Jangan main main dengan anxiety ni !
Dulu bila kawan kawan kata dia tak datang kerja sebab gastrik, aku senyum je. Gastrik je kot ! Takat tak makan atau angin. Hurm... Tapi lepas wife aku kena gastrik , fuh... betul punya teruk berpusing jadinya sekeluarga. Awal awal kena , ambil ringan jer. Tapi bila dah melarat.. memang dia kata nak beranak pun tak sakit macam tu.
Kemudian bab kembung perut. Arwah ayah selalu mintak urut perut dia. Katanya kembung. Aku la tukang urut perut. Memang boleh dengar la angin di perut tu. Berlari lari angin tu. Nak kasi pecah bukan mudah. Skill mengurut kena ada. Kalau tak pecah , nak membuang pun payah. Mood jadi ke laut dalam. Boleh bikin hangin satu badan itu jam !
Aku lak.. ada masalah asid refluks , kembung perut dan juga tekanan darah tinggi. Asid refluks tu aku anggap biasa je sebab makan makanan pedas. Dia tendang balik. Rupa rupanya itu petanda usus kita mula rosak ! Jangan main main ya.
Dan ketika PKP.. pakat la makan makanan yang mudah dapat dan sedap seperti roti , kopi 3 in 1 , megi dan macam macam lagi la makanan yang mudah didapati. Nasi semua dah boring. Tanpa disedari , apa yang aku makan semua tu memudaratkan lagi perut aku. Aduh...
Aku diserang anxiety tanpa disedari. Jantung laju setiap kali baca berita tentang kematian disebabkan virus Covid 19. Semakin hampir.. dan jiran tetangga , saudara mara malah kawan kawan turut dijangkiti virus pembunuh ni. Ada yang meninggal dunia.. ada yang koma ! Allahuakhbar...
Punca anxiety ni antaranya gaya hidup satu tika dulu. Pemakanan, tidur tak cukup, tekanan perasaan dan juga sejarah lampau yang buruk. Gitulah... Macam aku ni , aku rasa laa.. punca dari pemakanan dan juga stress. Tak cukup rehat dan beban kerja.
Bab pemakanan lak , aku terlalu banyak ambil kafein dek kerana terpengaruh dengan dakyah kafein boleh membantu membakar lemak ! Betul tapi kena tahu hadnya. Bukan main balun jer. Dah la ngan kopi , bantai ngan preworkout dan juga fat burner ! Nah... kan dah naya tubuh badan di usia tua !
Selain kafein , nikotin dan juga alkohol tu boleh menyebabkan anxiety. Tapi aku takda la merokok atau minum arak ni haa... Aku lebih pada kafein jer. Ketagihan pada kopi ya juga ! Dek kerana rajin buat review makanan. Asal gi review makanan , mesti ada kopi ! Aduh... masa tu , sedap la balun. Bak orang tua tua kata.. nanti 40 , korang tau laa camana rasa. Macam macam penyakit mai weh !
Semakin ramai ada anxiety ni. Cuma mereka belum sedar jer. Macam kes baru baru ni aku tengok di TikTok.. perempuan ni bangga la dok promote produk dia yang mana boleh mengurangkan rasa debar dek kerana dia suka minum kopi. Dia cari solusi dengan mengurangkan debar ! Sepatutnya dia kena dah berhenti minum kopi tu. Tu dah tanda badan tinggi dengan kafein. Sudah sudah la minum kopi tu. Dah level ketagihan serupa penagih dadah ! Tak dapat kopi.. gigil ! Ko rasa.. tu sihat ke ?
Nasihat aku... ubah gaya hidup kalau korang dah ada simptom ketagihan kafein ni. Usus pun akan rosak. Jangan sampai dah parah , baru nak tepuk dahi. Bukan salah kopi tapi salah kita yang tak reti nak minum sekali sekala.
Selain anxiety, kena tahu juga bahaya kafein tinggi dalam badan ni. Tulang kita juga akan terkesan. Teruk wooo.. banyakkan membaca ya.
0 comments