sekarang ni. Tapi masih ramai tak tau bagaimana nak manfaatkan sepenuhnya terutama bila ada platform media sosial ni. Dah la percuma guna tapi dihabiskan masa begitu saja. 

Baru baru ni , Perdana Menteri Malaysia ke 7 , Tun Mahathir mengumumkan bonus Aidilfitri untuk penjawat awam. Jumlahnya tidak la besar tapi bagi aku , banyak dah tu ! Bagi yang tak dapat , terasa la hati tu kan ? Rileksss.. aku pun tak dapat ! 

Mulai hari ni kan , aku ajar korang nak ? Camana nak buat duit sampingan melalui blog atau media sosial ! Nahhh... Percuma jer ! Tak perlu bayar sesen pon. Kalau nak bayar gak , masukkan je ke Tabung Harapan Malaysia. Heee..

Tak perlu target nak kaya pon. Memadai dapat bayaran cam BRIM atau BONUS untuk setahun ! Kesilapan kat sini ialah , ramai nak jadikan sumber pendapatan utama.. nak ikut cam aku ! Aku tak kaya pon. Memadai la boleh belanja anak bini makan jer.. dah ! Huhuh.. 

Dua cara.. Pertama blog. Buat blog tu percuma. Guna je blogger.com cuma jika nak design lebih cantik , boleh la upah orang buatkan.  Ok , part ni aku tau korang nak tanya.. Nak cerita apa kat blog ? Ehhh.. kalau korang boleh membebel kat Facebook atau letak gambar cantik cantik kat Instagram , maka buatlah menda yang sama di blog ! Nak update macam menaip kat Wordpress je ! Nak berak tu lagi susah dari nak bercerita di blog tauu ! Haaa.. 

Kemudian , pasang jer Adsense ! Selain dari tu , tak yah la.. buang masa jer ! Hahahaha.. Kenapa ? Sebab Adsense bayar dalam bentuk USD kauu ! Untung tak ? Haaaaa... 

Aku dah cuba dan aku dah dapat bayaran. Alhamdulillah. Lepas la duit baju raya anak.

Apa nak cerita di blog ? Ada ke orang nak baca ? Ehh.. kalau Facebook dan Instagram korang tu ada yang LIKE dan KOMEN , bermakna korang dah ada Followers pon. Ingat , Followers ni bukan bererti korang tu level retis atau popular ! Ianya sekadar mereka yang mengikuti perkembangan kita dan ini sangatlah bagus untuk dimanfaatkan ! 

Cerita pasal makan , produk yang korang guna... travel , fesyen korang ..pakaian.. anak anak.. kampung halaman atau nak lagi best jadikan je diari kehidupan. Yang penting gaya penceritaan. Jangan buat karangan atau esei panjang berjela. Orang boring nak baca melainkan cerita tu memang best ! 

Banyak menda korang boleh cerita ! Dan ada je orang nak baca. Tu basic. Bila minat terhadap blogging ni makin mendalam, boleh amik kelas blogging. Masa ni boleh belajar bab teknikal seperti SEO dan sebagainya. Boleh tambah lagi revenue Adsense. 

Tu blog... Facebook dan Instagram pon boleh buat duit. Tak perlu bawa watak pondan atau mengarut di video untuk pikat Followers atau tarik job.. Ubah sedikit kasi menarik jer penampilan, gaya dan juga kualiti gambar mahupun video. Semua ni boleh je belajar dengan melihat mereka yang dah pun berjaya di media sosial. 

Nah... senang kan ? Apa yang diperlukan ialah.. disiplin , serius dan rajin. Kalau korang berjaya  lakukan... pastinya akan tersenyum riang jer. InshaAllah. Dan bila ada blog , jangan cerita sesuatu yang mengaibkan orang lain atau menulis entri yang tak berfaedah.. seperti menabur fitnah ! 

Mulakan langkah pertama.. Register di www.blogger.com .
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Alhamdulillah.. Bila aku baca kenyataan mereka yang bukan Melayu apatah lagi bukan Islam di media sosial yang mana sanggup membuat pemotongan gaji atau menyumbang harta mereka atas niat untuk mengurangkan kos hutang negara.. aku rasa terpukul ! Eh , aku ini rakyat bumiputera takkan nak membatu dan melihat saja ? 
Bila Tun Mahathir semalam melancarkan Tabung Harapan Malaysia secara rasmi , aku rasa ini masanya aku menyumbang walaupun sedikit ke tabung itu. Buat pengetahuan korang , Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan kerana ada rakyat yang prihatin mengenai hutang negara membuat sumbangan peribadi atau kutipan demi membantu negara mengurangkan beban hutang negara. Untuk mengelakkan ada pihak pihak tertentu membuat kutipan palsu , lebih baik kerajaan tubuh yang rasmi. Lagi baik kan ? 



Peliknya , ada orang ketawakan tindakan aku ni. Apa masalahnya ?? Aku bukan menyumbang untuk parti politik pun ! Aku sumbang untuk negara. Daripada mereka menaikkan GST dan aku terbeban untuk membayarnya , lebih dengan cara begini. 

Buat tukang gelak tu... aku juga pernah membuat sumbangan untuk Lebuhraya Rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Kenapa tak gelakkan aku ? Adoi.... Pelik pelik la perangai. Jangan taksub parti sangat la. 

Bagi aku.. nak kritik kerajaan baru ni bagus. Tapi jangan la sampai menampakkan kebodohan kita. Rileks rileks sudah... 

Tengok orang bijak cakap camana.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Rezeki Ramadan. Alhamdulillah.. Ingatkan Ramadan ni aku 'slow' tapi tidak. Banyak je meeting aku kena pergi. Job untuk aku dan juga team #KBBA9. Alhamdulillah... tak putus putus buat aku dan rakan rakan. Rezeki untuk anak anak juga. 

Ahaa... ceritanya begini. Aku dapat mesej di Instagram. Bila dia sebut ' Itali' terus aku.. Woww ! Takkan kot ? Aku masih tidak menaruh sebarang harapan sebab segalanya masih dalam proposal. Dan selepas Subuh tadi , aku terima whatsapp. Lanjutan dari proposal tu , boss dia yang juga seorang Datuk bersetuju untuk bawa aku ke sana ! Yer , aku seorang saja blogger terlibat. Katanya selepas meneliti beberapa orang calon , dia berminat pada Ben Ashaari... aku le tuuuu ! Heheheh.. Tak nak orang lain.

Ke mana Itali ? Dan apa tugas aku ? Katanya diorang akan beli sebuah resort di sana dan akan majukan. Cantik tempat tuu.. Di kawasan pergunungan gituu... Aku bukan gi kawasan bandar wooo.. Ala ala kampung gitu ! Memang aku idam nak gi tempat gitu. Asyik bandar je kan ? Huhuh... 






Amacam ? Katanya lepas raya la. Apa pun kena tunggu perjanjian dimeterai. Pastu baru boleh cerita. . kan kan ? Kalau ada rezeki.. gi laaa.. InshaAllah.  Malas nak angan angan lebih. Walaupun dah dipersetujui tetapi pihak Datuk tu kena selesaikan beberapa urusan terlebih dahulu. Baru boleh ceritaaa.. 

Teringin lama dah , nak oiiii ! Harap nanti ada gak la trip ke Eropah dengan Juara Travel. Hahahaha !
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Dah beberapa kali dah ni ! Asyik termimpi mimpi jer ke Eropah. Huhuhuh... Real sungguh mimpi tu. Macam betul betul berada kat sana. Rindu bau negara Eropah. Untung laaa sapa tengah berada kat sana. Cemburu aku. Huhuh.. Apatah lagi baru baru ni aku ke Juara Travel dan bermesyuarat bersama mereka.. terus semangat kembara aku kembali memuncak ! Huhuh... 

Tengok harga yang ditawarkan memang menarik jiwa sungguh ! Aku suka kembara ungkin mudah nak bergerak dan segalanya dah diatur. Nak buat trip solo , belum masanya. Anak anak masih kecil. Hehehe.. paham kan ? Tunggu besar skit , baru gi ngan famili. Baru syokk..


Trip bersama Juara Travel ni merangkumi tiket penerbangan , penginapan , pengangkutan , makanan sepanjang lawatan , tour guide, tipping , insuran ( VIP Plan ) dan paling penting ialah Islamik ! Bermakna waktu solat dijaga.. Dan tiada caj tersembunyi yer ! Huuhu... 

Syok di Eropah waktu gini.. Suka ke bandar kecil mereka berbanding bandar besar. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hurmm... dia punya akal ! Aduhhh... aku kena perhati jer tindak tanduk dia. Kejadian baru baru ni , membuatkan aku tak boleh alpa sangat dengan dia ni. Ada je menda dia nak buat. Tak reti duduk senyap setempat. Dan disebabkan dialah , aku tak boleh nak bawa sekeluarga berbuka di luar. Dia nak bergerak sana sini dan ini amatlah merbahaya bagi aku. 

Tengok muka.. kesian. Tapi bila kita kesian , nahhhhh.. mesti tepuk dahi balik ! Kesian kat kita lak ! Hahahaha.. 


Semakin pulih 

Dia ni melucukan. Ada je menda dalam kepala dia tapi seperti kanak kanak lain , dia masih dalam proses pembelajaran. Dan jika tidak dipantau , kemalangan boleh terjadi. Kealpaan dan kelekaan ibu boleh bapa memberi kesan pada mereka. Kesian... Tapi nak salahkan ibu bapa 100% pon tak leh gak.. kan ? Budak budak sekarang , sel otak cepat berhubung ! 

Kena hilangkan parut tu... kalau tak, segan dia nanti bila besar. Huhuh... 




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Dilancarkan baru-baru ni , Festival Ramadan Putrajaya 2018 semakin mendapat sambutan hangat terutama dari orang luar Putrajaya. Seramai 30 selebriti terkenal buka gerai kat situ dengan menjual barangan-barangan keperluan Aidilfitri dan juga harian. 



Dengan menyasarkan 1 juta orang pengunjung festival yang bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. 

Antara selebriti yang terlibat ialah Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sanda dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk masing-masing.  Festival ini turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan dan persembahan ‘busking’ oleh para artis popular masa kini.






Terdapat 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. Selain daripada itu, terdapat 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar berkonsepkan outdoor cafe di Kompleks PPj.

PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaan dan kerohanian seperti Solat Tarawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah “drive thru” dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hingga 7 petang di MTMZA.

PPj akan meneruskan kempen-kempen bersama Alam Flora Sdn. Bhd. seperti Kempen Elakkan Pembaziran Makanan, Kempen Pengurusan Sisa Organik Melalui Pengkomposan, Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan dan Kempen Keselamatan Makanan. 


Tunggu apa lagi ? Jom bawa anak anak ke sana. Tempat parking banyak dan selesa sangat... 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sian... hehehe... dengarnya mereka yang bergred 41 ke atas , takda bonus eh ? Huhuhuu.... Bukan semua 41 ke atas tu masyuk pun. Tapi tak pe la... leutamaan negara lebih penting. Kasi selesai hutang hutang negara dulu. Kalau Menteri setuju dipotong gaji mereka , tiada bonus untuk tahun ni pon ok dah kan ? Kalau dipotong gaji , lagi naya.. kan kan ? Huhu.. 

Hutang , jangan dibuat main. Walaupun ada yang kata , negara lain pon berhutang.. ok jer ? Tapi mau pikir la sikit.... Diorang hutang , negara diorang camana ? Kita berhutang , duit pemimpin berlonggok dalam rumah. Bini masing masing , mewah ! Diorang mewah... Diorang bayar hutang , guna duit rakyat ! Maka sebab itulah , mereka bergelar bekas pemimpin sekarang. Nah , aku memang setuju sangatlah jika harta harta mereka disita dan diaudit semula. Huhh ! 

Pening setiap hari ada je 'ada cerita' baru.

Ada yang kata...biarlah ! Biarlah pemimpin kerajaan baru fikirkan camana nak selesaikan hutang tu ! Kita kena ingat... selagi hutang beratus billion tu ada , kita turut juga akan terlibat sama. Sekarang ni tak tau lagi cerita pasal petrol...pasal tol ! Jika hutang negara berkurangan, barulah kita dapat menikmati kembali 'harga murah' seperti dulu. Barulah dapat menabung dan tak perlulah lagi nak kerja siang malam bagi menampung keperluan keluarga ! Tengok sekarang ni dah la... malam pun ada yang terpaksa 'keluar rumah' untuk cari sesuap nasi ! 

Tak tau berapa lagi bonus untuk penjawat awam bergred 41 ke bawah. Tak kisah la berapa pun tapi ianya dah cukup membantu meringankan beban. Lepas la nak beli baju raya anak anak.. kan ? Cari kat Aeon atau Tesco dah. Sana pun baju cantik cantik gak kan ? 

Disebabkan wife tak dapat bonus , duit raya tahun ni aku kena carik. Hurmm... Harapnya ada berita baik la nanti mengenai petrol dan tol.. terutamanya di MEX tu haaa ! Ari tu naik sampai seringgit. Jadah aihhh ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sebelum ni , aku ingat kalau gi gym kena bawa air. Kalau tak bawa , boleh pengsan wooo ! Dan memang di gym , aku kuat minum air. Dan peluh pun mencurah curah keluar. Tapi tahun ni berbeza. Aku tak nak jadi macam tahun lepas... aku berhenti terus gi gym menyebabkan berat badan naik sehingga 110kg ! Berat okkkkk ! 

Dah hari ni , masuk hari ke 11 berpuasa. Dan aku masih ke gym ! Ada yang selepas berbuka dan ada yang sebelum berbuka. Ternyata sebelum berbuka lagi best dari selepas berbuka. 2 jam sebelum berbuka , kita bakar lemak ! Dan berbuka , lemak bertambah lak kan ? Hahahaa.. 

Apakah rahsianya ? Ok... sewaktu sahur , aku amik dua menda ni jer ! Pertama... kurma. Kedua , Susu Kambing Lazz dan cicah dengan biskut je... Order online di www.lazzdelivery.com.my

Sedap. Anak anak pun suka

Ok... selepas minum dan makan ala kadar , aku amik protein. Ni penting untuk mengekalkan otot otot dari mengecut. Haaaa... Ada yang tak tau ni kan ? Main belasah je ke gym tanpa amik sebarang suppliment. Pastu badan tak jadi , terus putus asa. 

Aku amik produk Shaklee.. Cinch ! Beli secara online dengan ustaz Nizam. Cepat je dapat lepas order tu. Tak payah tunggu lama. Whatsapp je ke 013 976 1627.



Rasa latte. Senang je nak bancuh. Hasilnya ? Hehehe.. Alhamdulillah.. kekal sado di usia 40 an ni.. hahahaha... 



Aku bukan bodybuilder ! Bagi aku macam ni ok dah. Tak nak berketul ketul roti bun tu.. Tu tak mampu abam nak buat. Banyak 'kerja' dan kena makan.. Hahahaa... lagi pun dah tua nak buat gitu.. kan kan? Yang penting , badan sihat ! Kan kan ?

Berbuka.. confirm makan sikit jer ! Takda selera nak makan banyak. Minum air , pastu pekena Cinch satu botol. Pastu makan biskut oats dengan susu kambing Lazz. Solat Maghrib... baru makan yang agak heavy.  Aku cari ayam dan kambing jer. Hehehehe...

Kurus abam kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Alhamdulillah.. lama aku tak jumpa kawan kawan sekolah aku ni. Masing masing sibuk dengan urusan la katakan. Dan aku aturkan satu pertemuan ringkas sambil berbuka. Terubat rindu kenangan silam. Perangai tak berubah tapi dah matang. Hahaha.. 

Dengan harga RM98 sekepala , berbuka di PNB Perdana Hotel ni memang berbaloi la. Kawan kawan pon puashati. Banyak pilihan makanan. Tempat pon selesa. Ruangan solat di tingkat 5 luas. Tempat letak kereta mudah menjadikan hari tersebut satu kenangan buat aku dan mereka. 

Aku buat pertemuan tu selepas salah ada rakan rapat kami, meninggal dunia baru baru ini. Sedih dan sayu. Tak sangka dia yang pergi dulu. Tu yang aku kata ngan kawan kawan... kita rajin rajin la lepak duduk berbual. Mengenang kisah lalu boleh membuatkan hati muda kembali. Hilang stress gitu bila ingat kisah di sekolah.. dengan perangai masing masing yang nakal !

Di ruang restoran Binjai , kedengan ustaz mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu. Sangat tenang. Sambil berbual perlahan , mata memerhati. Banyak makanan tapi tidak ketelaluan. Di luar , ada booth yang menempatkan ayam panggang dan beberapa jenis masakan enak. Hehehe.. rileks ! Sabar...


 Boleh pilih.. nak makan di bahagian dalam atau di bahagian luar ! Santai jer..








Ahaaa... Aidilfitri bakal menjelang. Nak shopping kat KL ? Mehh dapatkan harga special kat sini. Boleh terus berbuka di sini dengan harga istimewa gak ! 


Hubungi 03-7490 3333 segera. Boleh solat Terawikh di Masjid Asy-Syakirin KLCC . Dekat jer. Untuk maklumat lanjut , boleh tengok di http://www.pnbperdanaonthepark.com dan Facebook ,  PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Viral dah isu ni.. Aku dah dengar dan tonton. Hurmm.. kisah si pemanggil bernama Azrul ni ,  beri komen terbuka mengenai pakaian YB Nurul Izzah. Terkedu gak la dia dan FBI. Apa dia komen eh ? Hurmm... lebih kurang gini.. Ni aku petik dari sumber , Khnfzr Media

"YB (Nurul Izzah) kena berhati-hati sebab YB pakai tudung. Tudung YB kadang-kadang terselak. Kadang-kadang ternampak bahagian yang tak sepatutnya," kata individu berkenaan melalui panggilan telefon.

Nurul Izzah yang kelihatan terkejut mengucapkan terima kasih atas teguran itu dan cuba menamatkan perbualan, namun individu itu terus memberi perincian baju kebaya Nurul Izzah yang menurutnya 'ketat'.

"Nampak baju dalam semua. Nampak buah dada tu lah," katanya yang memperkenalkan diri sebagai 'Azrul' dan mendakwa pernah berjumpa Nurul Izzah di agensi berita Bernama ketika bertugas.

Ketika sedang live bersama FBI

Dan isu ni hangat diperkatakan. Pakat pakat la orang mencari sapa si pemanggil bernama Azrul ni. Kalau dapat kat diorang , abiss la kena ganyang ! Hehehehe.. Nasib ko la , Azrul. Komen sikit skit dah la.. Tak perlu la nak cerita details. Jaga sikit aib orang di tempat terbuka gitu. YB pon dah paham maksud ko tu... 

Dan jadikan ini satu pengajaran buat semua. Hari ni kita mungkin manusia biasa. Satu hari sapa tau, kita jadi manusia luar biasa dan ketika tu , ramai akan mengorek kisah silam kita atau juga senantiasa menanti kita buat silap di kala kita alpa ! Nahh... tak kira la apa sekali pun.. tuturkata.. cara berpakaian.. ada saja mata memandang dan mulut berbicara serta telinga mendengar ! 

Buat YB Nurul... rileks rileks sudah. Dan rasanya bagi aku laa... bagi aku laaa yer , YB kena jadi YB. Tak perlulah nak tonjolkan diri seperti ni selalu sangat..Buat je macam dulu. Bahagian ni, bagi je kat orang lain. Sama gak cam Syed Saddiq tu. 'Mereka' menanti silap untuk diviralkan ! Elakkan dari melakukan semampu yang boleh.. 

Dekati orang muda... gunakan pendekatan yang lebih selamat. Forum terbuka di kawasan kawasan tertentu ke.. Aku rasa YB lebih bijak dari aku dan lebih paham.. Rakyat dah bagi sepenggal.. amik kesempatan. Setiap saat dikira dan dihitung. Masa berjalan dan rakyat menanti...... 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Qhaliff dah berusia 6 tahun. Zahra, adiknya dah 4 tahun. Masing masing dah petah berkata kata walaupun masih ada pelat lagi. Namun suara hati mereka perlu dititikberatkan terutama Qhaliff yang dah mula bersekolah walaupun tadika , adakalanya dia mengambarkan betapa dia memerlukan bersama keluarganya.

Aku memerhati dalam senyap tindak tanduk mereka. Belajar mengenali mereka. Ditambah lagi dengan ilmu yang aku baru perolehi di The Parenthood yang aku hadiri beberapa minggu lepas , aku gunakan dengan sebaiknya. 



Jangan persiakan setiap saat bila bersama anak-anak ! 

Masa berlalu begitu saja. Kita sedia maklum , kita sendiri pernah jadi ' anak-anak kecil'. Ditanya kembali apakah saat saat paling indah bersama ibu bapa kita , pastinya akan termenung sejenak.Terlalu banyak ? Tak ingat ? Atau takda ? Jangan ingat bawa pergi bercuti saja dah memadai. Itulah antara kesilapan yang kita sebagai ibu bapa dah buat ! 

Apa yang diperlukan oleh anak anak kita ialah masa kita ! Itulah yang mereka inginkan. Saat saat bersama mereka, kita masih leka dengan kerja kita. Masih leka dengan telefon pintar kita... di zaman ni ! Kan ? Bila anak anak buat perangai , kita bentak.. kita marah ! Walhal ketika itu kita sedang bercuti bersama sama mereka... tapi hakikatnya kita 'tidak bersama mereka' ! .

Maka, baru-baru ni.. aku bawa sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Aku nak luangkan masa bersama anak-anak terutama Qhaliff dan Zahra. Aku sedar aku akan 'kehilangan' kemanjaan mereka tidak lama lagi. Dan aku nak 'tinggalkan' kenangan indah buat mereka.. 

" Qhaliff nak petik strawberi..". 
" Ara pun nak petik strawberi dengan daddy..dengan abang..".





Sehingga sekarang , bila dia nampak buah strawberi di pasaraya , dia akan cakap mengenai aktiviti dia di ladang strawberi. 

" Hari kan Qhaliff ngan Ara petik strawberi ni kan ? Best ! " . Katanya. 

" Nak pergi lagi ke ? ". Tanya aku 

" Naakkkkkk.. Best ! ". Jawabnya pantas. 

Mampu lemparkan senyuman. Bukan saja dia happy malah aku sendiri pon happy di sana.  Tapi tak semestinya kena gi bercuti baru dapat luangkan masa bersama. Di rumah sendiri pun kita dapat abiskan masa kualiti bersama anak anak. Tolak semua gajet ke tepi. Keluarkan mainan dan bermain bersama sama atau buat sesuatu yang memberikan dia kenangan... seperti tabung duit ! 



Inilah saat saat indah mereka bersama kami.. Mereka senantiasa bercerita mengenainya pada rakan-rakan sekolah.. pada guru mereka.  Dan pantang ada cuti , mereka ajak pergi jalan jalan. Seronok abiskan masa bersama. 

Dan kita , sila simpan semua gajet ! Terima kasih Kao kerana menganjurkan My Modern Parenthood. Tak sia sia gi sana ari tu. 
Share
Tweet
Pin
Share
33 comments
Baru baru ni aku dijemput oleh Sunway Group ke Surau Al-Mujib di Cheras untuk turut serta dalam program kebajikan mereka sempena bulan Ramadan ni. Program penyerahan bubur lambuk kepada penduduk setempat ini mendapat sambutan dan sokongan penduduk tempatan. Alhamdulillah. 

Selain di Cheras , mereka akan berada di beberapa tempat terpilih untuk program kebajikan ini. Antaranya ialah Masjid Seberang Jaya dan Masjid Kapitan Keling , George Town. Kedua duanya di Pulau Pinang. 



Sebanyak 250kg beras dan 100kg daging disediakan untuk program ini. Bermakna lebih 4000 bekas bubur lambuk  yang cukup lazat dan enak dapat disediakan oleh master chef Sunway Resorts Hotel & Spa , Sunway Putra Hotel , Sunway Velocity Hotel , Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya.

Seramai 200 orang sukarelawan terlibat dalam program kebajikan kendalian Sunway Group ni. Menurut Tan Sri Datuk Seri Razman Hashim selaku Naib Pengerusi Sunway Group, program pemberian bubur lambuk ini mencapai sasaran mereka dan berasa sangat gembira. Ini merupakan permulaan program komuniti #sunwayforgood Raya Cheer 2018.




Selain pemberian bubur lambuk ini mereka juga adakan program buka puasa dan beli baju raya untuk anak anak yatim serta orang kampung yang terpilih.  Selain Sunway , beberapa organisasi juga turut terlibat secara tidak langsung dalam program suci ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh ke www.sunwayforgood.com. 




Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Saban hari sejak Malaysia Baharu , aku rasa bukan aku saja rajin baca berita online. Tak kira la dulu media tu rajin kritik kerajaan atau kutuk pembangkang... tetap baca ! Inilah yang menariknya sekarang... kebebasan bersuara. Tidak lagi disekat dan tersekat. Tapi jangan melampau dah la yer.

Bagi rakyat seperti aku yang bukan menganggotai mana mana parti pastinya teruja nak tau perkembangan kiri dan kanan...terutamanya kerajaan dan juga si polan yang... aku nak tulis mengkhianati negaranya sendiri ikutkan tapi cam agak keterlaluan la gitu tapi apa gelaran yang sesuai untuk dia ?? Hurmm.... hampa sangat. Ko nak 'makan' , makan sikit skit dah la... Ni baham serupa ikan paus. Pastu bagi alasan serupa macam rakyat tak belajar KBAT lak... Huhh... 

Ok.. aku malas nak bicara pasal unta unta padang pasir tu. Aku yakin dengan 1st generasi Malaysia Baharu ni. Bermula dari Perdana Menteri yang dah 'diperbaharui' berjiwa rakyat dan diikuti menteri menteri yang sememangnya berjuang untuk rakyat berpuluh tahun lamanya , pastinya inilah yang kita mahu... 



Nah.... kalau rajin godek Facebook , macam macam cerita positif viral. Yang negatif tu , biarlah mereka bersama labu labunya. Sekarang ni , kita kena bantu mereka membangunkan kembali negara kita dengan harapan , kita turut kembali memulihkan semangat dan seterusnya menikmati pembangunan ini bersama generasi yang akan datang dengan lebih cemerlang dan baik... 

Camana nak bantu ?? Hehehehe... apa kata dengan membayar cukai pedapatan ? Dulu ramai tak nak bayar cukai sebab tau duit tu mana hilangnya kan ? Sekarang... apa kata kita bagi peluang untuk mereka ? Kit turut kena mainkan peranan juga kan ? 

Bagi yang layak... ayuh , sama sama kita bayar. InshaAllah , cukai kita tu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya... Kita beri mereka peluang seperti mana mereka memberi kita peluang untuk menarik nafas baru... Ok ? 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Baru balik dari pejabat Juara Travel. Secara jujurnya , aku tak pernah dengar nama Juara Travel dan menyangka ianya cuma sebuah agensi yang kecil saja. Tapi bila aku jejakkan kaki ke pejabatnya , terus aku.... er , WOW ! Kagum ! Dan tak sangka ianya dimiliki oleh insan yang cukup periang dan bersahaja orangnya. 

2 jam bersama mereka cukup bermakna. Pelbagai input aku perolehi teutama mengenai Juara Travel. Bukan baru dalam bidang ni ! Dah lebih 16 tahun pon dan cukup mahir mengendalikan Umrah / Haji dan juga pakej pelancongan yang lain ! Yer,  pakej Islamik dan sesuai  untuk semua ! 

Seperti yang diterangkan pada aku , mereka amat mengutamakan pelanggan mereka dan keuntungan bukanlah sasaran utama mereka. Yang penting adalah kepuasan pelanggan. Bila pelanggan puashati , pastinya mereka dapat beribadat dengan sempurna. 


Begitu juga bila melancong ke destinasi terpilih , mereka akan pastikan pelanggan mereka menikmati percutian seperti yang diidamkan.  Ada banyak pakej serata dunia. Kena rajin je tengok website  dan inshaAllah akan ada aplikasi khas untuk korang download bagi mendapatkan pelbagai promosi terkini dan info dengan lebih pantas. InshaAllah.. 




Ok.... selain tu , boleh juga beli tiket kapal terbang di situ. Ada beberapa airlines dan boleh pilih mana yang dirasakan sesuai ! Boleh tengok di www.juaratravel.com.my 

Nanti aku cerita dengan lebih lanjut eh... 


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (16)
    • ►  Februari 2023 (2)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ▼  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ▼  Mei 2018 (38)
      • Jangan sekadar mengharap pada bonus !
      • Kenapa nak pertikaikan aku menyumbang ke Tabung Ha...
      • Selepas Paris dan Toulouse , bakal ke Itali pula a...
      • Ke Eropah bersama Juara Travel & Tours dengan harg...
      • Lasaknya Aariz , mengalahkan abang kakak dia..
      • Festival Ramadan Putrajaya 2018 semakin meriah !
      • Tiada bonus untuk penjawat awam bagi yang bergred..
      • Workout di gym sebelum berbuka puasa ! Apa rahsian...
      • Seronok berbuka di PNB Perdana Hotel bersama rakan...
      • Komen 'Azrul' pada pakaian YB Nurul Izzah jadi pe...
      • Jika ditanya anak-anak saat paling indah bersama i...
      • Program murni Sunway Group dapat pujian masyarakat...
      • Kerajaan perlukan bantuan kita sekarang !
      • Pakej Umrah dan pelancongan Juara Travel
      • Maafkan saya . Datuk Seri Najib Tun Razak !
      • Tahniah buat McDonald's Malaysia !
      • Penting buat pembayar Zakat Fitrah di Selangor !
      • Hadiahkan produk Cosmoderm di Hari Guru dan Aidilf...
      • Sokong seragamkan pakaian tenaga pengajar dan penj...
      • Tips hilangkan kemengantukan dan kelesuan di awal ...
      • Best tak DeadPool 2 (2018 ) ?
      • Alhamdulillah. Terima kasih AADK , #KBBA9 !
      • Avillion Cameron Highlands , Pahang memang terbaik !
      • Ciptalah memori seberapa banyak yang boleh...
      • Buka puasa di Cheese Banjir , Kuala Lumpur
      • Sebagai saudara seagama , aku maafkan dia tapi seb...
      • Tumbangnya si gergasi apabila rakyat bangkit !
      • Bila rakyat jelak dan bersuara !
      • PRU 14 , hari Rabu yang ditunggu , telah tiba !
      • Nak berniaga tapi tak tau cara nak memasarkan pern...
      • Malas dah beli perfume berjenama antarabangsa dan ...
      • Happy Birthday , Zahra Nur Iman. Yang ke ..er..
      • Kenapa dengan tangan Aariz ?
      • Jagalah lutut anda !
      • Bagusnya Wong Solo di Bandar Tasik Permaisuri !
      • Si kecil yang bawa karenah...
      • Jom berbuka puasa di Cafe Cerita Kambing , di Shah...
      • Kesan dari udara tercemar ?
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Eiza GreenAppleKu
    Main Online Game Free Tanpa Download di Solitaire - Tahukah anda, meluangkan masa seketika bermain online game adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress. Ketika bermain, diri akan lebih santai, memba...
    2 hari yang lalu
  • Umminani
    Restoran Mak Kimbong Bangi – Birthday Angah ke-10 - Restoran Mak Kimbong Bangi | Angah request untuk celebrate birthday kali ini, nak makan shell out. Kali ini kami tunaikan hajat angah. Tetapi kali ini ka...
    3 hari yang lalu
  • Nina Mirza
    TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC PENGALAMAN EILMAN - Tips contoh soalan ujian PKSK Lega!Dah selesai 2 exam besar yang penuh debaran untuk seorang... The post TIPS CONTOH SOALAN UJIAN PKSK UKKM MRSM SBP RMC ...
    Seminggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes