BEN ASHAARI




 Alhamdulillah.. 


Hari ni, tinggal aku dengan anak anak je. Wife takda. Kerja luar. Makan pagi , tengahari dah selesai. Malam lak. Jadi aku bawak anak anak makan jam 6 petang. Gi mamak jer. Lauk pauk dah abis. Aku lak teringin nak makan rojak. Terasa nak sesuatu yang berat masuk sebelum malam menjelma. 

Jemput Aariz di sekolah. Balik.. mandi. Siap siap, pastu jalan kaki je ke restoran nasi kandar berhampiran dengan rumah. Nama je nasi kandar tapi.. takda maknanya ! Hahaha.. Tak pe la , masakan dia pun sedap gak. Aku kalau kebuluran, memang akan mintak mee goreng kambing atau ayam. Kalau tak lapar sangat, rojak ditambah telur sebijik dua pun ok dah. 

Anak anak.. kalau gi makan ngan aku , memang diorang akan stress punya ! Hahahah.. Apakah ? Aku tak benarkan diorang order air. Makan kasi abis dulu , kalau kepedasan , baru mintak air. Air pun , takda gula. 

Lepas makan, terus bayar dan balik. Jalan kaki lagi. Nah... dulu aku 'dinasihatkan' , lepas makan jangan jalan kaki terus. Nanti kena gastrik. Rupa rupanya, kena scam ! Lepas makan... kena bergerak supaya tidak berlaku lonjakan gula dalam darah. 

Dan satu lagi tips yang aku tau.. kalau ada makan makanan yang tinggi dengan karbohidrat , minumlah air halia dan campur dengan cuka epal. Nah... ternyata tips ni sangat berbaloi ! Aku dapati lemak lemak dibahagian perut semakin nipis. Buat masa ni , bacaan peratusan lemak adalah 13%. Bulan lepas 14%. 

Bagi korang yang betul betul nak hilangkan lemak dibahagian perut , aku kasi satu tips lagi. Mudah sangat ni. Malam , sebelum nak tidur tu... korang buat kardio ringan dalam setengah jam. Tak kira la nak melompat ke , berlari dalam rumah , naik turun tangga.. korang buat jer. Pastu esok pagi , lepas selesaikan yang wajib, cuba dapatkan masa dalam setengah jam lagi. Jangan makan sebelum buat senaman tu. Korang pakai je tenaga yang ada tu. Haaa.. nanti dalam tempoh sebulan ,korang nampak kesannya. 

Faham tak ni ? Haa.. ni tips percuma dan mudah nak diikuti. Kalau korang kata ianya menyiksa diri, percayalah.. korang akan rasa kelainan. Tapi pastikan, lepas senam tu.. jangan makan lak ! Minum je air suam atau tambah je ngan garam celtic. 

Amalkan dan nantikan perubahan positifnya.. kalau korang betul betul buat la. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Melaka , sebuah negeri yang cukup bersejarah dalam Malaysia. Tapi Melaka ni adalah negeri ke dua terakhir aku nak pergi selain Johor. Kalau aku nak ke Johor pun sebab nak gi ziarah sahabat aku, Mat Gebu aka Adnan Ibrahim. Kalau tak sebab dia, aku pikir panjang nak ke sana terutama sekali jika nak gi melancong !

Heheee.. maaf tau ! Aku bukan tak suka ke sana. Melaka best , Johor best ! Tapi jalan raya nak ke sana menakutkan aku. Aku confirm anxiety kalau nak ke sana. Kereta laju laju. Aduh.. Masing masing macam nak terbang ke sana. Pelik sungguh. Pastu jammed satu hal lagi. Aduhai laa.. 

Lama dah tak ke Melaka. Takda sebab nak pergi. Kali ni kena gi gak ! Boleh je tak nak gi tapi sayang la pulak. Anak anak pun dah besar dan belajar mengenai sejarah Melaka. Jadi inilah peluang yang aku ada untuk mereka dekatkan diri dengan sejarah Melaka. Tak nak sekadar baca di buku teks tapi kena tengok depan mata juga. 

Syok gi Melaka ni sebenarnya kena sehari dua sebelum hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang akan penuh dengan pengunjung dan juga rombongan. Sebenarnya memang best ramai ramai cuma sedikit serabut je la. Mungkin aku je kot rasa gitu. Hahaha.. faktor usia. 

Ok.. aku cerita satu satu dulu eh. 

Hotel : Aku sekeluarga menginap di Hatten Hotel yang terletak di Bandar Hilir. Hotel ni bagi aku sangat strategik. Kiri kanan ada pusat membeli belah. Nak letak kereta , kena naik tingkat atas. Macam aku ari tu , parking tingkat 6. Berpusing gak la nak naik atas. Masuk hari Jumaat , keluar Ahad , RM10. Tak tau berapa dia kira sehari jika parking mati. 

Makan : Tak susah kalau nak cari makan. Asalkan ada duit. Makan dalam hotel pun sedap sebenarnya. Aku dah cuba sarapan pagi di situ. Memang puashati dan tak kedekut la bab makan. Senantiasa bertambah. Rasa pun sedap. Buah ada banyak. Sayur ada banyak gak. Protein , telur syiok woi ! Hahaha.. Ayam je satu jenis rasa. Pastu bab karbohidrat tu banyak la. Aku balun je. Hehehe.. 

Yang nak makan di luar.. jangan risau ! Bersebelahan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Kalau nak banyak makanan berjenama , gi Mahkota Parade. Nak masakan tempatan, leh keluar jalan jalan. Situ dekat ngan Menate dan banyak lagi. Restoran mamak pun ada. Cuma kena hati hati sebab Bangla pun ada meniaga makan. Hurm.. terkena 2 kali aku. Aku ingatkan mamak.. sekali.. Adeh. 

Asam pedas ? Banyak ada jual cuma  anak anak aku ni tak makan. Tu pasal kena cari kedai makan biasa jer. Nak masuk restoran dalam mall, harga dia dah boleh beli lauk pauk untuk seminggu aku sekeluarga. Hahaha.. kena berkira dah skang ni woo ! 

Gym dan Kolam renang : Yang dua ni memang wajib la aku check. Gym.. cool ! Bersih. Lokasi dia pun cun. Peralatan terurus dan terjaga. Kemas. Boleh la nak kasi peluh ketiak dan berketul skit skit. Kolam renang dia lak, kena ikut protokol la. Kena pakai pakaian mandi atau kena bukak baju jika pakai seluar trek. Hehee. Tak sanggup aku nak bukak baju. Malu ai... 

Tempat Menarik : Jalan kaki jer. Sila menghala ke Dataran Pahlawan. Atau korang bukak je Google Maps dan akan nampak la pelbagai tempat tempat menarik tanpa perlu memandu pun ! Boleh dapat 10 ribu langkah dengan pantas. 

Kalau bawak anak anak ,boleh je gi muzium. Ada banyak jenis muzium di sini. Syok ! Aku tak sempat nak bergambar semua. Cuaca panas. Alhamdulillah.. rezeki. Sepatutnya hujan tapi tu la.. Dapat berjalan jalan. Aku pun nak fokus pada anak anak. Kalau sibuk nak bergambar bervideo bagai, risau lak keselamatan diorang. 

Antara muzium yang kami masuk ialah Muzium Rakyat , Muzium Tamadun Melaka dan apa tah satu lagi. Nak masuk Muzium Kesultanan Melayu Melaka tapi tak larat dah. Hahaha.. Yelah , pagi aku dah gi gym. Pastu jenjalan. Balik, aku gi gym semula. Pastu sambung jalan lagi. Memang aku nak bakar banyak banyak kalori yang ada. 


Hatten Hotel. Bahaya bagi mereka yang ada banyak duit ! 

Gym dia.. aku kasi 7/10 bintang

Aku tak sangka si Aariz yang awalnya tak nak berjalan kat sini , ajak ulang berjalan lagi. Katanya best. Tu pun dia ajak jalan sebelah malam. Aku tak nak sebab malam hujan dan risau sebab.. hurm..Malas nak cerita dalam ni. Bosan. 

Oh ya.. aku nasihatkan korang , sediakan tunai la kalau nak masuk ke muzium ya. Tak mahal pun. Setakat ni yang mahal pun macam nak naik benda berputar kat Menara Taming Sari tu jer. Yang lain bawah RM10 je setiap seorang. Boleh laa.. bukan selalu. 

Jangan lupa singgah Pusat Kraf bawah Dataran Pahlawan tu ya. Banyak sangat kedai yang menjual barangan tapi pengunjung tak ramai. Sian tengok. Harap pihak bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu untuk menarik pengunjung ke bawah. 




Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik yang tak sempat aku pergi. Aku malas nak memandu. Bila dah parking tu, memang malas dah nak keluar. Tingkat 6 weh ! Nak naik satu hal.. nak turun satu hal. Hahaha.. 

Apakah aku sekeluarga akan kembali ke Melaka ? InshaAllah.. selagi anak anak masih kecil , diorang berjalan ngan aku.. mesti aku usung mereka. Yelah , masing masing boleh mengekor mak ayah. Nanti dah besar.. malas dah diorang nak ikut. Huhuh.. 

Ahad.. check out awal. Lepas sarapan pagi terus balik. Alhamdulillah.. jalan clear dan tenang di awal pagi. 

 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dalam kereta, anak aku bercerita. Katanya  kawan kawan dia tak percaya yang ayah dia tak amik steroid. Mana mungkin umur 40an boleh berotot macam ni melainkan cucuk steroid atau ambil supplemen yang mengandungi steroid. 

Aku mampu tersenyum je la. 

Anak aku bercerita pada kawan kawannya yang mana aku bukanlah sehari dua baru masuk gym dan terus berketul ketul ! Dari usia 20an lagi dah masuk hinggalah sekarang , senantiasa bersenam ! Bukan mengejar badan cantik atau nak masuk pertandingan tapi sudah sebati dan dijadikan gaya hidup. Seperti makan laa.. kita wajib makan hari hari dan kena bersenam hari hari sebab perlu mengerakkan otot setiap hari semaksimum yang boleh. 

Bila otot digerakkan , darah dapat mengalir dengan baik. Lemak dapat ditukarkan menjadi tenaga dan digunakan. Kalau tak guna, maka berlemak lemaklah kita. Tu yang ramai obes sekarang ni ! Haaa.. gitulah. 

Kalau aku ambik steroid , pertama sekali size otot aku bukanlah macam ni. Berganda akan naik lagi. Lagi lain maciam weh !  Orang yang keluar masuk gym bertahun , mesti kenal punya. Bentuk badan mereka yang natural dan 'ambil barang' ni berbeza. Tengok kulit muka pun dah leh kenal. 

Kenapa aku tak amik ??? Hurm.. aku bukan nak masuk mana mana pertandingan. Aku jaga badan ni sebenarnya nak fokus pada kesihatan. Badan dapat berotot, itu bonus. Nak kasi berotot , makan kos yang tinggi. Kena rajin makan makanan tinggi protein dan nutrisi setiap hari. Pastu kena buat latihan beban 4-5 kali sehari. Disiplin dan komitmen memang tinggi. Kalau nak jadi bodybuilder. lagi tinggi kos dan disiplin. Dua perbezaan. Aku bukan bodybuilder. Aku sekarang manusia yang nak sihat jer. 

Latar belakang aku... aku seorang yang pernah obes ( lepas abis sekolah ) walaupun tak teruk. Pernah cecah 100kg dek kerana gaya hidup yang salah. Antaranya suka lepak malam hari. Pastu  gemar makan makanan tinggi karbohidrat seperti roti canai, nasi kandar , megi goreng dan sebagainya. Minum minuman manis terutama air tenaga dan susu rendah lemak. 

Ada Hypertension , Gerd dan Anxiety. Dulu ingat semua ni penyakit keturunan tapi rupa rupanya kena kencing jer ! Tapi ada benarnya gak la penyakit keturunan. Bila mak ayah sendiri yang amalkan gaya hidup macam tu , maka anak anak terikutlah. Makan megi bila lapar.. Malam gi keluar makan nasi kandar , nasi lemak atau mencari restoran sedap sedap untuk lepak makan berjemaah. Tengok jam dah atas kul 10 malam yang mana sepatutnya dah berada atas katil pun. 

Maka nak ambil supplmen yang tinggi dengan bahan artificial ni , sememangnya akan memudaratkan lagi. Maka aku fokuslah pada pemakanan sebenar. Berbekakan pengalaman membuat review detox di Phuket , sedikit ilmu digunakan. Tu pun masih tak betul sebab tak cukup ilmu. Aku salah part buat jus dan buang fibernya walhal fiber itulah yang penting. Dok balun 'gula' jer ! Adeh.. 


Hasil 3 tahun potong gula, rendah karbohidrat dan tinggi protein serta fiber. Lebih lean dan bertenaga. Awet muda ? Itu bonus. Yang penting , sihat dan fit untuk melakukan tugas harian. 


Seminggu mesti 4 papan untuk sekeluarga. Bapak paling banyak makan.


Kembung perut vs tak kembung dah ! 

Usia : 28 vs 48 


Pernah dapat tawaran untuk amik supplemen kasi mantap otot tapi aku tolak. Sampai bila nak bergantung pada menda menda gitu ? Kalau nak workout , mesti amik. Kalau tak amik , rasa macam otot tak menjadi.Adeh.. tak nak la. Memadailah aku ambil whey protein jer. Tu pun aku nampak kesannya tak lama. Kena rajin amik setiap hari gak. Kalau tak amik, otot mengecut skit ! 

Teringat zaman aku muda dulu , aku cuma fokus pada telur setiap hari. Satu hari wajib 20 biji telur ! Haaaa.. maka naiklah otot dan juga bersebu sebab aku minum susu low fat gak ! Adeh.. Naik tapi sakit sana sini. Sakit sendi terutamanya dek kerana keradangan !! Yang ni ramai tak amik tahu. Terus sumbat dengan supplement lagi untuk baiki sendi walhal... GULA woi !! Cari makanan yang ada anti inflamation atau anti keradangan. Kat dapur banyak tapi sayangnya.. ramai tak percaya ! 


Dari si sulung hingg ke bongsu, inilah tugas aku. Alhamdulillah , nikmat kesihatan dan kekuatan fizikal aku manfaatkan kepada membesarkan anak anak. Bukan untuk masuk pertandingan membuktikan sapa lebih kuat dan padu. Aku tak kuat.. Hahaha.. 

Dapat bangun awal pagi. Ajak anak anak ke surau masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah, memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Hehehee... 


Rezeki. Dulu aku takut tengok. Mesti 180/100 ke atas. Sekarang.. Alhamdulillah. Adalah tugas aku untuk bantu kawan kawan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan menjimatkan. 


Entahlah.. aku cakap lebih lebih.. nanti ada yang kata aku perosak bisnes orang. Tapi diorang tak sedar ke yang diorang sedang merosakkan anak bangsa sendiri ? Peniaga peniaga produk dan makanan tu.. Kena tau.. dan kena prihatin. Dan kena tanya diri sendiri.. apakah rezeki aku ini ada keberkatan ? Semua ni kita kena jawab di hadapan Allah kelak. 

Oh ya.. aku tak amik steroid dan apa apa suplemen yang untuk cantikkan otot sebab otot aku tak cantik pun. Hanya whey sebulan sekali jer. Tu pun yang murah punya..Duit tak banyak. Cukup cukup makan anak bini jer. Heeee.. 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Rokok dan vape adalah sumber pendapatan negara termasuklah arak. Kalau ketiga tiga ni diharamkan , aku rasa macam si ayah kena potong gaji ! Mau termenung si ayah apatah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang tak keruan. Hehehe.. 

Bagi aku la.. mereka yang tak kisahkan kesihatan mereka, sila teruskan tabiat tak sihat ni cuma kalau boleh , elakkan la dari tempat awam. Merokok , vaping dan juga minum arak ni. Korang buat la di tempat yang takda manusia lain. Takda sapa nak marah.

Aku kasi contoh la beberapa kes yang berlaku pada aku sendiri. Di pasar awam.. penjual dan juga pengunjung tanpa rasa segan silu atau bersalah merokok dan hisap vape dan lepaskan asap secara terbuka. Kenapa tak telan terus ? Kan senang. 

Bila korang lepaskan asap walaupun bau asap tu wangi tapi sebenarnya ianya mampu membunuh mereka yang tak bersalah secara perlahan ! Kesian dol ! Nak lagi kejam , boleh pulak bantai layan depan anak bini. Aduh.. dimana keperimanusiaan korang ? Sedih tengok.. 


Di kawasan sekolah.. aku pernah tegur seseorang. 3 hari berturut turut aku tengok dia merokok di bus stop yang mana murid murid Tahap 1 dok lalu nak masuk ke dalam sekolah. Dia lepaskan asap rokok yang baunya memang aku sendiri tak tahan ! Allahuakhbar.. sian budak budak yang lalu depan dia. Nasib baik dia boleh terima dan minta maaf. Dia gi tempat lain.. 

Di gym.. Yang ni pun dah lama berlaku dan berkali gak la aku tegur. Si penjaga gym pun dok bantai hisap di tempat orang bersenam. Aduh... Orang datang gym nak jaga kesihatan.. Kau pulak dok hembus asap vape ! Memang la tak bau busuk tapi asap vape memiliki bahaya yang lebih parah untuk mereka yang mengidap penyakit paru-paru. Aerosol vape mengandung perasa, seperti diacetyl, yakni bahan kimia yang dapat merusak fungsi silia di saluran pernapasan. Ini dapat membuat penyakit paru-paru semakin parah.

Dalam kereta lak.. tak kira lelaki perempuan bantai hisap vape. Yang aku pelik kenapa perempuan pun bantai hisap vape ni ? Muda muda lak tu. Duit dah banyak sangat ke ? Hurm... nak tunggu sakit baru nak berhenti ? 

Di restoran pun aku dah tegur beberapa orang tak kira la muda tua.. sama je perangai ! Tak nampak ada kanak kanak kat situ ke dok makan ? Dah mati hati atau buta mata dek kerana ketagih nak hisap kat situ gak ? Gi bangun dan layan jauh jauh. Takda sapa nak marah. Guna akal skit. 


Tingkatkan penguatkuasaan di tempat awam amnya kalau nak benarkan penjualan vape ni. Korang jawab nanti kat akhirat berjemaah yer. Nak sangat jadi menteri atau kerajaan.. tak kira la kerajaan dulu atau sekarang.. sama je perangai. 

Generasi apa yang bakal dilahirkan ? Yang bakal untung ialah mereka dalam bidang insuran dan juga perubatan. Nak sakit , bukan murah dah sekarang. Walhal kos nak sihat , sangatlah menjimatkan tapi sayangnya rakyat Malaysia terdiri dari jutawan. Tak hairanlah pelbagai subsidi nak ditarik balik.. 


Makin ramai hisap vape atas alasan suka suka ?


Ketagihan dalam diam. 

Rasa rasa kerajaan Perpaduan ni nak dengar cakap tak ?


2024 ??



Diorang bukan kisah pun selagi diorang tak diistiyharkan oleh doktor yang mereka dah ada kanser paru paru. Hurm... Maaf cakap la.. menda gini bukan esok lusa kena tapi makan masa. Cuma menanti masa jer.. Sayangnya , ramai tak percaya... 



Biasalah manusia.. selagi dia rasa dia sihat.. dia ok je. Bila dah sakit.. masuk spital.. satu hal nak kena jaga dia lak. Kalau tak jaga , tau lak nak terasa hati. Dan kerajaan lak , tolong amik la staff penguatkusaan untuk memantau atau menyaman mereka yang langgar peraturan ni. 



 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Photoshoot dengan bro Tian Chad baru baru ni di DreamFitness, Nilai . Ok tak gambar ?  Hee..Lama dah nak buat tapi aku asyik tolak sebab 'badan belum sedia' ! Hahahaha.. macam nak masuk pertandingan lak. Nak kena diet ke sampai tak perlu makan ? Heee..aku pasti ramai menantikan jawapan ! 

Ada yang tanya, camana nak dapatkan  badan idaman tanpa perlu diet ni ?  Korang boleh makan apa saja nak makan ! Haaa.. camana ? Konsep suku suku pinggan tu korang boleh ikut. Fiber , protein dan karbohidrat. Tapi kalau aku la , aku ubah dari suku suku tu ke setengah suku ! Hahaha.. Protein mesti lebih sebab hari hari workout. 

Kedua.. telan mak atuk supplement yang ada di pasaran atau amik terus steroid. Dan yang aku tau la.. ada yang cucuk insulin bagai untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Tak pun, keluar duit skit.. sedut je lemak tu ! Makan je apa korang nak makan, bila berlemak.. kasi sedut ! 

Kalau takda duit.. buat cara aku ni. Dapat gak jimat duit dan pada masa yang sama impak banyak pada fizikal dan mental. InshaAllah , badan pun lebih sihat kesannya. Yelah , kita makan tak kerap dan makan makanan yang mampu kita bayar dan biasanya makanan yang sebenarlah.. seperti ayam , telur , ikan dan sayur sayuran. 


Perubahan ketara... buang gula , nampaklah raut wajah sebenar ! 

Maksud jaga makan ni ialah makan makanan yang sihat dan diperlukan badan saja. Sebagai contoh ya.. antara telur rebus dan burger , mana sihat ? Antara roti putih dan buah epal , mana sihat ? Dan air halia dengan air kopi viral , mana lagi sihat ? Haaa.. korang kena tanya perut korang.. apa yang dia perlukan ! Jangan tanya tekak.. tekak ni ikut lidah ! Kasi on jee.. apa yang masuk , dia rasa. Yang kena proses , perut. Yang baik , dia salurkan pada tubuh badan. Yang racun, tunggu masa nak meletup saja. Nak buang ? Makan masa woiiii ! 

Adakah semua ni semata mata untuk dapatkan badan cantik ? Tak pun. Macam kes aku ni , aku pernah ada Gerd , Anxiety , Tekanan Darah Tinggi , Diabetis ni.. aku rasa rasa dah nak kena dah berdasarkan dari simptom simptom yang aku rasa.. 

Ada baiknya.. korang yang dah umur 30an ni, ubahlah gaya hidup. Tak salah makan tapi jangan jadi macam lembu.. celik celik mata , meragut sampai nak tidur ! Kalau boleh.. masa tidur tu pun masih nak meragut. Ingat.. kita ni manusia yang cuma perlu makan sehari sekali dua jer. Lainlah kerja harian korang ni kena angkut balak , kelapa sawit atau bercucuk tanam ! Ni takat kerja kat opis.. aduh ! 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Seperti biasa... aku tunggu Qhaliff dan Zahra abis sekolah di hentian bas. Tiba tiba aku disapa oleh seseorang yang aku kenali. Bersalaman dan bertanya khabar. Kemudian dia ajukan satu pertanyaan pada aku. Kalau boleh , dia nak minta tunjuk ajar. Aku takda masalah. Jika aku ada ilmu mengenainya, aku kongsikan bersama. 

Dia pun bertanya. Aku pendekkan cerita , dia nak turunkan berat badan. Orangnya memang berisilah. Lelaki. Aku rasa kalau dia kurus . mesti lebih punya. Mungkin dia berisi sejak kawin. Anaknya pun ramai. 

Aku pun mula memberikan soalan soalan padanya. Dan benarlah.. makanan menjadi punca kepada masalah obesiti ni. Malah ianya ' berjangkit' kepada anak anak yang mana kita selalu akan katakan obesiiti disebabkan keturunan walhal mak ayahlah menjadi punca kepada permasalahan ini. Seperti aku dulu laa... 

Bersenam ? Yaa.. bersenam ni membantu untuk membakar lemak dan menguatkan otot. Jika nak kurus , memang digalakkan bersenam. Tapi yang paling utama ialah pemakanan. Jika pemakanan tak dikawal, maka bersenam sehari berjam jam lamanya pun tak membantu. 

Aku kasi contoh la.. Ada yang berbrisk walk  atau berbasikal berpuluh KM sehari.. tapi bila dah abis aktiviti , singgah kedai makan dan makan bersungguh sungguh. Siap minum air manis lagi ! Dengan berpegang pada prinsip 'makan la apa pun asalkan bersenam ! ' itulah menjadi punca kenapa perut masuk membusung dan pipi masih gebu ! 

Betul.. makanlah apa pun tapi biarlah makanan yang sebenarnya makanan. Ni gi makan roti canai la.. makan nasi kandar kuah banjir , fast food laa.. atau gi cari kedai makanan viral yang tinggi dengan kalori ! Aduh... tenanglah ! 

Apa yang kena buat lepas bersenam ialah recovery. Cari makanan yang membantu pemulihan tenaga dan otot. Rehat secukupnya. Part ni sangat penting. Stress pada tubuh badan membuatkan kita akan dapat penyakit lain lak. 

Sebenarnya mereka yang nak kurus ni tak susah pun. Tak perlu keluar duit untuk ambil coach. Korang cuma perlukan disiplin, komitmen dan fokus. Cari grup atau kawan kawan yang sama minat. Jangan kawan dengan mereka yang suka perlecehkan niat kita. 

Nak kurus ni tak susah tapi nak maintain kurus tu yang mencabar ! Kena tahu apa yang perlu kita makan.. bila nak makan.. kuantiti dan kualiti ! Tak perlu makan banyak pun sebenarnya. Jika cara kita betul , inshaAllah.. akan dapat badan idaman ! 

Nak berotot ? Angkat beban. Nak kurus , jaga makan. Nak maskulin.. buat dua dua ! Haaaa... Susah ? Perlu kita ingat.. makanan ada dua jenis. Satu makanan yang penuh nutrisi serta berkhasiat dan yang satu lagi , makanan yang nak korang mati cepat ! Sedap , menyelerakan di mata dan lidah tapi menderita di dalam perut ! Korang pilih..



 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Seingat aku laa.. aku mula angkat dumbell ni dek kerana badan aku mula membesar. Eh , pinggang ! Haaa.. Salah sendiri kerana tabiat makan tak kira masa dan jatuh cinta dengan roti canai banjir serta nasi kandar ! Aduh.. siang malam melantak.  Tau tau, badan serupa anak badak dah. Walhal mak aku jaga punya la slim aku dulu. Hahahaha.. 

Dan aku mula berusaha menurunkan berat badan melalui jogging , berbasikal dan main bola. Namun gagal capai target. Cuba lak cara layan besi. Beli barang dan letak di rumah. Semangat punya pasal.. bawak gak dumbell ke opis ! Hahaha.. Main waktu syif malam. Adeh.. kononnya la. 

Ke laut dalam gak. 

Akhirnya aku tebalkan muka ke gym. Segan sebenarnya sebab orang kata yang masuk gym ni, badan serupa dinasour. Awak badan serupa katak jer. Dan gym pertama aku masuk, terletak di Cheras.. Bionic Gym. Sampai skang masih wujud dan barang tetap sama. Padu weh barang dia. Old skol punya. 

Aku mencari fokus dan tujuan. Pastinya nak jaga kesihatan dan nak dapatkan badan idaman. Cuma masalah aku ialah aku buat secara natural ! Sekadar bergantung pada telur dan ayam. Ilmu pemakanan, teknik workout masa ni , kena bergantung pada pembacaan. Nak tanya otai otai.. jawab mereka mudah jer. 

" Ko elak je gula , garam , lemak dan minyak. ". Tu jer. 

Hahahaha.. adeh la. Maka aku pun buat la gitu tapi kenapa makin ke laut dalam terutama perut aku ! Nampak makin membusung. Dada dan biceps tu ada la berbentuk tapi perut tu haaa.. payah sungguh la part ni ! 

2007

Aku rajinkan buat kardio tapi masih gagal. Tak pee la. Aku kasi masa. Aku target dalam usia 30 , aku dapat badan cantik dah. Tapi takda la nak masuk pertandingan pon. Nak dapat badan ala ala model la gitu. Dapat masuk majalah pun jadilah. Hahaha.. masa tu laaa.. 

Akhirnya tercapai la.. Dapat masuk majalah tapi bukan sebab badan cantik pun ! Kerana karier aku je la. Badan , bagi aku bersebu bagai. Perasan je sado walhal buruk je bila tengok balik. Camana la aku tak perasan. 

Maka aku pun pasang la sasaran sekali lagi. Dari 30 ke 40. Kasi 10 tahun untuk dapatkan badan idaman. Dengan cara gitu, dapatlah aku ke gym hari hari tapi itulah hanyalah perancangan. Bila kehadiran anak sorang demi seorang , maka ke gym hari hari pun tak berbaloi sebab makin teruk perut aku. 

Punca ? 

Makan tak terkawal. Sebenarnya , aku kawal je makan tapi nak gak jadi. Bukan salah aku la.. Genetik ! Hahahaha.. Gitulah kata orang . Tak pun, diorang kata punca dah berkawin. Hormon punya pasal. Tak pe la.. memang dah sampai masa untuk boroi walaupun gi gym hari hari. 

Sebelum PKP

Rupa rupanya... salah sendiri. Ilmu kurang. Takat nak tarik besi angkat dumbell atau barbell belum mencukupkan lemak terbakar dengan banyaknya selagi ilmu pemakanan tak da ! Haaaa.. nak hilangkan perut buncit tu, kena tau bab pemakanan. Apa nak kena makan , apa yang perlu dielakkan dan bila kena makan ! Haaaa.. bukan main belasah jer weh ! 

Akhirnya... nak masuk 50 barulah dapat badan yang aku impikan. Tu pun belum puashati la.. Hahaha.. dapat gak la 6 packs tu haaa..Dan barulah aku faham maksud jaga makan tu ! Hehehehe.. Kesimpulannya , camana nak dapatkan semangat dan kekalkan momentum ke gym ni.. korang perlu ada target. Apa tujuan korang ke sana selain nak melepak dan healing ! Haaaa.. 

Jika dah capai target , kena ada target lain. Nak masuk pertandingan ? Aku.. lebih pada nak jaga kesihatan dan kuatkan otot supaya dapat membesarkan anak anak dengan baik. Inshaallah dan aku nak jadi contoh buat mereka.. Aktiviti sihat yang patut mereka ikut. Gituuuu... 


Ke gym ni bagus.. Workout ni bagus. Yang tak bagusnya bila korang terikut cara orang nak cepat dapat badan ! Hati hati.. boleh rosak kesihatan jika salah langkah. Dia punya kesan , bukan esok lusa tapi jangka panjang. Nayaaaa weh ! 
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku rasa aku ulang banyak kali dah cerita ni tapi tak pe la. Mungkin ada penambahan infomasi atau pengalaman aku dalam kehidupan sehari hari. Dalam bab pemakanan ni terutamanya , aku nampak makin ramai orang kita ni tak ambil kisah. Kata mereka , hidup sekali jer. Nikmatilah kehidupan.. dengan cara masing msing ! 

Betul. Aku tak nafikan. Nikmatilah ! 

Cuma... nak kasi tau la.. Berpada padalah. Kita jangan jadi macam lembu. Nak meragut je kerja. Pantang jumpa terus nak makan. Tak leh tengok sedap sikit. Kalau lapar dan memang kebuluran masa tu, makanlah. Tapi kalau tak perlu , tak yah la. Jangan la guna alasan nak support peniaga kita ! Hekler... Agak agak la alasan pun ! Peniaga tu sendiri pun patut tahu apakah makanan yang dijual tu berkhasiat dan memberi manfaat pada si pembeli. Kita kena jawab semua gak di akhirat. Jangan ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain seperti menjual makanan pada mereka yang kecanduan gula dan sebagainya. 

Sedih tau.. tengok yang membeli tu saudara sebangsa dan seagama ! Aku bukanlah nak bersikap perkauman ke apa tapi aku tak tau adat dan budaya bangsa lain tapi bangsa aku sendiri.. agama aku sendiri , aku tahu la. Agama Islam sendiri melarang kita makan makanan tidak berkhasiat malah kita diamanahkan untuk menjaga kesihatan. Contohi Rasulullah S.A.W.

Ok... cerita pasal nasi putih ni. Bila aku post di media sosial pasal nasi putih ni , ada la yang membangkang. Aku tau dah alasan alasan yang nak dicampakkan pada aku ni. Paling biasa.. tok nenek kita makan nasi , ok jer ! Takda masalah. Kau tu hidup zaman diorang ke ? Tau ke takda masalah ? Yeke diorang makan nasi hari hari ? Pas makan , diorang layan handphone ? Layan media sosial ? Tengok movie kat tv atau komputer ? Atau.. duduk atas kerusi buat kerja ? Ke mana tuk nenek kita lepas makan? Diorang turun bendang , ladang , kebun... guna 4 kederat buat kerja weh !! Tenaga mau pakai banyak. 

Zaman tak jaga makan

Dan lagi.. tuk nenek kita makan nasi dengan satu dua lauk je. Kita makan ? Siap air manis lagi haaa.. Pastu ada lagi makanan tambahan pastu ! Pergh... Yang masuk , mula mula.. dah gula. Pastu gula, gula dan gula ! 

Sederhana kata mereka ! Betul... memang sederhana ! Persoalannya, kau boleh ? Aku tak boleh ! Sebab tu aku berhenti terus. Aku tahu.. kalau aku makan nasi , aku akan ambil lauk yang sedap sedap. Dan kesudahannya akan bertambah. Aku tak boleh kawal nafsu makan. 

Dan kita kena sedia maklum.. beras sekarang tak sama dah dengan beras tuk nenek kita tu. Banyak beza weh ! Buat kajiam membaca sedikit ya.  Mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti aku. kena rajin rajin la elakkan makanan sebegini. Bukan tak boleh makan.. kena kurangkan dan kalau boleh elakkan jika ada pilihan makanan lain. 

Jap jap... apa maksud jika ada pilihan makanan lain ? Kalau ada lauk pauk saja.. makan je la lauk pauk. Fokus saja makan untuk kenyang. Makan untuk dapatkan nutrisi. Makan untuk sihat. Tu jer. Rasanya macam tu pun sedap dah kan ! 



Zaman jaga makan bermula dari tahun 2022 dan kesannya mula nampak pada tahun 2023. Alhamdulillah.





Kesimpulan.. nasi putih tak bersalah ! Yang bersalah ialah kita gagal kawal nafsu. Tapi aku tetap elakkan nasi putih sehingga keadaan memerlukan aku memakannya. Buat masa sekarang , aku selesa dengan keadaan sekarang terutama perut aku yang tidak lagi membuncit selepas makan. Aku tak lagi bermasalah selepas makan tengahari yang mana ramai orang sekarang ni , lepas makan tengahari.. mesti mengantuk ! Masalah insulin. Dan ini sangat tak bagus sama sekali. 

Solusinya ? Kalau korang nak makan nasi gak , aku kasi tips mudah. Dalam sepinggan makanan korang tu perlu ada sayuran , protein dan nasi. Mula mula makan dulu sayuran atau buah buahan ( fiber). Abiskan. Pastu baru abiskan protein seperti ikan , telur atau ayam. Sebelum nak makan nasi.. tanya perut dulu.. Dah cukup ke belum ? Kalau rasa lapar , baru makan nasi. Jika tidak , korang dah tau.. takat mana perut korang memerlukan makanan tu. 

Aku bukanlah coach atau pakar pemakanan tapi inilah yang aku buat selama ni yang mana sebelum ni aku ada masalah dengan kesihatan. Alhamdulillah , Allah beri kesempatan pada aku untuk ubah termasuk ahli keluarga dan juga rakan rakan yang memerlukan. 





 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Perhatikan anak anak kita terutama yang masih kecik tu. Yang dah boleh membaca terutamanya. Perhatikan mata mereka ketika mereka membaca. Takda masalah ? Kemudian tunjuk sesuatu yang jauh pula. Bagaimana reaksi dia ! Hurm... 

Ramai kanak kanak hidap miopia di zaman ni ! Punca ? 


 Apa maksud myopia (miopia)?

Miopia atau juga dikenali sebagai rabun jauh adalah keadaan di mana seseorang individu tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tiada masalah untuk melihat jelas objek yang dekat.  Apa yang menyebabkan masalah rabun jauh ini berlaku adalah keadaan bola mata anda yang terlalu panjang atau mempunyai kornea yang melengkung dan terlalu mencuram. Ia adalah masalah penglihatan yang sering berlaku pada kanak-kanak berusia sekitar 6 hingga 14 tahun.

Penglihatan yang kurang baik menjejaskan keupayaan dan pembelajaran kanak-kanak kerana menyukarkan mereka untuk melihat, belajar dan memahami. Oleh itu, masalah mata yang tidak dirawat awal boleh menjadi lebih buruk sehingga menjejaskan personaliti dan menyukarkan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Rabun jauh memang kelihatan tidak terlalu berbahaya tetapi keadaan ini boleh meningkatkan risiko kesan yang lain terhadap mata menyebabkan hilang penglihatan atau buta. Risau ? Benar.. Aku salah seorang yang berkacamata sejak dari usia 8  tahun lagi. Di kesan dek kerana duduk di belakang dalam kelas tapi tak nampak apa yang cikgu tulis di papan hitam ! Cikgu kesan dan minta arwah ayah bawa aku buat pemeriksaan mata. Dan , tadaaaa.. aku rabun jauh ! 

Tip pengurusan miopia dalam kalangan kanak-kanak : 

  •  Banyakkan aktiviti luar rumah sekurang-kurangnya sejam.
  •  Memakai perlindungan ultraviolet (UV) untuk mata ketika berada di luar rumah.
  •  Menggunakan gajet pada jarak mata yang selamat dengan postur tubuh yang betul.
  •  Rehatkan mata setiap 30 minit ketika membaca atau menggunakan gajet.
  •  Ambil makanan sihat.
  •  Dapatkan tidur yang cukup.
  •  Dapatkan pencahayaan yang cukup ketika membaca atau bermain dalam rumah.

Kredit : Harian Metro


Bagaimana pula dengan rabun dekat ? Punca ?  Masalah lain yang berkaitan kesihatan mata kanak-kanak selain miopia dan kesan daripada pandemik Covid-19 termasuklah ketegangan mata digital yang disebabkan peranti digital dan peningkatan masa skrin. Antara simptomnya ialah keletihan mata, mata kering, ketegangan mata, sakit kepala dan penglihatan kabur. Kecederaan mata juga boleh menjadi punca juga. 
Dan yang ketara sedang berlaku ialah obesiti di kalangan kanak-kanak meningkatkan risiko diabetes jenis dua dan penyakit mata disebabkan kencing manis. Selain itu ,perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan, misalnya penggunaan komputer atau tablet untuk kelas dan kerja sekolah,

Mak ayah kurang kesedaran mengenai betapa pentingnya pemeriksaan mata secara berkala kerana kelewatan diagnosis boleh mengakibatkan masalah mata yang lebih serius. Jika perasan anak anak ada simptom yang diperkatakan , cepat cepat dapatkan pemeriksaan dan juga rawatan. 

Selain itu, kita kena jaga juga pemakanan anak anak untuk kesihatan mata mereka juga. Antaranya melalui pemakanan dan juga ujian mata yang dilakukan sendiri. Kemudian , boleh juga buat pemeriksaan awal pada anak anak . Boleh guna cara di Hello Doktor ni. 



Jika mereka benar benar ada masalah dengan mata dan perlukan cermin mata... aku syorkan dapatkan tempahan awal di Eyes Vision Group di Sungei Wang, Kuala Lumpur ni. Mereka berpengalaman berpuluh tahun dah dalam bidang ni. Harga pun ikut bajet kita jer. InshaAllah berbaloi. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 


Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Bila sebut pasal baiki usus atau sembuhkan usus , ramai tanya camana nak buat ? Benda ni sebenarnya mudah je kalau reti guna Google ! Banyak artikal dah tulis pasal usus ni. Golongan bertauliah pun dah kasi tau cara. Kalau malas nak membaca , cari je video di platform lain seperti Tiktok dan Instagram. Ada je pakar pakar perubatan yang bertauliah kasi tips. Pastu boleh la buat perbandingan dengan mereka yang ada pengalaman dalam masalah ni.. macam aku dan ramai lagi. 

Ya.. aku pun dulu ada masalah usus ni. Aku tak tau. Dan aku pun tak ambil berat langsung pasal usus ni. Bagi aku.. USUS JE PUN ! Bukan hal besar. Aku lebih fokus pada jantung , buah pinggang , hati dan paru paru walhal usus dan perut inilah enjin utama pada semua organ organ tu. Kalau usus dan perut ni bermasalah , pergh.... haru biru sistem badan kita woo !! Terutama  sistem pertahanan diri. Mudah la jatuh sakit dan diserang virus ! Mau ??? 

Ya.. dulu aku ingat perut boroi aku tu cuma angin jer. Alaaa.. nanti kentut kentut , hilanglah. Atau berak berkali kali ! Tapi sebenarnya itu petanda kita sedang mencipta kesengsaraan pada diri kita sendiri. Tekanan darah tinggi , buasir , pedih ulu hati , asid refluks , gastrik , gerd , anxiety dan paling teruk.. kanser ! 


Bagaimana nak sembuhkan usus ? Ya.. melalui pemakanan yang sihat. Tapi sebelum tu.. yang ni ramai tak tau... sebenarnya diorang tahu tapi segan nak cerita. Diorang ada masalah sembelit ! Susah nak buang air besar. Kalau membuang pun tak lawas. Tak puas ! Boleh tahu dari melihat perut mereka , bau nafas , kulit muka yang tak sihat , mudah lesu dan cepat penat..

Camana nak kasi lawas perut ? Betulkan sistem pencernaan. Apa yang aku buat ialah mulakan dengan amalkan minum air halia. Aku tau.. korang mesti ingat aku nak promote air halia yang aku jual tu. Korang nak beli kat luar pun , tak pe.. aku cuma kongsikan cara aku buat untuk clearkan usus aku pada mula mula. 

Kemudian bila dah semakin ok , barulah aku kembali pada penjagaan pemakanan. Yang ni sangat penting. Kena tahu apa yang patut di makan dan apa yang kena elakkan ! Jangan main belasah. Menderita nanti ! 

Pastikan setiap pagi membuang dengan baik. Warna dan bentuk najis juga memainkan peranan. Boleh google cari info pasal ni. Pastu pastikan bersenam. Nak kurus tanpa bersenam tu ok je tapi bersenam ni banyak manfaat pada tubuh badan terutama usus. Sila Google ! 

Bila sistem pencernaan cantik.. barulah fokus pada probiotik dan prebiotik untuk sembuhkan usus. 


Berikut enam langkah boleh dilakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
  1. Makan lebih serat. ...
  2. Banyak minum air. ...
  3. Hadkan pengambilan kafein. ...
  4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya. ...
  5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak. ...
  6. Banyak bersenam. ...
  7. Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kebelakangan ni , aku perasan ramai manusia gi bersenam. Tak kira la berjalan kaki , berlair , berbasikal , main bola ke , badminton mahupun bowling. Antara sukan sukan ni, payah nak main selalu sebab kos. Nak main bolasepak sekarang, kena sewa padang. Nak jumpa padang percuma , payah dah terutama di kawasan bandar. Segalanya nak kena sewa ! Begitu gak badminton dan badminton. Sekali main, kena bayar..berdarah gak la hidung. Yang percuma , berlari dan berjalan. Haaa, mendaki pun ada yang percuma tapi tak leh selalu. 

Dan ramai pilih untuk ke gym. Tak kira lelaki atau perempuan. Bujang atau dah pun berkahwin. Bagi aku , tu lebih baik dari mereka abiskan masa di kedai mamak.. lepak , berbual , layan game sambil makan minum makanan tinggi gula dan karbohidrat ! 

Cuma sekarang ni.. nak bersukan, kos dia... bapak ah ! Nak berjalan kaki, kena pakai kasut. Nak pakai kasut lak , kononnya kena yang berkualiti baik. Barulah kaki tak sakit ! Yelah.. yang nak berjalan ni bukan usia 20an gitu. Dan cecah 40an pun!  Macam aku laaa.. Kalau pakai kasut murah, sakit kaki malam nanti. Dah esok malas pulak ! Hahaha.. ada je alasan kan ?

Kasut mahal.. di cari. Kemudian pakaian. Bagi aku , baju seluar ni tak kisah tapi tetap kena guna juga yang elok. Paling murah pun , RM20. Kalau tak malu macam aku , pakai je yang beli kat TikTok atau Lazada. Ada je banyak pilihan. Tapi kena baca dulu la review mereka yang dah beli. Kang beli nipis atau kurang kualiti.. Jadi pakai buang lak nanti. 

Begitu juga sukan sukan lain.. Badminton , kos besar ! Walaupun leh kongsi kongsi beli dan bayar sewa tapi mereka yang tak berkemampuan ? Sian ya.. Kena main depan umah je la. Asalkan berpeluh gitu. Bolasepak pun gitu gak. Sewa padang mahai woi ! Kasut bola pun dah mahal skang. 

Aku ? Aku memilih ke gym je la, hari hari. Bayar sebulan terus yurannya. RM120. Mahal ? Hurm.. Nak murah , buat sendiri gym di rumah. Beli set macam dalam gambar aku di bawah ni ... buat la sendiri. Cuma ada la beza skit layan kat rumah dan di gym. Kalau di gym, berdunia la skit dengan manusia lain terutama golongan manusia macam aku ni. Yang bekerja sendiri di rumah. 

Bercakap pasal gym ni.. aku perasan la kebelakangan ni. Mereka yang masuk gym berbayar mahal ni bukan lagi dah jenis jenis katang dan raksasa. Ramai yang berlemak pun rajin dah masuk. Bagus ! Cuma tu laaa... nak cakap ! Janganlah masuk gym pastu pasang niat nak dapatkan badan gempak macam abam abam berbadan maskulin tu ! Haa, berketul ketul otot mereka. 

Aku kongsi tips aku ya. Sekadar berkongsi je. Tak ikut , dah la. Bukan apa ya . Aku kesian je tengok golongan yang kena scam hidup hidup ni bila mereka ke gym ! Badan berlemak kaw kaw punya pastu nak kurus atau hilangkan lemak dalam sepantas yang boleh ! 

Persoalannya.. boleh ke ? 

Serius boleh weh ! Cuma ada risiko yang perlu difikirkan betul betul ! Tapi tu laaa.. kesian aku tengok. Aku juga dulu salah seorang mangsa ! Hahahaha.. nak salahkan sapa ? Sendiri yang cari penyakit dan terjebak. Nak cepat.. tapi makin lambat jadinya. 

Contoh ? 

Minum air tin yang tinggi gula , tinggi kafein yang kononnya boleh bantu bakar lemak. Kesudahannya amik pulak fat burner yang bertujan nak mencairkan lemak seterusnya akan jadi lebih lean. Baru otot otot keluar. 

Dapat ke ? Dapat laa.. memang otot mencair tapi kena la bergantung dengan benda tu.. Sampai bila ? Bila dah berhenti.. mula la dia naik semua dengan berganda ganda ! Haaa ! Lagi nayaaaa weh. Siap pakej anxiety , gerd dan sebagainya. Salah sendiri ! Tak tau cara ? Masalahnya menda menda tu pun sebenarnya tak bagus untuk diambil. Full stop ! 


Abis tu , abam abam sado tu ok je ? Kau nampak je ok.. tapi realitinya, diorang tak cerita abis pun. Diorang bukan ambil satu dua barang sehari. Macam macam makan . Kalau diorang kata diorang natural atau tak usik ubat ubatan tambahan , korang tengok je otot otot dan kulit mereka. Dari situ dah tau.  

Dan yang tak bestnya ialah.. bila mereka berjaya buat badan.. mereka ajar orang pula. Tapi bila mereka ajar , dan menekankan pemakanan sihat dan seimbang. Bagus tapi janganlah jadikan diri sendiri contoh kejayaan ! Hahahha.. 

Baru baru ni aku ke gym. Aku tengok ada tawaran menarik. Free air protein. Orang kasi kasi air tu sendiri kurus kering dan gemuk ! Diorang bekerja dalam pusat gym.. pasal apa diorang tak sado ? Hahaha.. Dah lama aku tengok diorang kerja situ. 

Aku bukanlah nak mengata atau kasi tau aku bagus ke apa.. tapi tulah realitinya. Aku pernah tanya kawan yang jual produk suppliment ni.. Dia amik tak ? Dia sengih je.. Hahahaa ! Tu belum founder produk tu. Haaa ! Malas la nak cerita panjang. Korang pun sedia maklum sebenarnya. 

 

Bagus la ramai semakin sedar akan nikmat kesihatan ni tapi tolonglah buat dengan cara yang betul. Biar lambat , asalkan selamat. Jangan tertipu dengan dakyah dakyah mereka yang nak amik kesempatan ke atas korang yang nak jaga kesihatan ni. 

Bukan apa.. nanti korang patah hati dan kesudahanya.. kembali lepak kat kedai kedai makan di malam hari ! Makan , makan dan makan. Pedulik laaaa.. Mati , tanam jer la ! Apa susah. Kan ? Tapi kalau terus mati, tak pe... Kalau sakit ? Ulang alik spital. Kena makan ubat ? Duit lagi.. camana tu ?

Golek kiri kanan , kita kena duri. Cuma pilihlah yang tidak memudaratkan... Heee. Realiti kehidupan sekarang. Kita ini adalah produk buat mereka yang nampak peluang untuk 'memanfaatkan' manusia lain. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (44)
    • ►  Julai 2025 (3)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ▼  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ▼  November 2024 (11)
      • Hilangkan perut buncit dengan cepat !
      • Kali ni berbaloi ke Melaka !
      • Guna steroid baru badan jadi ??
      • Aku tak hairan kalau vape dan rokok tak diharamkan...
      • Nak buat badan tapi tak nak diet !
      • Bagaimana nak kurus dan berotot tanpa bayaran sese...
      • Bagaimana nak kekalkan semangat ke gym ni ?
      • Hampir 3 tahun tak makan nasi putih !
      • Mata anak anak kita bermasalah ? Jangan tunggu lagi !
      • Rawat dan sembuhkan usus terlebih dahulu !
      • Scam dunia fitness !
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes