Jika ditanya anak-anak saat paling indah bersama ibu dan ayahnya...

by - Sabtu, Mei 26, 2018

Qhaliff dah berusia 6 tahun. Zahra, adiknya dah 4 tahun. Masing masing dah petah berkata kata walaupun masih ada pelat lagi. Namun suara hati mereka perlu dititikberatkan terutama Qhaliff yang dah mula bersekolah walaupun tadika , adakalanya dia mengambarkan betapa dia memerlukan bersama keluarganya.

Aku memerhati dalam senyap tindak tanduk mereka. Belajar mengenali mereka. Ditambah lagi dengan ilmu yang aku baru perolehi di The Parenthood yang aku hadiri beberapa minggu lepas , aku gunakan dengan sebaiknya. 



Jangan persiakan setiap saat bila bersama anak-anak ! 

Masa berlalu begitu saja. Kita sedia maklum , kita sendiri pernah jadi ' anak-anak kecil'. Ditanya kembali apakah saat saat paling indah bersama ibu bapa kita , pastinya akan termenung sejenak.Terlalu banyak ? Tak ingat ? Atau takda ? Jangan ingat bawa pergi bercuti saja dah memadai. Itulah antara kesilapan yang kita sebagai ibu bapa dah buat ! 

Apa yang diperlukan oleh anak anak kita ialah masa kita ! Itulah yang mereka inginkan. Saat saat bersama mereka, kita masih leka dengan kerja kita. Masih leka dengan telefon pintar kita... di zaman ni ! Kan ? Bila anak anak buat perangai , kita bentak.. kita marah ! Walhal ketika itu kita sedang bercuti bersama sama mereka... tapi hakikatnya kita 'tidak bersama mereka' ! .

Maka, baru-baru ni.. aku bawa sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Aku nak luangkan masa bersama anak-anak terutama Qhaliff dan Zahra. Aku sedar aku akan 'kehilangan' kemanjaan mereka tidak lama lagi. Dan aku nak 'tinggalkan' kenangan indah buat mereka.. 

" Qhaliff nak petik strawberi..". 
" Ara pun nak petik strawberi dengan daddy..dengan abang..".





Sehingga sekarang , bila dia nampak buah strawberi di pasaraya , dia akan cakap mengenai aktiviti dia di ladang strawberi. 

" Hari kan Qhaliff ngan Ara petik strawberi ni kan ? Best ! " . Katanya. 

" Nak pergi lagi ke ? ". Tanya aku 

" Naakkkkkk.. Best ! ". Jawabnya pantas. 

Mampu lemparkan senyuman. Bukan saja dia happy malah aku sendiri pon happy di sana.  Tapi tak semestinya kena gi bercuti baru dapat luangkan masa bersama. Di rumah sendiri pun kita dapat abiskan masa kualiti bersama anak anak. Tolak semua gajet ke tepi. Keluarkan mainan dan bermain bersama sama atau buat sesuatu yang memberikan dia kenangan... seperti tabung duit ! 



Inilah saat saat indah mereka bersama kami.. Mereka senantiasa bercerita mengenainya pada rakan-rakan sekolah.. pada guru mereka.  Dan pantang ada cuti , mereka ajak pergi jalan jalan. Seronok abiskan masa bersama. 

Dan kita , sila simpan semua gajet ! Terima kasih Kao kerana menganjurkan My Modern Parenthood. Tak sia sia gi sana ari tu. 

You May Also Like

33 comments

  1. Terbaik lah aben! Parents memang kena luangkan byk masa dengan anak2 pun. Thumbs up untuk aben!

    BalasPadam
  2. Teringat nostalgia zaman kanak2 dulu... kalau diberikan rezeki anak, Haida pun nak anak2 haida rasakan pengalaman mcm ni.

    BalasPadam
  3. Teringat nostalgia zaman kanak2 dulu... kalau diberikan rezeki anak, Haida pun nak anak2 haida rasakan pengalaman mcm ni.

    BalasPadam
  4. Memang betul... Masa yang paling bernilai. Dengan anak-anak...
    Takut ia berlalu begitu sahaja...
    Ambilah peluang ni...

    BalasPadam
  5. Setuju sangat... Sebelum masa meninggalkan kita, sama-sama manfaatkan masa bersama anak-anak. Best yer petik strawberry tu... Nak bawa anak2 pergi petik strawberry gak la

    BalasPadam
  6. masa berkualiti bersama anak-anak..tanpa gadet ..gaya hiduo lebih sehat 💪💪

    BalasPadam
  7. Dulu sedih bila baca part masa dgn anak...skrg bila baca part ben rasa mcm juju di tempat ben...seronok bersama anak dan keluarga isi masa lapang buat sama2...terbaiklah my modern parenthood

    BalasPadam
  8. Setuju..didikan anak² bermula dari ibubapa. Perlu luangkan masa untuk anak dan kerap tanya masalah mereka.

    BalasPadam
  9. banyak manfaat bila kita meluangkan masa bersama anak anak.Bole jadi hilang stress bila layan karenah anak anak. Ganjarannya pun banyak yang menanti...

    BalasPadam
  10. bestnya.. ibu bapa mmg adalah guru pertama buat anak2.

    BalasPadam
  11. Kena pergi lagi ben! Bagi depa ingat bebetul!

    BalasPadam
  12. waktu kita kecil...mak ayah berusaha untuk bersama kita..bila kita dewasa disaat mereka sudah semakin berusia..kita usahakan pula untuk luangkan lebih masa bersama mereka...

    BalasPadam
  13. Seronok tumpang happy tengok Qhaliff Zahra pi holiday,
    happy kat sana.
    Alhamdulillah
    Nina pun sama! Mendalam rasa bahagia tu bila melihat Anak² gelak ketawa bersama, menangis bersama eh! Macam lirik lagu lak...
    Walau kat mana pun, sentiasa fokus bersama anak².
    Ppsstt.... Lain kali nak ikut join event KAO parenting tuu

    BalasPadam
  14. Seronok tumpang happy tengok Qhaliff Zahra pi holiday,
    happy kat sana.
    Alhamdulillah
    Nina pun sama! Mendalam rasa bahagia tu bila melihat Anak² gelak ketawa bersama, menangis bersama eh! Macam lirik lagu lak...
    Walau kat mana pun, sentiasa fokus bersama anak².
    Ppsstt.... Lain kali nak ikut join event KAO parenting tuu

    BalasPadam
  15. sekarang ramai yg spent masa dengan gajet.
    termasuk family sendiri..
    kalau bercuti tu rasa x complete dh skarang.

    BalasPadam
  16. Masa berkualiti bersama anak menjadi memori terindah yang akan mereka kenang kelak.

    BalasPadam
  17. Kurangnya masa bersama anak bila terbaca blog aben. Ok. Letak hp tepi.

    BalasPadam
  18. Moment bersama tu yang penting, tak kira masa bercuti ke, kat rumah, mana² pun... Insyaallah akan diingati sampau bila²

    BalasPadam
  19. Tq aben utk tips,insya allah nak cuba praktikkan .

    BalasPadam
  20. Betul tu aben, anak anak ingat masa yang kita habiskan bersama diorang. Jadi kenangan indah sampai bila bila

    BalasPadam
  21. Bdk pun pandai skrg ni .. dia org nak kualti time dgn parents

    BalasPadam
  22. Masa itu emas. Bila dah terlepas tu tak akan dapat diundurkan lagi. Habiskan masa bersama keluarga seberapa banyak yang boleh supaya perhubungan yang lebih erat akan membentuk keperibadian mereka di masa hadapan

    BalasPadam
  23. btul tu. kdang budak2 terdedah dengan gajet ni sungguh kita sedng kehilangan masa chilhod dengan budak2 ni. terpaksa simpan hp dan bermain dengan dia.aku pun kdg leka dengan hp smpai tk sempat nk bermain dengan dia. sedar sndri...


    BalasPadam
  24. Perkara paling yg di ingati...masa yg berkualiti bersama mak ayah...lagi2 moment best..sedapnya strwabstra tu..hahaha

    BalasPadam
  25. Anak2 happy, kita pun happy. Anak2 pun lagi bijak, boleh tumpu perhatian dgn apa yang dia belajar. Bukan senang jadi ibu bapa

    BalasPadam
  26. Betul even surirumah pun kdg sekejapnya masa dengan dorg tgk2 dah makin besar huu

    BalasPadam
  27. Seronoknya tgk dpt mbesarkan zuriat dunia akhirt.... Tak sabar menanti klahiran sicomel dlm perut yanie ni.

    BalasPadam
  28. Betul, masa berkualiti dengan anak² jangan disiakan. Nanti bila mereka dah besar susah dah nak luangkan masa bersama.

    BalasPadam
  29. betul tu..kene ada masa untuk bersama mereka..masa sekrg la kita kena bersama denagn mereka selalu..dah besar mesti takkan dapat sama selalu

    BalasPadam
  30. Betul kena ada masa utk anak.. tp skang tgh biasakan handle 2kids.. harap boleh berlaku adil

    BalasPadam
  31. Masa anak-anak kecil ni lah kena luangkan banyak masa dengan diorang.. kalau x, nanti bila diorang dah besar, susah dah nak rapat semula

    BalasPadam
  32. Harap semua parents faham maksud aben ni T.T

    BalasPadam
  33. Setuju. MASA adalah yang perkara terbaik utk bahagiakan anak2. Walaupun penat kerja, tetap kena cari masa berkualiti untuk anak2.

    BalasPadam