BEN ASHAARI




Beberapa hari sebelum peperiksaan pertengahan tahun, Aariz demam. Periksa suhu, dalam 37 macam tu jer tapi dia mula batuk berkahak dan selsema. Seminggu tak pergi sekolah. Tak buat swab sebab tak suspek dia ada influenza. Pastu sihat. Abis peperiksaan , dia demam semula. Tu pun selepas balik dari rumah mak aku. Lawat dia kurang sihat. Ikutkan nak pergi sorang je tapi mesti mak aku rindu cucu cucu dia. 

Esoknya badan dia panas semula. Dah tak pergi sekolah dua hari sebelum cuti penggal. Tak sedap hati..gi klinik buat swab test dan dia positif ! Kata doktor , dia dah dalam proses pemulihan dah pun. Bermakna masa seminggu masa tak sihat tu la dia dijangkiti influenza. Tapi doktor arahkan kitorang sekeluarga kuarantin beberapa hari. Adeh.. tak boleh balik Kelantan lagi ! Dan untuk ubat ubatan lak, doktor suruh beli di farmasi. Katanya ubat untuk influenza mahal sedikit. 

Seingat aku pun aku kena gak kot sebab ada simptom simptom seperti cirit birit , demam , batuk , sakit tekak dan sakit sakit sendi. Tapi aku tak swab test la. Cuma memang lembik aku seminggu tu. Betul betul hilang tenaga. 



Beberapa hari lepas aku kena, wife lak kena. Nasib baik dia cuma dua hari gitu je la lembik. Aku buatkan air herba kasi minum jer. Ubat demam pun guna Zahra punya. Oh , air herba apa ? Biasa la.. Halia#1 ditambah dengan cinnamon dan madu. Minum sepanjang hari. 

Dan semalam , Zahra pulak panas badan. Terus bawak gi klinik. Doktor kata suhu badan 38. Panas skit tapi paru paru , tekak semua ok. Suruh makan ubat demam dulu dan tengok sehari dua camana. Kalau demam dan batuk , bawa semula untuk swab. Jika dah sembuh , kena amik vaksin influenza untuk anak anak.. 




Aariz pulak...masuk hari ke 3, demam dia dah kebah.  Zahra pun gitu gak. Batuk Aariz , sesekali. Cergas dan selera makan tetap ada. Alhamdulillah... Duduk rumah dan layan monopoli solat je la jawabnya ! Tak berani nak balik Kelantan lagi walaupun diorang dah semakin sihat. Risau... nanti berjangkit lak dengan orang orang kat sana. Kasi sembuh betul betul. 

Sedikit info pasal Influenza dan tips kesihatan dari Dr.Azril. Nasib baik aku memang dah hentikan jajan dan makanan serta minuman yang tinggi gula pada anak anak dan fokus pada natural food jer.




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Berat badan aku sekarang , 82-83kg gitulah. Dari 90+kg, dah menurun banyak sejak aku jaga betul betul pemakanan aku. Tapi nak kata jaga 100% sampai tolak makanan sedap sedap tu, takda la pulak. Aku cuma elakkan makanan yang ultra process seperti fast food dan beberapa makanan kegemaran aku seperti burger , hot dog dan sebagainya la. Pastu aku tak lagi minum minuman bercampur 3 in 1. Diharamkan berada di rumah aku. Begitu juga biskut biskut serta roti roti berasaskan gandum yang mana satu tika dulu memang wajib beli ! 

Kesannya.. memang di luar jangkaan aku yang mana aku rasakan ianya satu perkara yang sangat mustahil boleh berlaku pada aku. Ingatkan kena amik ubat ubatan sampingan untuk membakar lemak lemak jahat di bahagian perut dan pinggang tapi rupa rupanya, tak perlu pun. 

Antara yang biasa aku dengar la kata kata mereka yang 'pakar' dalam bidang jaga badan ni.. kalau nak dapat badan cantik , kena jaga gula.. garam.. lemak.. dan minyak ! Haaa ! Serius betul dah tu tapi yang tak diberitahu, nak makan kalau kena cut gitu ? Adeh... semua makanan zaman ni ada bahan bahan gitu. Naya Rafizi cam ni !! 

Alhamdulillah... setelah buat sedikit kajian dan ujikaji, dalam tempoh beratus hari.. aku berjaya dapat badan idaman ! Hahahahah.. beratus hari ya. Bukan sehari dua. Kalau tak sabar , korang boleh telan ubat kurus. InshaAllah dapat badan idaman cepat pakej rosak buah pinggang. 

Aku cuma tak ambil gula putih , nasi putih , makanan berasaskan tepung gandum seperti roti putih , roti canai , biskut biskut dan fast food. Lain lain aku makan. Tapi aku utamakan masakan di rumah. Wife aku pun tahu apa dia kena masak untuk aku dan anak anak. Apa sajaaaaa ! Masak je la asalkan guna minyak zaitun Al'Ard. Bab minyak zaitun ni , banyak dah yang palsu ! Aku percaya jenama Al'Ard je buat masa ni. 

Orang kata minyak masak ni punca gemuk ! Aku tak tau la betul ke tak tapi yang aku pasti , setiap hari sesudu minyak zaitun memang wajib aku amik. Bahkan anak anak pun aku wajib ! Awal awal dulu payah tapi sekarang diorang dah tau dah... Rasanya pun berlemak jer. Boleh diterima tekak ! 

Minyak zaitun sangat berkhasiat untuk anak anak yer. Kalau tak percaya , korang boleh google sendiri. Kat Tiktok pun banyak video video dari pakar beritahu akan kebaikan minyak zaitun ni tapi korang kena pastikan ianya.... original ! Nak original... dapatkan Al'Ard jer. 



Alhamdulillah.. tekanan darah pun cantik dan terkawal sejak dua menjak ni. Bangun pagi mudah...bertenaga dan segar bugar ! Anak anak pun begitu jugak. Kalau nak gi sekolah tu , kalau tak nak sarapan , aku kasi je sesudu minyak zaitun. Bekal makanan memang wajib bawa kecuali Aariz yang seronok membeli di kantin. Baru belajar pegang duit kata orang dulu.. 

Kelebihan minyak zaitun ni banyak maka tak hairanlah kalau di luar negara tu banyak minyak zaitun palsu atas pelbagai jenama kemudian dilonggokkan di pelbagai negara termasuklah negara kita. Aku pun tak tau la kenapa tiada penguatkuasaan bab ni. Lemah ! Bila ada kes besar , baru kalut nak tarik balik. Lemah !!! 

Lagi beberapa hari nak gaji kan ? Nah... kalau berkemampuan , aku cadangkan korang gi ke website Al'Ard dan belillah sebotol atau setin dua minyak zaitun. Kalau nak menang pakej umrah , belilah yang First Harvest Limited Edition punya. Baru baru ni, mereka baru perkenalkan pemenang pemenang bulan Julai dan antaranya pakej umrah dan ke Palestin. Best !!! 

Kelebihan First Harvest ni dari sudut kualiti yang lebih tinggi berbanding yang Premium Organic. Kiranya macam baru je tuai , terus dibotolkan. Takda nak simpan simpan dulu. Cenggitulah... Apa pun, dah terbukti.. 2 bulan aku guna minyak zaitun , aku tak gemuk ! Nah... gambar aku kasi dah tu. Malah aku rasa lebih fit berbanding sebelum ni. Pernafasan aku lebih lancar dan terurus sekarang.. Alhamdulillah.





 Info : www.alard.my | www.alardproducts.my

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Ada kawan mesej aku di Tik Tok dan bertanya mengenai whey protein. Yang mana bagus untuk dia buat cutting dan menaikkan otot ? Hurm... Nampak mudah soalan tapi berat untuk aku jawab sebab aku bukanlah pakar bab ni. Aku pun banyak cuba nasib jer. 

Mereka yang main besi ni sedia maklum , ada macam macam produk makanan tambahan di luar sana. Persoalannya , yang mana berkesan untuk tubuh badan ? Bagi aku , kalau betul betul nak buat badan.. maka fokuskan pada makanan sebenar. Cari makanan yang tinggi protein dan khasiat setiap hari. Makanlah dalam jumlah yang diperlukan. 

Jika hari tu rasanya tak amik banyak makanan berasaskan protein ,barulah amik makanan tambahan seperti whey protein ni. Nak minum ari ari pun ok jer.. Sehari sekali dua jer. Nak lagi best , buat macam aku.. aku blend whey protein bersama almond, walnut dan pumpkin seed. Nah, dapat lebih protein dan juga zat yang lain.. yang original ! 

Bab whey ni.. ada yang bertanya pasal HALAL. Banyak je sekarang whey Halal terutama yang tempatan punya. Cuma korang kena baca betul betul kandungan dalam produk tu. Apakah 100% whey tanpa bahan tambahan dan juga sumber protein tu. 

Mana yang ok ? Tengok berapa bajet korang ada sebenarnya. Pastu tengok juga pada kekerapan korang nak guna dan fokus apa ? Nak besar ? Nak cut ? Atau nak lean ? Atau sekadar nak tambah berat ? Haaa... Kalau ada persoalan , korang boleh terus tanya kenalan aku ni yang dah bertahun jual suppliment.. InshaAllah dia boleh bantu.. 

Aku suka tukar tukar whey... boleh la tahu mana yang sesuai pada aku. 






Instagram :  https://www.instagram.com/gorilla_sport_nutrition/
Shopee : https://shopee.com.my/gorillasportnutrition
Whatsap : https://gorillasport.wasap.my/
Gorilla Nutrition Sport  : 3-G, CEMPAKA MALL, Jalan BBN 6/2b, Desa Cempaka, Nilai , 71800
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Ternampak la poster ni kat Facebook dengan beberapa bebelan dari rakan rakan wanita. Masing masing pakat la share dan berikan pendapat masing masing. Korang pun tau la pendapat camana yang diluahkan mereka. Pastinya kena hentam la brother kita ni. Adoilah.. 

Aku tak kenal diorang. Diorang pun tak kenal aku. Ok... adil ! Tapi bila masuk bab bab gini , aku rasa tak bijak betullah dia gi share di media sosial. Kau nak kawin berapa ? Apa kau nak buat.. lantak kamulah. Tapi yang jadi masalah, bila kau gi share ! Nak tunjuk wife kau bagus ? Kau berkemampuan sampai leh kawin berapa ? Baguslaah. Tapi semua ni akan membuatkan para suami macam aku akan dipersoalkan ketika nak mencekik ! Nak jawab camana ??? Nak pusing camana ?? Kiri kanan confirm kena. Kasi jawapan jujur , diorang tak percaya. Tak kasi jawapan , diorang kata bersekongkol ! Jawab ya ??? Aset semua atas nama bini woiiii ! 

Nak dijadikan ceritanya.. Malam tadi , sedang aku tgh masak di dapur. Nak habiskan sisa sisa makanan siang tadi dengan memanaskan semula. Ada daging dendeng dan ditambah dengan telur goreng setengah masak. Yummy... terliur dah aku tengok masakan aku sendiri. Takan Kerul Aming tu aku pukul abis laaa. Dap woo.. Takda resepi resepi ! Ni rahsia turun temurun. Huh ! Sibuk nak resepi !

Dah di penghujung masakan.. sekali wife datang kat aku. Dengan muka sejuta persoalan tak puashati ! Kemudian dia jarakkan sedikit dari aku. Risau aku peluk dia. Nanti batal wuduk dia. Dah ready nak solat Isya. Hahahaha... 

Kemudian dia tanya.." Abang.. apa pendapat abang mengenai kata kata ini.. Isteri pertama bla bla bla... isteri kedua bla bla bla..."

Aku kata dah ! Aku kata dah !! Hanya menanti masa saja untuk dia bertanya. Adoilah Abam Tesla woiiiiii !!! Ko punya pasal laaaaa ni !!! Aku nak masak pun dah hilang skill tetiba!!! Selera masih ada la. Masih terliur tengok daging dendeng yang wife aku masak siang tadi. Hee.. bukan aku masak. Aku panaskan semula jer. 

"Jawablah bang.. nak tau gak... " 

Dan aku pun jawablah... 

" Dia berkemampuan. Biarlah dia nak kawin berapa pun. Asalkan dia boleh jaga zahir dan batin. Dia muda lagi. Duit banyak. Bini dia pun setuju. Ok la tu. Dari dia ada skandal sana sini. Benda dah halal.. kawin je la.. " jawab aku dengan harapan dia terima. 

" Tak.. saya tanya.. ye ke isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai ? " tanya dia dengan senyuman.

Aku senyum. Aku jawab... " Pepatah tu diorang cipta masa tengah banyak duit. Cuba suh kasi pepatah masa dompet ada habuk kayu jer. Jangankan pepatah , suara pun takda ! Air mata bergelinangan jer.. Masa tu, bini yang ada pun silap silap nak tinggalkan dia ! 

Gitulah kehidupan. Kita tak tau kehidupan orang.. orang tak tau kehidupan kita... tapi kita sibuk dengan kehidupan orang walhal kehidupan sendiri tunggang langgang...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Walaupun Qhaliff baru Tahun 5 atau darjah 5 , aku masukkan dia sekali lagi ke bengkel persediaan untuk PKSK & UKKM yang bakal diadakan di Sirim , Selangor.  Kenapa ? Katanya , yang dia pergi baru baru ni mengubah cara pembelajaran dia dan juga dapat banyak tips tips pembelajaran yang lebih berkesan. 

Dan ternyata.. memang ujian baru baru ni dia kata dia dapat menjawab soalan dengan lebih berkeyakinan tinggi berbanding sebelum sebelum ni. Kelas online dan juga bengkel banyak membantu dia. Alhamdulillah. 

Terbaru.. aku dikhabarkan anak Dr. Sheikh Mustaphar , angkawasan negara pun anak join dan dia sendiri akan terlibat dalam bengkel tu. Apa dia akan buat , itulah bonus untuk anak anak yang sertai bengkel tu nanti. 

Banyak kelebihan anak anak kita kalau join bengkel Persediaan PKSK/UKKM ni. Bukan saja untuk masuk ke SBP atau MRSM tapi untuk ilmu pengetahuan mereka juga kerana apa yang diajar atau diturunkan ilmu berbeza dari di sekolah kerana mereka menggunakan pendekatan lebih mudah dan padu ! Tips tips yang diberikan... adalah cukup bermanfaat sama sekali. Maklumlah, mereka adalah guru guru berpengelaman dan dikategorikan guru guru bistari. Cenggitu.

Untuk bengkel kali ni, katanya akan dibuat di SIRIM, Shah Alam. Kuota pun dah nak penuh. Rugi la kalau tak join. Kalau ada duit, apa la sangat untuk anak anak. Lagi pun diorang akan jumpa ramai kawan kawan baru yang seangkatan dengan mereka. Yang nak join ni pastinya murid murid berkeyakinan tinggi ! 


 

Info lanjut di www.flyhigh.my atau boleh whatsapp terus ke wasap.my/60105433732


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Rutin hujung minggu sang isteri , siapkan pakaian anak anak ke sekolah sepanjang minggu. Dia uruskan bab seterika dan menyusun. Aku tak nak masuk campur tapi jika diperlukan , aku bantu la. Hee.. bukan apa.. kalau masuk campur, mesti tak kena kat mata dia. Maka malas nak buat kerja dua kali. 

Tiba tiba.. 

" Bang , seterika ni macam rosak jer ? " katanya, Lampu berkelip kelip dan tidak lagi panas. Hurm.. duit lagi ! Teringatkan kami beli kat Seng Heng , aku suh dia check waranti. Mana la tau kot kot masih dalam waranti. 

Tak jumpa lak. Tapi tak pe.. aku ajak dia ke Seng Heng Nilai petang tu gak. Bawa sekali seterika. Cuba nasib. Mana la tau kot kot ada rezeki dapat gantian. 


Di Seng Heng Bandar Baru Nilai , kami dilayan mesra. Aku beli handphone kat sini gak walaupun ada yang kata mahal tapi bagi aku berbaloi sebab waranti. Macam Samsung Note 20 Ultra aku baru baru ni, skrin rosak.. hantar sini dan tak cita banyak... terus diorang tukar skrin selagi mana handphone tu masih dalam waranti. 

Berbalik pada seterika ni... diorang check dan bagitau kami bernasib baik waranti tamat bulan 10. Maka diaorang kasi tukar one to one tapi dengan nilai yang sama. Alhamdulillah... lega dengar. Maka mencarilah wife seterika yang sesuai.. 

Ada beberapa pilihan. Cuma harganya lain sedikit la. Kena tambah wang ler. Tapi ok la dari kena bayar 100%. Tambah pun cuma berapa puluh ringgit. Dan waranti dapat semula 2 tahun. 




Aku test drive dan memang best iron ni. Cepat panas dan cepat sejuk bila dah tak digunakan. Licin pun licin ketika seterika. Pesanan aku , bab waranti ni penting. Beli kat kedai yang mudah bincang bab waranti. Ada kedai, sembang kencang. Bila rosak , dia suh kita hantar sendiri ke pengeluar. Giler ah !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments



Teringin makan tosei petang tu , maka sekeluarga ke restoran mamak berhampiran. Aku parking kereta dan dah terbau asap rokok sebab aku memang jenis suka buka tingkap kereta. Mata aku meliar mencari si perokok yang tak reti bahasa dan pentingkan diri sendiri tu. 

Dikesan. Ada dua kelompok. Satu geng remaja dengan vape dan satu lagi geng dewasa dengan rokok mereka. Mereka melakukan perbuatan menyedut tu di kawasan terbuka tapi mereka TAK TAU yang mana asap yang dilepaskan mereka tu , bukan bertukar jadi debu ! Angin bertiup dan boleh sampai ke lubang hidung manusia lain ! Ingat terus ke langit ke ???? 

Aku geleng kepala. Sedih. Berdekatan mereka ada beberapa keluarga bersama anak kecil sedang menikmati makanan mereka. Kami sekeluarga berjalan masuk ke dalam restoran. Mencari tempat di bawah kipas dengan harapan asap rokok atau vape tak menerjah lubang hidung. 

Sayangnya... tetap sampai juga asap rokok tersebut walaupun aku sedikit selsema ! Makin perit hidung aku. Asap rokok juga boleh bikin aku sakit kepala. Wife aku lak boleh kena migrain jika terbau asap rokok.

Nak bangun tegur ke tak ? Aku dah penat nak pergi tegur orang orang begini. Silap silap boleh bergaduh jadinya. Nak tak nak , cepat abiskan makanan dan aku pun ajak anak anak balik. 

Sian negara aku ni... undang undang dicipta untuk dilanggar....Ke laut dalam penguatkuasaan. Kalau tak cukup kaki tangan , amiklah staff tambahan bertaraf kontrak. Duit untuk bayar gaji ? Tuuu.. duit saman merokok vape boleh cover. Jangan risau.. aku nampak mereka yang merokok dan vape ni , orang orang berada...

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Makan nasi tak salah cuma kena kawal jumlah pengambilannya. Bila kata kena kawal , jumlah nasi yang perlu ada atas pinggan adalah berdasarkan penggunaan tenaga kita pada hari itu. Tak payah nak hitung berapa kalori bagai tapi kena tau apa kita punya aktiviti hari tu jer. Tapi masalahnya ramai beranggapan nasi itu penting ! 

Aku tak nak ulas part ni sebab bukan kemahiran aku. Tapi Alhamdulillah, 20 tahun aku keluar masuk gym berusaha nak dapatkan six pack , rupa rupanya hanya memerlukan beberapa bulan saja ! Kalau betul betul berdisiplin jaga makan , lagi cepat. 

Masalah utama sekarang ni , nak kekalkan ! Nak dapat tu satu kepayahan yang menjanjikan pulangan yang lumayan tapi camana nak kekalkan tanpa menyekat selera makan ! Hurm.. ramai tanya macam ni kat aku. Kalau boleh, tak nak la buang nasi bagai.Dia suka makan... camana tu ?

Senang jer. Kalau sekadar nak sihat , makanan dalam pinggan tu perlulah berkhasiat. Dan elakkan makan selepas jam 8 malam. Tidur awal dan jauhi gajet atau menonton cerita di lewat malam. Itu penting. Tidur lambat akan bikin badan kita stress. Sesuatu yang perlu dijauhi. 

Sarapan pagi satu hal lagi. Yang ni masih ramai dok berpegang kata sarapan pagi tu sangatlah penting. Kalau penting , makanlah tapi janganlah isi dengan makanan tinggi karbohidrat. Cuba amik telur rebus 2 biji atau buat je setengah masak. Atau paling tidak pun, kurma sebiji ke 3 biji. Dah. Nak gi pejabat je kan ? Banyak mana sangat kalori diperlukan ??? 

Tengahari nanti.. makan la banyak sikit. Tapi pastikan banyakkan protein dan fiber. Ikan bakar ke , ayam bakar ke.. kalau takda dua dua tu ? Makan je la real food. Jauhi makanan yang diproses. Kalau nak kurus atau turunkan berat badan la secara sihat. Ada coach kata , boleh makan semua tu tapi berpada padalah. Persoalannya, makanan tu sihat tak untuk anggota badan kita ? 




Manfaat dari disiplin yang aku buat tu , banyak. Alhamdulillah. Antaranya , tekanan darah aku terkawal yang mana sebelum ni aku ada HYPERTENSION tanpa perlu makan sebarang ubat. Aku dah ada HYPERTENSION ni dari umur 20an.  Aku ingat pesanan doktor tu. Kalau tak nak makan ubat , jaga makan ! 

Yer... aku stop gula putih dan apa saja makanan yang tidak sihat. Makan lewat malam pun aku stop. 

sesekali layan rojak mamak dan tosei tapi di waktu petang bukan malam !

Dapat badan cantik itu bonus apatah lagi tanpa perlu masukkan sebarang ubat ubatan sintetik untuk membakar lemak. Aku cuma amik whey protein jer. Tu pun jika hari tu aku tak makan cukup protein. Dan biasanya protein aku tu , aku campurkan dengan kekacang seperti almond , walnut dan seed.

Satu hal lagi.. bila kita amalkan disiplin pemakanan gini , bila jatuh sakit... inshaAllah tak teruk keradangannya. 


Semoga bermanfaat..

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Baru baru ni, aku sekeluarga ke IOI Mall Putrajaya. Cadangnya aku nak cari kasut sukan untuk diri sendiri di samping nak belanja anak anak makan. Sesekali... support ekonomi negara. Tiba tiba Zahra menjerit kecil. Aku pelik. Aku tanya kenapa ? Dia kata ada POPULAR ! Eh, sejak bila budak ni main POPULAR ? Dulu masa aku remaja, rajin la aku masuk ke POPULAR. Ramai awek awek kaki membaca melepak situ baca buku. Hee... kita usha awek baik baik jer. Cuci mata je. Tak berani pun nak ngorat. 

Aku kata pada dia, selepas selesai urusan utama , baru kita ke POPULAR. Dia jawab ok. Dan aku kenal anak anak aku ni. Diorang akan menuntut kata kata aku. Mak diorang lak, dah kepenatan berjalan sebab ikut aku cari kasut yang aku nak. Tapi sayangnya, semua tak berkenan. Dia pun mencari kasut gak. Tak jumpa. Yang membeli , si Aariz ! Beli raket baru ! Adeh..

Ke premis POPULAR dari tingkat bawah ke  tingkat 2 memang mencabar bagi mereka yang dah kepenatan. Nasib baik aku sejak kebelakangan ni rajin layan treadmill dan cross trainer dalam 45 minit setiap pagi n malam. Maka ok je berjalan sana sini dalam mall tu. Wife dah ajak balik. Aku tahu, Zahra akan hampa.

Masuk je POPULAR , Zahra kata nak ke bahagian komik ! Eh budak ni ??? Biar betul. Tahu ke mana bahagian komik ? Dia hilang dari mata. Mengelabah aku laki bini. Aku suruh wife cari bahagian kiri.. aku ke kanan. Aariz dan Qhaliff ikut aku. 

Akhirnya jumpa di bahagian yang dia katakan tu. Dia panggil aku dengan muka kegirangan. Hurm.. Dia tunjuk aku buku yang dia nak. Cerita faveret dia rupanya tapi ni dalam bentuk komik. Aku pun angkat dan tengok harga. Bapak ah ! Satu buku RM55. Ada 11 siri. Pergh.. ni kalau dia mintak dijadikan koleksi , berdarah jugak hidung aku. 

Wife pujuk dia amik komik yang lebih mudah dan dia akur. Dia pilih komik lain dan jumpa. Harga pun boleh tahan. Dalam RM15. Gulp... Tapi dah janji punya pasal.. amik je la. PUFFY POPCORN tajuknya. Spesis komik mata besar rambut comel comel gitu. 

Aku post ke media sosial. Kawan kawan di Facebook bagitau kalau beli kat Shopee lagi murah. Aku suruh wife check dan benar ! Harga dia belasan je berbanding kat POPULAR. Aku tak tau la bab originality ni. Dan Zahra tak kisah pun. Dia nak memiliki dan baca jer. 

Dan mak dia order satu...beberapa hari kemudian , dapat laa buku tu. Seronok dia ! Terus membaca di situ gak. Teringat aku masa zaman remaja yang giler baca komik dan majalah. Kedai buku memang sasaran hujung minggu. 


Ada kawan kawan mintak link. Ok, aku sertakan kat sini yer. Harap membantu. SPY X FAMILY (ENGLISH Comic) vol. 1-11 NEW at 1% off! RM12.78 only. Get it on Shopee now! https://shp.ee/ugzb2mj

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Jam 1 pagi , aku terasa perut aku memulas mulas. Dia punya memulas tu aku dah syak , mesti ada salah makan. Aku harap , aku je kena. Jangan kena kat anak anak. Sian diorang. Selepas membuang , aku kembali tidur. Dan jam jam berikutnya , aku bangun ke tandas. Serius..penat jadinya ! Aku tengok wife aku pun sama. Katanya dah dua kali ke tandas. Dia rasa dia tau apa puncanya. Memang dia dah cakap sebelum tu tapi aku buat tak endah. Alhamdulillah.. kami berdua je kena. 

Aku turun ke dapur dan bancuh air halia. Er, takkan halia boleh bantu ? Nape tak buat air teh pekat pekat ? Ada beberapa orang rakan yang beli Halia#1 guna ketika kena cirit birit dan berkesan ! Sebab teringat pasal tu la aku gi bancuh. 

Lepas minum secawan.. aku google cari info pasal ni untuk mengukuhkan lagi teori konspirasi aku. Dan ternyata ada kajian mengenainya..

" Halia ni juga salah satu bahan semulajadi yang memang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk legakan cirit-birit. Kaya dengan banyak bahan kimia tumbuhan bermanfaat yang disebut sebagai fitokimia. Sifatnya yang boleh kurangkan kekerapan dorongan untuk membuang. 

Selalunya, halia direbus bersama teh untuk dibuah teh halia. Sangat sedap dan sihat.Banyak lagi kebaikan halia ni antaranya mencegah masalah gastrointestinal seperti kembung perut, perut bergas dan mual.

Fitokimia ni berkaitan dengan fungsi untuk perangi jangkitan yang sebabkan cirit-birit. Contonya dalah kurangkan kesan menggigil akibat perut sakit serta ubah otot cramp pada saluran pencernaan untuk keluarkan sumber berlakunya diarrhea. " -  Neuroversiti


" Potensi penyembuhan halia menjadikan ia ubat yang berguna untuk merawat cirit-birit. Doktor timur telah menggunakan halia untuk merawat cirit-birit selama ribuan tahun. Halia menghangatkan perut dan merupakan tonik untuk sistem pencernaan. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang, analgesik, dan antibakteria yang membantu dalam menyembuhkan penyakit perut. Kesan antioksidannya mempunyai kesan positif terhadap kesihatan perut secara menyeluruh.

Minum teh halia boleh membantu memulihkan badan anda dan menambah cecair yang mungkin hilang semasa serangan cirit-birit. Biasanya, cirit-birit hanya akan berlangsung selama beberapa hari. Halia boleh membantu melegakan perut anda pada masa ini supaya pemulihan anda cepat dan selesa. " - Lifehealthdoctor

Sejujurnya , aku risau kena cirit birit ni sebab boleh sampai berhari hari lamanya ! Ada kawan sampai masuk wad dek kerana tersalah makan jer ! Teruk dia kena keracunan. Dan selepas kami minum secawan , perut aku terasa lega. Aku ke tandas sekali dua je tapi pembuangan aku menampakkan perbezaan. Tidak terasa perit seperti sebelum tu dan wife pula, katanya hanya sekali je membuang di pejabat pastu takda apa. 


Syukur pada Allah. Biasanya wife akan demam lepas cirit birit atau tak larat ke pejabat tapi kelmarin, dia ok jer. Aku je terasa sedekit lembik tapi tetap bersemangat gi gym. Heeee.. Nasib baik ada Halia#1 yang 100% asli tanpa campuran dan berkualiti. Kalau nak tunggu rebus , masing masing dah lembik dek kerana ulang alik ke tandas.. sapa je nak buatkan ? 

Nak serbuk Hali#1  ? Whatsapp sekarang sementara aku ada stok :  https://halia1.wasap.my/




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Awalnya aku nak beli kasut Camel seperti yang aku ceritakan pada posting blog yang lepas tapi setelah memikirkan dari sudut manfaat , aku batalkan niat. Aku tukar ke kasut untuk guna treadmill dan cross trainer. Bagi yang tak tau , kalau guna dua mesin ni awal pagi dan sebelum nak tidur dalam 20-30 minit, akan ternampak perbezaan pada tubuh badan. Ringan ringan je senaman. Tak perlu nak berat berat tapi nampak kesan. 

Aku ke IOI Mall. Cari kasut yang mampu bayar tapi berkualiti. Tak jumpa. Mahal mahal regenya. Biasanya aku akan cari di Al Ikhsan tapi rasanya aku cari di satu tempat yang aku rasa mudah dan banyak pilihan. Aku ke Mesa Mall. Situ ada OC @ Original Classic. Barang barang dalam tu harga mampu milik  dan berkualiti. Tak perlu risau part tiruan. 

Aku belek satu persatu. Dari satu jenama ke satu jenama. Cadangnya nak amik Under Armour atau Adidas. Tapi tertarik pulak dengan ASICS.  Aku mintak kat staff size aku dan try. Pergh... sedap ! Patutlah orang kata kalau dah try ASICS ni, akan jatuh cinta. 


Harga , lebih kurang je dengan jenama lain. Dalam RM170+ Tapi lengkungan kat depan tu bikin selesa kaki aku. Selama ni , kasut yang aku guna semua flat jer.. Jadi agak stress tapak kaki aku. Kali ni , sejam atas treamill atau cross trainer tu, aku lebih selesa. Alhamdulillah.. 

Kasut yang aku nak , mestilah ada warna striking. Heee.. bukan nak tarik perhatian orang tapi untuk keselamatan. Nak cari yang ada pembalik cahaya , mahal. Dan aku perasan bila ada warna striking ni, nampak mahal ! Hahahaha... 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Ni kira kasut ke sandal ? Aku tertengok kat Mitsui baru baru ni. Memang smart  sungguh la ! Aku memang gemar pakai kasut macam ni sejak sejak berumur. Masa muda dulu, pakai high heel jer. Hee.. tak la.. boots jer. 

Mesti tertanya kenapa kasut macam ni ? Pernah sekali la, aku terpijak kayu yang ada paku ! Pergh.. nasib baik tak tertembus. Kalau tidak , naya sungguh la tapak kaki aku tu. Maka sejak itulah aku memang pakai boots dan sandal begini. Dan wajib tutup depan tu sebab ada kes gak ! Ada sekali tu, ada benda berat jatuh atas kaki aku ! Kena kat hujung hujung kaki lak tu. Nasib baik sungguh la.

Berbalik kepada sandal di atas ni... jenama Camel. Harga dia memang berdarah hidung gak la dengan ekonomi macam sekarang ni. Terpaksa la aku buat kerja part time demi mendapatkan sandal tu. Aku pegang bendera parti politik sepanjang hari esok ! Boleh ? Hahahaa.. takda makna. 

Harga dalam RM300+. Tengah cari faktor utama kenapa aku perlu beli sebab ada dua jenama lagi yang sama bentuk kasut ni sedang jual murah gak. Cuma aku rasa kualiti menang kat Camel ni la. Yang satu tu, KEEN dan Nickerman... camtu la namanya. 

Hurm... payah kalau dah jatuh cinta ni. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Dulu aku dok baca posting kawan kawan jer pasal anak anak nak exam. Baru darjah 1 , dah kalut risau anak tak cemerlang. Tu belum darjah 6 yang mana akan menentukan hala tuju selepas tamat sekolah rendah. Nak masuk sekolah biasa atau ke sekolah sekolah khusus. 

Aku ada 3 orang anak. Masa berganti masa. Sekarang giliran aku pulak nak rasa risau walhal tak perlu pun sebenarnya tapi bila melihat posting kawan kawan menunjukkan kecemerlangan anak masing masing, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Bukan untuk aku menunjuk nunjuk di media sosial tapi untuk masa depan mereka juga. Aku tak harapkan mereka jadi Perdana Menteri atau Menteri Ekonomi tapi memadailah menjadi insan insan yang berguna pada negara dan agama. Jangan menipu orang ! Gitulah..

Belajar bersungguh sungguh untuk dapatkan seberapa banyak ilmu di dunia ini. Itulah pesan aku. Itulah saja harta yang boleh aku nak berikan pada mereka. 


Minggu depan ,  ujian pertengahan tahun. Semua terlibat. Walaupun aku kata tak penting tapi sebenarnya itulah kayu pengukur tahap pencapaian mereka buat masa ni. Nak tahu gak di mana level mereka buat masa ni. Yelah.. nak tau gak apakah mereka selama ini berjaya tangkap apa yang diajar di sekolah oleh cikgu mereka. Termasuk juga ketika masuk ke kelas online Fly High Training Centre. 

Alhamdulillah.. dengan bantuan guru guru berpengalaman , walaupun agak sukar pada awalnya mereka nak ikut tapi setelah beberapa ketika, mereka serasi dan berjaya ikut rentak tenaga pengajar. Rakan rakan sebaya dalam tu pun bijak bijak orangnya. Terasa tercabar la juga mereka. Baru nampak persaingan. 

 
Qhaliff dalam kelas Sains Tahun 5

Zahra , dalam kelas BM Tahun 3. 

Selain kelas online , Qhaliff yang bakal ke Tahun 6 lagi beberapa bulan telah sertai beberapa bengkel untuk memahirkan otaknya. Yelah.. berdepan dengan guru guru Bistari ni sesekali bagus ! Baru dia nampak sendiri  depan mata camana sebenarnya konsep , tips , teknik yang lebih pantas , tepat dan padu diajarkan. Alhamdulillah , baru baru ni dia join satu bengkel di MMU, Cyberjaya dan ternyata memberi impak terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu yang mana kedua dua subjek ni , dia agak lemah sedikit. Bukan sebab tak tau tapi kurang fokus ! Hurmm... 

Antara bengkel bengkel dalam masa terdekat yang bakal dianjurkan oleh Fly High Training Centre dan Qhaliff bakal sertai. Inshaallah ! Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel bengkel ni, korang boleh terus ke Page Rely Apps atau Fly High Training Centre. Ada banyak bengkel yang akan diadakan tidak lama lagi. Rugi la tak join ! 

Kalau ada duit , jangan berkira kira dengan anak anak. InshaAllah , kita akan lebih murah rezeki.






Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Berbulan cari yang sesuai. Macam macam jenis ada. Best best tapi harganya , fuh ! Mau dekat cecah 3 angka. Tapi pastinya berkualiti la dan tahan lasak. Aku nak cari yang tahan lasak. Bukan apa... bila aku nak tukar kepada phone lain, yang ni bila kasi kat wife atau anak anak, ianya dalam kondisi yang baik macam Samsung Note 20 Ultra dan Samsung Note 9 aku. Aku suka phone yang ada S Pen. Berbaloi. Hee...

Casing yang ni, dia boleh cover kamera belakang. Maklumlah, zaman ni orang boleh hack kamera kita tanpa kita ketahui. Sebagai langkah berjaga jaga... dan keselamatan. Kalau terjatuh atau ada menda tajam yang kita tak perasan.. mampu mencalarkan lens kamera. Nak tukar, bukan murah oiii ! 

Harga.. yang ni dalam RM36 jer tak termasuk penghantaran. Semalam beli kat Lazada , hari ni sampai. Laju gak. Aku pilih seller di Selangor jer. Tu pasal cepat. Malas nak cari jauh jauh dan kena tunggu berhari hari. 

Stand kat belakang tu menarik bagi aku. Besi dan nampak macam boleh tahan lama. Senang nak buat video kalau di gym. Aku kan cari makan dengan cara begini. Terpaksa la ada menda menda ni. Nak usung tripod malas. 

Kualiti casing , memang terbaik la. Cuba sedikit berat je la. Kalau baling anjing , confirm dia menjerit pastu kita menjerit gak la. Hahahaa.. Takkan nak baling kan ? Oh ya.. beli mana ? Lazada ajaaa dong !

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pagi pagi , nak makan apa ? Ini masalah sebenarnya bagi mereka yang dah set dalam kepala , pagi pagi kena makan ! Kalau tak makan , takda tenaga. Tak salah tapi sebenarnya, tak wajib pun nak kena makan pagi pagi ni. Malam tadi punya tenaga hasil makan malam pun belum digunakan lagi. Kan ? Lain la kalau tak makan malam tadi , nah.. pagi ni kena la makan skit tapi pastikan la yang berkhasiat.  Kena fikir semua ni memandangkan usia dah pun melebihi 40an malah mereka yang hidup ni tak kira usia pun dah kena fikirkan juga. Kena ubah dah cara hidup kita sekarang ni  memandangkan kos perubatan bukan lagi murah ! Lebih baik melabur dalam kesihatan ! 

Sebaiknya selepas bangun tidur , minum seteguk air suam dulu. Pastu ? Haa... aku akan amik sesudu minyak zaitun. Aku sedang amalkan minyak zaitun ni. Amalkan setiap hari ! Dulu bila teringat jer baru amik tu pun aku was was nak amik sebab tak tau nak guna brand yang mana satu. Nah , sekarang aku guna Al'Ard dari Palestin ! Yang LIMITED EDITION punya!  Dah hampir sebulan aku amalkan dan terasa perbezaan berbanding sebelum ini. 

Kemudian aku bersenam ringan seperti brisk walk atau jump rope. Kalau ada masa, aku terus gi gym dulu. Workout angkat beban bagus pagi pagi. Memang pastu akan terasa la abis banyak tenaga. Barulah makan pastu. Tapi fokus pada makanan tinggi protein dan fiber. Untuk lemak sihat, aku dah amik pagi pagi.. iaitu minyak zaitun ! 

Tadi aku ada sebut bab minyak zaitun Al'Ard yang LIMITED EDITION kan ? Haaa... PALESTINIAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL ( PEVOO ) LIMITED EDITION FIRST HARVEST. Apakah kelebihan dan manfaat untuk tubuh badan berbanding minyak zaitun yang lain ? Persoalan ini harus dijawab sebaik mungkin.. kan kan ? Heeee.. tauu ! 


Mesti ada kan ? Sebab tu korang baca artikal ni.

Alhamdulillah. Makin baik bacaan tekanan darah aku setiap pagi 

Untuk pengetahuan rakan rakan pembaca yang budiman termasuk aku jugalah , Palestine adalah tempat Asal Allah SWT menurunkan pohon zaitun ke dunia. Sebagai bukti, sepohon pokok zaitun tertua di dunia yang berusia lebih 5500 tahun kini masih hidup dan menghasilkan buah zaitun pada setiap musim di Palestine.

Minyak Zaitun FIRST HARVEST mengandungi 25 jenis Khasiat Polyphenols, Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Minyak Zaitun First Harvest Premium Organic Extra Virgin ini adalah hasil tuaian buah dari pokok zaitun asli di Palestine jenis Nabali, Roomy dan Souri yang telah ditanam sejak ratusan malahan ribuan tahun lalu.

Minyak Zaitun FIRST HARVEST adalah hasil dari pilihan buah zaitun hijau terbaik yang dipetik setiap biji dengan tangan serta diproses pada hari yang sama bagi mendapatkan minyak zaitun dengan kandungan khasiat  yang  jauh  lebih tinggi.

Kajian pakar telah menunjukkan bahawa buah yang dipetik dengan tangan akan mengekalkan kandungan khasiat 100%  kerana buah zaitun tersebut tidak akan rosak dan teroksida.  Kajian  menunjukkan bahawa pokok zaitun di kawasan tanah tinggi akan menghasilkan buah zaitun dengan khasiat antioksidan, vitamin dan  mineral yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pokok zaitun di kawasan tanah rendah dan lembah. Inilah di antara kelebihan utama minyak zaitun berkualiti tinggi dari Bumi Palestine. 

Info -  Alard.my


Bagi wanita mengandung pula , kajian terkini menunjukkan minyak zaitun extra virgin memberi KESAN POSITIF kepada perkembangan bayi (gestatition stage). Lemak asid yang ada pada minyak zaitun memberikan perkembangan baik kepada minda si bayi. Selain itu juga pengambilan minyak zaitun dalam makanan ibu yang mengandung, akan melahirkan bayi yang mempunyai berat, tinggi, dan tindak balas bayi yang baik. 

Jom Beli & Menang : LEBIH 400 HADIAH ISTIMEWA DARI PALESTINE. 




Bagi yang berkemampuan dan inginkan yang terbaik serta berkualiti tinggi , dapatkanlah PALESTINIAN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL ( PEVOO ) LIMITED EDITION FIRST HARVEST yang mana pada masa yang sama korang berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menyediakan hadiah hadiah menarik dari Al'Ard Palestin seperti pakej umrah dan berpeluang mengunjungi Palestin. 


Hadiah yang menanti mereka yang bertuah  : 

Setiap kotak produk Minyak Zaitun Alard FIRST HARVEST ada mengandungi Kad Penghargaan yang mempunyai Nombor Siri Tersendiri bermula dari Nombor 0001 sehingga 9999. 

Dengan adanya Kad Penghargaan dan Nombor Siri Istimewa ini, Tuan Puan telah layak untuk menyertai Cabutan Bertuah untuk memenangi 400 Hadiah Istimewa dari Palestine dan 4 Hadiah Utama. Hadiah Bernilai Lebih RM100,000.00 untuk dimilikki oleh lebih 400 orang pemenang. 

Syarikat Alard Palestinian Agri Products Co Ltd telah menyediakan lebih dari 400 hadiah Istimewa dari Palestine untuk lebih 400 orang Pemenang yang akan dipilih dari Cabutan Nombor Istimewa serta 4 Hadiah Utama untuk 4 orang pemenang bertuah. 

Di antara Hadiah Hadiah Utama yang telah disediakan adalah: 

2 Tiket untuk Pakej Umrah bagi seorang Pemenang dan ;

2 Tiket untuk Pakej Umrah dan Ziarah ke Palestine untuk seorang Pemenang. 

Serta Lebih 400 Hadiah Istimewa dari Palestine untuk Nombor Istimewa yang akan diumumkan nanti. 

Buat Maklumat Para Pengguna Semua. :

  • a) Setiap kotak produk FIRST HARVEST ada mengandungi Kad Penghargaan yang mempunyai Nombor Siri tersendiri bermula dari Nombor 0001 sehingga 9999. 
  • b) Bagi mengambil bahagian dalam Cabutan Nombor Bertuah ini, para pembeli perlu melakukan pendaftaran secara online dan nantikan tarikh Cabutan Bertuah tersebut. 
  • c) Para pembeli produk FIRST HARVEST yang telah melakukan pendaftaran boleh menyemak Nombor Siri Istimewa yang terpilih untuk memenangi hadiah Istimewa dari Palestine melalui website www.alard.my dan ikut arahan bagi mendapatkan hadiah yang telah disediakan. 
  • d) Cabutan Nombor Bertuah akan dilakukan pada tarikh yang akan diumumkan di website www.alard.my pada penghujung bulan June, August, September dan October 2023. 

Dan layari website www.alard.my untuk memenangi lebih daripada 400 Hadiah Istimewa dari Palestine. 

Cara cara nak sertai : 

Bagi yang telah membeli Produk Minyak Zaitun Alard First Harvest dan ingin mengambil bahagian dalam Cabutan Nombor Bertuah ini, para pembeli perlu melakukan pendaftaran Nombor Istimewa tersebut secara online.
.
Berikut adalah Panduan Pendaftaran Nombor Istimewa First Harvest Limited Edition: 

Langkah 1. 

Sila Scan QR Code yang tertera di atas kotak First Harvest Limited Edition. 

Kemudian klik “Alard Malaysia & Far East” (Sila rujuk gambar di bawah). 

Langkah 2. 

Seterusnya, klik "Pendaftaran First Harvest". Anda akan diarahkan ke halaman Whatsapp. 

Langkah 3. 

Paparan Chat Whatsapp akan keluar. 

Anda akan menerima borang pendaftaran secara automatik selepas klik Send. 

Sila isikan maklumat yang telah disediakan dan masukkan nombor siri berwarna merah yang tertera di atas kad (Kad Nombor Siri terdapat di dalam kotak First Harvest.
.
Untuk maklumat lanjut tentang pembelian First Harvest Limited Edition, sila layari laman web:
https://alard.my/penjual-kami/ 


Info lanjut : https://alard.my  | |https://alardproducts.my/
.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2023 (134)
    • ►  Oktober 2023 (1)
    • ►  September 2023 (14)
    • ▼  Ogos 2023 (17)
      • Demam on off tanda anak dijangkiti influenza ?
      • Kata orang , kalau nak kurus kena skip minyak ! Ta...
      • Whey Isolated HALAL !
      • Isteri pertama untuk dihargai , isteri kedua untuk...
      • Anak angkasawan negara pun sertai bengkel bersemuka !
      • Untung beli barang elektronik di Seng Heng
      • Rokok dan vape di restoran mamak , di mana penguat...
      • Perlu ke ambil ubat kurus untuk kurus ?
      • Beli komik SPY x FAMILY lebih murah di online !
      • Cirit birit keracunan makanan ? Cuba guna serbuk H...
      • Dari kasut Under Armour ke Asics lak.
      • Berkenan sungguh aku dengan kasut Camel ni !
      • Anak nak exam , aku yang cemas !
      • Akhirnya , dapat juga casing Samsung S23 Ultra yan...
      • Korang ada penyakit ni ? Maka amalkanlah sesudu mi...
      • Nak makan apa pagi pagi kalau tak nak makan nasi ??
      • Qhaliff lebih bersemangat selepas sertai bengkel p...
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (183)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes