BEN ASHAARI




Kali ke dua aku ke hotel ni. Malas nak keluar jauh jauh memandangkan wife pun payah nak amik cuti panjang dan juga dengan masalah yang sedang dihadapi oleh dunia masakini.. Yeargh..virus Covid 19. Maka , cuti dekat dekat dah la , kan ? Lagi pun setiap kos percutian masakini kena hitung. Ekonomi dunia tak begitu memberansangkan. Maka Best Western I-City, antara pilihan aku sekeluarga. 

Kenapa sini ? Ahaaa... ada water park sebelah siang yang mana sekarang promosi . Sebelah malam , ada i-City Theme Park yang pastinya anak anak akan suka sangat la.. Kiranya berbaloi la kalau nak buat percutian singkat sekeluarga. 



Dan lebih seronok check in pada hari Jumaat sebab makan malamnya ada BBQ Seafood ! Nah... aku dah try. Memang berbaloi la. Harga pun tak la mahal mana pun. Sesekali gitu. Dan makan hingga puas. All you can eat gitu ! 

Ok... jom layan video aku ni dulu. Oh ya... sebelum makan , boleh bergambar di sini. Cantik kalau pandai amik gambar dan kena pada sudutnya... mesti kawan kawan cemburu haaa ! 



Kalau tak nak makan BBQ Seafood , korang ada pelbagai pilihan lain lagi. Untuk anak anak , aiskrim dan manisan seperti kuih dan kek ada disajikan. Maka tak perlu nak risau gitu anak anak nak buat hal. Dan sini tempat untuk mereka bermain berlari pun ada. Luas. 

Sejujurnya , aku berpuashati makan di sini. Dengan suasana terbuka tapi kalau nak duduk dalam pun boleh. Aku nak santai santai.. lepak luar jer.. 












   

Amacam ? Hari pertama ni , aku abiskan masa di bilik jer. Esok , baru plan nak turun waterpark dan theme park. Hehehe.. Kalau dua dua hari nak gi theme park terutamanya, boleh bankrupt bapak dia ni. Hahahaha..  Takda la.. Gurau jer. Apa salahnya sesekali belanja anak anak kan ? Jangan kedekut gitu. Kan kan ? 

Untuk maklumat lanjut , korang boleh ke Facebook Best Western I-City Shah Alam yer.. Jangan malu malu. Semua info dan gambar menarik ada di sana. Kot la kalau gambar aku tak cukup menarik ! Huhhh ! Tak menarik eh ?????? 





Share
Tweet
Pin
Share
14 comments


Tonton dah ? Amacam ? Menarik tak pengalaman mereka ? Mereka ini adalah pelajar pelajar dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan atau Stikes Al Insyirah , PekanBaru di Riau. Kali ni trip NQ Services agak berbeza dari sebelum sebelum ini kerana para pelajarnya terdiri dari mereka yang mengambil jurusan Public Health atau Kesihatan Umum yang mana jika dah abis belajar , boleh bertugas dalam sektor kesihatan seperti Inspektor Kesihatan gitu.. 

Oh ya... mereka majoritinya sudah bekerja dan menyambung kembali pengajian untuk ke peringat lebih tinggi. Maka pastinya trip ni bukan calang calang la ye. Maklumlah , dah berpengalaman lagi bijaksana. Maka kena cari yang lebih mencabar aktivitinya.


Stikes Al Insyirah ni dah beroperasi sejak tahun 2009.  Para pelajarnya terdiri dari mereka yang berketurunan Melayu Riau dan ada juga suku kaum yang lain. Majoritinya Melayu Riau. Maka trip ari tu , tak sukar untuk berkomunikasi kerana mereka bertutur dalam bahasa Melayu juga. 

Mengutamakan Al-Quran dan As Sunnah dalam setiap pembelajaran mereka yang mana Islam adalah agama rasmi di PekanBaru. Menarik kan ? Haaa... Tetiba rasa nak sambung belajar kat sana. Eh ? Hehehe.. pelajar mereka ramah gitu ! Mudah nak masuk la dengan kita sebenarnya. 

Ok.. Aktiviti mereka di sini , seperti korang boleh tengok di video tu ... mereka ada ke perkampungan untuk melihat sendiri bagaimana sistem bekalan air sebelum wujudnya bekalan air terawat , ceramah HIV , Fogging dan sepatutnya mereka ke perkampungan orang asli tapi hari hujan , maka terpaksa dibatalkan. Mereka turut dibawa ke Royal Selangor untuk melihat sendiri bagaimana produk produk Royal Selangor dihasilkan. 

Dua hari mereka menginap di Desa Inn. Antara hotel terbaik di Kuala Pilah. Selesa dan menyeronokkan.  Selain itu.. mereka dibawa ke tempat tempat pelancongan di Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur. Trip 3 hari ni sangat pantas dan pendek berbanding biasa. Maklumlah , masing masing risau akan virus yang sedang dihadapi oleh dunia dan Alhamdulillah , peserta pulang seperti mana mereka datang. Maksud aku , sihat sejahteras gitu. 

Terima kasih kepada Stikes Al Insyirah , PekanBaru. Semoga berjumpa di trip akan datang. Dan juga jutaan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Kuala Pilah atas kesudian memberikan ceramah dan juga ilmu pada kami semua.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Siap jemur kain ! Rutin aku di rumah , mudah jer setiap hari jika tiada kerja luar. Mandikan anak anak sebelum ke sekolah , mandikan selepas pulang , jemur pakaian dan tengok anak anak. Hehehe.. Senang kan ? Ye.. dan pada masa sama kena pikir mana nak cari duit untuk bulan ni. Bukan duduk mengangkang je tau ! Haaa..

Dan kita sebagai suri rumah.. pergh , kita tu ! Hahaha.. Para suri rumah ni beruntung sebenarnya. Duduk di rumah dan tiada alasan menternak lemak ! Nah , aku kasi tips mudah jer.. Ini pun aku tengok dari mereka yang berhasil melakukannya. Tak susah pun. Cuma kena ada komitmen dan disiplin. 

Pertama... Puasa ! Puasa ni bagus.. Selain dapat merehatkan organ dalaman , ianya dapat juga menghindarkan kita dari busuk hati dan menjaga mata.. Haa , kan kan ?  Bukan susah pun puasa ni. Tak puasa lagi susah ! Nak pikir nak makan apa je setiap saat.

Kedua,. jika berpuasa, masa bebuka, elakkan makan nasi ! Cuba ratah lauk jer. Pastikan ada ikan yang distim atau bakar , ulam ulaman dan juga buah buahan. Hasilnya tanpa nasi, korang akan rasa badan ringan je lepas berbuka. Jangan risau.. takda sapa mati lagi sebab tak makan nasi. Badan mengigil ? Mudah jer.. gantikan nasi dengan roti atau ubi kentang..Makan dalam jumlah sedikit jer. Lama kelamaan , ok la tuu.. Saja nak mengada je badan tu ! 

Ketiga.. buat 100 kali lompat bintang sehari ! Sehari tu bermaksud dalam masa 24 jam , korang mesti lengkapkan 100 kali yer.. Tak kisah la buat selang seli gitu.. 10 kali setiap kali buat.. asalkan lengkap. Dan jika rumah ada tangga bertingkat , cuba la lompat setiap anak tangga tu , 3 kali. Buatlah untuk 30 hari. 

Keempat..Petang petang, jalan keliling taman. Suri rumah kena juga amik angin yer.. Ajak anak anak tau. Jangan pergi sorang sorang. Bukan apa... kang kena ngorat , naya. Lebih lebih lagi bila badan dah mula slim.. 

Nah.. aku kasi 4 je dulu. Macam wife aku , dia amik part paling mudah iaitu berpuasa dan elakkan nasi putih.  Setakat ni , dia dah buat 3 minggu berturut dan ternyata nampak kesan.  Gula dan garam , memang dah lama kitorang elakkan terutamanya aku la.. Hehehe... 

Ingat.. semua ni bukan untuk korang kembali kelihaan seperti anak dara tetapi untuk pastikan kita ni sihat tubuh badan. Jangan tunggu sakit , baru nak buat yer... Rugi ! Bila badan sihat , otak pun cerdas. Haaaa..jangan lupa.. awet muda juga untuk mereka yang utamakan kesihatan dan rajin bersenam. Jangan tunggu jadi janda baru nak jaga badan yer..  Heeee.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku baru perasan. Korang ? Dah lama ke ?? Heheh.. Maaflah yer.. Aku biasanya main post gitu jer tapi tadi.. Agaknya berkat puasa hari ni.. Baru ternampak boleh buat gitu.. 

Kemas gak gini kan? Ada pilihan gitu.. 



Kena lebih dari 2 keping gambar yer.. Heeee.. Selamat mengepost..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Bila tonton video ni , aku terasa cam geram sangat tapi aku tak nak hakimi apa apa. Sapa betul sapa salah , sebaiknya dibawa je ke peringkat yang sepatutnya seperti pentadbiran dan jika tiada tindakan , buat laporan ke balai polis dan juga pejabat pendidikan. Kalau tak jalan gak , kena kasi viralkan di media sosial. 

Tapi dengan buat cara begini.. aku rasa cam.. hurm.. kesian kat anak murid yang tengok dan juga yang terlibat ! 

Terjumpa komen ni di page Heliza Helmi.. 

Betul atau tidak , baca je la ..

Hurm... macam aku kata tadi... buat laporan dulu. Bukan apa.. jika kita amik tindakan sendiri , kesannya pada kita juga. Elok elok kita nak buat laporan pada dia , bila buat begini.. kita sekali terlibat sama. Silap silap ,hukuman untuk kita lebih lagi berbanding dia. 

Puashati ? 

Kalau tak melibatkan denda dan penjara, puas la hati.. kalau terlibat ? Camana ? Nak menyesal masa tu , tak berguna lagi. 

Apa ? Tak kena kat anak aku ?

Hurm.. ada je cuma aku tak cerita jer.. Tapi bukanlah libatkan sekolah cuma.. aku tak nak panjangkan cerita.. Boleh je tapi kita boleh pikir sendiri.. Negara ada undang undang.. kita ikut jer.

Terkini :


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


AKBID bererti Akademi Perbidanan. Kali ni , aku berpeluang mendekati mereka menerusi satu program yang diaturkan oleh NQ Services. Seramai 28 pelajar termasuk pengajar Akbid Anugerah Bintan dari TanjungPinang terlibat dalam program kali ni. 

Mereka dibawa ke MAHSA University dan KPJ Damansara Specialist Hospital. Di kedua dua tempat ni mereka berpeluang belajar dengan pakar pembidanan malah berpeluang melakukan praktikal dengan alatan yang lebih moden dan terkini.

Sejujurnya , aku turut belajar belajar walaupun sedikit segan ! Heheheh... Tapi dek kerana ilmu , aku curik curik juga dengar. Sesungguhnya apa yang mereka belajar di situ , sangatlah bermanfaat. Mereka bertanya sendiri dengan pengajar yang berpengalaman dalam dunia masing masing. Dan pastinya ini memberikan mereka ilmu baru dan juga pengalaman yang tiada nilainya.

Dan pelajar pelajar ini memberikan penumpuan memandangkan ini adalah ilmu buat mereka. Ada yang menanam semangat untuk berjaya dan berminat nak menyambungkan pelajaran mereka di Malaysia memandangkan ketiadaan masalah dari segi pertuturan bahasa dan juga makanan. Hehee.. sama je kan ?




Selain itu , mereka turut dibawa mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Walaupun Indonesia mempunyai produk pelancongan yang lebih menarik tetapi Malaysia mempunyai kelebihan dari sudut kepelbagaian kaum dan juga sejarah. Mereka dibawa mengenali kelebihan ini.

Terima kasih Akbid Anugerah Bintan kerana memilih NQ Services ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kemelut politk negara semakin sampai kemuncak. Semalam , satu berita angin mengatakan bahawa rakyat Malaysia bakal digemparkan dengan penubuhan kerajaan baru atau bakal menghadapi pilihanraya umum ! Tapi sehingga kini masih lagi krik krik.. Aku duduk kat gym pun tak tenang. Hahahaa.. Sibuk nak amik tau. ! Tapi sesungguhnya penting kerana ianya menentukan masa depan anak cucu kita ! 

Dulu... aku tak amik kisah ! Ketika aku 20an. Asalkan aku bergaji , dah la. Apa nak jadi ngan politik negara , aku tak peduli. Tapi ketika Pak Lah dan Najib memerintah , aku dah nampak kesannya jika tak amik tau. Ditambah lagi ketika tu , aku sendiri di dalam kerajaan. Dah nampak kesan dari tak amik tau ! Dah la tak amik tau.. mengundi pun tidak ! 

Salah pilih , sendiri tanggung kesan ! Tak pilih , pun sendiri kena jawab ! Sapa suruh biarkan ? Apa kesannya ? Nah.. tengok sendiri la sekarang ni. Dari sudut ekonomi , budaya , malah aspek pendidikan turut terganggu ! Segalanya dek kerana politik ! 

Dan pilihanraya yang lepas , aku turun mengundi. Dek kerana nak turunkan kerajaan yang tamak dan gila kuasa.. nah , rakyat nak kerajaan baru memerintah. Dengan gabungan dua pemimpin yang dikatakan mempunyai kebjiksanaan dan aura tersendiri.


Tak sampai sepenggal.. belang masing masing dah nampak ! Tak kisah la dari kecik..hinggalah ke besar. Dah sampai tak tau sapa 'tuan rumah' sekarang ni. Nasib baik Virus Wuhan 'menghentikan' seketika masalah ni. 

Dan sekarang... ramalan aku dari awal , dah semakin menampakkan kebenaran. Dan bagi aku la.. Anwar tak perlu dah masuk campur. Dah wife dia pun berkuasa sekarang , sewajarnya dia bersara je dari arena politik. Kasi je anaknya naik. Itu yang sepatutnya. Dah sepatutnya anak anak muda yang memerintah kerajaan sekarang ni.  Ini tidak... masing masing nak catat nama dalam sejarah Malaysia.. Haih ! Kesannya ??? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sejujurnya , aku tak sangka sama sekali dia akan buat video begitu tanpa aku ! Ketika tu , aku dah bantai terlena dalam bilik. Penat sangat. Bukan lena diulit mimpi tapi lebih pada terlelap jer. Sedar sedar , Qhaliff tunjuk video dia buat tu ! Terus aku ketawa dan tunjuk pada wife . 

Dia suruh delete sebab malu. Tapi pada masa sama , dia beria cakap dia seorang Youtuber ! Hurmm...Cepat cepat aku send video tu ke dalam handphone aku. Dan terus upload ke Youtube. Terkejut dia tapi gembira ! Hahahaa... 

Dan sejak tu, dia asyik tanya berapa ramai dah tengok video dia! Amboi.. dah jadi cam aku ketika awal awal blogging gitu. Asyik nak tengok trafik jer !



Bangga dia ! Aku senyum jer. Dia minat telefon baru.. Black Shark gitu ! Eleleelee... nak main game la tu ! Aku kata , buat banyak banyak dulu.. baru belikan dia phone.. 

Apakah aku nak jadikan dia seorang Youtuber ? Tak ! Aku nak jadikan dia seorang blogger. Aku nak dia galakkan orang lain lebih banyak membaca dari menonton ! Membaca lebih meransang otak dan membuatkan mereka berfikir berbanding menonton yang hanya akan tertarik dan mudah tertipu.. Yer, berapa ramai tertipu dengan edit edit yang kasi gempak dan cun walhal ??? 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Dulu aku pelik.. serius pelik ! Apa menariknya INDONESIA tu ? Aku tak berminat nak melancong ke sana sama sekali ! Jujur ni ! Apa ada di sana , Malaysia pun ada ! Katanya serumpun kan ? Budaya dan alam sekitarnya serupa jer !! 

Rupa-rupanya aku jahil mengenai mereka. Aku sekadar mengenali mereka melalui cerita cerita di media sosial dan media semasa ! Bila aku terlibat bersama program NQ Services ni baru aku tau. Patutlah ramai antara kita 'jatuh cinta' dengan Indonesia ni. Tak kira la samada dengan makanan , tempat pelancongan , orang-orangnya serta budaya ! 

Aku dapat banyak kali tawaran untuk melancong ke sana tapi aku tolak. Takda sebab aku nak ke sana. Lebih baik aku ke tempat Asia yang lain seperti Jepun atau Korea. Tapi setelah mengenai mereka dengan lebih dekat , rupa rupanya mereka ini amatlah peramah , mudah didekati dan sangat sporting ! Dan jika iman tak kuat , korang leh jatuh cinta dengan gadis gadis Indonesia ni ! Hahahaah.. Jujur ni !! 

Ok..Bersama NQ Services , aku berpeluang melalui pengalaman menimba ilmu dunia perubatan bersama sama pelajar pelajar jurusan perubatan dari Indonesia. Banyak yang aku perolehi termasuklah mengenai negara mereka juga. Sebuah negara yang cukup kaya dengan pelbagainya. Patutlah kawan baik aku tak nak balik sini dah setelah mengenali BANDUNG ! Huhuhu...

Antara yang aku dah lalui ialah ilmu mengenai pembidanan , kejururawatan , kesihatan dan banyak lagi. Itu baru 4 trip aku ikut. Akan ada banyak lagi selepas ini. Dan NQ Services akan luaskan lagi program program ini ke institusi pengajian di sana.
















Sejujurnya , penat ikut aktiviti program ni. Tetapi penat itu hilang bila melihat peserta peserta ini gembira dan puashati. Manakala aku pulak , berpeluang menjadi duta kecil dengan cara memperkenalkan produk produk pelancongan yang ada di dalam negara kita. Dan bukan mudah nak bercerita pada mereka kerana kebanyakkan produk pelancongan yang kita ada , tidak begitu setanding dengan mereka lagi. Namun.... kita tetap ada produk yang begitu unik dan menarik ! Mereka ingin melihat yang itu !! Itulah cabarannya. 

Yang pastinya.. sekarang aku ada alasan kuat untuk ke sana ! Antara tempat yang dalam list aku ialah... Sumatera Timur Barat dan Kepualauan Riau. InshaAllah.. Nak ikut ?? Heheee..

Korang boleh ikuti program ni di instagram NQ Services  .
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kali pertama aku ke sini , minggu lepas. Ketika tu , wife aku dok sentap dengan aku. Biasa laa.. hal budak budak ! Bila aku tanya nak makan apa, dia jawab mudah jer...'entah' dan jika ditanya lagi... ' ikut laa..'. Kalau dipaksa tanya , ' tak nak makan' ! Nahhh... camana tu ?

Tiba tiba teringat Lubook MakanKing ni. Wife ajak lama dah tapi aku je malas sebab susah nak parking kereta. Dan restoran ni penuh senantiasa ! Dan pilihan aku tepat ! Aku bawak dia makan sini, mood dia pastu terus ok ! Fuh , betul la kata otai otai kat luar sana.. Nak pujuk isteri ni mudah jer.. Bawak gi makan ! Kalau makanan tu sedap ,memang mood dia akan ok pastu ! 

Cuma ketika tu.. aku je la tak makan. Dia jer. Aku tanya dia camana rasa ? Dia kata sedap ! Bini aku ni kalau kata sedap , dia tau makanan kat situ akan menepati selera aku ! Huhuh... Dan memang betul pun ! 

Aku ke situ lagi baru baru ni... Dan sekali lagi ke situ untuk aku benar benar pastikan restoran Lubook MakanKing Viral ni memang sedap ! Yup... memang sedap ! Gabungan dua citarasa masakan yakni Terengganu dan Kedah membuatkan restoran ni menarik minat mereka datang singgah makan di waktu pagi dan juga tengahari ! 







Menepati selera aku ! Ada ayam bakar madu , ikan bakar , pari masak asam pedas , ulam ulaman yang segar , sambal belacan , sambal tempoyak , kuah asam.. eh , banyak lagi laa ! Sotong pon hado weh ! Haaaa.. memang boleh bikin teliur la bila tengok akan menu menu yang ada kat restoran ni. 

  • Surau ada 
  • Harga berpatutan 
  • tempat letak kereta tak banyak. Parking kat luar , kena tanggung risiko sendiri
  • tempat makan , selesa. 
  • Kebersihan , aku puashati 
  • Layanan , aku puashati 
  • Makanan , aku kasi 5 bintang
  • Minuman , aku punya selalu tanpa gula. Maka tiada komen dari aku. 
Lokasi kat mana ? Haaa.. Kalau korang duduk area Putrajaya , Bangi , Salak Tinggi.. korang dekat ! Kalau lain dari tu , kira jauh la.. Tapi berbaloi sangat la kalau datang makan sini ! 

Nak tau lebih lanjut , follow dan tanya sendiri di Lubook MakanKing Viral ! Whatsapp selalu di Lubook MakanKing 

Alamat : LuboookMakanking , Lot 45991, Jalan Jenderam Hilir, Dengkil
Sepang, Malaysia






Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
"Alamak.. Sonic dah main ! Kena bagitau Qhaliff ni. Dia mesti teruja nak tengok punya ! Zahra pun minat. Aariz ? Semua dia minat. Tapi dalam panggung , dia bikin onar ! Huhuh.." 

Maka aku khabarkan pada Qhaliff. Dia ajak tengok dengan segera ! Aku tak beli tiket lagi. Dan rasa aku , mesti dah penuh. Kena tunggu minggu depan baru ada kosong ! Rasa aku la. Tapi entah camana... aku bukak aplikasi GSC. Wife dah setuju nak tengok. Maka aku nak tengok kot kot ada kerusi kosong malam ni ! Cerita baru main, kan ? Mesti penuh punya ! 

Bila aku bukak aplikasi GSC dan tengok tarikh dan masa .. aku macam tak percaya ! Apahal banyak kosong ni ? Berapa orang je baru beli ? Takkan aplikasi rosak kot ? Haih... Cerita tak best ? Baca review kat negara yang dah main , katanya best ! Hurmmm... 

Ok tak pe.. beli dulu tiket. Malam nanti tengok di Alamanda. Adalah mustahil tak ramai orang !! Malam minggu kot... mesti ramai. 


Di GSC Alamanda.. yup ! Orang tak ramai. Nak beli pop corn pon tak perlu beratur lama. Hanya beratur di belakang satu orang jer..Pastu giliran aku pulak ! Gitulah tahap takda orangnya ! Malah ketika beli pop corn , aku boleh borak borak dan pilih makanan lain dengan santainya ! Tak seperti sebelum ni.. kelam kabut jer ! 

Aku tanya staff di sana.. Apakah sebab takda orang ? Sebab gaji atau takut akan virus ??? Huhuh.. Sengih jer.. 

" Gaji dah abis bang ! " jawabnya. Aku senyum.



Tengok kat skrin tu. Semua hijau ! Maksudnya banyak kosong tuuuu.. Cerita best best tapi takda orang ! Haaa.. camana tu ???? Dan bila giliran aku masuk panggung , aku terkedu ! Serius memang takda orang . 

Dan aku bersyukur takda orang sangat.. Aariz bikin itu panggung , dia punya ! Aku pun leh rileks.. Takda sapa nak marah. Hahahahah.. 


Besti tak cerita ? Bagi aku ok la.. Boleh layan. Tak berat pun cerita dia. Budak budak mesti suka Sonic pasni... Watak santai dan melucukan.  Berapa bintang ? Aku kasi 3/5 bintang je la...

Namun.. aku masih buntu ! Apa puncanya GSC lengang giler ? Jika ini berlarutan.. aku confirm.. confirm.. kita dalam masalah besar !
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Dulu aku buat cermin mata , beribu harganya ! Bukan sebab nak gempak tapi sebab tak tau kat mana yang murah. Kalau ada pun yang pernah aku pergi, aku tak puashati langsung ! Pakai sekejap je pastu kembali guna yang mahal punya ! Rugi pun rugilah ! 

Tapi selepas aku 'berkenalan' dengan satu rangkaian kedai cermin mata di Sungei Wang Plaza ni , aku telah berkali kali syorkan pada rakan rakan rapat aku supaya gi buat spek kat sana. Harga berpatutan ikut jenama dan lens yang dipilih tetapi masih jauh murah atau korang kasi je berapa bajet korang dan dia akan carikan yang sesuai ! 

Baru baru ni , aku bawa kumpulan jururawat dari Indonesia ke Sungei Wang untuk membeli belah. Sebelum tu aku bawa mereka untuk periksa mata di Eyes Vision Group. Untuk pengetahuan korang , Eyes Vision Group ada 8 kedai di sana. Kenapa aku bawa mereka ? Sebab ada antara mereka memerlukan cermin mata dan di tempat mereka , harga agak mahal. Di sini , dengan adanya 'aku' , mereka dapat harga istimewa. Heheheh... 

Pemeriksaan mata dibuat.. percuma. Kemudian mereka memilih bingkai mengikut bajet mereka. Dan siap dalam tempoh sejam jer tetapi ketika tu , kami kena pergi selepas pilih bingkai dan mereka menghantarnya ke hotel penginapan , pada malam itu juga ! 

Antara sebab lain aku bawa mereka ke sini adalah kerana keistimewaan lens Alpha yang mana mampu menyekat sinar biru yang diterbitkan dari gajet gajet memandangkan mereka kerap melihat gajet di masa ini. 





Dan esoknya , jiran aku mesej aku. Katanya nak buat spek juga. Aku bagi lokasi dan dia ke sana. Selepas sebut nama 'Ben Ashaari' , dapat la diskuan khas ! Hhehehehe... Untung kan ? Haaa.. Korang tak nak buat spek ? Rugi woo.. Sementara kod ' Ben Ashaari' laku ! 



Dia belikan Burberry utk isteri tersayang ! Hehehe.. Ok la kan ?  Kalau korang nak , boleh gi sana terus dan cari 'Mr June '.. cakap je ' Kawan Ben Ashaari di Facebook' atau cakap Follower Ben Ashaari.. Nanti tau la dia buat kerja dia.. Jenama terkenal punya spek , sedang ada sale. Kasi abis stok gitu !

Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ►  2023 (14)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (184)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (31)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ▼  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ▼  Februari 2020 (18)
      • Jom layan BBQ Seafood di Best Western I-City Shah ...
      • Menerokai ilmu kesihatan bersama Stikes Al Insyira...
      • Cara suri rumah nak kurus dengan mudah tanpa zumba...
      • FACEBOOK dah ada layout untuk pilihan gambar! Baru...
      • Penjelasan mengenai guru disuruh merangkak !
      • HealthCare Tour NQ Services - Akbid Anugerah Bint...
      • Politik negara ? Arghh.. aku malas amik tau ! Janj...
      • Video pertama dari Qhaliff , buat aku ketawa besar !
      • Pengalaman berharga bersama 'INDONESIA' !
      • Lubook MakanKing Vilral , restoran yang pasti mene...
      • Apa dah jadi dengan GSC Alamanda ???
      • Kedai cermin mata Eyes Vision Group , jadi pilihan...
      • Penguatkuasa..Tugas besar yang tidak setimpal deng...
      • Health StudyTour 2020 dari STIKES PEMKAB JOMBANG ...
      • Bersediakah kita jika Malaysia 'di-lockdown' ?
      • Terima kasih Nash , Naque , ETIKA , PLUS dan ERL B...
      • Di mana 0 KM Kuala Lumpur?
      • Nak review atau tidak restoran begini ?
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Rakan blogger

  • Nina Mirza
    Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi - Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY wajar dicontohi Korang tengok atok yang... The post Inisiatif CSR BOB ROCK Butik Plus Size sempena CNY...
    Sehari yang lalu
  • Umminani
    Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC) - 14/1/2022 Tahun 2022 / 2023 : Tahun terakhir aku ada anak kecil di tadika. ini juga pengalaman terakhir yang takkan berulang lagi. Even kalau ikutkan 8-1...
    2 minggu yang lalu
  • Eiza GreenAppleKu
    Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah - Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). ...
    2 minggu yang lalu
  • Dapur Tanpa Sempadan
    -
  • Catatan Sue Izza
    -
Tunjuk 1 Tunjukkan Semua

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes