BEN ASHAARI



2023

2024

Esok.. 1hb Januari 2025. Satu tahun yang bakal mencabar aku sebagai suri rumah. Qhaliff masuk sekolah menengah ! Si kakak sekolah pagi dan adik sekolah petang. Aku bakal berlari ke sana sini untuk menjemput dan menghantar anak anak. Pergh... Mencabar fizikal dan mental tu. Hahahaha.. Tak tau lagi camana. Cuma mungkin aku lega sedikit sebab Qhaliff balik lewat sedikit berbanding adiknya yang awal. Ada masa la nak ke sekolah dia. 

Esok juga hari lahir wife. Apa plan sambutan ? Puasa je la sebab jatuh 1 Rejab. Tapi plan nak ke masjid Putrajaya. Kat sana ada event menarik. Ada juga makanan percuma. Hahahaha.. Takkan tak nak makan kan ? Sesekali layan makanan percuma. Untuk wife , aku plan kasi hadiah je la. Dia nak cermin mata jer. Tengok la camana nanti. 

Aku... Rasanya untuk tahun 2025 ni , nak buat lean bulk. Besarkan sedikit badan tapi lebih lean dari sekarang. Kena makan banyak lagi protein dan besarkan skit bahagian back. Heee.. Kita buat secara natural. InshaAllah.

Bab kewangan ? InshaAllah.. aku takda plan nak kaya raya. Memadai untuk berduit jer. Tak nak hidup berhutang. Nanti mati, susah ahli keluarga. Makan pakai je la apa yang ada. Tak payah nak beria ria ikut cara orang. Sederhana saja sudah. 

Bab kesihatan.. aku plan nak dapatkan fat% bawah 10 dan juga visceral fat. Sekarang ni dah 11. Satu cabaran ni. Heee.. Apakah boleh berjaya ? Tak susah sebenarnya kalau dah tau tricknya. Cuma kena tahan nafsu makan di luar jer. Aku takda masalah sebenarnya tapi anak bini ni laaa.. Diorang nak makan luar. Aku kena rajin kasi ceramah kat mereka. Tapi... wife suka guna alasan.. PENAT KERJA. Adeh.. terus tewas. 

Apa pun. Selamat Tahun Baru 2025 ! Terima kasih kerana support aku sepanjang aku bergelar blogger ni ya. Jika ada salah dan silap, aku minta maaf. Korang pun, aku maafkan juga. Mana la tau.. kan. Haaa.. 

Semoga Allah berkati dan rahmati kita semua. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Pastikan 100% koko ! 

Lama dah sebenarnya aku tahu pasal khasiat coklat gelap atau dark chocolate ni. Cuma masa tu nak beli, payah nak dapat dan juga mahal ! Mencari di pasaraya , ada tu ada tapi masih ada gula ! Yang guna untuk buat kek pun ada tapi.. tu laa.. tak kena ngan tekak ! 

Ada yang tanya kandungan koko ni.. Untuk pengetahuan korang , koko mengandungi kalori, protein , karbohidrat , serat , kalsium , zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink ,tembaga, mangan , selenium , vitamin B1 , B2 , B3 ,B5, B6 , B12 , Vitamin A , Vitamin E dan Vitamin K  yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, coklat juga mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Coklat juga dapat membantu anak anda melegakan tekanan dan menenteramkan emosi mereka.! Banyak kan ? Haaa.. 

Coklat gelap mengandungi antioksidan khas yang dipanggil flavonoid yang boleh membantu melindungi jantung dan otak kita dengan merangsang hippocampus otak. Ini boleh menghasilkan tumpuan yang baik dan ingatan yang berkesan. 

Maka sebab itulah aku buatkan secawan hot choc setiap pagi selepas diorang minum air halia kunyit... sorang minum seteguk dua dulu , barulah menjamah makanan. Boleh je gak minum lepas makan. Ikut je keselesaan masing masing.. 

Untuk mereka yang kaki gym dan bersenam ni , dark coklat turut memberikan kebaikan pada otot otot tubuh badan. Boleh je minum sebelum dan selepas workout. Setiap kali amik, cuma separuh sudu jer. Tak perlu banyak pun. Sehari jadi satu sudu.. ngam ! Tak caya, boleh google sendiri manfaat dark choc ni pada mereka yang bersukan. 

7 Manfaat Dark Chocolate Untuk Kesihatan Yang Mesti Anda Tahu : 

1. Melancarkan Pengaliran Darah.
2.Meningkatkan Prestasi Otak
3.Mengurangkan risiko sakit jantung.
4. Sumber Antioksida Luar Biasa.
5. Bantu Mengurangkan Berat Badan.
6. Melindungi dan Mencantikan Kulit.
7 . Meningkatkan Daya Penglihatan.
8.Melindungi dan Mencantikan Kulit
9. Membantu Mengawal Paras 
Kolesterol
10. Membantu Merendahkan Tekanan Darah
11. Boleh Membantu 
Menurunkan Paras Gula Darah
12.  Baik untuk Sistem 
Penghadaman
13. Meningkatkan SEL STEM sebanyak 200%.


Buat masa ni sehingga lepas raya, aku plan nak buat lean bulk ! Jadi aku stop ambil whey protein sebagai makanan tambahan dan gantikan dengan dark choc ni. Bagusnya dark choc ni , dia tak bikin kau ketagihan. Kalau whey protein tu, dia punya keinginan nak minum tu lain macam. Aku perasan , setiap kali balik Kelantan , aku tak minum whey berhari hari , badan aku nampak lebih lean berbanding jika minum setiap hari ! 

Aku buat eksperimen dengan stop ambil whey dan ternyata.. hurm... Tak tau la kot kalau amik whey yang mahal mahal , kesannya lebih ok berbanding yang harga mampu beli ni ! Huhuhu.. 





Yogurt Greek + Pisang + Dark Choc + Madu Tualang = Padu bak hang ! 

Berminat , leh wasap : https://benjualkokopowder.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Tak lama lagi , cuti sekolah bakal bermula pastu masuk dah tahun 2025. Anak anak semakin membesar.  Sekejap je masa berlalu kan ? Kita sendiri pun semakin berusia. Perasan atau tidak, mereka yang dah masuk umur 40 ni , mata dah mula rabun. 

Rabun jauh.dan dekat! Pergh..Punca ? Banyak faktor. Antaranya penyakit la.. Sapa suruh tak jaga makan. Hahaha.. Dan satu lagi , faktor usia la. Tak leh nak wat apa dah. Kena terima seadanya. Nak cegah melalui pemakanan , rasanya cam terlewat tapi boleh je cuba. Mana tau kan ? 

Yang merisaukan bila melibatkan anak anak. Anak anak ni kalau mata bermasalah , diorang bukan tau sangat. Tapi kita boleh tahu melalui permerhatian kita. Antaranya tingkah laku mereka. Pastu boleh la cuba try test  buat ujikaji sendiri. Kalau betul bermasalah, bawa pemeriksaan pada pakar mata yang bertauliah. Dapatkan pengesahan dan nasihat. Jika perlukan kaca mata... baru buat tempahan. 

Itu anak.. kita yang dewasa pun gitu gak. Bila dah masuk usia 40 ni, kena pastikan dulu kita ni ada penyakit ke tidak da. Segalanya boleh bersangkut paut ! Bahaya wooo.. Buat pemeriksaan dulu dan dapatkan pengesahan serta nasihat. 

Jika kena buat cermin mata, tak yah risau la part harga tu. Ada je yang mampu milik dari anak hinggalah ke mak ayah. 






Pilhan frame yang comel serta kiut ! Sesuai ikut bentuk muka anak kecil kita


Untuk orang dewasa , jangan risau. Banyak je frame terkini termasuk juga kanta yang pelbagai warna malah ada transition. Maknanya boleh tukar dari cerah ke gelap bila kena cahaya. Berbaloi. Kalau macam aku ni, aku amik yang boleh guna sekali ketika bersukan. Frame tak berkarat tu penting atau guna je frame plastik yang mampu beli. Berbaloi ! 

Wife aku pun buat kat sini gak. Cantik frame dan kanta. Baru berapa ratus je. Hee.. kena belanja laa dia sebab hari jadi dia setiap awal tahun. Ni pun dah plan nak gi beli satu lagi untuk dia. Boleh guna ketika memandu di waktu siang. 


Bab kedai cermin mata ni, jangan risau. Diorang dah berpuluh tahun pengalaman dalam bidang kaca mata. Pelanggan mereka terdiri dari pelbagai bangsa malah ramai je pelancong asing datang membeli kerama aspek kepercayaan. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Ok.. cerita dia macam ni. Baru baru ni, aku jumpa seorang kenalan di Facebook. Dia nak tunjukkan satu produk kesihatan memandangkan aku suka bercerita pasal kesihatan di media sosial. Aku bersetujulah untuk jumpa walhal aku tak tau pun amenda produk yang dia nak cerita pada aku tu. 

Dan seperti yang dijanjikan , bertemulah kami. Terus bercerita pasal produk ni. Dia tunjuk beberapa testimoni mereka yang gunakan produk ni. Kebanyakkan golongan berumur dan bermasalah dengan sendi terutamanya lutut dan pinggang. 

Lutut ? Terus aku berminat. Teringat pada mak aku yang ada masalah lutut dan juga kawan aku yang ada slip disc. Jika produk ni bagus , boleh aku syorkan pada mereka tapi dengan syarat.. aku kena pakai dulu. Aku spesis sukar nak percaya bulat bulat melainkan aku dah rasa sendiri. 

Lagi pun aku sendiri ada masalah ngan lutut ni dek kerana cedera ketika main futsal. Setiap kali gi buat fisioterapi,  mau dekat RM200 la jugak terbang. Itu yang membuatkan aku nak tau lagi pasal produk ni. Kalau membantu mengurangkan  kesakitan , bagus la kan ? 

Aulora Pants... seluar yang dah lama popular di Malaysia. Aku tak tau pun ? Hahaha.. Dia pun cerita mengenai produk ni dan kelebihan Bila dia kata seluar ni ada FIR ( Far Infra Red ) dan memberi kesan pada peredaran darah seluruh badan kita , aku angguk faham. Penting weh bila melibatkan peredaran darah ni. Peredaran darah sangkut , kita susah woo ! Boleh kena stroke ! Tu pasal ramai mati mengejut zaman ni. 

Aku percaya keunikan serta teknologi  Infra Red yang ada pada seluar Aulora ni serta manfaatnya sebab aku kan pengguna setia halia dan tumeric. Malah minyak urut yang aku guna setiap hari tu pun memberi kesan pada saraf. Melancarkan peredaran darah adalah sangat penting yer. Dulu aku tak percaya tapi bila dah sakit.. baru nak percaya ! Hahahaah... 

Dia pun terus bercerita dan bercerita. Antara testimoni yang dia tunjukkan adalah dari Dato Siti Nurhaliza dan beberapa doktor pakar yang aku kenali di media sosial. Akhirnya dia hadiahkan aku dua pasang untuk aku cuba dulu. 

Nanti aku kasi feedback atau pandangan aku mengenai seluar ni pada rakan rakan di media sosial. Tu je.  Aku bersetuju.  Belian di buat pada malam Selasa dan Jumaat malam , sampai depan rumah melalui DHL ! Laju woo.. Barang dari luar negara. 

Di rumah.. aku tanya pada wife mengenai produk ni. Katanya ramai dah kawan kawan dia guna. Memang berbaloi katanya. Dah bertahun pun diorang pakai. Aku. cam er , kenapa aku tak tau ? Cuma harganya tu laa.. memang bikin terkejut tapi aku tak hairan pun sebab barang dari Japan ! Seluar jeans dari Japan pun harga memang beratus ! Bukan kaleng kaleng material. 



Made in Japan. Biasanya barang dibuat dari sana , memang berkualiti tinggi. 


Pakai seluar Aulora ni , automatik akan terasa seperti pakai knee guard juga ! Padu... Inilah yang aku rasa selepas aku sarungkan buat pertama kalinya ! Lutut aku yang dah 2 hari rasa sengal dek kerana main squat di gym, terasa lega sangat. Maaf ya, bukan pulih tau ! Kang korang ingat pakai seluar ni terus pulih sakit tu. Tak tak... dia membantu melegakan kesakitan. Mungkin darah dapat bergerak dengan baik kot lalu mengurangkan keradangan. 

Bayangkan jika kita hadiahkan pada mak ayah kita yang ada masalah lutut ni. Katanya untuk yang ada slip disc pun bagus. Yang nak gi umrah , haji atau travel sana sini.. memang sesuai sangat pakai seluar ni. Nak pakai mudah.. nak bukan pun mudah ! 

Aku pakai semalaman. Tidur nyenyak sebab seluar ni memberikan kehangatan pada si pemakainya. Ada seperti haba suam suam panas tapi tidak membuatkan kita berpeluh sama sekali. Selesa jer. Dan subuh, bangun tidur dengan tenang walaupun semalam  tidur agak lewat. 

Ok.. ni pandangan pertama aku pakai untuk pertama kali seluar Aulora ni. Oh yaa... kalau korang jenis nak buat duit , korang boleh jadi agen sekali. Tak perlu pegang stok pun. Order je secara online. Aku tak tau sangat part ni. Kalau nak tau , wasap je. Nanti aku kasi pada kawan aku yang lebih arif. Dia dah bertahun tahun dalam bisnes Aulora ni. Yang aku tau.. seluar Aulora ni memang bagus. Dengan izin Allah.

Wasap :  https://seluarauloraben.wasap.my/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Ramai komen atau private message aku bagitau muka dulu lagi nampak manis berbanding skang. Lagi nampak macho ! Aku tak nafikan la sebab dalam gambar memang nampak tua. Wife aku sendiri kata gitu. Tapi bila jumpa depan depan, pendapat mereka akan berubah sama sekali. Haaa.. gitu ! 

Aku tak kisah pun sebenarnya. Ikut la suka masing masing. Tapi tidak bagi aku. Wajah bulat aku dulu memang cukup mengerikan tiap kali aku melihat cermin atau gambar aku. Orang kata muka bulat ni manis dan muka 'kering' ni , orang kena kencing manis ! Hahaha.. realitinya ? Korang je yang tahu.

Di Threads , aku dapati ramai mula berminat nak turunkan berat badan dan mendapatkan badan impian. Setiap kali aku buat posting di situ , ada jer pertanyaan dan juga komen meminta tips dan juga pandangan. Menda menda ni sebenarnya kalau rajin membaca atau menonton video pendek di IG dan TT, korang akan dapat jawapannya. 

Nak buat cara aku ? Ok.. aku kasi tips mudah dan pantas. Modal tak besar malah menjimatkan. Pertama sekali , kita betulkan dulu insulin. Biasanya orang yang ada masalah lemak ni , mesti dah terlebih berat badan. Kan kan? Bermakna dia ada masalah insulin. 

Nak tau orang tu ada masalah insulin , senang jer.. Ada banyak tanda. Antaranya mudah mengantuk ! Mudah lesu. Ada tekanan darah tinggi. Perut buncit dan payah nak beri tumpuan. Banyak lagi.. korang google la yer. Belajar membaca dari pelbagai sumber dan dari situ , korang boleh bandingkan dengan diri sendiri.

Nak betulkan insulin ni , memang mencabar. Part ni ramai yang mudah putus asa sebab memerlukan komitmen yang tinggi dan juga kesabaran. Jika part ni gagal , maka bersedialah untuk jumpa doktor ! Penyakit 3 serangkai akan menjenguk kita. 


Perubahan ketara. Aku suka dengan keadaan sekarang. Banyak sangat perbezaan. 

 
Bertahun nak dapatkan 6 packs. Bukanlah nak menunjuk tapi ini pencapai tertinggi bagi mereka yang menjaga tubuh badan ! Hahahaha.. Orang yang ada 'durian' ni , bermakna dia benar benar komited dalam menjaga pemakanan dia ! 

Berbanding dulu... rujuk gambar bawah ni. Aku bukan gemuk pun sebenarnya tapi aku ada masalah dengan USUS ! Bila melibatkan usus ni , memang seluruh badan akan kacau bilau. Petanda awal masalah usus ialah sembelit ! Kalau tak betulkan part ni , bersedialah untuk penyakit lain seperti pedih ulu hati , kembung atau lebih mudah nak kata ialah.. GERD ! Perit broo.. perit ! Sebab nanti akan mai pulak ANXIETY ! Kalau pandang remeh bab usus ni.. memang naya la ! 

Camana nak sembuhkan usus ni ? Hurm.. aku dah tulis dalam blog ni. Korang bacalah satu satu. nanti akan dapat info pasal tu. Dan bila dapat membuang dengan baik , barulah baiki usus dengan pro dan prebiotik. 

Bila usus dah cantik.. insulin cantik. Nah.. barulah masuk part pemakanan berkhasiat. Yang ni korang boleh rujuk entri aku yang melibatkan 5P tu... berbaloi ikut cara tu ! Jangan risau part hilang nikmat dunia. Sesungguhnya , korang dah hilang nikmat dunia pun bila ada masalah usus ni. Tak pee.. ada hikmah ! 




Bila usus dah cantik.. makan pun dah betul , barulah senaman diutamakan. Tujuannya adalah fokus pada pembinaan otot. Fungsi otot ni sangatlah banyak. Korang jangan ingat otot ni untuk diperagakan pada pasangan jer yer ! Haaaaa.. Nampak smart tu , bonus tapi manfaat tu yang penting. Korang kena rajin membaca dan tonton video berkenaan kesihatan ni lebih kerap. Memang berbaloi..

Aku malas nak cerita panjang sebab aku nak korang dapat banyak input dan boleh juga berkongsi dengan aku bila aku ada buat posting di Facebook. Aku pun masih cetek ilmu. Banyak lagi nak kena belajar. 

Sekadar berkongsi pengalaman kehidupan... percuma jer ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Selalu aku baca ayat tu bila aku kata aku tak makan nasi. Betullah nasi tu tak bersalah. Gula tak bersalah. Kopi tak bersalah. Apa saja makanan atas dunia ni, semua tak bersalah. Yang bersalah adalah manusia. Manusia ni memang punca kepada segala masalah manusia yang lain. Hahahaha.. Kan ?

Kalau korang kaji beras sekarang dengan beras dulu, dah tak sama pun. Begitu juga dengan pemakanan yang lain. Dulu boleh makan tapi sekarang ? Nah.... nak makan pun takut dah ! Kenapa ? Jika dilihat dari sudut kandungan makanan tu.. ada antara kita mungkin paham beberapa menda jer . Yang selebihnya dia pun tak tau amenda tu ! Babi tukar nama pun dia tak sedar. Hahaha.. Dah nampak sedap.. balun je la. Kan ? 

Nasi tak bersalah. Yer.. betul. Kalau korang boleh makan , satu genggam sehari, ok la. Masalahnya, boleh ke ? Dengan pelbagai lauk pauk atas meja. Sedap sedap belaka.. ditambah dengan sambal belacan atau budu mahupun cencalok.. korang rasa segenggam nasi panas dah cukup ? Ikan bakar.. ulam ! Fuiyo.. terliur bhai !!

Kenapa aku tak makan nasi ? Aku ni sekadar bekerja dari rumah saja. Kederat 4 tulang ni pun aku gerakkan di gym jer. Selebihnya banyak guna kaki jer. Otot tangan tu jarang. Takat nak angkat barang ringan ringan..biasa la. Dalam erti kata lain, aku tak guna banyak tenaga sangat. Jadi untuk apa nasi ? Tang ni kena faham. 

Pakai di gym ? Hurm.. Aku bukan nak kasi badan besar pun. Aku tak mampu nak bela badan dengan memberi makan banyak banyak. Hahaha.. Kos woo. Maka fokus aku sekarang ni ialah menghilangkan segala lemak lemak yang ada terutama di bahagian perut ni. Dah berpuluh tahun bela.. ni masanya nak cairkan ! 

Aku rasa aku ulang cerita ni berkali dah dalam blog aku tapi tu la. Aku bukan ajak korang boikot nasi putih. Lagi pun nasi putih kita makan sekarang ni bukan nasi putih tempatan dah. Hahahaha. Import punya. Nah... kualiti camana pun tak tau la. Jadi aku fokus la makanan tempatan. Haaaa.. kan kan ? Cam telur ayam , ayam , ikan , buah buahan seperti pisang , tembikai dan kurma. Yer , kurma bukan tempatan tapi sangat berkhasiat. Begitu juga dengan walnut dan almond. Sehari tiga pat biji je aku telan. Tu pun bila kelaparan. 


Mengoda sungguh pulut kuning tapi kena tahan nafsu !  

Telur dan kimchi. Bagus untuk perut. 

Awal pagi.. rutin bergambar ! Masa ni la nampak kering skit. Kang dah minum dan makan, boroi dah.

Sebenarnya aku dapat satu alternatif untuk berhenti minum whey protein ni. Aku dapati lambakan whey sekarang ni di pasaran cam payah dah nak jumpa yang benar benar berkesan pada otot. Aku malas nak cerita pasal ni. Korang yang selalu guna whey , mesti tau dah. 

Maka aku sekarang guna dark chocolate jer atau koko ni. 100% serbuk koko tanpa alkali. Dia punya rasa pahit. Manfaat pada tubuh badan banyak ! Tinggi dengan nutrisi dan berguna pada otot selepas workout. Nah.. yang ni korang boleh google sendiri. Kang aku cerita , korang cakap aku sekadar nak jual produk lak. 

Alhamdulillah.. dia tak bikin ketagih tapi berupaya menghilangkan ketagihan pada minuman manis. Dan yang paling syok, kalau minum ,malam hari.. bangun pagi rasa segar sangat ! Tak macam minum kopi. Haaaa.. Kalau check tekanan darah dan bacaan nadi juga cantik ! Dengan izin Allah. 

Maka aku tak perlukan nasi dan makanan sedap pun. Aku cuma perlukan makanan yang ada nutrisi tinggi dan makan sekali dua je sehari. 




Berminat , boleh wasap : https://benjualkokopowder.wasap.my/

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku kenal dunia roti ni sejak kecil lagi. Arwah ayah aku adalah peminat nombor 1. Dia akan makan roti sekeping dua bersama kopi kosong atau milo kosong. Dia cuma cicah jer. Tak banyak pun dia makan. Nasi , dia makan sikit jer. Dia memang jaga pemakanan dia dan dia ada penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. 

Aku jadi peminat roti terutama Gardenia dalam usia 20an. Aku akan beli untuk dibawa ke pejabat. Makan sarapan dan juga makan tengahari. Ala, yang coklat , vanilla dan strawberi tu la. Kononnya diet. Petangnya , gi gym. Balik rumah baru makan nasi. 

Tu dulu laa.. Dan aku pelik la kenapa susah sangat nak dapat six pack ! Workout beria dah. Siap buat kardio bagi.. jogging kau ! Hahahaha.. Rupa rupanya dah tua ni baru tau... apa yang aku makan tu semua tinggi gula termasuklah nasi ! 

Bila dah tau, aku ubat diet pemakanan aku. Aku fokus telur ayam saja. Sebenarnya , dari usia kecil lagi aku dah jadi peminat telur ni. Mak aku akan buatkan telur setengah masak setiap pagi. Dua butir wajib. Sedap weh ! Letak kicap. Hehehe.. Sado dari kecil rupanya. 

Bila aku dah tau punca kepada masalah perut aku ni, maka jauhilah pemakanan yang tidak menyihatkan termasuklah roti putih dan roti krim ni. Maaflah yaa.. walaupun korang kata makan je sekadar untuk rasa atau untuk bertenaga. lebih baik aku fokus pada real food jer ! Makanan yang sebenar makanan. 

Aku ni bukanlah anti pemakanan sedap ! Hahaha.. aku cuma nak ajak korang makan makanan yang sebenar. Bila kita makan makanan sebenar , kita hanya perlu makan 1-2 kali je sehari. Betapa jimatnya dan sihat tubuh badan kita termasuk mental. Takda la nak abiskan duit dengan membeli makanan yang tak berfaedah jer. 




Telur tinggi kolestrol ? Aku dah tulis pasal ni dalam entri yang lepas. Boleh baca di Betul ke kuning telur tinggi kolestrol ? Pelik sebenarnya. Ramai takut kolestrol dalam telur tapi tak takut gula dalam makanan dan minuman yang diorang makan hari hari tu ! Aiskrim, air manis, nasi putih , kopi dan macam macam lagi. Semua yang kita makan tu, akan bertukar jadi gula kecuali air putih ! Tau ke tak ? Haa... 

Bosan makan telur ? Sebenarnya itu alasan jer. Telur ni takda rasa. Jadi korang makan je la ngan kuah kuah yang ada depan mata. Bukan suruh hirup kuah tu ! Aku tau..korang nak kata kuah tu tinggi kalori. Sapa suruh hirup ? aku suh cicah buat ada rasa kalau dah boring nak makan kosong.

Macam aku buat ni... Apakah aku dah gemuk kembali sekarang ? 



Sesekali kita layan... baru betul ! Bukan hari hari. 

Berat aku dah kekal 80-82kg je sekarang ni. Hari hari makan telur lebih 10 biji. Alhamdulillah.. aku rasa lebih sihat berbanding sebelum ni yang makan macam macam. Aku rasa ramai dah ikut cara gini terutama mereka yang dah sedar dan insaf. Heeee.. 

Nak makan sedap tu boleh.. Tapi kena taulah nutrisi yang terkandung dalam tu. Dan tanya pada diri sendiri.. apakah makanan ni memberi kebaikan pada tubuh badan selain kenyang ? Elakkan makanan yang boleh berikan keradangan. Bahaya sama sekali ! 

Tepuk perut.. tanya selera anda ! Kesihatan anda.. hak anda. 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Mobile Legends: Bang Bang (ML) adalah salah satu permainan MOBA yang paling digemari di kalangan pemain di Malaysia. Punya jutaan pemain aktif, permainan ini menjadi lebih menarik apabila pemain dapat menggunakan skin eksklusif, hero baru, atau item istimewa yang diperoleh melalui diamond.

Namun, untuk mendapatkan diamond, pemain perlu melakukan top up dan di sinilah banyak kesalahan sering terjadi. Kesalahan dalam memilih platform top up bukan sahaja merugikan dari segi kewangan. Tetapi, kesalah top up ml juga boleh menyebabkan kehilangan data peribadi, akaun diretas, atau pengalaman bermain yang terganggu. Karena nya, sangat disarankan untuk gunakan platform top up semacam Lapakgaming.

Untuk itu, artikel ini akan membincangkan lima kesalahan umum yang sering dilakukan pemain ML saat memilih platform top up serta memberikan cara untuk menghindarinya.

1. Tidak Memeriksa Reputasi Platform
Kesalahan pertama yang sering dilakukan adalah tidak memeriksa reputasi platform sebelum melakukan top up. Banyak pemain tergoda dengan iklan menarik dari platform baru yang menawarkan harga murah tanpa mencari tahu apakah platform tersebut benar-benar terpercaya. Hasilnya, ramai yang menjadi mangsa penipuan di mana wang mereka hilang begitu sahaja tanpa menerima diamond.
Cara Menghindarinya:
●     Sebelum memilih platform top up, lakukan sedikit kajian. Cari ulasan atau testimoni dari pemain lain melalui forum permainan, media sosial, atau laman ulasan terpercaya.
●     Gunakan platform yang sudah lama beroperasi dan dikenali ramai, seperti Lapakgaming. Platform ini sering disarankan oleh pemain ML kerana telah terbukti aman dan mudah digunakan.
2. Tergoda Harga yang Terlalu Murah
Harga yang sangat rendah sering kali menjadi daya tarik bagi pemain yang ingin berjimat. Namun, tawaran harga yang terlalu murah berbanding pasaran biasanya menunjukkan tanda-tanda bahaya, seperti risiko penipuan atau transaksi yang tidak sah.
Beberapa platform mungkin menawarkan harga murah dengan menggunakan kaedah tidak rasmi yang boleh menyebabkan akaun permainan anda disekat.
Cara Menghindarinya:
●     Bandingkan harga di beberapa platform terpercaya untuk memahami harga pasaran yang wajar. Jangan mudah tergoda dengan tawaran yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.
●     Pilih platform yang memberikan harga kompetitif tetapi masih berada dalam julat yang logik. Lapakgaming, misalnya, menawarkan harga yang seimbang dengan promosi sah dan menarik.

3. Mengabaikan Aspek Keamanan dan Privasi
Ramai pemain tidak memeriksa apakah platform yang mereka gunakan memiliki sistem perlindungan data yang baik. Risiko ini boleh mengakibatkan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, alamat e-mel, atau data bank dicuri oleh pihak luar.
Cara Menghindarinya:
●     Pastikan platform top up menggunakan protokol keamanan seperti SSL (Secure Sockets Layer) untuk melindungi data pengguna.

●     Pilih platform yang hanya menggunakan kaedah pembayaran rasmi, seperti perbankan dalam talian, e-wallet, atau gerbang pembayaran yang diakui.

●     Hindari platform yang meminta maklumat sensitif secara langsung, seperti kata laluan akaun permainan anda.

4. Tidak Memanfaatkan Promosi Sah

Banyak pemain tidak menyedari adanya promosi sah yang ditawarkan oleh platform terpercaya. Sebaliknya, mereka mungkin tertarik pada promosi palsu dari platform yang tidak sah. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk mendapatkan lebih banyak diamond atau bonus tambahan.
Cara Menghindarinya:
●     Ikuti laman web rasmi atau media sosial platform terpercaya seperti Lapakgaming untuk mengetahui promosi terkini.

●     Pastikan promosi yang ditawarkan adalah asli dengan memeriksa laman rasmi permainan atau platform tersebut. Jika sesuatu kelihatan mencurigakan, lebih baik elakkan.

5. Tidak Memahami Keperluan Sendiri
Kesalahan terakhir yang sering dilakukan ialah tidak merancang pembelian diamond dengan baik. Ada pemain yang membeli terlalu banyak diamond, menyebabkan pemborosan, sementara ada pula yang membeli terlalu sedikit dan akhirnya perlu melakukan transaksi tambahan.
Cara Menghindarinya:
●     Tentukan terlebih dahulu keperluan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli skin eksklusif, hitung jumlah diamond yang diperlukan sebelum melakukan top up.

●     Manfaatkan promosi untuk mendapatkan jumlah diamond yang lebih banyak dengan harga lebih rendah. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak wang untuk pembelian lain.

Salah satu aspek penting dalam memilih platform top up adalah adanya sokongan pelanggan yang responsif. Ramai pemain tidak memeriksa sama ada platform pilihan mereka menyediakan bantuan jika terjadi masalah seperti transaksi gagal atau diamond tidak masuk.

Cara Menghindarinya:
●     Pilih platform yang menyediakan sokongan pelanggan 24/7. Sokongan ini penting untuk membantu anda menyelesaikan masalah dengan segera.
●     Uji sokongan pelanggan dengan bertanya soalan mudah sebelum melakukan transaksi. Respons yang cepat dan ramah adalah tanda platform terpercaya.

7. Terburu-buru dalam Memilih Platform
Pemain sering kali terburu-buru dalam memilih platform top up kerana ingin segera mendapatkan diamond. Keputusan yang tergesa-gesa ini sering kali membawa kepada kesalahan yang merugikan.
Cara Menghindarinya:
●     Luangkan sedikit masa untuk menyemak beberapa pilihan platform sebelum membuat keputusan. Ini akan membantu anda memastikan platform tersebut aman dan sesuai dengan keperluan anda.

●     Gunakan platform yang sudah dikenali oleh komuniti permainan dan memiliki reputasi baik.
Kesalahan dalam memilih platform top up boleh menyebabkan pelbagai masalah. Masalah tersebut termasuk kehilangan wang, data peribadi yang dicuri, atau akaun permainan yang disekat. Tentu dengan menghindari lima kesalahan utama ini anda dapat memastikan pengalaman top up yang lebih selamat dan memuaskan.
Jangan biarkan kesalahan kecil mengganggu pengalaman bermain anda. Pilihlah platform top up terpercaya, rancang pembelian anda dengan baik, dan nikmati permainan Mobile Legends tanpa kebimbangan!
Platform seperti Lapakgaming menawarkan semua ciri yang diperlukan untuk transaksi top up yang lancar. Ini termasuk reputasi yang baik, keamanan data, promosi menarik, dan sokongan pelanggan yang responsif.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2025 (40)
    • ►  Jun 2025 (3)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ▼  2024 (170)
    • ▼  Disember 2024 (9)
      • Selamat Datang 2025 !
      • Kenapa anak anak kita kena kasi minum dark chocola...
      • Tanda tanda mata sudah rabun !
      • Berbaloi ke beli seluar Aulora ni ?
      • Nak tips hilangkan tembam di muka ?
      • Sungguh ke tak makan nasi ? Nasi tak bersalah pun !
      • Kenapa perlu makan roti sedangkan boleh makan telur ?
      • 5 Kesalahan Umum saat Memilih Platform Top Up dan ...
      • Hadiah Zahra untuk harijadi aku yang ke..
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes