Rawat dan sembuhkan usus terlebih dahulu !
Bila sebut pasal baiki usus atau sembuhkan usus , ramai tanya camana nak buat ? Benda ni sebenarnya mudah je kalau reti guna Google ! Banyak artikal dah tulis pasal usus ni. Golongan bertauliah pun dah kasi tau cara. Kalau malas nak membaca , cari je video di platform lain seperti Tiktok dan Instagram. Ada je pakar pakar perubatan yang bertauliah kasi tips. Pastu boleh la buat perbandingan dengan mereka yang ada pengalaman dalam masalah ni.. macam aku dan ramai lagi.
Ya.. aku pun dulu ada masalah usus ni. Aku tak tau. Dan aku pun tak ambil berat langsung pasal usus ni. Bagi aku.. USUS JE PUN ! Bukan hal besar. Aku lebih fokus pada jantung , buah pinggang , hati dan paru paru walhal usus dan perut inilah enjin utama pada semua organ organ tu. Kalau usus dan perut ni bermasalah , pergh.... haru biru sistem badan kita woo !! Terutama sistem pertahanan diri. Mudah la jatuh sakit dan diserang virus ! Mau ???
Ya.. dulu aku ingat perut boroi aku tu cuma angin jer. Alaaa.. nanti kentut kentut , hilanglah. Atau berak berkali kali ! Tapi sebenarnya itu petanda kita sedang mencipta kesengsaraan pada diri kita sendiri. Tekanan darah tinggi , buasir , pedih ulu hati , asid refluks , gastrik , gerd , anxiety dan paling teruk.. kanser !
Bagaimana nak sembuhkan usus ? Ya.. melalui pemakanan yang sihat. Tapi sebelum tu.. yang ni ramai tak tau... sebenarnya diorang tahu tapi segan nak cerita. Diorang ada masalah sembelit ! Susah nak buang air besar. Kalau membuang pun tak lawas. Tak puas ! Boleh tahu dari melihat perut mereka , bau nafas , kulit muka yang tak sihat , mudah lesu dan cepat penat..
Camana nak kasi lawas perut ? Betulkan sistem pencernaan. Apa yang aku buat ialah mulakan dengan amalkan minum air halia. Aku tau.. korang mesti ingat aku nak promote air halia yang aku jual tu. Korang nak beli kat luar pun , tak pe.. aku cuma kongsikan cara aku buat untuk clearkan usus aku pada mula mula.
Kemudian bila dah semakin ok , barulah aku kembali pada penjagaan pemakanan. Yang ni sangat penting. Kena tahu apa yang patut di makan dan apa yang kena elakkan ! Jangan main belasah. Menderita nanti !
Pastikan setiap pagi membuang dengan baik. Warna dan bentuk najis juga memainkan peranan. Boleh google cari info pasal ni. Pastu pastikan bersenam. Nak kurus tanpa bersenam tu ok je tapi bersenam ni banyak manfaat pada tubuh badan terutama usus. Sila Google !
Bila sistem pencernaan cantik.. barulah fokus pada probiotik dan prebiotik untuk sembuhkan usus.
Berikut enam langkah boleh dilakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
- Makan lebih serat. ...
- Banyak minum air. ...
- Hadkan pengambilan kafein. ...
- Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya. ...
- Makan diet berkhasiat yang rendah lemak. ...
- Banyak bersenam. ...
- Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat.
0 comments