Ketika wife mengandungkan Qhaliff , dia ada cakap pada aku. Nanti masa nak melahirkan , dia nak aku turut berada di sisi dan tengok betapa sukarnya dan sakitnya ketika itu. Aku angguk. Dalam hati aku, memang mengelabah. Bukanlah aku takutkan darah atau cuak.. aku ada alasan tersendiri. Takkan nak cerita kot ? Hahahaa.. Tapi yang pastinya, aku tetap 'kena' masuk atau wife akan gelakkan aku seumur hidup ! Dia mencabar aku.
Aku sahut ! Masih ingat lagi aku , bila tiba masanya. Aku tak boleh masuk sebab wife ada masalah dan kena buat Ceaser untuk 'keluarkan' Qhaliff. Bermakna aku tak boleh masuk ke dalam bilik pembedahan. Kena tunggu luar ! Dan penantian itu satu penyiksaan. Doa tak henti henti agar kedua-duanya selamat.
Aku tak kisah la camana cara sekali pun baby tu keluar walaupun ada orang kata kalau 'beranak normal' tu baru terasa melahirkan anak berbanding 'melalui tingkap'. Bagi aku , tu kenyataan orang tak cukup akal ! Kedua duanya tetap bertarung dengan nyawa ! Dan Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan Allah.
1 hari usia.
Walaupun aku tak dapat tengok buat pertama kali , tapi pengalaman membersihkan uri dan menanamnya buat pertama kali amatlah..hurm... buat aku terasa gentar. Pelbagai perasaan ketika tu hadir. Jam 12 malam ketika tu. Masih dalam ingatan. Ada yang menyuruh aku simpan dalam peti ais terlebih dahulu dan siang nanti baru tanam. Aku yang ketika tu tiada orang nak 'guide' , terasa cuak dan nekad. Tanam juga di waktu malam tu gak. Terbayang cerita cerita seram. Aduh , menakutkan.
Alhamdulillah.. selesai part tu ! Esoknya aku kembali ke hospital Putrajaya untuk urusan wife dan baby. Nah.... segalanya aku uruskan sendiri. Disini dah bermula peranan aku sebagai ayah. Kesukaran yang aku hadapi adalah petunjuk... bersedia untuk hadapi pelbagai lagi kesukaran dan ujian membesarkan anak. Cerita tu masih ada lagi di dalam blog. Boleh baca di SINI.
Kemudian giliran Zahra. Ujian aku ketika ni amatlah berat. Di saat wife nak melahirkan anak , ayah aku pula berada di wad . Kanser ! Turut sama akan jalani pembedahan. Isteri atau ayah ? Mana satu yang perlu aku berada di sisi ?
Lahir di Hospital Putrajaya. Normal tapi aku tak berada di sisi untuk menemani wife. Dan uri Zahra , kali ni aku minta mak bidan kenalan mak aku uruskan. Aku tanam sendiri. Kenapa aku buat gitu ? Teringat Qhaliff sewaktu dalam pantang , setiap malam dia menangis. Ketika tu dia di umah mak mertua. Terpaksa minta bantuan Ustaz untuk uruskan. Aku syak sebab uri yang aku tanam tu. Hurmm. Maka sebab tu , kali ni kena bersihkan betul betul. Dan Alhamdulillah , selesai. Zahra takda isu semasa pantang.
Dan yang ketiga , Aariz. Kali ni lahir di Prince Court. Rezeki Aariz dan wife di sponsor sepenuhnya. Alhamdulillah. Dan bermakna aku boleh berada di sisi setiap saat ! Hehehehe.. Merakamkan kelahiran ? Tidak sama sekali. Aku cuma amik gambar biasa jer. Aku rakamkan dalam kepala aku jer. Masih terbayang saat saat tu. Huhuhu.. Dan terbayang saat baby tu keluar. Meremang bulu roma aku. Sesungguhnya perjuangan melahirkan anak, bukanlah mudah. Sewajarnya para suami kena masuk dan tonton sendiri. Jangan rekod dan post di media sosial. Simpan sendiri sudah.
Selepas melihat semua ni... cuba jaga anak anak kita tu sendiri. Dari mandikan, tukar lampin, susukan dan bangun awal pagi untuk dodoi baby ketika dia menangis.. Besarkan sendiri dari kecil hinggalah mereka mampu berlari ! Dari situ barulah tau bukanlah mudah tapi ianya menyeronokkan. Kepayahan itu cumalah ujian. Ketika tu baru tau kesukaran mak ayah kita dulu dulu , membesarkan kita.
Aku paham. Zaman ni ada para isteri kita terpaksa bekerja demi membantu suami mereka.. kan ? Terpaksa tinggalkan pada pengasuh atau amik bibik. Kalau boleh , nak jaga sendiri.. kan ? Yer.. semua parents nak gitu.
Yang penting... kita jangan sekadar nak bagitau dunia part betapa sukarnya nak melahirkan anak jer. Membesarkan anak juga bukan mudah... terutama di zaman ni ! Tak kira la kita kaya atau miskin , membesarkan anak perlukan keikhlasan dan kasih sayang.
Sekarang.. aku ada 3 orang anak.. dan sehingga kini , aku tidur jam 2-3 pagi dan bangun 5 pagi ! Wife bangun.. aku bangun. Uruskan anak ! Penat ? Huhu.. Mandi pagi pun kadang kadang jam 6 petang ! Sendiri mau ingat la...
Hargai pasangan anda yang lahirkan anak anda...dan menjaga anak anda tu !