Betul ke kuning telur tu tinggi kolestrol ?
Aku mula makan telur ayam ni , sejak dari bangku sekolah lagi. Mak aku rajin buatkan telur setengah masak setiap pagi sebelum ke sekolah. Tambah sedikit kicap.. Fuh, menyelerakan ! Aku tak gemuk pun hari hari makan telur. Malah aku nampak lebih berfizikal berbanding adik beradik yang lain.
Masuk usia 20an , aku mula tukar bidang sukan. Dari bolasepak ke gym. Bukanlah aku nak masuk pertandingan bina badan pun tapi lebih pada nak berstamina memandangkan ketika tu, berat badan aku dah mulai lebih 100kg ! Tu pun aku tersedar selepas tak boleh pakai baju melayu 'tahun lepas' yang mana sebelum tu elok je muat muat.
Maka sejak keluar masuk gym , telur ayam dan susu low fat menjadi keutamaan perut aku. Badan aku nampak naik dan berotot tapi bahagian perut , gagal lagi untuk keluar six pack ! Hahahaha.. Aku pelik. Kardio pagi hari , gym malam hari. Siap layan sukan lain seperti badminton , jogging dan berbasikal. Tapi gagal bab nak hilangkan lemak ! Di mana salah aku ?
Eh.. terlari tajuk lak. Tu nanti aku cerita dalam entri akan datang. Isu kat sini , makan telur banyak banyak , tak risau sakit jantung ke ? Kan telur ayam tu tinggi kolestrol. Kalau mengikut kajian dulu , ya la kot .. Telur ni tinggi kolestrol terutama yang kuningnya. Aku pun buang kuningnya dulu. Dalam 10 biji telur ayam yang aku ambik , 5 biji mesti buang kuning telurnya.
Alhamdulillah.. sekarang umur aku pun nak cecah 50 dah. Hari hari makan telur ayam. Antara 5-10 biji tanpa buang kuning. Aku buat rebus je. Kalau buat setengah masak, rasanya akan kembung dengan angin pastu. Tak berani dah. Masa muda muda , ok la tapi aku tak galakkan la setengah masak ni dah.
Takkan nak makan telur rebus macam tu jer ? Laaa... kalau tak nak makan macam tu jer , letak kuah atau lauk lauk lain. Makan bersama. Macam kes aku ni.. dah bertahun tak makan nasi putih , maka aku makan je telur ni dengan sayur atau lauk lain seperti di dalam gambar di bawah.
Kalau risau dengan fakta atau masing berpegang pada telur mengandungi kolestrol tinggi , maka makan la 1-3 biji sehari. Banyak manfaat telur ni. Daripada dok bedal makanan ultra proses atau tinggi karbohidrat yang akan bertukar menjadi gula seterusnya memberi keradangan pada tubuh badan , baik makan telur ni. Takkan la kolestrol masuk dalam badan kita bertukar jadi kolestrol ! Adeh...
Makan secara bersederhana jer. Yang pastinya , jauhkan 5 Putih ini untuk jaga tubuh badan kita dari tinggi keradangan.. Apakah 5 PUTIH itu ? Boleh baca di SINI.
Maintain berotot dengan makanan sebenar !
1 comments
fuhh nak kena follow balik diet nih, habis jahanam perut
BalasPadam