Malas camana sekali pun , pastikan 10 ribu langkah sehari !

by - Isnin, Julai 01, 2024

Aku cabar isteri aku untuk dapatkan 10 ribu langkah sehari. Dan disamping tu, jaga makan. Alhamdulillah, nampak sangat perbezaan pada fizikal dia terutama pada lengan , pinggang dan stamina. Malah sakit sakit badan turut berkurangan. Muka pun nampak berbeza berbanding sebelum ni. 

Aku turut ikut sama cuba dapatkan 10 ribu langkah sehari. Tak perlu berlari pun. Berjalan perlahan je pusing taman atau di pejabat. Kawal pernafasan dan tak perlu stress. Kalau dapat buat awal pagi , lagi syok. Ketika matahari naik , memang cantiklah tapi tu la.. kerja kan ! Tak pe..cuba buat pada hujung minggu. Jangan dihabiskan dengan tidur. Rugi sungguh masa terbuang gitu saja. Tidur awal, bangun awal. 

Cara aku dapatkan 10 ribu langkah di saat akhir.. waktu petang. Masa nak gi jemput Aariz pulang dari sekolah. Aku akan pergi seawal jam 5 petang. Cari tempat letak kereta yang selamat dan kemudian akan berjalan naik turun bukit di kawasan berdekatan sekolah. Aku ada 50 minit untuk berjalan. 

Sebelum ni, aku akan lepak dalam kereta dan layan telefon. Betapa ruginya petrol dan juga mencemari alam sekitar ! Kalau aku tahu, dari dulu aku buat macam ni. Jimat malah menyihatkan juga. Aku cadangkan korang buat gitu juga. Jika cuaca cantik... dari duduk dalam kereta tu, bawak bawak diri berjalan sekitar sekolah tu sementara tunggu anak keluar. Udara pun tak tercemar. 

Beli jam tangan pintar. Jangan sekadar kira langkah. Kalau boleh yang ada bacaan heart rate. Penting sebenarnya. Senantiasa check bacaan HR sewaktu bersenam dan juga tidur. Bacaan ketika bersenam jangan sampai melepasi had maksimun usia. 

Pernah aku rekod, ketika bermain badminton biasa biasa pun.. dia naik cukup tinggi berbanding aku bersenam di gym ! Nah.. sebab tu ada yang tumbang ketika bermain badminton. Nampak macam biasa tapi tinggi bacaan HR ! Begitu juga ketika brisk walk. Nampak macam sekadar berjalan tapi bacaan HR naik tinggi. Bila tinggi , kita rileks la sekejap. Jangan paksa diri tu.. 





Brisk walk ni bagus untuk hilangkan tekanan disebabkan kerja. Jangan pasang lagu di telinga. Nikmati kedamaian alam.  Jika selisih dengan mereka yang turut sama buat aktiviti seperti kita, senyum dan angkat tangan. Tak perlu sombong pun. 

Lepas berjalan , nak makan minum apa ? Kebanyakkan orang , gagal bab ni. Diorang akan makan makanan tinggi dengan karbohidrat dan gula. Nasihat aku , cari makanan yang tinggi dengan fiber dan protein seperti buah-buahan dan juga telur rebus. Kalau lapar lagi , baru cari karbohidrat seperti nasi. Pastikan segenggam je. 

Berjalanlah.. sapa tau satu hari nanti... kita dah tak boleh berjalan. Ketika tu , baru nak menyesal sebab sia siakan masa sihat. Oh ya... pastikan tempat nak kita berjalan tu , selamat ya. Jaga diri.
 

 Belikan jam pintar untuk rekodkan data terkumput  : https://s.lazada.com.my/s.9Nz65?cc

You May Also Like

0 comments