Mereka ada 12 tahun jer bersama kita !

by - Selasa, Julai 02, 2024


Sekejap jer masa berlalu. Dari wife mengandung anak pertama hinggalah sekarang...3 orang anak ! Alhamdulillah.. masing masing membesar dalam blog aku. Semua aku cerita dalam ni. Si sulung dah pun 12 tahun dan tak lama lagi ke sekolah menengah. Takda perancangan nak hantar ke sekolah asrama atau mana mana sekolah jauh dari aku dan isteri. Kami punya perancangan untuk mereka. InshaAllah.

Melihat wajah seorang demi seorang... aku faham dah bagaimana arwah ayah aku sembunyikan kepenatan dia bekerja seharian. Dari awal pagi hingga malam hari. Makannya cuma apa yang terhidang atas meja dan disediakan oleh mak aku. Tak banyak cerita. Makan jer... 

Entahlah... zaman sekarang ramai dah berfikiran tak nak anak walaupun dah menikah secara halal. Aku dulu pun pernah ada fikiran tak nak kawin. Tak mampu nak bela anak orang. Nak bela diri sendiri pun tak mampu.. camana nak bela anak orang ? Tu dalam ada kerja. Tapi itulah.. kuasa Allah. Rezeki dariNya.. 

Semoga mereka membesar dan menjadi insan yang berguna pada agama , masyarakat dan negara. Jangan susahkan orang . Jangan tipu orang. Carilah keberkatan Allah. Redha Allah. Dengan ilmu yang ada tu.. manfaatkan. Janganlah dikejar dunia hingga terlupa akhirat. Tak lama pun kita atas dunia ni...

You May Also Like

0 comments