Health StudyTour 2020 dari STIKES PEMKAB JOMBANG , Indonesia - BEN ASHAARI

Health StudyTour 2020 dari STIKES PEMKAB JOMBANG , Indonesia

Mereka ini adalah jururawat yang sudah berkhidmat di rumah rumah sakit atau hospital di sekitar Jawa Timur. Bukan kaleng kaleng gitu ! Haaa.. berilmu dan berpengalaman tetapi mereka masih ingin menambah ilmu lalu menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi ! Nah, aku respek mereka part ni dan juga ramai kenalan aku di Facebook terutamanya, sudah beranak pinak tetapi masih menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Aku tak mampu lakukan itu ! Huhuh..

Sekali lagi aku berpeluang ikuti mereka seramai 37 orang pelajar  yang rata rata terdiri dari mereka yang sudah melangkaui usia 30an , menimba ilmu serta pengalaman di KPJ Damansara Specialist Hospital dan juga Mahsa University serta Klinik Kesihatan di Kuala Pilah. Program ini berlangsung selama 5 hari 4 malam. 



























Ternyata aku turut juga dapat beberapa ilmu yang mana bermanfaat buat aku dalam program kali ni. Mereka juga ternyata sangat gembira malah merasakan program begini patut diperkembangkan lagi dengan penglibatan penglibatan hospital mahupun ipt tempatan yang mempunyai jurusan perubatan yang mana boleh bertukar tukar pengalaman dan juga ilmu. 

Selain ke tempat tempat pendidikan , NQ Services yang menguruskan Health Tour ni turut membawa mereka mengenali produk produk tempatan yang pastinya membuatkan mereka teruja seperti ke Bukit Bintang , KLCC , Central Market , Masjid Jamek , Batu Caves dan luar ibu kota seperti di Seremban dan juga ke Kuala Pilah. 

Ternyata mereka begitu teruja dengan Malaysia yang mana pastinya tiada sama sekali terasa kekok kerana budaya di Malaysia dan Indonesia tiada jauh beza pun. Mereka begitu selesa di sini terutama dari segi pemakanan dan juga tutur kata. Malah , malam harinya mereka ke ibu kota sendirian tanpa rasa takut pun. Seronok lagi ada la.

Dan yang pastinya... mereka akan kembali lagi ke Malaysia dan kali ini sebagai pelancong pula.. InshaAllah. Dan jutaan terima kasih buat NQ Services serta Mr.Nash kerana beri peluang pada aku untuk turut serta trip ini. Buat STIKES Jombang , inshaAllah kita akan bertemu di sana pula.. Heheee... aku nak gi sana lak weh ! Huhuh..


P/S : Baru aku tau , size ikan camana sesuai untuk kita makan dan kenapa botol air mampu merosakkan sperma kita..

3 ulasan:

  1. Mmg best tu dpt join ikut program dorang sekali.. ilmu dapat, pengalaman pun dapat.

    BalasPadam
  2. bagus program mcm ni..keep it up. menambahkan ilmu utk mereka jgk

    BalasPadam
  3. size ikan camana sesuai untuk kita makan dan kenapa botol air mampu merosakkan sperma kita - yang ini kena buat post :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.