Kali ni berbaloi ke Melaka !
Melaka , sebuah negeri yang cukup bersejarah dalam Malaysia. Tapi Melaka ni adalah negeri ke dua terakhir aku nak pergi selain Johor. Kalau aku nak ke Johor pun sebab nak gi ziarah sahabat aku, Mat Gebu aka Adnan Ibrahim. Kalau tak sebab dia, aku pikir panjang nak ke sana terutama sekali jika nak gi melancong !
Heheee.. maaf tau ! Aku bukan tak suka ke sana. Melaka best , Johor best ! Tapi jalan raya nak ke sana menakutkan aku. Aku confirm anxiety kalau nak ke sana. Kereta laju laju. Aduh.. Masing masing macam nak terbang ke sana. Pelik sungguh. Pastu jammed satu hal lagi. Aduhai laa..
Lama dah tak ke Melaka. Takda sebab nak pergi. Kali ni kena gi gak ! Boleh je tak nak gi tapi sayang la pulak. Anak anak pun dah besar dan belajar mengenai sejarah Melaka. Jadi inilah peluang yang aku ada untuk mereka dekatkan diri dengan sejarah Melaka. Tak nak sekadar baca di buku teks tapi kena tengok depan mata juga.
Syok gi Melaka ni sebenarnya kena sehari dua sebelum hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang akan penuh dengan pengunjung dan juga rombongan. Sebenarnya memang best ramai ramai cuma sedikit serabut je la. Mungkin aku je kot rasa gitu. Hahaha.. faktor usia.
Ok.. aku cerita satu satu dulu eh.
Hotel : Aku sekeluarga menginap di Hatten Hotel yang terletak di Bandar Hilir. Hotel ni bagi aku sangat strategik. Kiri kanan ada pusat membeli belah. Nak letak kereta , kena naik tingkat atas. Macam aku ari tu , parking tingkat 6. Berpusing gak la nak naik atas. Masuk hari Jumaat , keluar Ahad , RM10. Tak tau berapa dia kira sehari jika parking mati.
Makan : Tak susah kalau nak cari makan. Asalkan ada duit. Makan dalam hotel pun sedap sebenarnya. Aku dah cuba sarapan pagi di situ. Memang puashati dan tak kedekut la bab makan. Senantiasa bertambah. Rasa pun sedap. Buah ada banyak. Sayur ada banyak gak. Protein , telur syiok woi ! Hahaha.. Ayam je satu jenis rasa. Pastu bab karbohidrat tu banyak la. Aku balun je. Hehehe..
Yang nak makan di luar.. jangan risau ! Bersebelahan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Kalau nak banyak makanan berjenama , gi Mahkota Parade. Nak masakan tempatan, leh keluar jalan jalan. Situ dekat ngan Menate dan banyak lagi. Restoran mamak pun ada. Cuma kena hati hati sebab Bangla pun ada meniaga makan. Hurm.. terkena 2 kali aku. Aku ingatkan mamak.. sekali.. Adeh.
Asam pedas ? Banyak ada jual cuma anak anak aku ni tak makan. Tu pasal kena cari kedai makan biasa jer. Nak masuk restoran dalam mall, harga dia dah boleh beli lauk pauk untuk seminggu aku sekeluarga. Hahaha.. kena berkira dah skang ni woo !
Gym dan Kolam renang : Yang dua ni memang wajib la aku check. Gym.. cool ! Bersih. Lokasi dia pun cun. Peralatan terurus dan terjaga. Kemas. Boleh la nak kasi peluh ketiak dan berketul skit skit. Kolam renang dia lak, kena ikut protokol la. Kena pakai pakaian mandi atau kena bukak baju jika pakai seluar trek. Hehee. Tak sanggup aku nak bukak baju. Malu ai...
Tempat Menarik : Jalan kaki jer. Sila menghala ke Dataran Pahlawan. Atau korang bukak je Google Maps dan akan nampak la pelbagai tempat tempat menarik tanpa perlu memandu pun ! Boleh dapat 10 ribu langkah dengan pantas.
Kalau bawak anak anak ,boleh je gi muzium. Ada banyak jenis muzium di sini. Syok ! Aku tak sempat nak bergambar semua. Cuaca panas. Alhamdulillah.. rezeki. Sepatutnya hujan tapi tu la.. Dapat berjalan jalan. Aku pun nak fokus pada anak anak. Kalau sibuk nak bergambar bervideo bagai, risau lak keselamatan diorang.
Antara muzium yang kami masuk ialah Muzium Rakyat , Muzium Tamadun Melaka dan apa tah satu lagi. Nak masuk Muzium Kesultanan Melayu Melaka tapi tak larat dah. Hahaha.. Yelah , pagi aku dah gi gym. Pastu jenjalan. Balik, aku gi gym semula. Pastu sambung jalan lagi. Memang aku nak bakar banyak banyak kalori yang ada.
Hatten Hotel. Bahaya bagi mereka yang ada banyak duit !
Gym dia.. aku kasi 7/10 bintang
Aku tak sangka si Aariz yang awalnya tak nak berjalan kat sini , ajak ulang berjalan lagi. Katanya best. Tu pun dia ajak jalan sebelah malam. Aku tak nak sebab malam hujan dan risau sebab.. hurm..Malas nak cerita dalam ni. Bosan.
Oh ya.. aku nasihatkan korang , sediakan tunai la kalau nak masuk ke muzium ya. Tak mahal pun. Setakat ni yang mahal pun macam nak naik benda berputar kat Menara Taming Sari tu jer. Yang lain bawah RM10 je setiap seorang. Boleh laa.. bukan selalu.
Jangan lupa singgah Pusat Kraf bawah Dataran Pahlawan tu ya. Banyak sangat kedai yang menjual barangan tapi pengunjung tak ramai. Sian tengok. Harap pihak bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu untuk menarik pengunjung ke bawah.
Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik yang tak sempat aku pergi. Aku malas nak memandu. Bila dah parking tu, memang malas dah nak keluar. Tingkat 6 weh ! Nak naik satu hal.. nak turun satu hal. Hahaha..
Apakah aku sekeluarga akan kembali ke Melaka ? InshaAllah.. selagi anak anak masih kecil , diorang berjalan ngan aku.. mesti aku usung mereka. Yelah , masing masing boleh mengekor mak ayah. Nanti dah besar.. malas dah diorang nak ikut. Huhuh..
Ahad.. check out awal. Lepas sarapan pagi terus balik. Alhamdulillah.. jalan clear dan tenang di awal pagi.
1 comments
masalahnya pergi melaka tak pernahnya hujan,mesti panas berdetingmpastu balik demam ahahahhaha
BalasPadam